Tuesday, July 19, 2011

"Kami kerja macam anjing tolong Nurul Izzah" - Aktivis PKR Lembah Pantai

Berapa ramai aktivis PKR di Lembah Pantai dah tak aktif lagi? Jawapannya ramai. Di bawah ialah cerita yang ditulis Wartawan NST semasa 2 pemimpin bawah PKR Lembah Pantai keluar parti.

Tujuan saya menterjemahkannya dalam BM ialah sebagai peringatan kepada kita di Lembah Pantai yang masih termakan janji PKR terutama Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin sekeliling yang taksub kepadanya.

terjemahan dari:http://www.nst.com.my/nst/articles/21leha-2/Article/#ixzz15wXRqVh0

Artikel asal di http://beritalembahpantai.blogspot.com/2010/11/orang-lembah-pantai-jadi-subjek-khas.html

Leha, Jaafar: PKR bukan untuk kami lagi

LEHA jauh di bawah dalam hirarki PKR. Bertahun lamanya ibu muda ini berpegang pada harapan yang parti nya akan membentuk Kerajaan. Jaafar, suami beliau, mempunyai harapan yang sama.

Pasangan ini mempunyai sebuah flat kecil di Kondo Rakyat dalam Kg Kerinchi, Lembah Pantai. Semasa Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha minggu lepas, pasangan ini menjual lemang untuk menambah pendapatan.

Lemang yang mereka bakar memang enak. Pada harga RM8 sebatang, ia belian yang berbaloi. Tetapi peristiwa-peristiwa dalam PKR dalam beberapa bulan lepas membuatkan Leha dan Jaafar kecewa dan marah. Leha telah membuat pertanyaan2 tentang kemungkinan menyertai UMNO, dan tak sabar untuk menyertai UMNO secepat mungkin.

Leha (duduk, pakai baju Chelsea) and Jaafar (berdiri, dua dari kiri)

Sementara Leha dan Jaafar berada di tingkat bawah tangga PKR, pemimpin utama Datuk Zaid Ibrahim juga turut kecewa. Dia tak dapat lagi menerima segala kekalutan dalam parti dan mengumumkan keluar parti pada hari Jumaat.

Zaid besar kemungkinan tidak akan menyertai parti lain, setelah membakar jambatannya dengan UMNO bila dia melompat ke PKR. Hasrat beliau berbeza - beliau mahu menubuh partinya sendiri.

Leha dan Jaafar tidak akan mengikuti Zaid dalam parti barunya. Zaid, pada pandangan pasangan itu, ialah satu dari banyak sebab yang menyebabkan kekecohan dalam parti. Krisis dalam PKR tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda, yang menyebabkan orang-orang seperti Leha dan Jaafar hati panas.

Kata Leha:"Pemimpin PKR tak tahu berterimakasih. Dalam pilihanraya lepas, saya kerja macam anjing tolong Nurul Izzah, anak Anwar, menewaskan calon BN Datuk Seri Sharizat Abd Jalil di Lembah Pantai.

"Nurul akan call saya selalu. Kalau tak telefon, sentiasa ada SMS. Sebagai seorang pemimpin grassroot, saya ada kumpulan kawan sendiri. Dengan kurang tidur tapi banyak usaha, kami tolong hantar Nurul Izzah ke Parlimen.

"Sekarang, hampir tak pernah dapat call dari dia. SMS pun tiada."

Untuk rekod, Nurul Izzah mengumpul 21,728 undi berbanding 18,883 untuk Sharizat. Orang-orang seperti Leha dan Jaafar membantu memberikan Nurul majoriti 2,895 beliau.

Leha melemparkan kata-kata yang kurang enak didengar kpd MPnya tetapi saya tidak mahu berkongsi di sini. Suaminya lebih dramatik. Semasa sidang akhbar minggu lepas, Jaafar membawa sepasang batu nesan sebagai simbol kubur PKR bila masanya kelak.

Bila ditanya mengapa dia bawa batu nesan tersebut, Jaafar kata:

“Saya benci PKR. Saya dah tak tahan lagi. Cakap tak serupa bikin. Penuh dengan janji-janji manis tetapi kosong. Parti ini tiada perinsip, tiada maruah.”

Zaid juga telah muak dengan pergaduhan dalam PKR. Pemerhati politik sebenarnya telah lama merumuskan yang Zaid akan meninggalkan party kerana gayanya tidak kena dengan struktur PKR.

Keluarnya Zaid dari PKR bukan yang terakhir dari hirarki tertinggi parti. Yang lain mungkin menurut. Di hujung skala satu lagi, pemimpin kecil seperti Leha turut mula meninggalkan parti. Ini masa yang mencabar bagi ahli-ahli yang masih kekal di dalam parti.

Contoh pemimpin-pemimpin PKR yang masa nak menang cakap lain, bila dah menang buat lain

Monday, July 18, 2011

Sah KORUPSI Politik Wang dalam Parti Keadilan! Pengakuan bekas TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan!

Sebelum masuk Parti Keadilan semasa zaman reformasi dulu, nama Chandra Muzaffar dihormati segenap rakyat kerana beliau orang akademik yang hebat.

Lepas tu join Anwar, separuh rakyat menyampah, sebelum akhirnya dia keluar lalu dimaki pula oleh penyokong-penyokong Anwar.

Takpalah, kurang-kurang dah keluar, walaupun nama dah busuk juge lah.



Di bawah wawancara AIDC dgn Chandra, di mana Chandra akui Parti Keadilan memang main politik wang. Kita dah lama tahu, tapi ni dr mulut Timbalan Presiden sendiri, so lebih umpph dan jadi bukti. Apa kata penyokong Pakatan? Main duit tu BERSIH ka? Ptuiiii!

