Thursday, April 29, 2010

Analisis Hulu Selangor(2): Membaca Undi Kaum Cina

1. Keseluruhan jentera dan pimpinan BN terkejut beruk dengan keputusan undi Cina di HulSel. Walaupun sudah ada laporan risikan bahawa undi Cina memang dijangka akan meningkat dari PRU-12, namun jauh di sudut hati masing-masing pimpinan dan penyokong BN yakin rangsangan-rangsangan ekonomi selepas Najib jadi PM serta program 1Malaysianya boleh dapat swingkan sikit undi Cina.

2. Ternyata semua ini meleset sama sekali.

3. Rupa-rupanya telahan risikan dan Lim Kit Siang lebih tepat. 72% pengundi Cina mengundi PKR. Dan jika kita lihat lebih dalam lagi tentang kedua-dua calon dan kaitkan pula dengan trend pengundian kaum Cina, keputusannya memang patut menakutkan BN.

4. Pertama, calon PKR Zaid Ibrahim orang Melayu sedangkan lawannya seorang non-Malay. Kalau mengikut sentimen sekarang, ramai pemerhati beranggap kaum Cina memang menyampah sangat dengan orang Melayu. Sepatutnya mereka lebih bersedia untuk mengundi calon India iaitu Kamalanathan. Tetapi ramalan ini meleset.

5. Kedua, Kamalanathan lebih kurang macam anak tempatan, datang dari bandar Rawang yang berdekatan, sedangkan Zaid anak Kelantan, negeri yang amat asing bagi Cina Hulu Selangor. Sepatutnya sentimen ini juga membantu BN, tetapi ia langsung tak relevan untuk PRK kali ini.

6. Ketiga, daripada 17,000 pengundi Cina di Hulu Selangor, 7,000 adalah ahli MCA. Sebaliknya angka menunjukkan hanya lebihkurang 4,760 pengundi Cina mengundi BN. Mana perginya baki ahli MCA itu?

7. Keempat, undi kaum Cina konsisten di setiap saluran. Maksudnya, orang Cina tua dan muda sama banyak menolak BN. Ini bertentangan dengan pola pengundian sebelum ini, di mana walaupun pengundi Cina muda (saluran 4 dan 3) memang menolak BN, tetapi pengundi Cina tua (saluran 1 dan 2) dilihat lebih seimbang; BN kalah tak banyak. Kali ini, BN kalah teruk di semua saluran.

Sampel Peti Undi Cina di HulSel:




(Sampel peti undi Kg Baharu KKB ini berulang di semua kawasan majoriti Cina, terutama di kesemua 13 peti undi Kampung-Kampung Bahru Cina - kesemua saluran 1-4 menolak BN secara konsisten)

8. Beberapa soalan menarik timbul daripada statistik undi Cina di atas.

9. Pertama, Adakah trend ini bersifat ”local” dan disebabkan faktor-faktor lain seperti pergaduhan dalaman MCA Bahagian (seperti yang didakwa Chua Soi Lek) ataupun ini juga trend nasional?

10. Bagi saya, berdasarkan perenggan 4-7 di atas, dan berdasarkan pemerhatian umum dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Cina peringkat grassroots di kawasan saya sendiri, trend ini sebenarnya bersifat nasional. Dan trend ini jelas selari dengan kempen Pakatan Rakyat yang sudah lama dijalankan di peringkat nasional supaya rakyat Cina menolak BN.

11. Kedua, soalan Cepumas, Mengapa?

12. Chua Soi Lek memberikan 3 sebab; (i) pergolakan dalaman MCA Hulu Selangor, (ii) stature Zaid Ibrahim di peringkat naisonal berbanding Kamalanathan yang tidak dikenali pengundi dan (iii) kenyataan sensitif pemimpin BN peringkat nasional dan juga Perkasa.

13. Ulasan pertama saya ialah Chua Soi Lek ni jelas malu nak cakap sebab ke-4, iaitu bahawa dia sendiri tak ada integriti sebab kantoi jadi pelakon blue dalam video seks, dan sehubungan itu jatuhnya integriti MCA sebab memilih seorang yang bermoral busuk menjadi Presiden.

14. Tapi dalam kita melekehkan Chua Soi Lek porno ini, kita harus ingat beliau juga tahu apa yang beliau cakapkan. Dalam posting ini saya tak berminat menyentuh sebab (i) dan (ii) yang beliau beri, tetapi sebab yang (iii) tu saya setuju benar.

