Showing posts with label berita lembah pantai. Show all posts
Showing posts with label berita lembah pantai. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

PKR guna berpuluh Bas angkat orang luar dengar ceramah Anwar di Bangsar.

Hari ini ada ceramah Anwar Ibrahim di Bangsar. Kalau sebelum ini di Sentosa, iaitu satu lagi kubu kuatnya Pesta Ponggal yang dianjurkan PKR Lembah Pantai dan dihadiri Anwar hanya didatangi 500 orang, itupun selepas 4-5 jam Anwar menundakan kedatangannya, kali ini nampaknya anaknya Nurul Izzah dah pandai.

Apa taktik?

Bawak orang dari tempat lain lah, apa lagi.

Ini bukti-buktinya.









Tahniah Nurul Izzah dan penganjurnya yang kuat memfitnah, Fahmi Fadzil. Dah pandai dah import orang ye? Patut lah lain macam je crowd kami tengok, tak rupa orang Bangsar rupanya import! Dengarnya dari PJ Selatan. Nantikan susulan siasatan kami!







Thursday, January 17, 2013

Nurul Izzah malu besar bila orang Lembah Pantai tanya "Awak ni siapa ye?"

 Aduss! BeritaLembahPantai ada cerita panasssss tentang Nurul Izzah.

Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.

Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada.

Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR.

Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang.

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, serta beberapa muslimat kariah Surau An-Nur, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?"

Berubah muka Nurul Izzah.


Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,

"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing.

Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah!

Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!

Nurul Izzah dan orang-orang kanannya. Hebat gaya, tapi tak seorang pun dari Lembah Pantai, termasuk Nurul Izzah sendiri




Monday, September 10, 2012

20,000 ke 25,000 di Jamuan Raya BN Lembah Pantai. Tahniah Raja Nong Chik!

Hebat sambutan Jamuan Raya Barisan Nasional Lembah Pantai yang diterajui Raja Nong Chik tahun ini yang diadakan di ruang parking Bangunan UOA di Kerinchi.

Beberapa sumber yang biasa buat crowd counting ini, termasuk abang-abang Polis di Balai Polis Kerinchi yang berdepan dengan tapak Majlis yang sempat wartawan kami temuramah pada malam itu, bersetuju bahawa jumlah anggaran dari mula acara ke habis ialah sebanyak 20,000 ke 25,000 orang.


Majlis diakhiri dengan lagu-lagu bercorak Kemerdekaan dan Patriotik serta kibaran bendera. Seronok tengok budak-budak kecil yang buat 'show' atas pentas. Hebat penutup Jamuan Raya ini. Tahniah pada BN Lembah Pantai.





Beberapa Pemerhatian wartawan Berita Lembah Pantai:

1) Jumlah orang nampak lebih banyak dari tahun lepas, tapi kereta yang parking di kiri-kanan jalan kurang dari tahun lepas. Rumusan kami ialah tahun ini lebih banyak orang tempatan yang datang berjalan kaki dan tidak bawa kereta.

2) Tahun ini juga tidak ada pemberian sumbangan dan cabutan bertuah mcm tahun lepas. Jadi orang ramai tahun ini memang datang utk makan dan meriahkan Majlis.

3) Persembahan tahun ini jauh lebih menarik dari tahun lepas, terutama kerana kekuatan 2 orang pengacara, Abon dan Ali Mamak. Besar peranan pengacara.





4) Ramai Cina dan India, termasuk kumpulan besar Cina yang kami difahamkan para pengundi yang datang dari Taman Seri Sentosa, peti undi Cina terbesar di Lembah Pantai. Ini sangat mengejutkan.

Rumusan wartawan kami:

Sokongan padu pada BN dan Raja Nong Chik dari masyarakat Kerinchi dan Pantai Dalam. Kehadiran kontinjen besar Cina terutama dari Sentosa mengejutkan dan mungkin satu trend baru Lembah Pantai. Jumlah turn-out yang sangat ramai begini, bagi Majlis malam hari, tanpa ada sumbangan, dan tanpa kehadiran PM atau TPM atau artis-artis besar, menunjukkan orang ramai selesa dengan BN Lembah Pantai dan Raja Nong Chik. PKR pasti risau tengok perkembangan ini.















Sunday, July 8, 2012

Terimakasih Raja Nong Chik untuk Taman Rimba Bukit Kerinchi!

Lepaskan ikan tanda merasmikan Taman Rimba

Raja Nong Chik menandatangani plak perasmian
 
Dah berpuluh tahun dah keluarga kami para wartawan berita Lembah Pantai duduk di Lembah Pantai, tetapi memang tidak pernah wujud sesuatu taman rekreasi yang tersusun sepertimana di tempat-tempat lain di KL. Ampang ada Taman Tasik di Ampang Hilir, Keramat ada Taman Rekreasi yang baru dan canggih, Titiwangsa ada Taman Tasik, Bandar Tun Razak, Cheras semua ada taman-taman yang besar, Kepong ada Taman Metropolitan, tempat orang main layang-layang, ada FRIM, Bukit Bintang ada KLCC, tapi Lembah Pantai memang tak pernah ada tempat yang best nak bagi rileks kepala sikit tengok alam semulajadi.

