Thursday, December 16, 2010

Keluarga India dibela The Star kena buang sebab pelihara beruk! Sumpah tak tipu!


Berikutan email pagi tadi dan mungkin sebab Berita Lembah Pantai blog paling awal yang pecah isu, kami dapat satu lagi emel dr orang yang sama, bernama Adam.

Emel kali ini lebih detail, menurut Adam dia dari persatuan Penduduk.

Kata Adam, penyewa yang kena buang ni masuk tahun 1998 dan tak pernah bayar bil air sejak 1998. Tunggakannya lebih dari 7 ribu dah pun iaitu tepatnya RM7,145.

Anak penyewa iaitu budak India kurang ajar yang duduk kat flat ni pulak dah 2 kali kena tangkap direct curi kabel, banyak masa lain memang dah suspek kuat dia curi kabel tapi dia sempat lari dan tak dapat nak tangkap. Bukan saja curi kabel, kes dadah pun budak ni ada.

DBKL memang dah lama pantau kes ini tapi tak ambil tindakan sebab kesian dan sebab tak mahu dikata aniaya kaum India.

(apa lah DBKL, kaum apa pun kalau dah curi kabel tu tendang je lah keluar, simpan buat apa, itu duit rakyat!)

Kata Adam lagi, semua ni kalau tak percaya boleh hubungi Persatuan penduduk atau hubungi DBKL terus.

Yang paling bestnya kata Adam, memang sejak dari mula lagi keluarga India ni langgar perjanjian. Kes pertama mereka yang diambil tindakan oleh DBKL ialah sebab memelihara binatang(beruk) didalam rumah tersebut!

Biar betul, ulang baca balik.

Ya. Mereka pelihara beruk dalam rumah tersebut.

Maka memang patut lah keluarga ini diusir. Zaman ni tak ada orang yang suka kat beruk.

Wednesday, December 15, 2010

The Star jijik, jadi jurucakap Hindraf! Bangsat!

The Star bahagian Metro semalam melaporkan kisah sedih siap dengan gambar muka sedih lagi satu famili bangsa India yang dibuang dari PPR Desa Tun Razak sebab anak famili ini terkantoi curi kabel (kes curi kabel ini telah berlaku berulangkali yang dilakukan oleh orang yang sama).

Star buat isu ini besar-besaran. Siap ada petikan komen dari Uthayakumar Hindraf lagi.

The Star buat artikel tu bunyinya macam DBKL kejam terhadap orang India. Implikasinya sbb DBKL tu kebanyakannya Melayu maka ini soal perkauman. Konon Melayu rasis pada India.

Bangsat The Star ni. Buat artikel tak macam suratkhabar yang dah ada nama.

The Star tak laporkan perkara berikut:-

1. Persatuan Penduduk, rukun tetangga dan pihak RELA PPR ini sendiri mahu keluarga India ini keluar dari PPR Desa Tun Razak.

2. Persatuan Penduduk akan bantah jika kunci dan unit yang sama dikembalikan kepada famili ini.

3. 2 keluarga Melayu juga terlibat dengan penyingkiran sebelum ini atas alasan langgar ketenteraman penduduk lain dan atas komplen penduduk lain (keseluruhan keluarga terlibat adalah 3 iaitu 2 melayu dan 1 india). Kedua-dua keluarga tersebut telah keluar dari unit tersebut sebelum ini.

Mana pembelaan The Star kalau kononnya membela atas dasar kemanusiaan?

4. Kenapa The Star tidak pula double-check dengan dbkl tentang isu sebenar?

5. Gambar yang dipaparkan The Star dalam artikelnya ada gambar cucu-cicit keluarga tersebut, sedangkan budak-budak tu tidak tinggal di rumah tersebut. Mereka datang dari rumah mereka sendiri dan bagi menagih simpati secara berlebihan, mereka dimasukkan dalam gambar supaya DBKL dapat diburukkan lagi. kenapa The Star tak check yg budak2 ni tak duduk sini, atau memang dah tahu tapi masih salah lapor?

