Sunday, September 26, 2010

Pejuang PKR yang kecewa. Isk, isk, kesian dia!

Beberapa orang sahabat PKR Kerinchi berkumpul malam tadi dengan disertai tak lain tak bukan pemberita Lembah Pantai yang bekerja sehingga lewat malam mendapatkan berita-berita paling sensasi untuk warga Lembah Pantai.

Macam-macam cerita yang didengar, yang tak masuk dek akal pun ada, iyalah takkan lah parti kecik sethaun jagung politiknya mengalahkan Parti Kongres India, macam Setan!

Nak cerita semua kami tak sempat, sebab masih tengah collect beberap agambar penambah rencah. Jadi saya copypaste kan sahaja catatan blog seorang pejuang yang tewas semalam.

Tu lah, aku dah cakap dah hari tu, korang memang kena mandi punya!

Apa lagi, tinggal kan je la parti anak-beranak tu!

http://semangat98.blogspot.com/2010/09/pemilihan-matc-cabang-lembah-pantai.html

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!

Kalau macam ni lah PKR, nampak gayanya boleh lah dimasukkan dalam kolam taik Indah Water je lah.

No comments:

Post a Comment