Tapi kita di LP ni faham, banyak lagi fokus Kerajaan untuk tingkatkan kehidupan rakyat, jadi tak pernah lah kita komplen utk buat Taman pulak. Nak taman-taman ni kehendak orang senang.

Mujur lah seorang pemimpin jati Lembah Pantai dilantik jadi Menteri. Dan bila Raja Nong Chik yang sudah berpuluh tahun aktif di Lembah Pantai naik Menteri, secara langsung beliau nampak sebuah Taman Rekreasi sebagai satu keperluan meningkatkan kesejahteraan orang Lembah Pantai.

Taman Rimba Bukit Kerinchi ini terletak di Simpang Tiga, Jalan Kubur, Pantai Dalam. Baru 30% siap, 70% lagi coming up.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik pada 7/7/2012, iaitu semalam.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik berkata, taman ini dibangunkan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada Jun lalu yang melibatkan kawasan seluas 0.4 hektar. Bagi fasa kedua dan ketiga pula hanya akan bermula pada tahun depan. “Luas keseluruhan tapak kawasan hijau ini adalah 66.15 hektar dan ia merupakan kawasan bukit yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan dimiliki sepenuhnya oleh DBKL dan dirizabkan sebagai kawasan hijau

Kami dari Berita Lembah Pantai ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih pada Raja Nong Chik. Kalau nak harap pada wakil rakyat Lembah Pantai tu, mungkin jalang ke Simpang Tiga pun dia tak tau!

Wednesday, February 22, 2012

EDISI SIASAT: Isu Peruntukan Persatuan Penduduk - Nampak Nurul yang bangang tak tau perkara asas!

Semakin dekat pilihanraya ini tiba-tiba banyak pulak kita di Lembah Pantai dengar pihak pembangkang termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai kita ni si Nurul Izzah cuba untuk menjatuhkan nama Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik. Habislah dikorek balik segala apa yang boleh dibuat fitnah untuk memburukkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai, tak betul dan tipu pun tak apa, janji boleh fitnah dan janji popular dan tagih simpati cam kes tahun 1998 dulu.

Mujurlah wartawan-wartawan kami di Berita Lembah Pantai walaupun agak malas tapi bila hati masing-masing panas dengar fitnah kering macam ni terus cergas cari fakta sahih demi ingin memberikan fakta sebenar dan isu yang sebenarnya berlaku.


Terkini Nurul Izzah menuduh yang KONONNYA Persatuan Penduduk Putra Ria nak buat Program tetapi peruntukan (bajet) untuk Persatuan Penduduk Putra Ria telah digunapakai untuk 2 program, iaitu 1 program Maulidur Rasul dan 1 lagi program Raja Nong Chik yang dianjurkan cawangan UMNO setempat.

Dan tuduhan ini disiarkan besar-besar dalam Malaysiakini, portal utama pembangkang di bawah tajuk (terjemahan) "Dana untuk penduduk perumahan digunakan untuk menjamu Menteri".

Objektif fitnah ialah menunjukkan pada orang ramai kononnya Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai ni zalim, ambil duit Persatuan Penduduk buat program sendiri.

Kenyataan akhbar ini dibuat di Bangsar pada 17 Februari dan dilaporkan oleh Malaysiakini pada 17 Februari juga.

Mari kita tengok satu-satu perkara yang dibangkitkan Nurul Izzah dan Malaysiakini. Kita tengok macam mana licik Ahli Parlimen Lembah Pantai ni putar alam, tak buat kerja dan terang-terang bangang tak boleh diajar!

Mula-mula saya siarkan semula artikel Malaysiakini:-

'Funds for housing residents used to fete minister'
Aidila Razak
2:13PM Feb 17, 2012
Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar today claimed that Dewan Bandaraya Kuala Lumpur’s (DBKL) funds allocated for public housing residents’ association activities last year were used up for events involving the minister of federal territories and urban well-being.

At a press conference in Bangsar today, Nurul Izzah (right) said her constituents have complained of being turned down by DBKL and told that the money had gone to “Raja Nong Chik’s (Zainal Abidin) programme”.

“When they called DBKL to use their allocation, they were told that it was used for a programme organised by Umno which invited the minister.

“But when we brought this matter up with DBKL, the mayor said that we have to bring the matter up to the ministry as he is only a civil servant,” she added.

No money left for resident association

Confirming this, Apartment Sri Putra resident association (RA) committee member Abdul Rahim Mohd Noor said a fire prevention programme planned for April 2011 was aborted for this reason.

“When we called the DBKL, an official said the allocation was used for two programmes (including) a ‘Raja Nong Chik (left) with locals’ event organised by the local Umno branch,” he said.

