Thursday, September 16, 2010

Ahli Parlimen Lembah Pantai isytihar sokong Zaid!!


Dalam artikel Free Malaysia Today semalam (Khamis, 16 September) Nurul Izzah ahli Parlimen kita merangkap Puteri Reformasi dan anak Ketua Umum mengisytiharkan bahawa beliau menyokong Zaid untuk jawatan Timbalan presiden PKR. Zaid akan menentang Azmin Ali. Baca sini untuk artikel penuh. http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/10291-nurul-izzah-we-need-a-true-fighter-not-a-wolf

Anehnya, Anwar menyokong Azmin. Segala buktinya boleh dibaca di Blog lawyer penyokong kuat PR, iaitu Haris Ibrahim. Anda boleh baca sendiri dalam artikel-artikel Haris di blognya di sini. http://harismibrahim.wordpress.com

Jadi kepada siapakah patut ahli-ahli PKR Lembah Pantai berikan undi mereka? Nak ikut DSAI, atau nak ikut YB Nurul?

Saya berbincang perkara ini dengan sahabat baik pemegang jawatan dalam AMKLP. Kata beliau
'Elok kalau YB Nurul bagi sedikit direction dan penerangan kepada ahli-ahli di Lembah Pantai, sebab pada masa ini, rata-rata kebanyakannya mahu memberi undi pada YB Azmin'.

No comments:

Post a Comment