Thursday, June 30, 2011

Timbalan Menteri ni buat hal lagi! siap sound Mufti yg kata Bersih itu haram!

Dah berkali-kali bloggers pro BN hentam MP Temerloh ni, Timbalan Menteri pulak tu. Si Saifuddin ni kalau orang tak tau dia BN, mesti ingat dia PKR, sebab selalu sangat menyokong Pakatan dan apa-apa yang bau Pakatan.

Ni dia buat lagi!

Boleh dia sound mufti yang kata Bersih itu haram!



Lepas tu dia cuba cover lah skit. tapi takde lah cover mana pun, seolah-olah takut penyokong Pakatan dan Bersih tak suka dia.



Pada DS Najib, kawan pelik benar lah tengok dia ni. Dia ini pengagung Anwar dulu, kira-kira macam versi asal Nik Nazmi dan Rafizi Ramli lah. Pembahas MCKK, mamat belia yang dari budak lagi suka main politik, tapi karisma tak setara mana. Bahaya orang begini, bila kita lemah, dia mungkin join dengan musuh pijak kita.


Tuesday, June 28, 2011

Apa hal Nurul Izzah Lembah Pantai bela pengedar dadah pulak ni? Buang tebiat ke hapa?

Terkejut beruk kami bila baca blog Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai hari ini.

Kalau tak percaya, pergi sendiri kat blog dia, baca.

Mana taknya, dia terang-terang bela pengedar dadah!

Ceritanya: Lelaki Malaysia edar dadah di Singapura. Ditangkap di Singapura. Bicara di Singapura. Jatuh hukum, hukuman gantung. habis cerita.

Tak pasal-pasal Nurul Izzah di dalam ucapan penangguhan di Dewan rakyat minta Kerajaan Malaysia campur tangan dalam kes mahkamah Singapura ini! Dia minta Kerajaan Malaysia menuntut keadilan bagi si Pengedar Dadah ini.

Tambah lagi, dia kata mahkamah Singapura tak adil.

Bodohnya .... eeei, macam mana wakil rakyat boleh bodoh macam ni. Wakil Rakyat Lembah pantai pulak tu! adusss, malunya jadi orang lembah pantai weii!

Macam ni orang Barat layan pengedar dadah! Apa benda kau nak buat ni Nurul Izzah!

Satu dunia benci pengedar dadah. Bab dadah-dadah ni tak ada politik, takda undi-undi. Setiap pengedar sebenarnya bertanggungjawab atas kemusnahan entah berapa ratus, ribu pennguna dadah, dan keluarga mereka. UMNO ke, PKR ke, PAS ke, DAP ke, Golkar ke, Republikan ke, takda sangkut-paut dengan isu dadah.

Habis apa hal Nurul Izzah nak bela pengedar dadah pulak ni? Bukan penagih tau, pengedar!

Lepas tu macam biasa dia buat perangai dia kat Malaysia, tuduh mahkamah Singapura tidak adil.

Kepada rakyat Lembah Pantai yang membaca blog ini, eloklah sebar-sebarkan cerita terbaru kebodohan budak Nurul Izzah ini. Nurul Izzah hai Nurul izzah, kau ni tak layak jadi wakil rakyat lah, ko jadi NGO aja lah, merepek-repek kasi malu lembah pantai saja.















Friday, June 24, 2011

AHLI AMK AKAN HANCURSKAN SENDIRI PKR DI LEMBAH PANTAI

Berita panas! Satu blog Lembah Pantai, yang dipercayai punya kaitan sangat dalam dan rapat dengan AMK Lembah Pantai melaporkan bahawa akan ada ahli-ahli PKR Lembah Pantai yang akan melakukan gerakan besar-besaran menjatuhkan PKR Lembah Pantai yang diketuai Nurul Izzah.



Sebelum ini memang ada satu blog yang dipercayai ditulis oleh salah seorang puak-puak ini iaitu Semangat98 yang Berita Lembah Pantai sendiri selalu promosikan, tetapi tak pulak kita dengar mereka masuk ke dalam UMNO memperjuangkan peningkatan kehidupan orang Lembah Pantai terutama orang Melayu. Mungkin blogger Semangat98 sibuk cari makan di Selangor; kerja dengan Yahya Sahri ke beb?! Ahaks! Biasak la beb, cari makan!