Abdul Rahim claimed the DBKL officer told him that the remainder portion of the RM10,000 in-kind assistance allocated for the RA was used for a maulidur rasul event organised by the local surau committee.

He said DBKL allocated a certain amount each year for RA activities, which is provided in the form of logistics and food.

Abdul Rahim added that this year’s allocation has been reduced to RM7,000 but the RA has yet to make any request.

Other MPs in Kuala Lumpur contacted by Malaysiakini said they have not received similar complaints.

The portal also tried to contact the relevant DBKL department by telephone and email for comments but has yet to receive any.

---------------------------

Fitnah #1:
Nurul menuduh kononnya bajet Persatuan Penduduk Apt Putra Ria berjumlah RM10,000 dari DBKL telah dipakai untuk program.

Siasatan Berita Lembah Pantai #1:
Sebenarnya tidak wujud apa yang dikatakan bajet Persatuan Penduduk Apt Putra Ria sebanyak RM10,000 ataupun apa-apa bajet khas Persatuan Penduduk seluruh KL dari DBKL. Polisi DBKL ialah memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 setahun kepada mana-mana Persatuan Penduduk di KL yang berdaftar dgn ROS dan layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh DBKL.

Jika RM5,000 setahun ini sudah habis digunakan bagi tujuan aktiviti Persatuan maka Persatuan Penduduk itu tadi boleh memohon bantuan sumbangan sosial ini pada bila-bila masa berdasarkan Program yang ingin dijalankan. Sama ada beri atau tidak, tertakluk kepada pertimbangan oleh DBKL.

Selain Persatuan Penduduk, mana-mana NGO yang mengendalikan program sosial setempat juga layak menerima bantuan program, selalunya dalam bentuk logistik macam khemah, kerusi meja, sistem PA dan sebagainya.

Contohnya, jika di Apartmen Putra Ria ada Persatuan Rukun Tetangga Putra Ria, atau Persatuan Ibu Tunggal Putra Ria, atau Persatuan Penjaja Sikh Putra Ria, atau Jawatankuasa Surau Putra Ria atau apapun NGO yang ingin buat program sosial setempat, maka mereka boleh pohon bantuan sumbangan sosial ini.

Jadi tidak timbul soal bajet RM10,000, atau soal bajet habis digunakan untuk aktiviti lain, dan sebagainya. Mana datang nya jumlah RM10,000 ni dalam kepala benak Nurul Izzah?

Jelas tuduhan ini hanya menunjukkan yang Nurul Izzah sama ada sengaja menipu untuk memfitnah Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai, atau pun Nurul Izzah memang tak tahu langsung polisi DBKL ini atau Nurul Izzah ni memang manusia yang tidak buat 'homework' dan suka 'bawa mulut' atau meroyan tidak tentu hala.Persoalannya, takkan lah dah 3 tahun jadi Ahli Parlimen benda asas ini pun tak tahu lagi.

Dan satu lagi, Malaysiakini pun tak tahu? Main publish je? malu lah sikit Malaysiakini. Kita yang di Berita Lembah Pantai ni yang setakat bajet belanja wartawan nasi lemak kat Warung Rindu pun boleh tahu, takkan lah Malaysiakini tak boleh tahu? Appa dah. Nampak sangat Malaysiakini kena tukar nama kepada MalaysiaTAKkini lagi dah....


Fitnah #2:
Kononnya bajet telah digunakan untuk Program Raja Nong Chik, dalam bahasa Inggeris dari Malaysiakini; the money had gone to “Raja Nong Chik’s (Zainal Abidin) programme”.

Dan lagi Nurul menuduh kononnya program dianjurkan oleh cawangan UMNO tempatan.

Siasatan Berita Lembah Pantai #2:
Wartawan kami mendapati ini juga fitnah. Pertama sekali, kenapa Nurul Izzah tak namakan program apa yang dianjurkan? Ini tak lain kes sengaja nak burukkan orang, tapi tak mahu orang siasat cerita sebenar.

Siasatan Berita Lembah Pantai mendapati Program yang dimaksudkan ialah Merasmikan Pelancaran Kerja-Kerja Mengecat Apartmen Putra Ria dan Penurapan Jalan (tar). Penganjur Program pula ialah NGO Badan Kebajikan Penduduk Putra Ria bersama Surau At-Tarbiah Putra Ria. Raja Nong Chik hanya dijemput merasmikan.

Jadi di mana pulak yang Nurul Izzah dan Malaysiakini boleh kata ini Program Raja Nong Chik? Ini program 2 NGO dari Apartmen Putra Ria, dan terpulang pada mereka lah nak jemput siapa!

Dan memang paling sesuai lah mereka menjemput Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai ini, sebab ini projek Kerajaan yang memang pun diperjuangkan oleh Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai semasa Nurul Izzah sibuk memburukkan nama negara dan bangsa di negara luar.

Dan dari fakta dari wartawan kami di atas, memang penganjurnya bukan UMNO. Jadi macam mana pula Nurul Izzah dan Malaysiakini boleh kata penganjur nya UMNO?

