Tuesday, July 24, 2012

Pegawai SPR Lembah Pantai kata dia berseloroh dgn Nurul Izzah, tapi Nurul besar-besarkan untuk politik.



Sekonyong-konyong Nurul Izzah menyalak lah sekali lagi tentang SPR, kali ini dia mengadu bahawa Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 iatu Encik Mohd Najib Mohd, telah mengatakan kepada Nurul bahawa kalau pegawai itu dipilih sekali lagi jadi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lembah Pantai, maka dia akan pastikan Nurul Izzah tak menang.

Aduan Nurul Izzah disiarkan portal-portal Pakatan Rakyat, terutama Malaysiakini dan diulang-ulang blog-blog najis Pakatan Rakyat.

Tapi apa yang sebenarnya terjadi?

Sebenarnya, semasa kejadian, Pegawai tersebut hanya berseloroh sahaja dengan Nurul Izzah.

Kejadian berlaku dalam Majlis Perjumpaan bekas Datuk Bandar KL, Datuk Mohd Fuad yang akan meninggalkan jawatannya, dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Keseluruhan majlis berlangsung dalam suasana ringan, selamba dan berseloroh.

Hinggakan Ahli-Ahli Parlimen PR boleh cakap kat Datuk Mohd Fuad supaya masuk PR dan jadi calon PR dalam Pilihanraya.

Dalam suasana santai dan selamba inilah Pegawai bernama Najib itu berseloroh dengan Nurul Izzah tentang hal-hal berkaitan Pilihanraya. Semua kenyataan adalah selamba dan "joking" sahaja.

Tup-tup Nurul gunakan sesi "joking" ini sebagai modal politik!

Sila baca kenyataan akhbar Najib.

KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi".

Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam.

Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu.

Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau.

Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja.

Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat.

Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan.

Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya.

Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini.

MOHD NAJIB MOHD

Kami di Berita Lembah Pantai ingin menegur secara baik YB Nurul Izzah dan menggesa beliau mengamalkan politik yang lebih bertanggungjawab. Jangan gunakan kakitangan kerajaan sebagai modal politik anda.

Sunday, July 8, 2012

Terimakasih Raja Nong Chik untuk Taman Rimba Bukit Kerinchi!

Lepaskan ikan tanda merasmikan Taman Rimba

Raja Nong Chik menandatangani plak perasmian
 
Dah berpuluh tahun dah keluarga kami para wartawan berita Lembah Pantai duduk di Lembah Pantai, tetapi memang tidak pernah wujud sesuatu taman rekreasi yang tersusun sepertimana di tempat-tempat lain di KL. Ampang ada Taman Tasik di Ampang Hilir, Keramat ada Taman Rekreasi yang baru dan canggih, Titiwangsa ada Taman Tasik, Bandar Tun Razak, Cheras semua ada taman-taman yang besar, Kepong ada Taman Metropolitan, tempat orang main layang-layang, ada FRIM, Bukit Bintang ada KLCC, tapi Lembah Pantai memang tak pernah ada tempat yang best nak bagi rileks kepala sikit tengok alam semulajadi.

Tapi kita di LP ni faham, banyak lagi fokus Kerajaan untuk tingkatkan kehidupan rakyat, jadi tak pernah lah kita komplen utk buat Taman pulak. Nak taman-taman ni kehendak orang senang.

Mujur lah seorang pemimpin jati Lembah Pantai dilantik jadi Menteri. Dan bila Raja Nong Chik yang sudah berpuluh tahun aktif di Lembah Pantai naik Menteri, secara langsung beliau nampak sebuah Taman Rekreasi sebagai satu keperluan meningkatkan kesejahteraan orang Lembah Pantai.

