Showing posts with label pas lembah pantai. Show all posts
Showing posts with label pas lembah pantai. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Debat Palsu Lembah Pantai: Kenyataan Media dari BN Lembah Pantai

Tak habis-habis isu debat ni lah. Haissh, apa kecoh sangat debat ni. Orang nak YB yang buat kerja lah, bukan yang pandai cakap banyak sana-sini!!

Berikut adalah apa yang kami di Berita Lembah Pantai terima melalui emel, disiarkan untuk tatapan pembaca. (yang poster kat hujung tu bukan dapat sekali ye. Itu dari blog apakecoh2, kami pinjam. hehe.)

 KENYATAAN AKHBAR

OLEH DATO’ MOHAMAD SAZALI KAMILAN
SETIAUSAHA PENYELARAS BARISAN NASIONAL LEMBAH PANTAI
(BAGI PIHAK YB SENATOR DATO’ RAJA NONG CHIK DATO’ RAJA ZAINAL ABIDIN, PENGERUSI PENYELARAS BARISAN NASIONAL LEMBAH PANTAI)
22 FEBRUARI 2013

KUALA LUMPUR – YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, nampaknya semakin terdesak dalam meraih sokongan rakyat kepadanya.

Terbaru, di Lembah Pantai, sepanduk-sepanduk telah dipasang dan juga risalah-risalah telah diedar dengan mengatakan bahawa pada 24 Februari ini akan diadakan debat di antara dirinya dengan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Pengerusi Penyelaras BN Lembah Pantai. Dengan menamakannya sebagai “Debat Perdana Lembah Pantai”, jemputan kepada umum dibuat untuk hadir pada jam 9.00 malam yang bertempat di Apartmen Pantai Permai.

Sememangnya, sama ada YB Dato’ Raja Nong Chik sendiri ataupun BN Lembah Pantai, langsung tidak tahu menahu akan perkara ini. Bukan sahaja sepanduk dan risalah tetapi media-media baru kendalian pihak Pakatan tersebut telahpun menyebar luaskan fitnah zaman moden ini.

Tindak tanduk terbaru YB Nurul Izzah ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat serta memesongkan fikiran rakyat dari membincangkan statusnya sebagai wakil rakyat yang sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak berminat pun untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Berkaitan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 22 Februari 2013 (Jumaat) jam 5.53 petang di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, oleh Datuk Ibrahim Tamby Chik, Ketua Penerangan BN Lembah Pantai. Dilampirkan adalah salinan laporan polis tersebut yang jelas menerangkan maksudnya.

BN Lembah Pantai di bawah kepimpinan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik, komited dengan kehendak rakyat melalui organisasi Parti yang sememangnya kuat dan kukuh. Ini adalah berbeza dengan Pakatan yang ditadbir oleh YB Nurul Izzah, Ketua Cabang PKR Lembah Pantai yang terpilih melalui pergaduhan dan pertempuran sesama mereka sewaktu pemilihan parti mereka sebelum ini.

Maka, perumpamaan “paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih” adalah bertepatan sekali dengan YB Nurul Izzah. Menjaja di sana sini bahawa Pemuda UMNO Lembah Pantai samseng dan berkokok di sana sini bahawa ada ramai pengundi hantu di Lembah Pantai, sebenarnya adalah mainan sandiwara sebab malu untuk mengakui bahawa punca pergaduhan dalam PKR sewaktu pemilihan dahulu, adalah akibat dari kegiatan samseng sesama mereka, fitnah memfitnah dan juga penuhnya pengundi hantu dalam senarai ahli mereka.

Sekian, terima kasih.

DATO’ MOHAMAD SAZALI BIN KAMILAN
019-217 5409



Monday, September 10, 2012

20,000 ke 25,000 di Jamuan Raya BN Lembah Pantai. Tahniah Raja Nong Chik!

Hebat sambutan Jamuan Raya Barisan Nasional Lembah Pantai yang diterajui Raja Nong Chik tahun ini yang diadakan di ruang parking Bangunan UOA di Kerinchi.

Beberapa sumber yang biasa buat crowd counting ini, termasuk abang-abang Polis di Balai Polis Kerinchi yang berdepan dengan tapak Majlis yang sempat wartawan kami temuramah pada malam itu, bersetuju bahawa jumlah anggaran dari mula acara ke habis ialah sebanyak 20,000 ke 25,000 orang.


Majlis diakhiri dengan lagu-lagu bercorak Kemerdekaan dan Patriotik serta kibaran bendera. Seronok tengok budak-budak kecil yang buat 'show' atas pentas. Hebat penutup Jamuan Raya ini. Tahniah pada BN Lembah Pantai.





Beberapa Pemerhatian wartawan Berita Lembah Pantai:

1) Jumlah orang nampak lebih banyak dari tahun lepas, tapi kereta yang parking di kiri-kanan jalan kurang dari tahun lepas. Rumusan kami ialah tahun ini lebih banyak orang tempatan yang datang berjalan kaki dan tidak bawa kereta.

2) Tahun ini juga tidak ada pemberian sumbangan dan cabutan bertuah mcm tahun lepas. Jadi orang ramai tahun ini memang datang utk makan dan meriahkan Majlis.