Ini kah taraf carian fakta seorang Naib Presiden PKR dan Malaysiakini? Tak malu kah? Atau sengaja memfitnah ke wahai Puteri Spin? Semua kau nak spin?

Siasatan Berita Lembah Pantai #3:
Jika dibaca artikel Malaysiakini ni,sumber nya ialah Abdul Rahim Mohd Noor.

Wartawan Berita Lembah Pantai mendapati Si Abdul Rahim ni ialah orang PKR. Sudah tentu lah habis diputar alam nya segala cerita. Kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen PKR. Sumber penduduk nya orang PKR. Disiarkan pula oleh Portal Berita Pembangkang. Dari tak ada cerita tiba-tiba wujud cerita. Hebat pembangkang.

Siasatan Berita Lembah Pantai #4:
Jika dilihat berita asal di atas, Program yang kononnya tak dapat buat, iaitu Program drill kebakaran yang dirancang ialah Program bulan April 2011
manakala cerita ini diterbitkan oleh Malaysiakini pula pada 17 Februari 2012 baru-baru ini.Makna nya cerita ini ialah cerita 10 bulan lepas!

Kalau benar ini satu isu, mengapa selepas 10 bulan baru Nurul Izzah tiba-tiba concerned, tiba-tiba nak ambik tahu? What does it say about the Wakil Rakyat when she only realizes the existence of a certain issue in her constituency only AFTER 10 months? Ini wakil rakyat apa macam ini, confirm tido ni.

Apatah lagi spy-spy nya di bawah naungannya, confirm tido dan tak buat kerja. Dan ini menjelaskan kedudukannya yang tak buat kerja dan mengesahkan bahawa Nurul Izzah ini tiada modal untuk kebaikan rakyat tapi cuba cari modal melagakan orang sahaja.


Siasatan Berita Lembah Pantai #5:
Dalam siasatan kami, kami diberitahu bahawa satu lagi tujuan artikel ini diterbitkan ialah untuk menunjukkan bahawa UMNO Lembah Pantai buat program guna duit Kerajaan. Seperti dinyatakan di atas, UMNO tidak terlibat.

Dan siasatan kami menunjukkan bahawa untuk peruntukan Sumbangan pada NGO yang sudah diserahkan, 3 kawasan yang telah disalurkan bajet paling banyak ialah NGO-NGO dari Bandar Tun Razak, Batu dan Cheras. Lembah Pantai tidak ada pun dalam Top 3!


Rumusan Siasatan Berita Lembah Pantai:

Rumusan kami di Berita Lembah Pantai ialah isu ini satu fitnah yang nyata ATAU si Ahli Parlimen Nurul Izzah tidak tahu apa-apa dan hanya mahu memburukkan orang.

Raja Nong Chik tak ada sangkut-paut, UMNO Cawangan tak ada sangkut-paut, tapi tiba-tiba semuanya diburukkan dan disalahkan. Disambut pula dalam ruangan komen Malaysiakini oleh para pembaca yang terlalu percaya dengan laporan Malaysiakini. Masing-masing hanya menyambung fitnah.

Kepada sahabat pembaca, tolong sebarkan siasatan kami ini dan dipersilakan salin jika mahu paste di blog dan FB masing-masing.

- BERITA LEMBAH PANTAI (BLP)

Wednesday, February 15, 2012

Nurul Izzah cuba buat fitnah, tapi berapa jumlah Persatuan Penduduk di Bangsar pun dia silap! Nampak sangat tak tahu pasal kawasan!


Baru-baru ni DBKl telah menjalankan projek pembesaran jalan di Bangsar bagi melicinkan perjalanan lalulintas dan mengurangkan kesesakan. Baguslah tu. Senang sikit nak lalu tempat tu.

Benda baik macam ni mesti Nurul Izzah sokong kan? Maklumlah projek ni jelas menguntungkan rakyat.

Eh, Nurul Izzah tak sokong? Dia tak setuju DBKL buat pembesaran jalan? Apa rasional Nurul Izzah bantah projek untuk rakyat ni?

Nurul Izzah Anwar
3 out of 5 Bangsar RAs are against d widening.

Itu alasan kau, Nurul? Kononnya 3 dari 5 Persatuan Penduduk di Bangsar tak setuju dengan projek pembesaran jalan ni?

Aiseh Nurul, kot ye pun nak tipu, tengok-tengoklah sikit. Mari sini aku bagi tahu semua orang kes sebenar, biar satu dunia tahu perangai pembohong si Nurul ni.

Untuk projek ni, Datuk Bandar Kuala Lumpur dah buat mesyuarat dengan semua Persatuan Penduduk yang terlibat:

1. Persatuan Penduduk Taman Lucky
2. Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya
3. Persatuan Penduduk Bangsar Park
4. Persatuan Penduduk Bangsar Baru

Baguslah DBKL buat pendekatan macam ni. Pendekatan ni menunjukkan DBKL sentiasa berunding dengan orang ramai bagi memastikan projek yang dijalankan memenuhi keperluan mereka.

