Hari ini Pemberita Lembah Pantai tersentak sedikit. Selak-selak suratkhabar, penuh dengan macam-macam berita dan yang pastinya berita Kongres Nasional PKR. Sudahlah dengan presidennya mendabik dada dan mendakwa DS Anwar 'anugerah Tuhan' kepada semua rakyat dan dilahirkan untuk memimpin negara, BORN TO LEAD THE NATION! Aku rasa kenyataan ini agak keterlaluanlah.
Dan dengar-dengarnya, ada ramai juga yang tak bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR ni, macam masuk bakul angkat masuk lif tekan butang lif paling atas. Sekejap lagi dekat pejabat masa minum pagi confirm ramai rakan-rakan aku akan menyentap komen pasal kenyataan ni. Ye lah, tahulah sebagai isteri kena taat pada suami, tapi tengok limit dan agak-agak lah.. takkan sampai masuk bab ketuhanan kot. Tak payah berbincang pon mesti ada akan tanya dia, tuhan sapa lak yang confirmkan DS Anwar ni anugerah dia.
Dah la DS Anwar dengan tenang je kasi orang-orang bukan Islam pakai kalimah Allah (ha.. isu ni kena refer posting lepas-lepas lah, nak komen kat sini lambat lak aku gi kerja kang). Ok la.. rasa-rasa macam malas nak join geng-geng ofis breakfast hari ni lah, kalau tak penat nak melayan macam-macam angle punya discussion.
Satu lagi, Ahli Parlimen Lembah Pantai ni, aduh.. tak tau nak cakap macamana. Dulu masa aku kat sekolah, ada cikgu sejarah ni, cukup sempoi.. selain daripada kata 'tak payah susah-susah sangat study, ni semua dunia aje' antara nasihat dia, 'jangan bagi peluru kepada musuh untuk dia gunakan tembak kita' Tup-tup dengan tenang je YB Nurul kasi peluru baekk punya. Nak cakap tak pandai, mesti la pandai sebab belajar tinggi kan. Ada ke dia kata, dalam ucapan rasmi lak tu, ' Tiada tempat untuk personaliti dalam PKR,dan PKR adalah berasas kan prinsip'. Habis, mana nak letak ayahanda DS Anwar? Bukankah dia tu personaliti? Dan jawatan Ketua Umum tu pun bukan jawatan yang dimenangi atas tiket demokrasi. Siapa pulak yang lantik? Bukankah apa yang dipertuturkan oleh YB Nurul tu bercanggah dengan apa yang dipraktikkan oleh kepimpinan dan parti PKR? Aku tak paham la.
Pening kepala pikir. Dah la Kongres Wanita hari sebelum tu pun mendewa-dewakan DS Anwar, Bonda Presiden top up lagi cakap DS Anwar anugerah Tuhan (aku baca je ucapan dia, ada rasa takut gak pasal ada bau-bau sikit lagi nak cakap DS Anwar ni macam nabi pun ada, entahlah). Sekali YB Nurul cakap tiada tempat untuk personaliti. Ish.. semakin hari semakin menyimpang aku rasa PKR ni. Nasib baik aku sempat tarik handbrake dulu. Kalau tak, mesti aku tercangak dekat Kongres AMK.
Tapi, kalau aku pegi Kongres AMK tu, lagi aku menyirap kot. Baca artikel bawah ni. Ada ke patut, dah la quote ayat Quran. Pastu perwakilan lain siap mengiyakan bacaan tafsir yang salah. Adus.. malunya aku.. orang melayu Islam kena main lagi...
(Lapuran media hari ini 29.11.2010)

Ayat suci al-Quran dimanipulasi ahli bukan Islam
PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.
Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."
Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.
Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.
Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.
Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.