Monday, December 5, 2011

Ahli Parlimen Lembah Pantai kita promo arak, hidup Nurul Izzah!

Apa Perlu Nurul Izzah promosi acara Arak ini?


Hidupku, matiku, bangunku, tidurku, semuanya untuk menang undi. Semuanya untuk menang pilihanraya.

Mungkin itu lah penyakit sesetengah Ahli Politik kita hari ini.

Sedih sungguh difikirkan.

Apa nak jadi Nurul, promosikan kelas Wain!


Terbaru, mungkin kerana terlalu ghairah, terlalu berahi nak menang undi orang-orang kaya, orang-orang berada di kawasan Bangsar, maka Nurul Izzah tanpa segan silunya mempromosikan Acara Arak di Bangsar.

Malah Nurul juga turut secara jelas mempromosi kelas wain dengan menaip sendiri dalam twitternya tentang "wine masterclass" atau acara belajar selok-belok wine. Ini kelas belajar pasal ARAK ni Puan Nurul Izzah woi!

Mungkin bagi Nurul wain ni adalah arak orang kaya, jadi kelasnya lain. Maklumlah anak bekas Timbalan Perdana Menteri la katakan.

Taubat lah Puan YB Nurul Izzah. Mungkin Puan terdesak sebab semakin ramai orang Lembah Pantai yang mengundi Puan dulu sudah berkira-kira untuk mengundi Raja Nong Chik kali ini, tapi itu bukan bermakna kita boleh buat apa saja yang kita mahu untuk UNDI.

HIDUP ARAK!

SOKONGLAH ARAK DEMI UNDI!