Thursday, June 2, 2011

Ketua Dewan Ulama PAS tegur PAS jangan taksub dengan Anwar dan Pakatan Rakyat

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib akhirnya mengesahkan apa yang golongan orang Islam di Malaysia yang mahu berfikir, yang pakai akal sudah tahu. Iaitu bahawa PAS sudah meninggalkan apa yang digembar-gembur selama ini; rupanya Iman ramai pemimpin PAS terlalu nipis; baru nampak kuasa sedikit sudah terpesong dari iktikad mereka. Baru nampak kuasa sikit mudah sahaja mereka mengikut caturan dan aturan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP atas nama mahu menang undi Cina, mahu menang undi Kristian. Walaupun yang digadai, yang dikompromi itu agama mereka sendiri.

Di mana suara PAS bila Kerajaan-kerajaan Negeri yang mereka pegang berbuat benda yang sama malah lagi teruk dari apa yang mereka tuduh UMNO dan BN buat selama ini? Sudah beratus-ratus kes yang jadi bukti, itupun baru lebih kurang 3 tahun memerintah, itupun baru dapat kuasa Negeri!

Pada golongan yang mahu berfikir di luar sana ingatlah, PAS hanyalah Parti, ada pemimpin dan ahli PAS yang berjaya menahan godaan syaitan dan ada pemimpin dan ahli PAS yang gagal. Sama dengan UMNO. Tapi di antara PAS dan UMNO, UMNO lah yang lebih kuat di dalam PERIKATAN yang dianggotainya bagi tujuan mempertahankan Islam dan Melayu di bumi ini.

Sayugia ingatan Harun Taib merupakan pembuka mata kepada kita. Baca laporan portal PR Malaysiakini di bawah. Apa sebabnya Ketua Dewan Ulama ingatkan PAS supaya jangan terlalu mengikut pimpinan Pakatan Rakyat? Ini kerana SEKARANG INI PAS SUDAHPUN TERLALU MENGIKUT PIHAK TERTENTU DALAM PAKATAN RAKYAT!

Pasal tu kena sound!

Orang yang diikut mereka ialah orang yang bila berjanji dia tak tepati, tengoklah camana Anwar berjanji nak adakan pemilihan PKR yg telus, nak siasat penipuan dlm pemilihan parti mereka sendiri, last-last apa pun takda. Tengoklah janji-janjinya pada berpuluh sahabat yang sudah meninggalkannya. Pilih sahaja satu dari mereka dan 'google' ceritanya. Bukan susah sangat nak tahu kisah sebenar.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang bila bercakap dia bermuka-muka, di depan lain di belakang lain, di depan si A dia kata begini, di depan B dia kata begini. Lihatlah episod penipuan Anwar terhadap Ketua-Ketuanya sendiri di Sabah yang dilaporkan oleh peguam blogger yang taksub pada dia sendiri.

Orang yang diikut mereka ialah seorang yang tidak bijak, lihatlah bagaimana bodohnya dia, menerima Zaid Ibrahim dengan penuh puji-pujian, tapi kemudian sah orang yang dipujinya tak boleh pakai, kutuk maki dia sendiri. Lihat berapa kali dia sudah ditipu dengan pemuka-muka yang sebenarnya hanya hendak pangkat, kuasa dan bila dapat tinggalkan dia dan hina maki pulak dirinya.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang tidak boleh dipercayai, menikam sahabat di belakang, bacalah kisah Dr Halili, kisah Gobalakrishnan, kisah Salehuddin Hasim, kisah Ezam kisah berpuluh malah beratus orang yang telah tinggalkan perjuangan sang Ketua bangsat ini.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang secara terang-terang ada Rakaman yang nampak macam muka dan susuk sebijik rupanya berzina, tapi TAK MAHU LANTIK PAKAR VIDEO BEBAS BUAT KAJIAN, TAK MAHU BERSUMPAH, TAK MAHU MASUK BICARA sebaliknya hanya memekik dan melaung konspirasi, konspirasi.