Apa agaknya keputusan mesyuarat tu? Keputusannya ialah: kesemua Persatuan Penduduk yakni 4/4 setuju dengan projek ni.

Eh Nurul, macam mana pulak kau boleh kata 3 dari 5 Persatuan Penduduk tak setuju sedangkan hanya 4 sahaja Persatuan Penduduk yang terlibat?

Lagi di SINI.

Tahniah blogger Apa Kecoh-Kecoh untuk artikel TERBAEK!


Monday, February 13, 2012

"I told you APPA!" Anwar Ibrahim kena sound dgn budak India di Brickfields!

Pernahkah anda lihat rupa seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri berterabur cabut bila rakyat datang minta tolong. Kalau tak pernah lihat, tengok saja muka Anwar Ibrahim, yang bergegas belah dalam sambutan majlis gegar Wilayah di Brickfields.

Ceritanya begini.

Seperti yang diceritakan sebelum ini, kehadiran Anwar dengan anaknya yang juga diangkat menjadi Bakal Perdana Menteri oleh kuncu-kuncu PKR (berapa banyak Bakal PM la ko punya family ni daa..) di Taman Seri Sentosa begitu hambar, siap dijerit-jerit pula oleh budak Cina PKR sendiri.

Mengikut jadual, Anwar sepatutnya selepas dari Tmn Seri Sentosa, terus ke Majlis di Brickfields tepat jam 4 ptg dalam gerak-gempurnya ke kawasan-kawasan Parlimen KL pada Hari Wilayah itu.

5 khemah disediakan di Brickfields dgn jangkaan 3,000 tetamu akan hadir.

Jika di Tmn Seri Sentosa, 10 khemah disediakan dgn jangkaan 5,000 dtg tapi hanya sekitar 350 yang hadir (kehadiran 7% dari jangkaan), di Brickfields pula kehadirannya pula dikira sukses untuk Program Nurul Izzah iaitu sekitar 300 org yang hadir dari jangkaan 3,000 orang (10%).

Itupun di Brickfields patut pukul 4 mula tapi Anwar dtg lambat pasal kosong, so dia pusing2 tunggu org ramai sikit. Bila orang tak ramai-ramai juga, ramai org luaryg dipaksa bergegas datang. Banyak agaknya dr Bkt Bintang, sebab nampak ramai yg pakai baju PKR Bkt Bintang.

Semasa Anwar berucap, terdengar laungan dari pengundi India, "you la penipu", "tipu kaum India".



Tapi yg paling mahal sekali ialah peristiwa semasa Anwar nak masuk kereta.

Sebelum masuk kereta, ada pakcik tua bawak baby dgn anak 18 tahun selamba datang jumpa Anwar mintak duit, "datuk seri, pls help me, want money".

Anwar jem, dan terus taichi pakcik tua ni pada kuli barunya Naib Presiden PKR N.Surendran. Anwar sendiri cepat-cepat masuk kereta dan belah. Lepas dia belah, Surendran bagi pakcik tua tu RM100. Tapi entah apa yang jadi, Surendran marah2 pakcik tu, tinggikan suara.

Entah apa yg Pakcik tu mintak tak lah dengar sangat, tapi Surendran suruh pakcik tu pergi ofis Nurul Izzah, Pusat Khidmat PKR di Lembah Pantai. Pakcik tu balas balik, dia kata dia dah 2 kali undi pakatan, dah banyak kali pergi ofis Nurul tapi tak dilayan. (Apa lah, orang Pusat Khidmat PKR ni pemalas ke hapa?)

Semasa itulah anak Pakcik tu tadi, yang menjadi tajuk Artikel ini, bersuara lantang,

Apa kata anak pakcik tu?

Selamba je anak dia cakap di depan orang ramai,

"appa i told you already appa, y u ask for help from pkr, they'll never help you, better ask from bn lah"

Jem kepala otak semua penyokong PKR di situ.

Dan yang tambah syoknya ialah bila Anwar belah, habis semua yg datang tadi dalam 300 orang, belah sekali. Tinggal lah 25-30 org.


Nurul yang memang dijadualkan berucap pun mula lah berucap, tapi tinggal 25-30 org je dgr Nurul.

Nurul oh Nurul, inilah akibatnya bila pandai berjanji dan bercakap, tapi kerja tak ada, pemalas, tahu nak glamer di luar negeri.

Memang lingkuplah nampaknya Nurul Izzah kena penangan Raja Nong Chik pilihanraya kali ini.

Friday, February 3, 2012

Tragedi Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan 2 Naib Presiden PKR di Lembah Pantai - Jangka 5000 datang tapi hanya 300 yang hadir!


Hari Wilayah baru-baru ini, iaitu pada 1 Februari 2012, Anwar Ibrahim telah cuba menggegarkan Lembah Pantai dengan membuat 2 program besar di Lembah Pantai.

