Thursday, March 1, 2012

Nurul Izzah - MP Paling Power Dalam Dunia!



Ramai yang tertarik dengan “headline” Berita Lembah Pantai. Dah “corner” macam Ahli PKR ke?


Gila ke beb. Sebenarnya wartawan di Berita Lembah Pantai terbaca cerita ini dalam akhbar The Star hari ini dan jugak dalam NST. Rupa-rupanya loji kumbahan depan PPR Cempaka yang selama berpuluh tahun membuat rakyat kat sana termasuk Pantai Ria hidup dengan bau-bauan yang meloyakan bakal menjalani penambahbaikan yang maksimum!


Memang susah nak cari penyelesaian untuk isu besar macam ni. Tapi BN tak pernah putus asa untuk memberi yang terbaik untuk rakyat. Lebih dari itu, di Lembah Pantai ini tempat dimana Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Bawah Tanah Pantai 2 yang pertama di negara ini dengan menerapkan aplikasi teknologi hijau sepenuhnya akan dilaksanakan. Pertama beb, gila ke apa? memang bangga!


Wartawan Berita Lembah Pantai calling-calling member kat PPR Cempaka untuk mendapat maklumbalas orang di sana, dan rata rata memang menyambut baik Projek ini. Mana tak, hilang bau-bauan beb. Tapi bukan itu sahaja, Loji ada kat bawah tanah, atas mesti ada kondominium ke, rumah mewah ke kan kat atas tanah? Kerajaan BN la katakan.


Tak jugak sebenarnya. Rupa-rupanya akan ada taman rekreasi atas Loji tu. Ada pulak dewan serbaguna untuk kegunaan rakyat setempat, ada poulak gelanggang tenis, ada gelanggang futsal, ada trek jogging. Takde lansung pembangunan lain. Hanya kawasan hijau dan rekreasi. Lihat perbandingan gambar sekarang dan akan datang ni.

Sekarang..


Akan datang




Bertuah beb. Kami dengar, dulu orang Lembah Pantai sikit punya susah nak pindah kat PPR Cempaka. Sekarang semua orang berebut-rebut. Tahun 2017 nanti kami jangka harga PPR kat sana naik sekurang-kurangnya 4 kali ganda. Durian runtuh beb!


Rakyat seronok. Wakil Rakyat mesti seronok jugak kan?. Silap beb. Rupanya dalam senyap, dia berkali kali cuba halang Projek ini dari dilaksanakan. Baca kat sini dan sini. Menteri Dato Peter Chin dah jawab, dia tolak bulat-bulat, masih nak pastikan Projek tersebut tak berjalan.


Dia kata dia nak halang sebab takde tender. Gila ke apa. Cuba bukak google tengok berapa syarikat pernah buat loji bawah tanah. Ingat macam potong rumput ke beb?. Lepas tu petik kos sepatutnya RM500 juta dari langit. Macamana Peter Chin nak jawab. Gila ke apa Nurul. Kalau wartawan Lembah Pantai tengok mahligai YB dekat Segambut tu kita pon bukak calculator, tekan-tekan sikit lepas tu anggar kos RM20, rasa-rasa papa sanggup jual? 
Buat lawak beb. Lagipun ini projek G to G atau Government to Government, memang ada satu syarikat je kat China yang boleh buat.


Wartawan Lembah Pantai tak berpeluang dapat PPR kat Cempaka tu, tapi kalau kami antara yang duduk sana, memang kami akan boikot si Nurul ni sehabis-habisnya. Apa pasal?. Simple je beb. Pernah ke wakil rakyat marah sebab Kerajaan nak belanja duit untuk laksanakan Projek yang rakyat idamkan kat kawasan sendiri? Pernahke wakil rakyat marah sebab Kerajaan nak selesaikan masalah berpuluh tahun yang bakal menelan belanja ratusan juta ringgit. Gila ke apa? 
Tapi dia tak berani buat protes depan loji kat Cempaka macam kat Lynas tu, sebab nanti kena baling dengan isi kandungan loji tu pulak. Jadi dia buat stail biasa la, tulis dalam online, dengan harapan orang kat Bangsar, Bukit Damansara, Segambut yang kaya raya macam dia akan marah. Politik murahan beb.Ni kami kat Berita Lembah Pantai nak dedah system politik pecah dan perintah Nurul yang dah kuno. Zaman papa boleh la buat…


Sebab tu lah, kami di Berita Lembah Pantai mulai hari ini nak gelar Nurul MP paling power dalam dunia sebab dalam dunia ni, dia sorang je wakil rakyat yang tolak, halang dan cuba hentikan pembangunan yang rakyat nak dalam kawasan sendiri.