6. The Star juga tidak juga mengambil initiatif untuk berhubung dengan persatuan penduduk untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

7. The Star juga tidak highlightkan isu 'kesengsaraan' yang dialami oleh 1800 keluarga / penghuni / unit di kawasan tersebut akibat kehilangan dan kerosakan yang diakibatkan oleh penghuni rumah ini iaitu anak Achi tersebut (mencuri kabel lif dan telefon) yang berulangkali berlaku. Bila bangsat penjenayah ni curi kabel, elektrik putus. Besar sangat ke budak India ni sampai kebal tak boleh dihukum?

8. The Star juga tidak bangkitkan isu kerugian yang dialami oleh pihak kerajaan terutama dbkl dalam menangani masalah vandalisme.

9. The Star juga tidak bangkitkan isu berapa kali anak famili ini ditangkap polis akibat jenayah yang telah dilakukan termasuklah masalah dadah dan gengsterisme. Surat dari Persatuan penduduk mendakwa budak ini terlibat mengedar dadah. Tak percaya boleh hubungi Persatuan Penduduk.

10. Penyewa yang diusir ni dah bertahun-tahun tak bayar sewa dan bil air pada DBKL. Sewa hanya RM124, tapi dah tertunggak sampai dekat RM7,000. Bayangkan berapa bulan tak bayar. Kalau kat Singapura yang diagung-agungkan puak macam penulis The Star bangsat ni, dah lama dah keluarga ni kena tendang, merempat dalam longkang, mampuslah kau. Tapi ini di bawah Kerajaan BN dan DBKL yang kesian kat depa bertahun-tahun, dia bagi balik pulak DBKL yang salah.

Bangsat punya reporter.

11. Mengapa The Star tidak bangkitkan juga isu tentang elemen kemanusiaan yang telah DBKL berikan kepada keluarga ini (beberapa kali notis amaran dan lanjutan tempoh penyewaan).

Kalau Malaysian Insider atau Mkini tulis macam ni kita fahamlah sebab depa ada agenda, tapi ini The Star. Memang Kerajaan patut pantau sikit suratkhabar MCA ni, dan pemimpin-pemimpin MCA kena pekalah dengan laporan yang bad faith sebegini. Babi lah lu The Star.


Macam ni lah komen yang kami di Berita Lembah Pantai dapat pagi-pagi ni dalam ruangan komen. Panas!! Walaupun bukan kes Lembah Pantai, sidang mesyuarat pagi ini putuskan masukkan juga, sebab nak tunjukkan bagaimana DBKL diburukkan oleh The Star, supaya dpt disebarkan berita ini bagaimana orang Melayu diburukkan tanpa sebab. Lain kali kalu baca paper jangan percaya semua.

Wednesday, December 1, 2010

Buang taik kat orang tangan sendiri penuh taik! DAP punya cerita!

Itu hari masa tengah kecoh-kecoh pasal pemilihan cabang PKR Lembah Pantai, ada la pulak satu mamat PKR ni yang kata,

"PKR tak demokrasi, perlu contohi DAP dan PAS".

Aku diam je lah, maklumlah tempat orang. Walaupun kawasan memang kawasan aku juga, tapi tempat aku makan dengan puak-puak PKR yang kalah tertonggeng ni kedai dia orang.

Dalam hati, "bodoh betul depa ni. patut la kena tipu."

Dan minggu lepas pemilihan DAP Selangor nampak jelas la betapa tak demokrasi nya DAP.

Daripada calon-calon yg bertanding, 15 dipilih masuk jawatankuasa oleh 812 perwakilan.

(DAP pun pakai sistem perwakilan jugak, pasai tak bodoh macam PKR nak kasi haru-biru dan boleh bawak geng estet undi sekali. Bingai PKR!)

Daripada 15 ni, yang paling banyak undi Jenice Lee iaitu 703 undi atau 86% undi perwakilan.

Theresa Kok dapat 437 undi je, atau nombor 11 dari 15, ke-5 corot.

Last-last Theresa Kok jadi Pengerusi DAP Selangor. Dan lain-lain yg memegang jawatan terpenting, Tony Pua, Ean Yong, Lau Weng San, semuanya dapat tempat corot.