Orang yang diikut mereka ialah orang yang ada hubungan terlalu akrab dan mengesyakkan dengan Yahudi-Yahudi dan Kristian Zionis pencincang umat Islam seperti Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Elliott Abrams dan Wiiliam Cohen. Anda google sahaja nama-nama ini. Setahun pun tak habis baca. Atau lawat sahaja http://www.anwaraidc.com yang sudah terlalu banyak mengupas hubungan Anwar dgn golongan ini.

Anwar dan Pencincang Umat Islam terkemuka Paul Wolfowitz.


Ini orangnya yang dimaksudkan Ketua Dewan Ulama PAS. Itu belum lagi cerita Karpal Singh dan kebenciannya pada Islam, cerita pemimpin-pemimpin DAP yang berapa ramai diantara mereka ialah sebenarnya pendakwah-pendakwah Kristian, YANG DIIKUT CATURAN DAN ATURAN MEREKA OLEH PEMIMPIN DAN PENGIKUT PAS! Sebelum tuduh kami fitnah, BUAT siasatan sendiri, jangan asyik melaung fitnah,fitnah macam jahiliah bodoh!

Kepada pembaca di luar sana, fikirkanlah kembali. Kalau Ketua Dewan Ulama PAS boleh berkata begini, apakah segala gerakan dan langkah kita itu aturan dan caturan pergerakan Islam, atau adakah tuan-tuan dan puan-puan bergerak hanya sebagai bidak-bidak catur Pihak-Pihak yang hanyalah jelmaan semula musuh-musuh agama yang sudah beribu tahun memusuhi kebenaran Allah, yang puppet masternya ialah musuh yang satu, Syaitan yang direjam! Fikirkanlah.


Ulama: Jangan terlalu rai rakan Pakatan

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.

Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.

"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).

"Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam Al-Quran dan al-Sunnah," kata Harun.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, sebagai sebuah gerakan Islam, beliau menyeru agar PAS meraikan perubahan dalam arena politik negara ini.

Harun berkata perubahan perlu diraikan selagi tidak bercanggah dengan prinsip dalam usaha mencapaikan kemenangan.

"Tahalluf Siyasi dengan parti bukan Islam sebagai contoh adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan," katanya sambil menambah ia tidak menggadaikan prisip parti sebagai sebuah gerakan Islam.

Teks ucapan Harun bertajuk "Ulama Haraki Teraju Kemenangan" dibacakan timbalannya Datuk Ahmad Yaakob di muktamar dewan itu di Gombak pagi tadi.

'Orang kanan mesti Ulama Haraki'

Dalam ucapannya, Harun turut mengingatkan PAS agar tidak menjadi seperti Umno yang didakwa menggunakan alasan tadarruj (berperingkat-peringkat) untuk menafikan pelaksanaan hukum sedangkan mereka tidak ada matlamat ke arah itu.

"Tadarruj perlu berpaksikan kepada tempoh tertentu yang berakhir dengan pelaksanaan sepenuhnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Harun turut mempertegaskan bahawa bahawa gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa didokong oleh 'Ulama Haraki'.

Harun mentakrifkannya sebagai "golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan amanah perjuangan, sabar dan tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan jihad dalam harakah Islam.

"Parti Islam Semalaysia (PAS) yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti Syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan," katanya.

Sehubungan itu, dari sudut organisasi, Harun berkata pucuk tertinggi parti perlulah disokong oleh para pembantu atau 'orang kanan' yang turut memiliki kualiti sebagai 'ulama haraki'.

"Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepemimpinan, meneraju umat ke arah kemenangan yang diimpikan, di dunia dan di akhirat, -Insya-Allah," katanya.

2 comments:

  1. Harap2 lebih ramai org PAS sedar & insaf, Anwar bukan azimat perjuangan islam yang kononnya diperjuangkan PAS.

    Nak tahu pasal perangai buruk orang kuat Nurul Izzah? Boleh baca di sini:

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Apa lah yang nak diexpect dari PAS. Semua pasai kuasa lah! Yang lain-lain tu semua modal nak kuasa!

    Gambar Penyokong DAP bodoh jilat Teresa Kok

    ReplyDelete