Orang-orang di PPR Cempaka dan kawasan yang sewaktu dengannya, renung-renungkanlah perangai wakil rakyat anda. Nilai-nilai lah. Nak tengok dengan mata sendiri kena tunggu waktu kempen Pilihanraya sebab sekarang dia sibuk menjelajah seantaro dunia. Jadi baca lah nukilan kat atas ni. Power beb.

Aduhai, kena kelentong lagi la..


Seminggu lagi berlalu di Lembah Pantai, seminggu lagi kelibat wakil rakyat tidak kelihatan di dalam kawasan. Namun apabila kita di Berita Lembah Pantai kaji fenomena “tinggalkan rakyat” ini, bukan lah fenomena aneh untuk ahli Parlimen dari PKR atau Parti Kelentong Rakyat ini.

Tak perlu lihat jauh, jika kita lihat di Wilayah Persekutuan ini, pada tahun 2008, tiga ahli politik PKR telah dipilih untuk menjadi Wakli Rakyat. Satu, malangnya di Lembah Pantai ini, satu di Bandar Tun Razak dan satu di Wangsa Maju.

Pertama di Bandar Tun Razak. Khalid Gagap, seorang pemimpin kanan tersebut seolah-olah hilang punca, mungkin disebabkan asakan oleh seorang lagi pemimpin kanan PKR, Azmin Ali. Apa pun, kita lihat sahaja keluhan hati pengundi di Bandar Tun Razak di sini

Kedua di Wangsa Maju. Ni lagi best, terus keluar dari PKR kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Baca  rintihan hati bekas ahli PKR tersebut di sini. Ingat senang ke nak keluar parti bila dah jadi MP? Mesti dah bengang tahap gaban sampai sanggup blah.

Dan sudah tentunya, yang ketiga Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dikatakan bakal menjadi pemimipin Agung PKR kelak. Baru setahun jagung dalam politik dah ada cita-cita besar nak ganti mak dengan pak dia. Parti Keluarga Rakus lah katakan. Tapi dia dah silap besar sebab Abang Azmin Ali ingat nak bagi free-free je ke dia atau proksinya, Zaid Ibrahim jadi Presiden. Abang Azmin tu dah lama main sepak terajang politik. Itu kita akan kupas dalam edisi siasah akan datang, bagaimana Nurul sedang giat berusaha untuk menjatuhkan Azmin.

Apa pun, Nurul ni memang fail bab-bab politik. Dia ingat dia dah sama level dengan bapak dia yang boleh ke hulu ke hilir dan masih menang besar kat Permatang Pauh. Anwar tu bukan sepenggal kat Permatang Pauh, dah lama. Minggu ini, seperti juga minggu-minggu lepas Nurul pergi mencari glamour di Kuantan. Ni gambar dia, macam nak pergi berkelah kan?


Wartawan di Berita Lembah Pantai ni ada juga dengar-dengar, jurukamera Malaysiakini dan Malaysian Insider memang kena cari gambar Nurul, kalau tak, potong gaji. Tapi silap beb, sekarang satu Lembah Pantai dah tahu apsal kenduri kahwin dia takleh pergi, orang meninggal di tak boleh ziarah, orang buat program tak dapat turun – rupanya pergi berkelah ke negeri orang, dan cari glamour.
Tapi dah nama pun Parti Kelentong Rakyat, jangan buat-buat terkejut pulak.


Wednesday, February 22, 2012

EDISI SIASAT: Isu Peruntukan Persatuan Penduduk - Nampak Nurul yang bangang tak tau perkara asas!

Semakin dekat pilihanraya ini tiba-tiba banyak pulak kita di Lembah Pantai dengar pihak pembangkang termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai kita ni si Nurul Izzah cuba untuk menjatuhkan nama Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik. Habislah dikorek balik segala apa yang boleh dibuat fitnah untuk memburukkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai, tak betul dan tipu pun tak apa, janji boleh fitnah dan janji popular dan tagih simpati cam kes tahun 1998 dulu.