Best kan DAP. Demokrasi sungguh. Yang menang tarak jawatan. Yang kalah jadi Pengerusi dan AJK penting.

Kepada melayu-melayu Lembah Pantai yang buta sangat ingat segalanya berkenaan DAP ini demokrasi dan adil, buatlah kajian sikit. Mereka hanya pandai terpekik terlolong mengutuk orang, tapi tangan sendiri penuh dengan taik!

Depa tak bodoh pasai depa tau depa tengah putar alam, yang bodoh ialah orang Melayu yang ikut sebab kena tipu atas nama Pakatan Rakyat!

Sedangkan hakikatnya mereka bertentangan sama sekali dengan slogan yg mereka laungkan. Mereka Tidak Demokratik, Tidak Adil, Pentingkan Jawatan, Pentingkan Kuasa.

Sama perangainya dengan yang kita tengok dalam pemilihan PKR tempohari.

Sedar la sikit.

Perangai DAP

Monday, November 29, 2010

Islam kena main lagi! Zirafah pun terkejut!


Hari ini Pemberita Lembah Pantai tersentak sedikit. Selak-selak suratkhabar, penuh dengan macam-macam berita dan yang pastinya berita Kongres Nasional PKR. Sudahlah dengan presidennya mendabik dada dan mendakwa DS Anwar 'anugerah Tuhan' kepada semua rakyat dan dilahirkan untuk memimpin negara, BORN TO LEAD THE NATION! Aku rasa kenyataan ini agak keterlaluanlah.

Dan dengar-dengarnya, ada ramai juga yang tak bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR ni, macam masuk bakul angkat masuk lif tekan butang lif paling atas. Sekejap lagi dekat pejabat masa minum pagi confirm ramai rakan-rakan aku akan menyentap komen pasal kenyataan ni. Ye lah, tahulah sebagai isteri kena taat pada suami, tapi tengok limit dan agak-agak lah.. takkan sampai masuk bab ketuhanan kot. Tak payah berbincang pon mesti ada akan tanya dia, tuhan sapa lak yang confirmkan DS Anwar ni anugerah dia.

Dah la DS Anwar dengan tenang je kasi orang-orang bukan Islam pakai kalimah Allah (ha.. isu ni kena refer posting lepas-lepas lah, nak komen kat sini lambat lak aku gi kerja kang). Ok la.. rasa-rasa macam malas nak join geng-geng ofis breakfast hari ni lah, kalau tak penat nak melayan macam-macam angle punya discussion.

Satu lagi, Ahli Parlimen Lembah Pantai ni, aduh.. tak tau nak cakap macamana. Dulu masa aku kat sekolah, ada cikgu sejarah ni, cukup sempoi.. selain daripada kata 'tak payah susah-susah sangat study, ni semua dunia aje' antara nasihat dia, 'jangan bagi peluru kepada musuh untuk dia gunakan tembak kita' Tup-tup dengan tenang je YB Nurul kasi peluru baekk punya. Nak cakap tak pandai, mesti la pandai sebab belajar tinggi kan. Ada ke dia kata, dalam ucapan rasmi lak tu, ' Tiada tempat untuk personaliti dalam PKR,dan PKR adalah berasas kan prinsip'. Habis, mana nak letak ayahanda DS Anwar? Bukankah dia tu personaliti? Dan jawatan Ketua Umum tu pun bukan jawatan yang dimenangi atas tiket demokrasi. Siapa pulak yang lantik? Bukankah apa yang dipertuturkan oleh YB Nurul tu bercanggah dengan apa yang dipraktikkan oleh kepimpinan dan parti PKR? Aku tak paham la.

Pening kepala pikir. Dah la Kongres Wanita hari sebelum tu pun mendewa-dewakan DS Anwar, Bonda Presiden top up lagi cakap DS Anwar anugerah Tuhan (aku baca je ucapan dia, ada rasa takut gak pasal ada bau-bau sikit lagi nak cakap DS Anwar ni macam nabi pun ada, entahlah). Sekali YB Nurul cakap tiada tempat untuk personaliti. Ish.. semakin hari semakin menyimpang aku rasa PKR ni. Nasib baik aku sempat tarik handbrake dulu. Kalau tak, mesti aku tercangak dekat Kongres AMK.