15. Selepas PRU-12, orang Melayu rasa betul-betul terkejut dan tertekan dengan suara-suara yang didengar dari orang2 Cina dan India yang mengasak dan mempertikaikan hampir kesemua aspek orang Melayu di Malaysia ini sehingga sampai berani mendebatkan perkara paling pokok sekalipun (isu Kalimah Allah). Dan balasannya, orang Melayu ramai yang bangkit dalam berbagai bentuk, termasuklah melalui platform Perkasa. Akibatnya, kenyataan-kenyataan agresif membela Melayu dikeluarkan, dan ini menakutkan pula Kaum Cina dan India. Ia menjadi satu 'vicious circle'; aku kutuk kau, kau kutuk aku, aku kutuk kau lagi hebat, etc, etc, berterusan tanpa penghujung.

16. Malangnya, ada pemimpin UMNO juga dilihat terlibat dalam pertembungan ini. Kenyataan Datuk Nasir Safar, Datuk Noh Omar dan TPM Tan Sri Muhyiddin, dan ditambah pula dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dalam Perhimpunan Agung Pertama Perkasa dijadikan peluru oleh penentang BN untuk menakutkan pengundi Cina Hulu Selangor. Perkara ini diasak mereka bertubi-tubi dalam ceramah dan kempen rumah ke rumah, dan itulah faktor utama yang menyebabkan undi Cina jatuh ke tahap paling teruk 28% bagi BN.

17. Dan kita yakin jika kawasan yang sehulu Hulu Selangor menunjukkan trend sebegini, bagaimana pula kisahnya di kawasan yang penduduknya”urban”, lebih terdedah kepada isu-isu nasional? Bagaimana dengan kawasan seperti Lembah Pantai, yang peratusan pengundi Cinanya hampir sama dengan peratusan Hulu Selangor. Rasanya kita boleh tambah kurang-kurang 5% lagi swing undi Cina ini ke Pakatan Rakyat jika pilihanraya diadakan sekarang.

18. Walau bagaimanapun, bagi saya, bukan semuanya buruk untuk BN. Najib masih baru, dan konsep 1Malaysia beliau mungkin masih belum meresap dalam jiwa rakyat lagi. Kabinet yang ada masih kabinet Pak Lah, dan muka-muka liability nanti boleh diganti dengan muka-muka yang lebih berkaliber pilihan beliau sendiri sebelum PRU-13. Samy Vellu akan turun, dan ini saja boleh swing undi rakyat Malaysia pelbagai bangsa balik ke BN beberapa peratus. Chua Soi Lek porno juga dijangka menguatkan kedudukan beliau dan menyusun semula MCA segenap peringkat, dan jika MCA boleh menghentikan pergolakan dalamannya, faktor ini juga mampu menarik balik sedikit undi Kaum Cina.

19. Namun dari pemerhatian saya dan perbincangan dengan sahabat-sahabat kaum Cina, apa yang kebanyakan orang Cina mahu ialah supaya pemimpin UMNO menghormati perasaan mereka. Dan saya setuju sebenarnya. Apa yang selalu terjadi ialah kenyataan-kenyataan anti-Melayu dikeluarkan oleh pihak menyokong Pakatan Rakyat, baik dari DAP ataupun dari individu dan pihak yang menyokong mereka, seperti penyumbang-penyumbang Malaysiakini. Tetapi sebagai respon pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari UMNO membalas dengan membantai kaum Cina secara keseluruhan. Mereka tidak sedar yang itu semua ialah perangkap penyokong PR, yang sebenarnya memang mengharapkan respon sebegitu. Jadi selepas ini eloklah Najib mengeluarkan moratorium kepada seluruh pemimpin UMNO sehingga ke peringkat cawangan sekalipun supaya menghentikan terus segala kenyataan keras mengenai isu bangsa, sebaliknya sentiasa menggunakan ayat berlapik dalam memperjuangkan hak mereka. InsyaAllah jika kaum Cina melihat yang orang UMNO sentiasa beradab dan berhemah dalam mempertahankan hak mereka,maka tidak mustahil BN boleh dapat kembali sebahagian undi Cina yang kehilangan ini.

Next: Undi India – Juga Parah untuk BN sebenarnya!

No comments:

Post a Comment