Tuesday, August 3, 2010

Gempar! Mesti Edar! PULAU PINANG DALAM BAHAYA

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.

Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.

Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.

Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.

Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan.

Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.

Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.

Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya ;

“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid ,dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”

Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.

Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.

Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .

Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Alhamdulillah , berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.

Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).

Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!!

Monday, August 2, 2010

Makan angin, YB?

Tulisan dalam Malaysiakini ini dari penulis Azrul Abu Hassan memang dah lama saya nak re-publish dalam Berita Lemnbah Pantai ini, tapi terlupa. Maka saya ambil peluang sekarang. Melalui tulisan ini kita boleh tengok satu sudut YB Nurul Izzah kita yang kita tak pernah nampak.

Soalannya: Kenapa kadang-kadang bila disoal soalan-soalan yang sensitif sikit, kita terus dicop sengaja menyusahkan? Sedangkan soalan kita ikhlas. Kalau tak mahu disoal rakyat, tak payah jadi wakil rakyat. Boleh lah kau suka-suka main twitter memanjang.

Makan angin, YB?

dari Malaysiakini, tulisan Azrul Abu Hassan Jul 2, 10 8:03pm


Sudah lama agaknya tidak menulis dalam Bahasa Malaysia. Terpanggil pula untuk mengarang dalam bahasa tercinta ini. Almaklumlah, sudah agak lama berjauhan dari negara Malaysia.

Lagipun elok juga berlatih menulis dalam Bahasa Malaysia agar tidak kekok apabila pulang ke tanah akhir nanti.

Saya baru-baru ini telah menerima sepotong undangan melalui kiriman e-mel ke Perasmian 'Friends of Pakatan Rakyat'. Bulat-bulat saya sudah tolak pelawaan itu.

Bukanlah apa, sekadar mengingatkan diri agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik dalam waktu ini.

Teringat juga ketika dahulunya saya dijemput bermain pertandingan bola sepak dan berkali-kali saya memberitahu pihak UMNO London supaya tidak mempolitikkan sukan. Dalam masa yang sama, semua rakyat Malaysia di kota si hidung tinggi berkaki panjang ini akan lebih berminat untuk bermain tanpa dicop 'orang UMNO'.

Saya ada bertanyakan saudari Nurul Izzah secara sinis adakah Parti Keadilan Rakyat kini sudah begitu kaya sampaikan program ini perlu dianjurkan di dunia asing ini?

Beliau begitu cepat membalas secara 'defensive', bak kata orang putih, dengan menyatakan 'tiada siapa yang paksa saya hadir ke majlis itu'. Sabar-sabar lah kakak oi! Baru dicuit sedikit, terus mahu melatah?

Saya ini bukan siapa-siapa pun. Cuma seorang rakyat Malaysia yang risau jika gelombang baru ini kini mahu mengikuti perangai gelombang lama pula.

Lagipun kami di sini tidak mengundi pun. Malah, kami tidak membayar cukai kepada kerajaan Malaysia pun. Yang bekerja di sini, tidak boleh mengundi pun.

Jadi, saya cuma nak tahu. Adakah berbaloi kehadiran para Yang Berhormat di sini untuk rakyat di Malaysia? Bukannya saya nak halang pun. Cuma takut-takut perangai suka jalan-jalan makan angin 'oversea' ini menyelinap masuk pula dalam badan 'suci dan murni, nyah korupsi' tuan-tuan dan puan-puan pula.

Dahulu bukan main mengutuk gelombang lama suka makan angin pakai duit rakyat, membeli-belah Dolce Gabbana, Gucci atau Prada. Kumpulan berbadan tegap berkaca mata hitam kiri dan kanan pun mendapat saguhati masing-masing seperti topi GAP. Walaupun murah di waktu 'Summer Sale' ini, janji GAP, bukan GAGAP buatan Indonesia. Tetapi selalu sangat gelombang baru ini hadir di sini. Apakah tujuan sebenarnya?

Macam saya cakap, bukannya tak bagi... Tapi cerita-lah supaya rakyat yang mahu keadilan dan perubahan ini tahu yang gelombang baru ini bukannya dua kali lima. Apabila ditanya, yang mampu dijawab ialah "apa jawapan sekalipun nampaknya tak memadai untuk saudara. Tentunya banyak lagi yg dirancang".

Mengapa begitu 'defensive'? Apa yang mahu disorokkan? Saya ini bukanlah seorang ahli SB, PERKASA atau Umno.

Walaupun nama ayah saya Abu Hassan, tetapi beliau bukanlah bekas Menteri Besar Selangor. Jika rakyat tanya soalan yang susah-susah sedikit, cepat pula melatah dan ada menganggap kami ini 'khadam' atau penyokong Umno pula. Habis tu, takkan nak setuju sahaja dengan gelombang baru ini seperti sang memerang dungu?

Sambil menyelam, minumlah air. Ya, macam seekor memerang.

Jikalau hadir semata-mata kerana 'Friends of Pakatan Rakyat' yang bakal dirasmikan di kota yang gah, hebat, penuh riang-ria London, maka apakah faedah kepada rakyat di Malaysia yang membayar zakat, cukai dan mengundi? Apakah 'Greater Kuala Lumpur' tidak cukup hebat seperti 'Greater London' yang sebenarnya 'dodgy'?

Setakat detik ketika ini, YB Nurul Izzah masih gagal menjawab soalan ikhlas saya di Twitter.