Program pertama mereka ialah di kubu kuat Nurul Izzah tahun 2008, di Taman Seri Sentosa, Jalan Kelang Lama.

Semasa PRU-12, peti undi Taman Seri Sentosa Selatan memberikan majoriti paling besar untuk Nurul Izzah ke atas Datuk Shahrizat dari 18 Peti Undi di Lembah Pantai. 4 Peti undi di sini, Taman Seri Sentosa Selatan, Taman Seri Sentosa Utara, Kg Bahagia dan Kg Bohol, membentuk separuh jumlah pengundi Cina seluruh Lembah Pantai.

Anwar Ibrahim telah membawa angkatan nya yang dijangka dapat menarik jutaan penduduk Lembah Pantai terutama di Taman Seri Sentosa turun.

Yang pertama, dibawanya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang lebih kerap turun ke London dan Jakarta dari turun melawat Lembah Pantai.

Yang kedua, Tian Chua Raja Menyelit Program yang dipercayai sudah banyak mengajar Nurul Izzah tentang ilmu Menempel di Program Orang Lain dan Mencuri Kredit, dan yang ketiga, Hero India baru Anwar iaitu N. Surendran yang menggantikan semua hero India Anwar sebelum ini (Datuk Nallakaruppan, YB Gobalakrishnan) yang sudah ditikam beliau dari belakang selepas digunakan.

Program mereka ada 2. Yang pertama Majlis Chinese New Year di Taman Seri Sentosa, sebanyak 10 khemah telah didirikan dan target PKR ialah 5,000 jemputan.

Surat jemputan & flyers dihantar terus ke rumah-rumah.

Sakai Lim dan Sundra telah diminta mendapatkan crowd 5,000 orang ini.

Tapi yang datang akhirnya hanyalah sekitar 300 orang lebih sikit, bercampur-campur.

Dari laporan wartawan kami yang merupakan orang Flat AC4 Sentosa iaitu anak tempatan, banyak muka-muka Cina yang dilihatnya ialah muka yang dia sendiri tak pernah nampak. Muka-muka oldtimer PKR Taman Seri Sentosa, termasuk Ketua Ranting PKR Taman Seri Sentosa iaitu Sifu Chan juga tidak turun, sedangkan Sifu Chan sentiasa hadir dalam semua Program lain di Sentosa, termasuk juga program Raja Nong Chik.

Memandangkan ini program Tahun Baru Cina, ang pow juga diedarkan. Tapi macam tak percaya wartawan kami bila tengok jumlah ang pow yang diedarkan, 2 ringgit saja satu ang pow!? 2 ringgit !!!!

Memang dasar Nurul Izzah, nak terbang ke London, ke Turkey, ke Jepun setiap minggu duduk di hotel kelas satu banyak pulak duit, tapi ang pow untuk pengundi Lembah Pantai dia dibaginya 2 ghinggit je!

Adusss kedekutnya Ratu Selit ni!

Yang paling kelakar bagi wartawan kami ialah apabila beberapa pemuda Cina mula menjerit-jerit memerli Anwar semasa dia berucap, sebab bagi ang pau 2 ringgit. Antara yang dilihat menjerit ialah si Danny, cina PKR sini jugak tu. Bayangkan Cina PKR Lembah Pantai sendiri dah takde respek kat Ketua Umum dan Sang Ratu!

Lantak korang ler!

Untuk cover malu, orang-orang Nurul cuba alih perhatian dan komplen dalam twitter yang banner kena potonglah, kena sabotaj lah dan sebagainya. Sedangkan jelas pengundi di sini sudah jelak dengan Nurul Izzah.

Bak kata seorang uncle Cina, "ini Ijah manyak cantik elok kasi masak sama laki saja la kat dia punya rumah!"

Yang pasti ini adalah petanda awal kekalahan PKR di Sentosa dan Lembah Pantai.

Nampak gayanya kerja-kerja Raja Nong Chik sejak hampir 2 tahun lalu di Taman Seri Sentosa (tengok FB Raja Nong Chik) sudah berjaya mengukuhkan kedudukan BN di situ.

Wartawan kami juga turun ke program Anwar selepas itu di Brickfields, situ lagi best Anwar kena dengan orang India. Tunggu laporan kami dalam post seterusnya.

Friday, June 24, 2011

AHLI AMK AKAN HANCURSKAN SENDIRI PKR DI LEMBAH PANTAI

Berita panas! Satu blog Lembah Pantai, yang dipercayai punya kaitan sangat dalam dan rapat dengan AMK Lembah Pantai melaporkan bahawa akan ada ahli-ahli PKR Lembah Pantai yang akan melakukan gerakan besar-besaran menjatuhkan PKR Lembah Pantai yang diketuai Nurul Izzah.



Sebelum ini memang ada satu blog yang dipercayai ditulis oleh salah seorang puak-puak ini iaitu Semangat98 yang Berita Lembah Pantai sendiri selalu promosikan, tetapi tak pulak kita dengar mereka masuk ke dalam UMNO memperjuangkan peningkatan kehidupan orang Lembah Pantai terutama orang Melayu. Mungkin blogger Semangat98 sibuk cari makan di Selangor; kerja dengan Yahya Sahri ke beb?! Ahaks! Biasak la beb, cari makan!