Tapi, kalau aku pegi Kongres AMK tu, lagi aku menyirap kot. Baca artikel bawah ni. Ada ke patut, dah la quote ayat Quran. Pastu perwakilan lain siap mengiyakan bacaan tafsir yang salah. Adus.. malunya aku.. orang melayu Islam kena main lagi...

(Lapuran media hari ini 29.11.2010)

Ayat suci al-Quran dimanipulasi ahli bukan Islam
PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.

Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.

Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.

Thursday, November 25, 2010

Kehebatan PKR



Hujan-hujan ni nak balik ofis pon dah tak boleh sebab kereta parking jauh. Jadi nak tak nak terpaksa la aku lepak pekena kopi mahal kat PBD ni... ingatkan nak lepak sambil cuci mata.. tup-tup ternampak kelibat orang besar plak.. hahaha.. Zaid Ibrahim!! Pegi ofis lama dia kat millenium tower gamaknya! Teringin jugak nak ajak dia minum kopi tanya apsal la dia keluar PKR tapi segan la plak kan.. Ye la, mana la layak kita nak lepak ngan calon (eh, bekas calon) Timbalan Presiden PKR!!

Tapi hati tak puas.. aku pon bukak la laptop google sket apa-apa yang patot.. banyak gak blog-blog ngan posting-posting yang dah komen pasal benda ni tapi aku jumpa satu yang agak sempoi nak share...


Kupun terfikir, betapa hebatnya Parti PKR ni sampai dah berapa ramai orang yang kononnya 'resilient' (perkataan baru dapat.. hehheh) satu demi satu angkat kaki bungkus kain pergi jalan keluar.


jom layan....



KAU PERGI JUA!!





(Pak Jangoat sedang berehat didalam lori ke Putrajaya)



Salam 2 all.
Pengumunan Zaid Ibrahim bahawa beliau akan meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara yang dimainkan kepimpinan PKR selama ini. Kecundangnya Zaid sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas telah dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun-Firaun Kecil yang mendokong falsafah politik "matlamat menghalalkan cara, "Putrajaya at all cost", menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.Dengan pengunduran Zaid, kita sudah boleh membaca susunan kepimpinan PKR akan datang yang jelas membuktikan amalan "Kakane-KKN" (dalam bahasa Jakarta pak), iaitu "kronisma, korupsi & nepotisma" yang cukup hebat:


Ketua Umum - Anwar Ibrahim. Suami Presiden dan bapak kepada bakal Naib Presiden! Inilah dia "mujahiddin demokrasi" yang begitu "taksub" kononnya kepada amalan demokrasi barat, tetapi mahukan jawatan yang bukan sahaja tak payah bertanding dan tidak boleh ditandingi, tetapi tak ujud pun dalam perlembagaan PKR. Entah siapa lantik Anwar jadi Ketua Umum pun teman tak tau, sebab tidak pernah ada mesyurat perwakilan yang buat keputusan. Lagipun jawatan yang takde dalam perlembagaan, macam mane perwakilan nak buat keputusan!


Presiden - Wan Azizah. Isteri Ketua Umum dan mak bakal Naib Presiden. Jawatan yang kata Zaid Ibrahim sekadar penghias majalah. Tanpa kuasa dan tanpa martabat. Dan bila Zaid membuka manifestonya antara lain untuk mengembalikan maruah dan martabat kepada jawatan Presiden, Zaid pula yang kena musibat!


Timbalan Presiden - Azmin Ali. Bekas Setiausaha Sulit Anwar zaman sebagai Timbalan Perdana Menteri UMNO. Dari kecik sampai tua Azmin sentiasa melekat dengan Anwar, yang Nallakarupan kata mereka berdua ini punya hubungan yang sangat istimewa. Zaid kata Anwar-Azmin punca kepada segala penyakit dalam PKR. Anwar bertungkus lumus bekerja keras memastikan Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden sehingga hero hindustan PKR Zaid Ibrahim pun kena tendang keluar. Dan untuk memastikan warna demokrasi kekal, Mustafa Kamil Ayub dipujuk supaya jangan menarik diri. Apa yang dijanjikan kepada Mus teman pun tak tahu. Mus yang pada satu ketika cukup garang macam rimau lapar, bersama dengan Zaid memberi ultimatum dan kata dua kepada PKR, tiba-tiba jadi macam kucing sakit gigi. Bayang yop kalau Mus tarik diri, malulah kat Azmin menang free pulak!!