Apa pun kata Banyak Hal Beb!

Ini lah nasibnya orang-orang kuat AMK di lembah pantai
Selaku penyokongnya yang kuat di Lembah Pantai dan Rakan-rakan AMK yang setia
bersama Izzah dalam hujan dan panas. Dalam susah dan senang.
Dalam suasana tenang atau gawat AKHIRNYA MEREKA INI DI ABAIKAN
SAMPAI ADA YG DAH LARI MINTAK TOLONG DENGAN orang UMNO pun ada
AHLI AMK DI LEMBAH PANTAI BERTEKAD AKAN MENHACURKAN PKR DI LEMBAH PANTAI
KALAU PILIHANRAYA AKAN DATANG MEREKA NI AKAN PASTIKAN PRK AKAN LUMPUH di LEMBAH PANTAI
DAN KALAH TERUK SEHINGGA KAN BERKUBUR, ITU YANG DI LAFASKAN OLEH AHLI AMK
DI LEMBAH PANTAI.
 Baca artikel Penuh dalam AHLI AMK AKAN HANCURSKAN SENDIRI PKR DI LEMBAH PANTAI dalam Banyak Hal Beb!


Monday, June 20, 2011

PKR buang ahli sebab kritik melalui Facebook! Ini bapak kau punya demokrasi??!

Berapa ramai agaknya pengikut Pakatan Rakyat yang kena tipu dengan pemimpin diaorang kononnya mereka memperjuangkan demokrasi?

Demokrasi kepala bapak apa? Dalam PKR, posting kritik parti DALAM FACEBOOK pun boleh kena buang!






Ni bukan aku fitnah tapi Malaysiakini yang korang jilat tu yang laporkan!

Kat Lembah Pantai ni pun PKR dia bukan demokrasi. Tengok sendirilah apa kata budak PKR yang kecewa ni, dia kata Nurul izzah seumpama diktator dalam PKR Lembah Pantai, AJK lain kena ikut je.





Nurul Izzah Hipokrit nak tipu siapa?!

Sakit hati betul aku baca twitter Nurul Izzah. Hipokrit sungguh dia ni. Nampak baik, pakai tudung, tapi dia punya putar, dia punya spin, dia punya strategi mengaburi mata rakyat, FUH! memang kelas sungguh!

Tengok lah twitter Nurul izzah.



Chewah! Dari twitter tu kita boleh baca dah apa yang nak disampaikan oleh Nurul.

Mula-mula dia kata
"baru bagitahu hadirin bahawa kejayaan Ambiga (pengerusi bersih) ialah menendang keluar parti politik dari Bersih 2 supaya ia benar-benar mewakili suara sebenar rakyat."

Selepas tu dia main wayang dengan bapak dia pulak. Bapak dia sebelum ni dah keluar kenyataan bahawa jika PM DS Najib janji pilihanraya yang bersih, dia akan minta Ambiga batalkan demo Bersih 2.

Nurul laporkan yg Ambiga cakap tiada pemimpin Pembangkang yang akan menghentikan demo bersih 2 itu, lepas tu dia taip "Hehehe" konon gelak dan lucu lah pasal merujuk pada bapak dia.

Jadi pengikut-pengikut Twitter Nurul Izzah pun akan fikir,
"woo, baik sungguh hati Nurul Izzah ni sebab begitu adil sekali, penyertaan parti politik dia dan gang dia pun dia tak suka. Adil sungguh!"

Apa yang Nurul tahu dan pengikut Twitter dia yang dia sangka lembu yang boleh ditipu tidak tahu - ialah Bahawa Bersih 2 ini memang CONFIRM kelolaan dan anjuran Pakatan Rakyat.

Takkan lah Nurul tak tahu siapa AJK Bersih.

Mari kita lihat:-
(dari theunspinners)

AMBIGA SREENEVASAN: Pengerusi BERSIH 2.
Bekas Presiden Majlis Peguam. Semasa jadi Presiden Bar Council, agendanya politik belaka. Jangan hairan akan bertanding atas tiket PKR pada PRU akan datang.

 MOHAMAD SABU: Marshall Perhimpunan.
 Mat Sabu ialah Timbalan Presiden PAS. Bukan ahli parti politik ke Nurul izzah?