Mujurlah wartawan-wartawan kami di Berita Lembah Pantai walaupun agak malas tapi bila hati masing-masing panas dengar fitnah kering macam ni terus cergas cari fakta sahih demi ingin memberikan fakta sebenar dan isu yang sebenarnya berlaku.


Terkini Nurul Izzah menuduh yang KONONNYA Persatuan Penduduk Putra Ria nak buat Program tetapi peruntukan (bajet) untuk Persatuan Penduduk Putra Ria telah digunapakai untuk 2 program, iaitu 1 program Maulidur Rasul dan 1 lagi program Raja Nong Chik yang dianjurkan cawangan UMNO setempat.

Dan tuduhan ini disiarkan besar-besar dalam Malaysiakini, portal utama pembangkang di bawah tajuk (terjemahan) "Dana untuk penduduk perumahan digunakan untuk menjamu Menteri".

Objektif fitnah ialah menunjukkan pada orang ramai kononnya Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai ni zalim, ambil duit Persatuan Penduduk buat program sendiri.

Kenyataan akhbar ini dibuat di Bangsar pada 17 Februari dan dilaporkan oleh Malaysiakini pada 17 Februari juga.

Mari kita tengok satu-satu perkara yang dibangkitkan Nurul Izzah dan Malaysiakini. Kita tengok macam mana licik Ahli Parlimen Lembah Pantai ni putar alam, tak buat kerja dan terang-terang bangang tak boleh diajar!

Mula-mula saya siarkan semula artikel Malaysiakini:-

'Funds for housing residents used to fete minister'
Aidila Razak
2:13PM Feb 17, 2012
Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar today claimed that Dewan Bandaraya Kuala Lumpur’s (DBKL) funds allocated for public housing residents’ association activities last year were used up for events involving the minister of federal territories and urban well-being.

At a press conference in Bangsar today, Nurul Izzah (right) said her constituents have complained of being turned down by DBKL and told that the money had gone to “Raja Nong Chik’s (Zainal Abidin) programme”.

“When they called DBKL to use their allocation, they were told that it was used for a programme organised by Umno which invited the minister.

“But when we brought this matter up with DBKL, the mayor said that we have to bring the matter up to the ministry as he is only a civil servant,” she added.

No money left for resident association

Confirming this, Apartment Sri Putra resident association (RA) committee member Abdul Rahim Mohd Noor said a fire prevention programme planned for April 2011 was aborted for this reason.

“When we called the DBKL, an official said the allocation was used for two programmes (including) a ‘Raja Nong Chik (left) with locals’ event organised by the local Umno branch,” he said.

Abdul Rahim claimed the DBKL officer told him that the remainder portion of the RM10,000 in-kind assistance allocated for the RA was used for a maulidur rasul event organised by the local surau committee.

He said DBKL allocated a certain amount each year for RA activities, which is provided in the form of logistics and food.

Abdul Rahim added that this year’s allocation has been reduced to RM7,000 but the RA has yet to make any request.

Other MPs in Kuala Lumpur contacted by Malaysiakini said they have not received similar complaints.

The portal also tried to contact the relevant DBKL department by telephone and email for comments but has yet to receive any.

---------------------------

Fitnah #1:
Nurul menuduh kononnya bajet Persatuan Penduduk Apt Putra Ria berjumlah RM10,000 dari DBKL telah dipakai untuk program.

Siasatan Berita Lembah Pantai #1:
Sebenarnya tidak wujud apa yang dikatakan bajet Persatuan Penduduk Apt Putra Ria sebanyak RM10,000 ataupun apa-apa bajet khas Persatuan Penduduk seluruh KL dari DBKL. Polisi DBKL ialah memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 setahun kepada mana-mana Persatuan Penduduk di KL yang berdaftar dgn ROS dan layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh DBKL.

Jika RM5,000 setahun ini sudah habis digunakan bagi tujuan aktiviti Persatuan maka Persatuan Penduduk itu tadi boleh memohon bantuan sumbangan sosial ini pada bila-bila masa berdasarkan Program yang ingin dijalankan. Sama ada beri atau tidak, tertakluk kepada pertimbangan oleh DBKL.

Selain Persatuan Penduduk, mana-mana NGO yang mengendalikan program sosial setempat juga layak menerima bantuan program, selalunya dalam bentuk logistik macam khemah, kerusi meja, sistem PA dan sebagainya.