Taman Rimba Bukit Kerinchi ini terletak di Simpang Tiga, Jalan Kubur, Pantai Dalam. Baru 30% siap, 70% lagi coming up.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik pada 7/7/2012, iaitu semalam.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik berkata, taman ini dibangunkan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada Jun lalu yang melibatkan kawasan seluas 0.4 hektar. Bagi fasa kedua dan ketiga pula hanya akan bermula pada tahun depan. “Luas keseluruhan tapak kawasan hijau ini adalah 66.15 hektar dan ia merupakan kawasan bukit yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan dimiliki sepenuhnya oleh DBKL dan dirizabkan sebagai kawasan hijau

Kami dari Berita Lembah Pantai ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih pada Raja Nong Chik. Kalau nak harap pada wakil rakyat Lembah Pantai tu, mungkin jalang ke Simpang Tiga pun dia tak tau!

Monday, July 2, 2012

PANAS! Penceramah Pakatan Rakyat puji melangit Raja Nong Chik depan Nurul Izzah dalam ceramah di Lembah Pantai!



Padan muka Nurul Izzah! Semenjak dua-menjak ini, tak habis-habis dia mencanang kononnya Raja Nong Chik ada kes Syarikat Istijuara yang mana anak Raja Nong Chik ialah pemegang saham dapat projek RM30 juta.

Sedangkan hakikatnya ialah:-

(1) Projek tu dapat pada tahun 2006, 3 tahun sebelum Raja Nong Chik jadi Menteri.
(2) Masa Syarikat Istijuara ini dapat projek itu pada tahun 2006, bukan anak Raja Nong Chik belum jadi pemegang saham. Pemegang-pemegang saham ialah orang-orang lain. Bermakna saham Syarikat itu hanya dibeli anak Raja Nong Chik selepas dapat Projek. Bermakna projek itu diperolehi Syarikat masa ia tak ada kena-mengena pun dengan Raja Nong Chik.

Nurul Izzah bukan tak tahu perkara ini. Tapi dia nak juga memfitnah.

Lalu dibawanya seorang saudara Raja Nong Chik, orang PKR, namanya Tunku Harmy dari Negeri Sembilan, utk beri Ceramah di Lembah Pantai dalam ceramah yang dihadiri Nurul izzah sendiri.

Habis apa kata Tunku Harmy?!

1. "Saya pada satu ketika dulu adalah Timbalan Presiden Kelab Usahawan Bumiputera. Pada ketika itu, Raja Nong Chik ni Bendahari saya. Tuan-tuan, saya tak nak kata dia tak baik, dia manusia yang baik!" - Tunku Harmy.

Hah, padan muka Nurul Izzah.

Lagi apa kata Tunku Harmy.

2. "Ni saya cakap ni tuan-tuan, minta maaflah Cik Nurul. Saya cakap macam ni menang pulak dia kan?! Dia manusia yang baik tuan-tuan. Dia jadi Bendahari, kira satu sen pun. Semua dia kira. Dia tak berani nak bohong, tak berani nak apa.., semua dia kira." - Tunku Harmy.

Hah. Lagi lah masak Nurul Izzah. Penceramah upahan nya baling tahi kat muka Nurul sendiri.

Lagi apa kata Tunku Harmy dr Negeri Sembilan ni ye?

3. "Jadi, saya tahu dia ni sejak dari kecil lagi. Keluarga dia pun keluarga orang baik-baik. Semua lurus-lurus. Rasuah tak nak, apa tak nak. Bapa dia kaya tuan-tuan, hidup lagi, umur 90 tahun dah. Saya ingat rumah pintu kedai yang dia beli, saya rasa nilai harta mau sampai 1 bilion tuan-tuan.” - Tunku Harmy

Hahahah. Ini Hari Ini Dalam Sejarah di Lembah Pantai. Penceramah Pakatan Rakyat puji melangit Raja Nong CHik. Kalau penceramah PKR sendiri kata Raja Nong Chik ini orang baik, amanah sehingga satu sen pun dia berkira, TIDAK rasuah, keluarganya semua baik-baik, elok benarlah tu.

Ini semua orang Lembah Pantai tahu!

Dan orang Lembah Pantai juga tahu dia datang dari keluarga usahawan yang sangat-sangat berjaya, dan sebab itu lah tak ada sebab untuk dia rasuah.

Terimakasih Nurul Izzah kerana akhirnya mengaku Raja Nong Chik ini baik dan calon terbaik untuk jadi wakil kepada rakyat Lembah Pantai!