Saturday, June 11, 2011

Lo'Lo' buat bangang lagi kes Kg Baru: Bingai serupa Nurul Izzah juga!

Selain dari Nurul Izzah, ada seorang lagi Ahli Parlimen KL ni yang memang menjadi kegemaran kami. Tak lain tak bukan ialah si Lo'Lo', seorang wanita PAS yang secara peribadi aku memang tak suka sebab mukanya yang sombong.

Sebab apa dia favourite kami ialah statement-statement dia yang 2x5 bingai macam si Nurul jugak.

Dua tiga bulan lepas dia ada melalak menuduh macam-macam kat Kerajaan Barisan nasional kerana katanya Marriott Putrajaya ada tiger show yang dibuat pondan. Maka bersambung-sambunglah si Lo'Lo' ni konon sebagai hero Wilayah Persekutuan menghentam kiri-kanan UMNO dan BN.

kemudian bila blogger-blogger pro-UMNO , termasuk kami di sini dalam posting ini, dengan tenang bagitahu Lo'Lo' "woi, Lo'Lo', Marriott yang kau hentam tu kat Selangor la mangkuk, patutnya ko hentam Kerajaan Selangor!" maka Lo'Lo' dan seluruh jentera PAS terus diam. Tak ada pulak lah nak marah Kerajaan Selangor atau JAIS. Dan jauh panggang dari api lah Lo'Lo' nak mintak maaf kat pimpinan Wilayah dan Nasional yang dia hentam habis-habisan.

Masa tu kami dah tahu dah, "la, Lo'Lo' ni bangang rupanya. Ada ke benda basic Marriott tu dalam negeri mana pun tak boleh check!"

Dan tadi baca Malaysian Insider, jumpa pulak aku statement yang lagi lah memalukan dari LoLo ni. Memalukan sebab dia tak tahu pulak prosedur dalam Parlimen, walhal dia Ahli Parlimen!

Isunya begini:

1. Untuk merealisasikan kehendak pemilik tanah dan pewaris Kg Baru, Kerajaan melalui Kementerian Wilayah telah mengambil langkah positif merancang pembangunan Kg Baru.
2. Antara mekanisma awal yang diperlukan ialah pewujudan sebuah Perbadanan, dan ini mesti melalui sebuah Akta Parlimen.
3. Perkara-perkara ini telah dibincangkan dengan penduduk-penduduk dan persatuan-persatuan penduduk Kg Baru terutamanya MAS, PAKAM, PPKB. NGO-NGO Melayu lain juga termasuk NGO Badan Professional spt Dewan Perniagaan Melayu juga telah dipanggil berbincang beberapa kali.
4. Entah macammana, ada beberapa perkara yang dibincang dalam lab di Melaka yang patut masuk dalam Rang Undang-Undang khilaf tidak dimasukkan.
5. Rang Undang-Undang telahpun dibentang pertama kali, persatuan-persatuan tadi bagitahu kementerian Wilayah yang ada beberapa perkara tidak dimasukkan.
6. kementerian Wilayah yang prihatin dan peka kehendak rakyat semak balik dengan para persatuan, dan bersetuju buat pindaan.

Maka Lo'Lo' pun mengulas.

Yang pertama nya Lo'Lo' dengan selamba badaknya mengaku yang Pindaan ini hasil teguran dia. Banyak punya cengkadak. Ini taktik biasa pembangkang. Biasanya Nurul Izzah dan Sang Papa nya yang terer buat gini, tapi nampaknya sejak PAS berkiblatkan Nuar Berahi taktik Nuar Berahi pun dia dah sapu.

Dah tentu MAS, PAKAM dan PPKB angin kat Lo'Lo' pasal pandai-pandai curi kredit. Pandai-pandai korang lah macam mana korang nak sound kat dia nanti.

Tapi yang kami di Bilik Berita Lembah Pantai ni paling kelakar ialah perenggan terakhir Kenyataan Akhbar Lo'Lo'.

Kata Lo'Lo'

Apa yang paling penting sekali ialah RUU yang asal yang telah dibentangkan pada ???? (tolong isikan, dah lupa) masih belum ditarik balik di Parlimen. Segala pindaan yang dicadangkan itu tidak bermakna dan tidak akan menjadi sebahagian daripada undang-undang selagi mana RUU yang asal masih berada di Parlimen.

Apa bangang ke Lo'Lo' ni hapa? Eh LoLo mari sini Pakcik sekolahkan ko sikit! Kalau ada pindaan pada Rang Undng-Undang, tak perlu tarik balik Rang Undang-Undang tu. Nanti bila bacaan kali kedua dibuat, pembentang boleh membuat bacaan kali kedua dengan pindaan atau tanpa pindaan.

Eleh! Kau ni Ahli Parlimen la sangap! Takkan benda basic ni pun tak tau!

Memang tarak kualiti langsung lah puak-puak PR ni! Buat malu kaum!

2 comments:

  1. Kata orang Arab, kalau tuhan dah benci,, dia buat kita jadi gila dulu

    ReplyDelete
  2. aku ingat aku sorang jer yang bingai. rupanya ada yang lebih bingai? kah kah kah

    ReplyDelete