 MARIA CHIN ABDULLAH: Pengerusi Persatuan Kesedaran Komuniti SELANGOR [EMPOWER]/AJK BERSIH.

 CHUA Tian-Chang (Tian Chua): Marshall Perhimpunan dan AJK Publisiti Perhimpunan.  .. sapa tak kenal ...
  Tian Chua ialah Naib Presiden PKR. Bukan ahli parti politik ke penipu woi? 

 KAMARUZAMAN MOHAMAD: AJK Keselamatan Perhimpunan.
 KAMARUZAMAN MOHAMAD ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah. Bukan ahli parti politik? 

HASBULLAH MOHD RIDZWAN: AJK Keselamatan Perhimpunan.
HASBULLAH MOHD RIDZWAN ialah Ketua Pemuda PAS SELANGOR. Yang ni pun bukan ahli parti politik ke Nurul Izzah?

 KHAIRUL ANUAR AHMAD ZAINUDDIN @ JONAH: AJK Keselamatan Perhimpunan.
 JONAH ialah Ketua AMK SELANGOR. Projek pun banyak dapat di Selangor. Ni parti kau pun kau tak kenal Izzah?

    HISHAMUDDIN RAIS: Aktivis reformasi/AJK Keselamatan Perhimpunan.
    Veteran huru hara 1997/98. Kalau bukan ahli PKR pun, dia pro PKR dan Islam liberal. Antara orang pertama patut ditangkap masuk ISA. Sumbat dalam sel dan  kasi dia ganja banyak2. Dia akan hisap banyak2 sampai otak dia tercabut.

Dr. HATTA RAMLI: AJK Mobilisasi.
Dr Hatta ialah AJK PAS Pusat. Siapa ko nak tipu ni Izzah?

SYED SHAHIR bin SYED MOHAMUD: /AJK Mobilisasi.
SYED SHAHIR ialah Ketua Cabang PKR KELANA JAYA. Menipu Izzah?

SYED IBRAHIM bin SYED NOH: Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA [GMI]/AJK Mobilisasi.
    Usahlah nak bersembunyi belakang NGO. Dia terlibat dalam MAFREL. Sah orang PKR. Demo anti ISa adalah demo terakhir Mat Sabu pimpin yang tidak berjaya.

 TERESA KOK Suh-Sim: AJK Mobilisasi.
 Terhisap Cock ialah kepala besar DAP dan Ahli Parlimen SEPUTEH/Tengok nanti berapa kerat DAP datang kikiki .... dia patut jadi AJK khusus untuk kudakan PAS.

    BADRUL HISHAM SHAHRIN: AJK Mobilisasi.
    Kalah pemilihan AMK dengan ketot di bawah. Yang ni ko tak kenal jugak Nurul Izzah?

    SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN: AJK Mobilisasi.
Ketua AMK Pusat. Who the fuck are you trying to fool Nurul Izzah???



Ini semua orang-orang PKR, PAS dan DAP!!!

Nurul tahu ini semua!!

Jadi mengapa dia boleh kata Ambiga sudah tendang keluar parti politik?????

Tak lain tak bukan ialah dia MENIPU. Ini lah dia wajah sebenar wakil rakyat Lembah Pantai ini. Muka cantik, tapi tak lebih seorang ahli politik yang licik, masih muda tapi bijak menipu.

Malang sungguh. Sepatutnya orang Lembah Pantai boleh fikir sendiri begini kah manusia yang mereka mahu sokong lagi?

Takkan lah atas dasar muka lembut, muka cantik sahaja orang Lembah Pantai akan tertipu lagi.

Lu fikirlah sendiri.

Thursday, June 16, 2011

PAS Kedah sound Mat Sabu: kalau kita tau hangpa macam ni haghi tu memang confirm tak menang Timbalan!

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Muhammad Sabu dalam akhbar Tamadun

"Kalau kenyataan ini dibuat sebelum muktamar, saya percaya Timbalan Presiden PAS yang baru mungkin bukannya Bang Mat!"

Beginilah kata-kata yang diluahkan oleh Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah kepada Mat Sabu dalam blognya sendiri.

Keras tegurannya.


