Monday, September 10, 2012

20,000 ke 25,000 di Jamuan Raya BN Lembah Pantai. Tahniah Raja Nong Chik!

Hebat sambutan Jamuan Raya Barisan Nasional Lembah Pantai yang diterajui Raja Nong Chik tahun ini yang diadakan di ruang parking Bangunan UOA di Kerinchi.

Beberapa sumber yang biasa buat crowd counting ini, termasuk abang-abang Polis di Balai Polis Kerinchi yang berdepan dengan tapak Majlis yang sempat wartawan kami temuramah pada malam itu, bersetuju bahawa jumlah anggaran dari mula acara ke habis ialah sebanyak 20,000 ke 25,000 orang.


Majlis diakhiri dengan lagu-lagu bercorak Kemerdekaan dan Patriotik serta kibaran bendera. Seronok tengok budak-budak kecil yang buat 'show' atas pentas. Hebat penutup Jamuan Raya ini. Tahniah pada BN Lembah Pantai.





Beberapa Pemerhatian wartawan Berita Lembah Pantai:

1) Jumlah orang nampak lebih banyak dari tahun lepas, tapi kereta yang parking di kiri-kanan jalan kurang dari tahun lepas. Rumusan kami ialah tahun ini lebih banyak orang tempatan yang datang berjalan kaki dan tidak bawa kereta.

2) Tahun ini juga tidak ada pemberian sumbangan dan cabutan bertuah mcm tahun lepas. Jadi orang ramai tahun ini memang datang utk makan dan meriahkan Majlis.

3) Persembahan tahun ini jauh lebih menarik dari tahun lepas, terutama kerana kekuatan 2 orang pengacara, Abon dan Ali Mamak. Besar peranan pengacara.





4) Ramai Cina dan India, termasuk kumpulan besar Cina yang kami difahamkan para pengundi yang datang dari Taman Seri Sentosa, peti undi Cina terbesar di Lembah Pantai. Ini sangat mengejutkan.

Rumusan wartawan kami:

Sokongan padu pada BN dan Raja Nong Chik dari masyarakat Kerinchi dan Pantai Dalam. Kehadiran kontinjen besar Cina terutama dari Sentosa mengejutkan dan mungkin satu trend baru Lembah Pantai. Jumlah turn-out yang sangat ramai begini, bagi Majlis malam hari, tanpa ada sumbangan, dan tanpa kehadiran PM atau TPM atau artis-artis besar, menunjukkan orang ramai selesa dengan BN Lembah Pantai dan Raja Nong Chik. PKR pasti risau tengok perkembangan ini.