Apa pun kata Banyak Hal Beb!

Ini lah nasibnya orang-orang kuat AMK di lembah pantai
Selaku penyokongnya yang kuat di Lembah Pantai dan Rakan-rakan AMK yang setia
bersama Izzah dalam hujan dan panas. Dalam susah dan senang.
Dalam suasana tenang atau gawat AKHIRNYA MEREKA INI DI ABAIKAN
SAMPAI ADA YG DAH LARI MINTAK TOLONG DENGAN orang UMNO pun ada
AHLI AMK DI LEMBAH PANTAI BERTEKAD AKAN MENHACURKAN PKR DI LEMBAH PANTAI
KALAU PILIHANRAYA AKAN DATANG MEREKA NI AKAN PASTIKAN PRK AKAN LUMPUH di LEMBAH PANTAI
DAN KALAH TERUK SEHINGGA KAN BERKUBUR, ITU YANG DI LAFASKAN OLEH AHLI AMK
DI LEMBAH PANTAI.
 Baca artikel Penuh dalam AHLI AMK AKAN HANCURSKAN SENDIRI PKR DI LEMBAH PANTAI dalam Banyak Hal Beb!


Monday, June 20, 2011

PKR buang ahli sebab kritik melalui Facebook! Ini bapak kau punya demokrasi??!

Berapa ramai agaknya pengikut Pakatan Rakyat yang kena tipu dengan pemimpin diaorang kononnya mereka memperjuangkan demokrasi?

Demokrasi kepala bapak apa? Dalam PKR, posting kritik parti DALAM FACEBOOK pun boleh kena buang!






Ni bukan aku fitnah tapi Malaysiakini yang korang jilat tu yang laporkan!

Kat Lembah Pantai ni pun PKR dia bukan demokrasi. Tengok sendirilah apa kata budak PKR yang kecewa ni, dia kata Nurul izzah seumpama diktator dalam PKR Lembah Pantai, AJK lain kena ikut je.





Tuesday, May 31, 2011

Thank You Raja Nong Chik Lembah Pantai akhirnya dapat taman riadah!

Mujurlah Lembah Pantai ini ada Raja Nong Chik. Merasa jugalah akhirnya dapat tempat rekreasi yang ada kelas. Keramat ada Taman Tasik Datuk Keramat, Sentul dan Titiwangsa tak payah cakaplah, ada Taman Tasik Titiwangsa, ada Taman KLCC yang world class, sebelah-sebelah Cheras sana ada Taman Tasik Permaisuri, Taman Antarabangsa Bukit Jalil, Taman Tun ada Taman Botanikal Bukit Kiara. Kepong nah kau, ada Taman Metropolitan Kepong, ada FRIM terus, world-class lagi, siap ada jambatan gantung atas pokok. Tapi Lembah Pantai apah takde.

Jadi memang bersyukur sangat lah kami kat sini bila Raja Nong Chik umumkan yang Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi membangunkan sebuah taman rekreasi di Lembah Pantai. Besar jugak, 102 ekar, dekat-dekat Pantai Hillpark sana. Pembangunan akan dijalankan oleh DBKL, agensi bawah Raja Nong Chik.

Boleh la akhirnya kita orang kat Berita Lembah Pantai ni bawak anak-anak hirup udara segar sikit hujung-hujung minggu. Takdala budak-budak meraban je pergi CC atau main basikal kat bawah-bawah flet ni je ha. Paper cakap Fasa 1 hujung tahun ni boleh siap!

Terimakasih Raja Nong Chik, terima kasih Kerajaan Barisan Nasional. Kalau diharap Nurul Izzah haram tak jadi apa.


Raja Nong Chik melawat Tapak Cadangan. TQ Datuk!





Monday, February 28, 2011

Habislah Nurul Izzah; semalam Parthiban keluar Parti, hari ni mahkamah tangkap menipu!

Blogger theunspinners dan aboudiabydoo melaporkan perkara yang sama.

Perihal Ahli Parlimen Lembah Pantai kantoi menipu di depan emaknya, depan Syed Husin Ali, depan TS Khalid dan depan para wartawan dan seluruh dunia sebab dah dimuat dalam Youtube!

Berita selanjutnya dilaporkan dengan cantik oleh aboudiabydoo.blogspot.com di bawah:-

Semalam Perbicaraan liwat kes Datuk Seri Anwar membuktikan satu perkara yang kita di Lembah Pantai sudah lama tahu.

Iaitu YB kita si Nurul Izzah kaki selit program orang, kaki penipu!

Penipuan Nurul Izzah dibuktikan di mahkamah.

Semasa mula-mula Saiful membuat laporan polis dia kena liwat, tarikh 26 Jun 2008 menjadi hal penting.