Biasa nya kalau SetPol buat statement sebegini dah gerenti lah Tuannya iaitu MB Kedah dah approve betul tak?

Kemudian dia menyindir pula.

"alangkah baiknya jika Bang Mat mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas dari kepimpinan PAS di Kedah maupun di Kelantan melalui hubungan dan persahabatan yang baik lagi mesra, sebagaimana Bang Mat berjaya lakukan dengan kepimpinan kerajaan di Pulau Pinang. Maklumat dari pinggiran yang (jika) menjadi asas penilaian Bang Mat, saya khuatiri akan menyebabkan teguran Bang Mat menjadi tidak bermakna dan tidak menguntungkan sesiapa. Teguran terbuka seperti ini juga lebih manis dibuat dulu dalam mesyuarat di peringkat PAS Pusat yang dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS negeri-negeri terbabit."

Adus! Sempat dia fire Mat Sabu seround.

Yang ni dia berlapik sikit, berpusing-pusing, maklumlah orang Melayu walaupun puak-puak PAS ni sekejap dia tak mengaku Melayu, sekejap dia mengaku.

Ringkasnya apa yang dia buat kat sini ialah dia perli Mat Sabu pasal baik sangat dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang, tapi bila time Kerajaan PAS Kedah dan Kelantan dia tak berapa baik.

Heheheheh! Ahuk!Ahuk!

Terbatuk pulak!

Alahai PAS bodoh! Itulah pasal! Belum 2 minggu menang ko tengok lah Timbalan Presiden PAS ko ni yang panggil orang nama macam-macam, AL-Juburi lah, monyet lah, ungka lah, dah buat pasal.

Macam mana korang orang PAS boleh pilih orang ni, yang suka menghina orang lain, merendah-rendahkan orang lain, mempermainkan orang lain, membuat lawak dengan menjatuhkan maruah orang lain, dan membuat orang ketawa berdekah-dekah. Ini Mat Sabu ialah badut politik!

Yang korang perwakilan PAS pilih badut tu buat apa? kan baru dua minggu dah menyosal.

Hihihi PAS.


Sunday, June 12, 2011

Nate Beghuk!! Nurul Izzah mahu Raja Nong Chik ikut Nik Aziz !!!

Maka bermula minggu ini, orang-orang yang selalu menggunakan Jalan Bukit Angkasa akan menarik nafas lega kerana perlahan-lahan penjaja di gerai-gerai tepi jalan di kiri kanan Jalan Bukit Angkasa akan berpindah ke Pusat Penjaja serba baru yang dibina atas usaha Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai.

Pembinaan Pusat Penjaja ini, yang dikenali sebagai Bazaria Pantai, memang berkonsep menang-menang kepada semua orang yang terlibat.

Untuk Penjaja, mereka untung kerana
1. akhirnya mereka dapat lesen, sebelum ini tidak boleh diberi lesen sebab gerai tak sah.
2. dapat tempat baru yang bersih dan teratur.

Untuk penduduk sekitar, mereka untung kerana
1. jalan tak jam lagi. Lagipun mesti jalan akan dibesarkan, maka lagi kurang traffic jam.
2. siarkaki yang mana sekarang ini terletak gerai haram, akan dibina cantik-cantik. Luas pemandangan, tenang sikit kepala dan harga hartanah mereka akan naik.
3. Ada tempat makan yang baru dan bersih untuk turun makan dengan keluarga.

Habis kalau dah semua untung, "win-win" kata orang putih, kenapa masih ada lagi yang bercakap sok-sek sok-sek, keluar kata-kata negatif.

Ada ke?

Adaaaa. Tak lain tak bukan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sekarang ni tak ada kat Lembah Pantai tapi menyibuk di Turki, pantau Pilihanraya Turki.

Nurul komplen kata gerai ni sempit. Tak ada sempit pun. Saiz dia ialah untuk gerai makan 10 x 15 kaki, gerai kering 9 x 10 kaki.

Memang boleh saja buat lebih luas, tetapi perancangan nya ialah membina sebanyak mungkin gerai supaya ramai yang boleh berniaga, jadi tak boleh besar-besar. Hasil pembinaan gerai ini terdiri daripada 157 gerai iaitu 85 gerai kering dan 72 gerai basah, bayangkan berapa banyak orang Melayu Islam dapat berniaga dan dapat kerja? Ini lah pandangan jauh UMNO Lembah Pantai yang usahakan Pusat Penjaja ni.