Naib Presiden 1 - Nurul Izzah. Semua orang tau dia anak Ketua Umum dengan Presiden. Dengar cerita nak buat pact dengan Zaid, tau-tau tak jadi. Papa hebat kata Nurul, dipetik dimuka hadapan akhbar Sinar Harian! Anak bapak yop..anak bapak!


Naib Presiden 2 - Tian Chua. Mamat sorang ni ketaksuban dia kepada Anwar hingga sanggup dok bawah lori FRU. Sehingga sanggup mereka foto palsu PM bersama Altantuya, dan sikit pun tak rasa malu atau bersalah dengan perangai hodoh tu. Disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menggigit polis!!


Naib Presiden 3 - Mansor Othman. Bekas Setiausaha Sulit Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan. Sekarang jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Bertanding pilihanraya dahulu semua kalah, kemudian entah macam mane dema pusing tau-tau Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairuz kena tendang dan Mansor ambil alih kerusi Penanti dan bertanding sorang-sorang sebab UMNO malas nak layan politik sempit PKR. Lepas menang ambil tempat Fairuz, jadi TKM dan dah pun dapat Datuk!


Ketua AMK - Shamsul Iskandar Akin. Mula-mula patut bertanding jawatan Naib Presiden. tetapi bila calun pilihan Anwar mendapat jumlah pencalunan yang sangat memalukan, kalah kepada Chegu Bard, Shamsul tetiba buat u-turn dan bertanding jawatan Ketua AMK. Kerana Anwar tidak boleh kontrol orang macam Chegu Bard. Chegu Bard ni walaupun kawin dengan anak sedara Anwar, tetapi otak dia macam Zaid, Anwar tak boleh nak kontrol. Dia ni ada pendirian sendiri dan sangat berani. Kiblat Chegu Bard kepada Reformasi bukan kepada Anwar. Jadi Anwar akan gerun kalau sayap muda dikuasai oleh orang yang dia tak boleh kontrol.


Ketua Wanita - Zuraida. Walaupun Zuraida ni jenis mengaji kat ustad dan bertudung lipat, dan cukup rajin mengikut kelas Dr. Asri, tetapi ketaksuban dia kepada Anwar cukup hebat. Walaupun saingan beliau Puan Anima Ferer membuat pelbagai aduan salahlaku dan penipuan serta manipulasi didalam perebutan jawatan Ketua Wanita, malah Anima minta pemilihan digantung, namun suara Anima jadi macam suara Zaid aje, walaupun Anima adalah pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR!