Pada orang-orang Lembah Pantai yang masih sokong PKR ni, sudah-sudah la. Baca sendiri la apa Bekas Timbalan Presiden parti awak sendiri kata.

Wawancara AIDC bersama Chandra Muzaffar

Q: Pengalaman Prof mengenali Anwar iaitu ketika beliau dipecat dari UMNO dan semasa Prof menyertai Keadilan. Adakah Anwar yang sama Prof kenali?

Bagus soalan itu ya. Beginilah. Saya mengenali Anwar sebagai individu yang pada satu masa dulu ketika sama-sama memperjuangkan isu-isu seperti akta pertubuhan. Kita menentang bersama-sama.

Pada masa itu, dia sebagai Presiden ABIM, saya sebagai Presiden ALIRAN. Dan ada beberapa isu lain tentang masyarakat, hak asasi manusia, kita juga bekerjasama.

Itulah hubungan saya dengan Anwar sebelum dia masuk UMNO.

Q: Sekitar tahun 1970-an?

Tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sebelum dia masuk UMNO.

Pada tahun 1982 dia masuk UMNO, hubungan saya pada masa itu lebih mirip kepada isu-isu hak asasi manusia.

Ketaatan dia kepada perjuangan itu tidak dapat dipersoalkan. Dia memang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu itu. Kita sokongnya dan dia sokong perjuangan kita.

Selepas dia masuk UMNO, sebenarnya saya tidak ada interaksi dengannya, lama. Mungkin sepuluh tahun tak ada interaksi langsung dengannya.

Tidak bermakna kita jadi musuh. Tetapi tidak ada interaksi. Jadi, saya tidak terlibat dalam kepartian.

Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan konsep dialog antara peradaban. Oleh kerana ini adalah satu tema yang rapat dengan hadiri, melalui kawan-kawan tertentu di Pulau Pinang, kita berbincang dan mengaturkan beberapa persidangan.

Apabila Anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, masa itu, saya menganggap diri saya adalah sebagai kawannya. Hubungan kita pun bagus sebagai kawan. Dan saya pun berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Berinteraksi dengannya dan sebagainya.

Soal persahabatan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong saya mengambil stand tertentu sokong dia. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang saya anggap pada masa itu adalah sebagai kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

Dia dibelasah di penjara dan matanya ditumbuk oleh IGP dan sebagainya. Itu yang menjadi isu besar pada masa itu.

Saya bersama-sama dengan Dr. Wan Azizah, tubuhkan NGO ADIL. ADIL sebelum parti KeADILan.

Itulah pada mulanya saya memperjuangkan isu Anwar.

Selepas dua tahun dalam parti itu, saya sudah nampak stail politiknya. Kekotoran politiknya. Cara dia melakukannya benda-benda tertentu yang saya tidak boleh terima. Sebab itulah saya undur.

Isu yang membimbangkan saya tentangnya, saya secara terus-terang membangkitkan kepadanya. Setiap kali dia memberi jawapan tertentu, beri alasan. Termasuk isu moral dan peribadi.

Q: Ada penjelasan?

Ada.

Q: Prof berhujah dengan dia tentang soal moral ini termasuk liwat?

Ya..ya.. Saya terus-terang dengan dia. Saya berhujah dengan dia.

Bila saya dengar isu-isu ini sebelum dibahas di khalayak ramai, saya sudah bincangkan isu-isu ini dengannya. Dia ada dia punya jawapan.

Dia kata, ini memang rekaan, ada musuh-musuh dia nak kenakan dia. Tapi, selepas tiga..empat kali, orang pun mula berfikir. Ini benar ke tidak?

Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.

Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu.

Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia ada jawapannya.

Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku. Walhal, artikel itu atas namanya.

Q: Prof membangkitkan artikel tersebut?

Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa pendiriannya di Times Magazine.

Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya. Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (Zionis).

Juga tentang politik tempatan. Dia selalu berhujah tentang rasuah, politik wang dan sebagainya. Tapi, saya sendiri tahu apa yang berlaku dalam Parti Keadilan. Itulah sebabnya saya membuat keputusan ini. Keluar parti. Saya tahu dalam Parti Keadilan itu ada politik wang. Wujud politik wang.

Dan saya juga tahu dalam soal-soal tertentu tentang perkauman. Kita sebagai Parti Keadilan pada masa itu kritik BN kerana perkauman. Tetapi perkauman juga berlaku dalam parti kita, yang saya maksudkan, cara kita mempermainkan isu-isu perkauman.

Dalam Pilihan Raya Kecil Lunas umpamanya. Keadilan mempermainkan sentimen kaum untuk menang pilihan raya. Jadi, saya nampak Anwar banyak kontrakdiksi.

Itu sebab saya menarik diri.

Baca Wawancara Penuh di AIDC.

Tuesday, July 12, 2011

Kalau Bob Lokman betul dah taubat, masih ambil kah royalti muzik dan lagu? Minta penjelasan?

Oleh: Wartawan Hiburan Berita Lembah Pantai

Bob Lokman glamer di Rusuhan Bersih

 Setelah puas mentekedarah hasil muzik dan lagu, dan (menurut beliau sendiri) hidup dalam maksiat dan dosa sampai anaknya pun tunggang-langgang, Bob Lokman tiba-tiba kata dia dah taubat.

Sambil dia taubat, dia menjaja cerita menyalahkan BN atas kegagalan nya sendiri sebagai manusia dan sebagai seorang ayah.

Nak tanya Bob Lokman, sudahkah anda tolak 100% royalti yang anda terima dari muzik dan lagu yang anda cipta?

Bukan itu semua duit haram ke?

Saja je nak tahu. Kalau ada sesiapa puak PAS baca posting ni dan terjumpa Bob Lokman, tolong tanyakan boleh?