 
Saiz normal je.



Raja Nong Chik semasa Majlis Pecah Tanah pada 4 November tahun lalu
Kehadiran yang ramai masa Majlis Pecah Tanah 4 November 2010 tanda masyarakat sokong Pembangunan Bazaria!
Raja Nong Chik lawat perkembangan pembangunan, 4 Mac 2011


Mungkin Nurul Izzah nak suruh Raja Nong Chik ikut cara Tok Guru Nik Azis pujaan hati Pakatan membangunkan bazar di Bazar Tok Guru di Kota Bharu kot?

Di Bazar Tok Guru di Negeri Kelantan al-Kebajikan peniaga diberi gerai bersaiz 6 x 8 kaki!

Ulang suara?

6 x 8 kaki!

Sebab itulah Bazar Tok Guru ini dikenali sebagai Lubang Kubur Tok Guru!

Jadi Nurul dan kuncu-kuncunya tak payah sembang kuatlah, projek yang menangkan rakyat, yang diusahakan bertahun-tahun oleh UMNO, bila siap dan menggembirakan rakyat, diherdik Nurul Izzah wakil rakyat yang sedang duduk-duduk di negara Turkey sibuk dengan politik negeri orang.

Bandingkan Bazar yang dibina Negeri Pakatan Rakyat ini dengan yang dibina di Lembah Pantai!

p/s: apa Nurul Izzah buat di Turkey sampai berhari-hari. Lembah Pantai ni dah tak ada rakyat yang boleh dibantu dah ke?



Saturday, June 11, 2011

Lo'Lo' buat bangang lagi kes Kg Baru: Bingai serupa Nurul Izzah juga!

Selain dari Nurul Izzah, ada seorang lagi Ahli Parlimen KL ni yang memang menjadi kegemaran kami. Tak lain tak bukan ialah si Lo'Lo', seorang wanita PAS yang secara peribadi aku memang tak suka sebab mukanya yang sombong.

Sebab apa dia favourite kami ialah statement-statement dia yang 2x5 bingai macam si Nurul jugak.

Dua tiga bulan lepas dia ada melalak menuduh macam-macam kat Kerajaan Barisan nasional kerana katanya Marriott Putrajaya ada tiger show yang dibuat pondan. Maka bersambung-sambunglah si Lo'Lo' ni konon sebagai hero Wilayah Persekutuan menghentam kiri-kanan UMNO dan BN.

kemudian bila blogger-blogger pro-UMNO , termasuk kami di sini dalam posting ini, dengan tenang bagitahu Lo'Lo' "woi, Lo'Lo', Marriott yang kau hentam tu kat Selangor la mangkuk, patutnya ko hentam Kerajaan Selangor!" maka Lo'Lo' dan seluruh jentera PAS terus diam. Tak ada pulak lah nak marah Kerajaan Selangor atau JAIS. Dan jauh panggang dari api lah Lo'Lo' nak mintak maaf kat pimpinan Wilayah dan Nasional yang dia hentam habis-habisan.

Masa tu kami dah tahu dah, "la, Lo'Lo' ni bangang rupanya. Ada ke benda basic Marriott tu dalam negeri mana pun tak boleh check!"

Dan tadi baca Malaysian Insider, jumpa pulak aku statement yang lagi lah memalukan dari LoLo ni. Memalukan sebab dia tak tahu pulak prosedur dalam Parlimen, walhal dia Ahli Parlimen!