Contohnya, jika di Apartmen Putra Ria ada Persatuan Rukun Tetangga Putra Ria, atau Persatuan Ibu Tunggal Putra Ria, atau Persatuan Penjaja Sikh Putra Ria, atau Jawatankuasa Surau Putra Ria atau apapun NGO yang ingin buat program sosial setempat, maka mereka boleh pohon bantuan sumbangan sosial ini.

Jadi tidak timbul soal bajet RM10,000, atau soal bajet habis digunakan untuk aktiviti lain, dan sebagainya. Mana datang nya jumlah RM10,000 ni dalam kepala benak Nurul Izzah?

Jelas tuduhan ini hanya menunjukkan yang Nurul Izzah sama ada sengaja menipu untuk memfitnah Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai, atau pun Nurul Izzah memang tak tahu langsung polisi DBKL ini atau Nurul Izzah ni memang manusia yang tidak buat 'homework' dan suka 'bawa mulut' atau meroyan tidak tentu hala.Persoalannya, takkan lah dah 3 tahun jadi Ahli Parlimen benda asas ini pun tak tahu lagi.

Dan satu lagi, Malaysiakini pun tak tahu? Main publish je? malu lah sikit Malaysiakini. Kita yang di Berita Lembah Pantai ni yang setakat bajet belanja wartawan nasi lemak kat Warung Rindu pun boleh tahu, takkan lah Malaysiakini tak boleh tahu? Appa dah. Nampak sangat Malaysiakini kena tukar nama kepada MalaysiaTAKkini lagi dah....


Fitnah #2:
Kononnya bajet telah digunakan untuk Program Raja Nong Chik, dalam bahasa Inggeris dari Malaysiakini; the money had gone to “Raja Nong Chik’s (Zainal Abidin) programme”.

Dan lagi Nurul menuduh kononnya program dianjurkan oleh cawangan UMNO tempatan.

Siasatan Berita Lembah Pantai #2:
Wartawan kami mendapati ini juga fitnah. Pertama sekali, kenapa Nurul Izzah tak namakan program apa yang dianjurkan? Ini tak lain kes sengaja nak burukkan orang, tapi tak mahu orang siasat cerita sebenar.

Siasatan Berita Lembah Pantai mendapati Program yang dimaksudkan ialah Merasmikan Pelancaran Kerja-Kerja Mengecat Apartmen Putra Ria dan Penurapan Jalan (tar). Penganjur Program pula ialah NGO Badan Kebajikan Penduduk Putra Ria bersama Surau At-Tarbiah Putra Ria. Raja Nong Chik hanya dijemput merasmikan.

Jadi di mana pulak yang Nurul Izzah dan Malaysiakini boleh kata ini Program Raja Nong Chik? Ini program 2 NGO dari Apartmen Putra Ria, dan terpulang pada mereka lah nak jemput siapa!

Dan memang paling sesuai lah mereka menjemput Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai ini, sebab ini projek Kerajaan yang memang pun diperjuangkan oleh Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai semasa Nurul Izzah sibuk memburukkan nama negara dan bangsa di negara luar.

Dan dari fakta dari wartawan kami di atas, memang penganjurnya bukan UMNO. Jadi macam mana pula Nurul Izzah dan Malaysiakini boleh kata penganjur nya UMNO?

Ini kah taraf carian fakta seorang Naib Presiden PKR dan Malaysiakini? Tak malu kah? Atau sengaja memfitnah ke wahai Puteri Spin? Semua kau nak spin?

Siasatan Berita Lembah Pantai #3:
Jika dibaca artikel Malaysiakini ni,sumber nya ialah Abdul Rahim Mohd Noor.

Wartawan Berita Lembah Pantai mendapati Si Abdul Rahim ni ialah orang PKR. Sudah tentu lah habis diputar alam nya segala cerita. Kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen PKR. Sumber penduduk nya orang PKR. Disiarkan pula oleh Portal Berita Pembangkang. Dari tak ada cerita tiba-tiba wujud cerita. Hebat pembangkang.

Siasatan Berita Lembah Pantai #4:
Jika dilihat berita asal di atas, Program yang kononnya tak dapat buat, iaitu Program drill kebakaran yang dirancang ialah Program bulan April 2011
manakala cerita ini diterbitkan oleh Malaysiakini pula pada 17 Februari 2012 baru-baru ini.Makna nya cerita ini ialah cerita 10 bulan lepas!

