Monday, September 6, 2010

Kenapa Team Harapan Baru Nurul Izzah macam nak bunuh Hj Md Zaman ketua AMK Wilayah?

Pemilihan cabang PKR Lembah Pantai mendapat liputan besar dari Sinar Harian. Dan keputusan paling mengejutkan (untuk sesetengah orang la, bukan untuk saya) ialah ketiadaan nama Md Zaman Md Tasi bertanding Ketua Cabang menentang Nurul.

Sedangkan Surak Sokongan Rasmi telahpun dikeluarkan oleh AMK Lembah Pantai yang berbunyi:

2. Seluruh Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat Cabang Lembah Pantai telah bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Tuan Hj Md Zaman Bin Md Tasi bertanding atas jawatan Ketua Cabang Lembah Pantai yang akan di adakan pada 26hb September 2010 ini.

3. Keputusan bersama ini telah dibuat semasa Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan di PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, tempohari. AMK Lembah Pantai telah menilai dari pelbagai sudut reputasi dan komitmen calon ini sebelum mengemukakan nama beliau.


Tapi sekarang dah tak jadi.

Nurul akan ditentang 3 orang lain; Johari Musa, Sharuddin Baharom dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Mohd Azrul Azmi.

Telahan semua pemerhati dan termasuk budak-budak PKR sendiri ialah ketiga-tiga ni akan jadi lauk dengan Nurul. Tapi yang pelik juga ialah kenapa ketiga-tiga jebon ni walaupun datang dari kumpulan yang sama tapi tiga-tiga pulak masuk bertanding? Macam-macam strategi biol lah, yang pastinya semua dah tau nak kalah.

Tapi kalau Zaman lah yang bertanding, fuhh memang masak Nurul. Zaman ni boleh kata kat kawasan Melayu ni muka dan pengaruh dia lagi banyak dari Nurul sendiri, cuma kelemahan dia ialah di Brickfields, Bangsar dan Sentosa, tempat pengundi India dan Cina. Dan dia juga ialah Ketua Angkatan Muda keadilan Wilayah persekutuan, dan beliaulah yang pegang guni duit PKR untuk KL masa PRU-12 yang lepas.

Tapi macam biasalah team Nurul iaitu Team Harapan Baru memang tak pernah tau nak respek kat Zaman. Sudah lah challenge dia, siap kutuk-kutuk lagi. Kalau tak percaya bukak lah Facebook "KAMI SOKONG TEAM HARAPAN BARU keADILan LEMBAH PANTAI".

Teruk Zaman kena. Tengok lah apa kata mereka pasal Zaman

" sekolah pun sekerat jalan... ada hati konon... pigidah.."

"...org yg gila kuasa nak tanding banyak jawatan..."




Aku tengok pun nak kata kesian tak jugak, nak kata padan muka pun tak jugak. Aku pun masa start reformasi dulu bergerak juga dengan Zaman ni. Dia memang berani, dan dialah juga yang bawak Nurul turun menjelajah seluruh pelusuk Lembah pantai ni, dan dia juga yang jadi playmaker jatuhkan Shahrizat. Tapi bila Nurul dah kuat sekarang ni, nampaknya Zaman tak lebih nilainya dari buah sekentut, dibiarkan di dahan tak berpetik sampai jatuh sendiri ke dalam longkang belakang jamban.

Itulah adat dalam PKR. Berjuang untuk bebaskan pemimpin, tapi pemimpin berjuang untuk naikkan diri sendiri lalu melutut pada Israel mintak maaf, benarkan Murtad, jual Kalimah Allah, lekehkanNegara. Berjuang untuk menangkan anak Pemimpin, tapi anak Pemimpin bila dah kuat biaq hang mampuih sambil dah pandai pertikaikan hak Melayu dalam Perlembagaan untuk undi pilihanraya.

Itulah pasal.



p/s: selama ni pun dia dok kutuk kata stail hang stail politik lama.

pp/s: apa maksud dia cara otai PKR Lembah Pantai selama ni "sudah lapuk serta telah meracuni arena politik sini". Bukankah dia menang di sini pun dengan cara yang lapuk ni? Apa budak berhingus ni memang tak tau berterimakasih ke apa?

Nasib lah hangpa semua. Aku dah lama sedar, yang korang tu jugak dok sembah bapak dia, dia ludah muka pun steady lagi dok support. Kalau tak sedar-sedar juga nasib diri lah.

No comments:

Post a Comment