Isunya begini:

1. Untuk merealisasikan kehendak pemilik tanah dan pewaris Kg Baru, Kerajaan melalui Kementerian Wilayah telah mengambil langkah positif merancang pembangunan Kg Baru.
2. Antara mekanisma awal yang diperlukan ialah pewujudan sebuah Perbadanan, dan ini mesti melalui sebuah Akta Parlimen.
3. Perkara-perkara ini telah dibincangkan dengan penduduk-penduduk dan persatuan-persatuan penduduk Kg Baru terutamanya MAS, PAKAM, PPKB. NGO-NGO Melayu lain juga termasuk NGO Badan Professional spt Dewan Perniagaan Melayu juga telah dipanggil berbincang beberapa kali.
4. Entah macammana, ada beberapa perkara yang dibincang dalam lab di Melaka yang patut masuk dalam Rang Undang-Undang khilaf tidak dimasukkan.
5. Rang Undang-Undang telahpun dibentang pertama kali, persatuan-persatuan tadi bagitahu kementerian Wilayah yang ada beberapa perkara tidak dimasukkan.
6. kementerian Wilayah yang prihatin dan peka kehendak rakyat semak balik dengan para persatuan, dan bersetuju buat pindaan.

Maka Lo'Lo' pun mengulas.

Yang pertama nya Lo'Lo' dengan selamba badaknya mengaku yang Pindaan ini hasil teguran dia. Banyak punya cengkadak. Ini taktik biasa pembangkang. Biasanya Nurul Izzah dan Sang Papa nya yang terer buat gini, tapi nampaknya sejak PAS berkiblatkan Nuar Berahi taktik Nuar Berahi pun dia dah sapu.

Dah tentu MAS, PAKAM dan PPKB angin kat Lo'Lo' pasal pandai-pandai curi kredit. Pandai-pandai korang lah macam mana korang nak sound kat dia nanti.

Tapi yang kami di Bilik Berita Lembah Pantai ni paling kelakar ialah perenggan terakhir Kenyataan Akhbar Lo'Lo'.

Kata Lo'Lo'

Apa yang paling penting sekali ialah RUU yang asal yang telah dibentangkan pada ???? (tolong isikan, dah lupa) masih belum ditarik balik di Parlimen. Segala pindaan yang dicadangkan itu tidak bermakna dan tidak akan menjadi sebahagian daripada undang-undang selagi mana RUU yang asal masih berada di Parlimen.

Apa bangang ke Lo'Lo' ni hapa? Eh LoLo mari sini Pakcik sekolahkan ko sikit! Kalau ada pindaan pada Rang Undng-Undang, tak perlu tarik balik Rang Undang-Undang tu. Nanti bila bacaan kali kedua dibuat, pembentang boleh membuat bacaan kali kedua dengan pindaan atau tanpa pindaan.

Eleh! Kau ni Ahli Parlimen la sangap! Takkan benda basic ni pun tak tau!

Memang tarak kualiti langsung lah puak-puak PR ni! Buat malu kaum!

Friday, June 10, 2011

Setiausaha Politik Nurul Izzah dikritik hebat aktivis PKR Lembah Pantai!

Kenal siapa Fahmi Fadzil? Mungkin ada yang pernah macam dengar-dengar nama budak ni, budak teater, selalu keluar di Internet di website-website anti-Melayu dan anti-Islam macam Malaysiakini, Nutgraph dan sebagainya.

Tak ramai yang tahu dia juga Setiausaha Politik Nurul Izzah. Menurut sahabat-sahabat dalam PKR, budak ni datang entah dari mana, dan contoh di mana Nurul izzah lebih mementingkan orang luar dari orang Lembah Pantai. Kalau ikut seorang yang melompat keluar dari PKR tempohari, pelantikannya dipaksa ke atas parti oleh Nurul Izzah, tanpa ada perbincangan.

Apa pun kami kat sini malas nak main politik budak-budak PKR kat sini. Jadi kami copy paste kan sikit sedutan dari blogger Semangat98 iaitu orang PKR Lembah Pantai, yang lain boleh baca terus dari blog dia,
Kami dah bagitahu YB Nurul dah pasal budak Fahmi Fadzil ni!
Baru-baru ini Setiausaha Politik YB Nurul Izzah Fahmi Fadzil menjadi figure antarabangsa apabila diarah membuat 100 tweet memohon maaf pada Blue Inc corporation, kerana memfitnah atau lebih tepat melakukan "defamation" kepada syarikat tersebut dalam Twitter.

Seluruh TJ(TwitterJaya) dan TW(Twitterverse) mengangkat fahmi menjadi hero!

Tetapi kami di sini, dari kumpulan-kumpulan kecil penyokong-penyokong PKR (bekas) di Lembah Pantai melihat semua ini sambil menggeleng kepala.

Kenapa?

