Saturday, December 5, 2009

PKR Lembah Pantai menyusahkan 375 keluarga (83%) Rumah Pangsa Kos Rendah 4 Tingkat, Kg.Kerinchi yang mahu berpindah

Saya terbaca satu blog tadi dan nampak memo Nurul Izzah pada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, pasal kes penduduk2 Rumah Pangsa 4 Tingkat Kg Kerinchi.

Menurut memo itu, para penduduk

“telah dikerah berpindah dalam upacara penyerahan kunci pada hari Rabu, 2 Disember”.

Saya pun tak faham lah kenapa Nurul dengan Keadilan lembah pantai ni nak sangat menyusahkan orang. Nak buat isu di tempat yang tak ada isu. Ini usaha DBKL dan Kerajaan Pusat nak naikkan taraf hidup penduduk, beri mereka rumah yang lebih baik, sepatutnya sebagai seorang pemimpin rakyat beliau patut sokonglah, walaupun usaha dibuat oleh Parti lain.

Kalau orang luar yang tak tahu membaca memo tersebut, mungkin mereka ingat ini kezaliman DBKL atau Kementerian Wilayah Persekutuan.

Apa yang mereka tak tahu tetapi Nurul tahu ialah perpindahan itu diminta oleh 83% penduduk tempatan atau lebih tepat lagi 375 keluarga yang tinggal di situ. Nurul tinggal kat situ ke? Kenapa mereka mintak pindah? Ini sebab rumah tu memang terlalu kecil, dan merupakan tinggalan zaman-zaman awal rumah pangsa di KL. Rumah Pangsa 4 tingkat kerinchi ini kebanyakannya 300-400 kaki persegi sahaja, dan hanya ada satu bilik atau tak ada bilik langsung! Rumah baru mereka nanti pula akan ada standard 3 bilik tidur dan 2 bilik air, macam mana-mana apartment biasa di KL yg sewanya 750 ke 900 ringgit. Buat sementara waktu pula, mereka ini akan ditanggung sewa selama 3 tahun! Tanggung sewa selama 3 tahun, walaupun diketahui ramai di sini yang mengundi Keadilan Mac tahun lepas!

Ada yang kata takut sebab tak ada undertaking yang mereka kan pindah ke sini semula. Macam mana nak undertaking kalau pemajunya pun belum dilantik! Tapi ini bukan kali pertama DBKL membangunkan kawasan flat lama. Sebelum ini di Flat Pekeliling dan Projek Linear City undertaking sedemikian telah diberi oleh pemaju sebagai satu syarat DBKL. Cuma macam kes ini nak undertaking apa kalau tak ada pemaju lagi! Ada pemaju nanti undertaking akan diberikan lah!

Apapun sebab keghairahan tak bertempat Keadilan lembah pantai dan Nurul Izzah yang hanya pandai membangkang, mereka telah berjaya mempengaruhi minoriti kecil penduduk untuk tak mahu pindah. Akibatnya golongan majoriti pulak yang jadi mangsa.