3) Persembahan tahun ini jauh lebih menarik dari tahun lepas, terutama kerana kekuatan 2 orang pengacara, Abon dan Ali Mamak. Besar peranan pengacara.





4) Ramai Cina dan India, termasuk kumpulan besar Cina yang kami difahamkan para pengundi yang datang dari Taman Seri Sentosa, peti undi Cina terbesar di Lembah Pantai. Ini sangat mengejutkan.

Rumusan wartawan kami:

Sokongan padu pada BN dan Raja Nong Chik dari masyarakat Kerinchi dan Pantai Dalam. Kehadiran kontinjen besar Cina terutama dari Sentosa mengejutkan dan mungkin satu trend baru Lembah Pantai. Jumlah turn-out yang sangat ramai begini, bagi Majlis malam hari, tanpa ada sumbangan, dan tanpa kehadiran PM atau TPM atau artis-artis besar, menunjukkan orang ramai selesa dengan BN Lembah Pantai dan Raja Nong Chik. PKR pasti risau tengok perkembangan ini.















Sunday, August 5, 2012

Nurul Izzah Jilat Ludah Sendiri. Dulu hina barang Kedai Rakyat 1Malaysia, sekarang edar pada orang ramai!

Masih ingat episod bagaimana Pakatan Rakyat memburuk-burukkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)?

Ada tiga Juara Raja Lawak yang terlibat - diketuai Tony Pua, yang mewakili kepentingan towkey pasaraya Cina dari parti Cina DAP.

Pengikut Tony Pua ialah Nurul Izzah dari PKR, Melayu yang dicucuk hidung menjadi boneka menjatuhkan perniagaan orang Melayu.

Dan yang paling kelakarnya satu kartun lawak Dzulkiflee Ahmad yang turut jadi pak sanggup pegang sabun basuh, tapi tak tahu apa-apa. Ini satu lagi pengkhianat perniagaan Melayu.

Apa lah yang tak dikata mereka tentang KR1M ini.




Bukan nya susah sangat, Google saja. Malaysiakini seperti biasa memuatkan puluhan artikel membantai barangan 1Malaysia.

Tiba-tiba rupanya dalam senyap-senyap Nurul Izzah juga beli barangan Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dia edar pada pengundi-pengundi Lembah Pantai.

Ini bukti bergambar, yang disiarkan asal di sini --Alahai Nurul Izzah! Kau bantai Barangan Kedai 1Malaysia, lepas tu kau beli dan beri sumbangan pada pengundi Lembah Pantai?




Apa ini YB! Yang dulu tu tipu ka?

Kami di Berita Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah buat kenyataan akhbar memberi penjelasan atau memohon maaf pada Mydin, KR1M dan Kerajaan Malaysia!

Jangan jadi pemfitnah di bulan Ramadhan wahai Nurul Izzah!

Thursday, June 16, 2011

PAS Kedah sound Mat Sabu: kalau kita tau hangpa macam ni haghi tu memang confirm tak menang Timbalan!

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Muhammad Sabu dalam akhbar Tamadun

"Kalau kenyataan ini dibuat sebelum muktamar, saya percaya Timbalan Presiden PAS yang baru mungkin bukannya Bang Mat!"

Beginilah kata-kata yang diluahkan oleh Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah kepada Mat Sabu dalam blognya sendiri.

Keras tegurannya.


Biasa nya kalau SetPol buat statement sebegini dah gerenti lah Tuannya iaitu MB Kedah dah approve betul tak?

Kemudian dia menyindir pula.

"alangkah baiknya jika Bang Mat mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas dari kepimpinan PAS di Kedah maupun di Kelantan melalui hubungan dan persahabatan yang baik lagi mesra, sebagaimana Bang Mat berjaya lakukan dengan kepimpinan kerajaan di Pulau Pinang. Maklumat dari pinggiran yang (jika) menjadi asas penilaian Bang Mat, saya khuatiri akan menyebabkan teguran Bang Mat menjadi tidak bermakna dan tidak menguntungkan sesiapa. Teguran terbuka seperti ini juga lebih manis dibuat dulu dalam mesyuarat di peringkat PAS Pusat yang dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS negeri-negeri terbabit."

Adus! Sempat dia fire Mat Sabu seround.

Yang ni dia berlapik sikit, berpusing-pusing, maklumlah orang Melayu walaupun puak-puak PAS ni sekejap dia tak mengaku Melayu, sekejap dia mengaku.

Ringkasnya apa yang dia buat kat sini ialah dia perli Mat Sabu pasal baik sangat dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang, tapi bila time Kerajaan PAS Kedah dan Kelantan dia tak berapa baik.

Heheheheh! Ahuk!Ahuk!

Terbatuk pulak!

Alahai PAS bodoh! Itulah pasal! Belum 2 minggu menang ko tengok lah Timbalan Presiden PAS ko ni yang panggil orang nama macam-macam, AL-Juburi lah, monyet lah, ungka lah, dah buat pasal.

Macam mana korang orang PAS boleh pilih orang ni, yang suka menghina orang lain, merendah-rendahkan orang lain, mempermainkan orang lain, membuat lawak dengan menjatuhkan maruah orang lain, dan membuat orang ketawa berdekah-dekah. Ini Mat Sabu ialah badut politik!

Yang korang perwakilan PAS pilih badut tu buat apa? kan baru dua minggu dah menyosal.

Hihihi PAS.