Sejak mula lagi nama Fahmi Fadzil tiba-tiba dimaklumkan kepada kami akan dilantik menjadi Setiausaha Politik YB, kami ternganga. Siapa budak ini? Kenapa dia tiba-tiba dilantik memegang jawatan yang amat penting dalam satu constituency seperti Lembah Pantai ini? Tidakkah YB Nurul tahu bahawa disebabkan YB Nurul sendiri bukan asal dari kawasan Kerinchi dan Pantai Dalam, maka eloklah melantik Setiausaha Politik dari orang yang ori dari sini.

Baca lagi sini di Semangat98.

Padan muka Nurul Izzah. Itu lah diktator, konon hebat sangatlah Team Harapan Baru Lembah Pantai dia! Kahkahkah!. harapan baru kepala hotak dia! Sembang je kuat, macam bapak dia jugak!

Thursday, June 2, 2011

Ketua Dewan Ulama PAS tegur PAS jangan taksub dengan Anwar dan Pakatan Rakyat

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib akhirnya mengesahkan apa yang golongan orang Islam di Malaysia yang mahu berfikir, yang pakai akal sudah tahu. Iaitu bahawa PAS sudah meninggalkan apa yang digembar-gembur selama ini; rupanya Iman ramai pemimpin PAS terlalu nipis; baru nampak kuasa sedikit sudah terpesong dari iktikad mereka. Baru nampak kuasa sikit mudah sahaja mereka mengikut caturan dan aturan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP atas nama mahu menang undi Cina, mahu menang undi Kristian. Walaupun yang digadai, yang dikompromi itu agama mereka sendiri.

Di mana suara PAS bila Kerajaan-kerajaan Negeri yang mereka pegang berbuat benda yang sama malah lagi teruk dari apa yang mereka tuduh UMNO dan BN buat selama ini? Sudah beratus-ratus kes yang jadi bukti, itupun baru lebih kurang 3 tahun memerintah, itupun baru dapat kuasa Negeri!

Pada golongan yang mahu berfikir di luar sana ingatlah, PAS hanyalah Parti, ada pemimpin dan ahli PAS yang berjaya menahan godaan syaitan dan ada pemimpin dan ahli PAS yang gagal. Sama dengan UMNO. Tapi di antara PAS dan UMNO, UMNO lah yang lebih kuat di dalam PERIKATAN yang dianggotainya bagi tujuan mempertahankan Islam dan Melayu di bumi ini.

Sayugia ingatan Harun Taib merupakan pembuka mata kepada kita. Baca laporan portal PR Malaysiakini di bawah. Apa sebabnya Ketua Dewan Ulama ingatkan PAS supaya jangan terlalu mengikut pimpinan Pakatan Rakyat? Ini kerana SEKARANG INI PAS SUDAHPUN TERLALU MENGIKUT PIHAK TERTENTU DALAM PAKATAN RAKYAT!

Pasal tu kena sound!

Orang yang diikut mereka ialah orang yang bila berjanji dia tak tepati, tengoklah camana Anwar berjanji nak adakan pemilihan PKR yg telus, nak siasat penipuan dlm pemilihan parti mereka sendiri, last-last apa pun takda. Tengoklah janji-janjinya pada berpuluh sahabat yang sudah meninggalkannya. Pilih sahaja satu dari mereka dan 'google' ceritanya. Bukan susah sangat nak tahu kisah sebenar.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang bila bercakap dia bermuka-muka, di depan lain di belakang lain, di depan si A dia kata begini, di depan B dia kata begini. Lihatlah episod penipuan Anwar terhadap Ketua-Ketuanya sendiri di Sabah yang dilaporkan oleh peguam blogger yang taksub pada dia sendiri.