Kalau benar ini satu isu, mengapa selepas 10 bulan baru Nurul Izzah tiba-tiba concerned, tiba-tiba nak ambik tahu? What does it say about the Wakil Rakyat when she only realizes the existence of a certain issue in her constituency only AFTER 10 months? Ini wakil rakyat apa macam ini, confirm tido ni.

Apatah lagi spy-spy nya di bawah naungannya, confirm tido dan tak buat kerja. Dan ini menjelaskan kedudukannya yang tak buat kerja dan mengesahkan bahawa Nurul Izzah ini tiada modal untuk kebaikan rakyat tapi cuba cari modal melagakan orang sahaja.


Siasatan Berita Lembah Pantai #5:
Dalam siasatan kami, kami diberitahu bahawa satu lagi tujuan artikel ini diterbitkan ialah untuk menunjukkan bahawa UMNO Lembah Pantai buat program guna duit Kerajaan. Seperti dinyatakan di atas, UMNO tidak terlibat.

Dan siasatan kami menunjukkan bahawa untuk peruntukan Sumbangan pada NGO yang sudah diserahkan, 3 kawasan yang telah disalurkan bajet paling banyak ialah NGO-NGO dari Bandar Tun Razak, Batu dan Cheras. Lembah Pantai tidak ada pun dalam Top 3!


Rumusan Siasatan Berita Lembah Pantai:

Rumusan kami di Berita Lembah Pantai ialah isu ini satu fitnah yang nyata ATAU si Ahli Parlimen Nurul Izzah tidak tahu apa-apa dan hanya mahu memburukkan orang.

Raja Nong Chik tak ada sangkut-paut, UMNO Cawangan tak ada sangkut-paut, tapi tiba-tiba semuanya diburukkan dan disalahkan. Disambut pula dalam ruangan komen Malaysiakini oleh para pembaca yang terlalu percaya dengan laporan Malaysiakini. Masing-masing hanya menyambung fitnah.

Kepada sahabat pembaca, tolong sebarkan siasatan kami ini dan dipersilakan salin jika mahu paste di blog dan FB masing-masing.

- BERITA LEMBAH PANTAI (BLP)

Wednesday, February 15, 2012

Nurul Izzah cuba buat fitnah, tapi berapa jumlah Persatuan Penduduk di Bangsar pun dia silap! Nampak sangat tak tahu pasal kawasan!


Baru-baru ni DBKl telah menjalankan projek pembesaran jalan di Bangsar bagi melicinkan perjalanan lalulintas dan mengurangkan kesesakan. Baguslah tu. Senang sikit nak lalu tempat tu.

Benda baik macam ni mesti Nurul Izzah sokong kan? Maklumlah projek ni jelas menguntungkan rakyat.

Eh, Nurul Izzah tak sokong? Dia tak setuju DBKL buat pembesaran jalan? Apa rasional Nurul Izzah bantah projek untuk rakyat ni?

Nurul Izzah Anwar
3 out of 5 Bangsar RAs are against d widening.

Itu alasan kau, Nurul? Kononnya 3 dari 5 Persatuan Penduduk di Bangsar tak setuju dengan projek pembesaran jalan ni?

Aiseh Nurul, kot ye pun nak tipu, tengok-tengoklah sikit. Mari sini aku bagi tahu semua orang kes sebenar, biar satu dunia tahu perangai pembohong si Nurul ni.

Untuk projek ni, Datuk Bandar Kuala Lumpur dah buat mesyuarat dengan semua Persatuan Penduduk yang terlibat:

1. Persatuan Penduduk Taman Lucky
2. Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya
3. Persatuan Penduduk Bangsar Park
4. Persatuan Penduduk Bangsar Baru

Baguslah DBKL buat pendekatan macam ni. Pendekatan ni menunjukkan DBKL sentiasa berunding dengan orang ramai bagi memastikan projek yang dijalankan memenuhi keperluan mereka.

Apa agaknya keputusan mesyuarat tu? Keputusannya ialah: kesemua Persatuan Penduduk yakni 4/4 setuju dengan projek ni.

Eh Nurul, macam mana pulak kau boleh kata 3 dari 5 Persatuan Penduduk tak setuju sedangkan hanya 4 sahaja Persatuan Penduduk yang terlibat?

Lagi di SINI.

Tahniah blogger Apa Kecoh-Kecoh untuk artikel TERBAEK!