Anwar dilaporkan oleh Saiful meliwat lubang jubor beliau pada 26 Jun 2008, petang.

Maka berlumba-lumbalah para wartawan menyiasat betul ke Anwar di tempat kejadian pada 26 Jun 2008 petang seperti didakwa.

Dalam satu sesi kenyataan akhbar, ada satu wartawan dengan selamba kodok menanya isteri Anwar, Wan Azizah (sila lihat video)



" Wartawan: Datin Seri, anda tahu secara sah dimana suami anda berada pada ketika itu (petang, 26 Jun 08)?

" Datin Seri: Dia ada mesyuarat.. errrrr

" Izzah(mencelah): Dia bersama kami. Sila tanya soalan lain."

Tetapi dalam perbicaraan hari ini, 28 Feb 2011, ternyata Anwar tidak bersama Nurul Izzah mahupun Wan Azizah.

Anwar di Kondo Desa Damansara. Ada rakaman beliau masuk ke Kondo dan keluar dari Kondo. Ini semua ditunjukkan di mahkamah.

Maksudnya Nurul Izzah sudah tipu.

Siol, kering je dia tipu. depan-depan wartawan, depan MB Selangor Khalid, depan mak dia dia tipu!

Patut la mak dia tunduk je. Malu agaknya tengok anak dia dah ikut perangai bapak dia, suka menipu.

Mungkin hati Wan Azizah sedih kerana politik telah menjadikan anaknya yang dulu mungkin baik kepada binatang politik (political animal) yang bersedia menipu dengan selamba.

Tengok lah gerak-geri Wan Azizah. Betul nampak dia sedih dan tersipu-sipu anaknya menipu.

Malang orang Lembah Pantai dapat Ahli Parlimen menipu!

Wednesday, December 1, 2010

Buang taik kat orang tangan sendiri penuh taik! DAP punya cerita!

Itu hari masa tengah kecoh-kecoh pasal pemilihan cabang PKR Lembah Pantai, ada la pulak satu mamat PKR ni yang kata,

"PKR tak demokrasi, perlu contohi DAP dan PAS".

Aku diam je lah, maklumlah tempat orang. Walaupun kawasan memang kawasan aku juga, tapi tempat aku makan dengan puak-puak PKR yang kalah tertonggeng ni kedai dia orang.

Dalam hati, "bodoh betul depa ni. patut la kena tipu."

Dan minggu lepas pemilihan DAP Selangor nampak jelas la betapa tak demokrasi nya DAP.

Daripada calon-calon yg bertanding, 15 dipilih masuk jawatankuasa oleh 812 perwakilan.

(DAP pun pakai sistem perwakilan jugak, pasai tak bodoh macam PKR nak kasi haru-biru dan boleh bawak geng estet undi sekali. Bingai PKR!)

Daripada 15 ni, yang paling banyak undi Jenice Lee iaitu 703 undi atau 86% undi perwakilan.

Theresa Kok dapat 437 undi je, atau nombor 11 dari 15, ke-5 corot.

Last-last Theresa Kok jadi Pengerusi DAP Selangor. Dan lain-lain yg memegang jawatan terpenting, Tony Pua, Ean Yong, Lau Weng San, semuanya dapat tempat corot.

Best kan DAP. Demokrasi sungguh. Yang menang tarak jawatan. Yang kalah jadi Pengerusi dan AJK penting.

Kepada melayu-melayu Lembah Pantai yang buta sangat ingat segalanya berkenaan DAP ini demokrasi dan adil, buatlah kajian sikit. Mereka hanya pandai terpekik terlolong mengutuk orang, tapi tangan sendiri penuh dengan taik!

Depa tak bodoh pasai depa tau depa tengah putar alam, yang bodoh ialah orang Melayu yang ikut sebab kena tipu atas nama Pakatan Rakyat!

Sedangkan hakikatnya mereka bertentangan sama sekali dengan slogan yg mereka laungkan. Mereka Tidak Demokratik, Tidak Adil, Pentingkan Jawatan, Pentingkan Kuasa.

Sama perangainya dengan yang kita tengok dalam pemilihan PKR tempohari.

Sedar la sikit.

Perangai DAP

Tuesday, November 23, 2010

Berita Hiburan - Band German nyanyi lagu Rock Melayu. Bangga!

oleh: Wartawan Hiburan Berita Lembah Pantai

Sambil makan-makan dengan seorang member wartawan hiburan di Jalan Riong, Bangsar, dia sempat sound, katanya, "Berita Lembah Pantai you (geli jantan guna you) patut ada ruangan hiburan lah atau ruangan sukan, bagi santai sikit. Orang pun bukan nya memanjang nak baca hal politik.

Betul juga, fikirku.

Jadi sebagai entry hiburan pertama nah nyanyian kumpulan rock German, Dark Sky, menyanyikan lagu Unwanted "masih ada rindu". dalam bahasa melayu pulak tu. Respek!



Ini pula nyanyian asal Hanafie Warren dari kumpulan The Unwanted.