Orang yang diikut mereka ialah seorang yang tidak bijak, lihatlah bagaimana bodohnya dia, menerima Zaid Ibrahim dengan penuh puji-pujian, tapi kemudian sah orang yang dipujinya tak boleh pakai, kutuk maki dia sendiri. Lihat berapa kali dia sudah ditipu dengan pemuka-muka yang sebenarnya hanya hendak pangkat, kuasa dan bila dapat tinggalkan dia dan hina maki pulak dirinya.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang tidak boleh dipercayai, menikam sahabat di belakang, bacalah kisah Dr Halili, kisah Gobalakrishnan, kisah Salehuddin Hasim, kisah Ezam kisah berpuluh malah beratus orang yang telah tinggalkan perjuangan sang Ketua bangsat ini.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang secara terang-terang ada Rakaman yang nampak macam muka dan susuk sebijik rupanya berzina, tapi TAK MAHU LANTIK PAKAR VIDEO BEBAS BUAT KAJIAN, TAK MAHU BERSUMPAH, TAK MAHU MASUK BICARA sebaliknya hanya memekik dan melaung konspirasi, konspirasi.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang ada hubungan terlalu akrab dan mengesyakkan dengan Yahudi-Yahudi dan Kristian Zionis pencincang umat Islam seperti Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Elliott Abrams dan Wiiliam Cohen. Anda google sahaja nama-nama ini. Setahun pun tak habis baca. Atau lawat sahaja http://www.anwaraidc.com yang sudah terlalu banyak mengupas hubungan Anwar dgn golongan ini.

Anwar dan Pencincang Umat Islam terkemuka Paul Wolfowitz.


Ini orangnya yang dimaksudkan Ketua Dewan Ulama PAS. Itu belum lagi cerita Karpal Singh dan kebenciannya pada Islam, cerita pemimpin-pemimpin DAP yang berapa ramai diantara mereka ialah sebenarnya pendakwah-pendakwah Kristian, YANG DIIKUT CATURAN DAN ATURAN MEREKA OLEH PEMIMPIN DAN PENGIKUT PAS! Sebelum tuduh kami fitnah, BUAT siasatan sendiri, jangan asyik melaung fitnah,fitnah macam jahiliah bodoh!

Kepada pembaca di luar sana, fikirkanlah kembali. Kalau Ketua Dewan Ulama PAS boleh berkata begini, apakah segala gerakan dan langkah kita itu aturan dan caturan pergerakan Islam, atau adakah tuan-tuan dan puan-puan bergerak hanya sebagai bidak-bidak catur Pihak-Pihak yang hanyalah jelmaan semula musuh-musuh agama yang sudah beribu tahun memusuhi kebenaran Allah, yang puppet masternya ialah musuh yang satu, Syaitan yang direjam! Fikirkanlah.


Ulama: Jangan terlalu rai rakan Pakatan

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.

Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.

"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).

"Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam Al-Quran dan al-Sunnah," kata Harun.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, sebagai sebuah gerakan Islam, beliau menyeru agar PAS meraikan perubahan dalam arena politik negara ini.

Harun berkata perubahan perlu diraikan selagi tidak bercanggah dengan prinsip dalam usaha mencapaikan kemenangan.

"Tahalluf Siyasi dengan parti bukan Islam sebagai contoh adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan," katanya sambil menambah ia tidak menggadaikan prisip parti sebagai sebuah gerakan Islam.

Teks ucapan Harun bertajuk "Ulama Haraki Teraju Kemenangan" dibacakan timbalannya Datuk Ahmad Yaakob di muktamar dewan itu di Gombak pagi tadi.

'Orang kanan mesti Ulama Haraki'

Dalam ucapannya, Harun turut mengingatkan PAS agar tidak menjadi seperti Umno yang didakwa menggunakan alasan tadarruj (berperingkat-peringkat) untuk menafikan pelaksanaan hukum sedangkan mereka tidak ada matlamat ke arah itu.

"Tadarruj perlu berpaksikan kepada tempoh tertentu yang berakhir dengan pelaksanaan sepenuhnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Harun turut mempertegaskan bahawa bahawa gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa didokong oleh 'Ulama Haraki'.

Harun mentakrifkannya sebagai "golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan amanah perjuangan, sabar dan tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan jihad dalam harakah Islam.

"Parti Islam Semalaysia (PAS) yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti Syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan," katanya.

Sehubungan itu, dari sudut organisasi, Harun berkata pucuk tertinggi parti perlulah disokong oleh para pembantu atau 'orang kanan' yang turut memiliki kualiti sebagai 'ulama haraki'.

"Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepemimpinan, meneraju umat ke arah kemenangan yang diimpikan, di dunia dan di akhirat, -Insya-Allah," katanya.