Macam tu lah lebih kurang barisan kepimpinan kakane yang akan ujud dalam PKR tidak lama lagi. Cuma yang teman kesal sedikit ialah tindakan terburu-buru Zaid untuk keluar PKR dan mengumumkan kemungkinan menubuhkan parti politik lain.Pada teman Zaid sepatutnya meneruskan perjuangan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun Zaid merasakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan sekadar menjadi tunggul untuk "calun impian Anwar", walaupun Zaid melihat banyak penipuan, pembohongan, putar belit dan lain-lain semasa proses pemilihan, beliau tdiak sepatutnya menarik diri dan keluar PKR.Sebaliknya dengan meneruskan pertandingan dan kekal didalam PKR, Zaid akan dapat mendedahkan lebih banyak kepalsuan dan kepincangan didalam PKR.Itu yang teman buat semasa dikenakan tekanan supaya keluar daripada mewakili PKR sebagai Ahli Parlimen. Teman tau puak-puak Firaun Kecil didalam PKR sudah tidak sabar melihat teman meninggalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen PKR. Kerana suara Islam, perjuangan Islam yang teman bawa sebagai MP PKR sangat dibenci oleh DAP dan yang sewaktu dengannya. Dan para Firaun Kecil dan sekutunya DAP merasakan perjuangan Islam itu akan menggagalkan impian mereka ke Putrajaya. Maka mereka lakukan pelbagai perkara untuk memaksa teman keluar.Tetapi teman bertekad, walaupun teman tahu pada masa itu teman sedang menongkah arus mungkar yang deras, bahawa teman perlu bertahan untuk terus membongkar topeng kepalsuan didalam PKR. Sehingga mereka memberi tekanan kepada teman dengan melantik panel jawatankuasa disiplin kafir untuk membicarakan teman dalam isu kalimah ALLAH. Satu penghinaan besar kepada Islam. Dan alhamdulillah umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya dapat melihat kepalsuan perjuangan mereka.Kepada Zaid, nasihat teman ialah jangan berganjak. Biarkan mereka pecat. Mike pun tahu Firaun-Firaun Kecil yang ada dalam PKR akan cari jalan memecat mike. Jangan beri mereka bola percuma. Let them pay for their "crime", so to speak! Biar rakyat dapat melihat kepalsuan dan kepura-puraan mereka. Teruskan pendedahan, bongkarkan kepalsuan mereka.Tindakan Zaid untuk menubuhkan parti baru akan hanya memberi mereka bola tanggung. Mereka akan canangkan mike sebagai orang gila kuasa dan kedudukan. Mereka akan kata tak dapat jadi presiden PKR dia pegi buka parti baru dan jadi presiden! Masuk bakul angkat sendiri! Dengan sejarah mike yang pernah melompat dari UMNO dan merajuk bila kalah pertandingan Ketua Bahagian di Kota Bharu, ruang untuk mereka serang mike terbuka luas. Mike nanti akan disamatarafkan dengan Ibrahim Ali. Begitu cara mereka akan perlekekhkan mike.Dan Zaid, bila mike memilih untuk melawan mereka, bersedialah dengan segala macam maki hamun, caci maki, fitnah, pembohongan, putarbelit, penipuan dan lain-lain cacamerba. Ni belum mike bagi surat rasmi pun dema dah tuduh mike dah siap dengan parti baru sebenarnya. Nanti mike akan dituduh sebagai barua BN didalam PKR, sebagai Trojan horse UMNO. Jangan terkejut kalau mike dituduh taik judi, kaki botol, kaki betina! Malah teman tak terkejut kalau mike didakwa sebagai punca kekalahan PKR di PRK Hulu Selangor. Semua jentera dan balatentera balaci mereka, termasuk akhbar, media portal, dan para penceramah akan diguna untuk mengganyang mike. Malah mike akan diperkartunkan nanti. Teman dah boleh bayang gambar kartun mike di MalaysiaKini, Suara Keadilan dan MalaysiaKini. Apa boleh buat yop, memang itu cara dema!Namun jika mike rasa sudah tiada pilihan, dah terlajak kata nak keluar, teman nasihatkan mike menerima tawaran yang disebut oleh Husam Musa semalam bahawa PAS bersedia menerima mike. Pintu PAS sudah terbuka untuk mike. Eloklah mike pertimbangkan tawaran Husam itu. Cuma nasihat teman jangan mike terima terus, cume kata akan pertimbangkan. Sebab badut ingusan Anwar masih ada didalam PAS. Pak-pak jangoat ini akan segera mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran Husam itu bersifat peribadi, ataupun lebih teruk mereka akan kata akhbar misquote Husam.Mereka akan lakukan sedaya upaya menghalang mike daripada menyertai PAS, sebab paduka tuanku Anwar yang mereka sembah akan murka. Dan pak jangoat takkan biarkan kemurkaan Anwar, kerana mereka dah terliur nak ke Putrajaya jadi menteri, macam mike pernah rase. Bukan senang yop dari budak jual cendol tau-tau dapat pakai kot & tai, tiba-tiba pulak jadi menteri dengan siren sana sini. Dah lama dema ngidam tu yop. Jadi daripada mereka jatuh pokok kelapa tengah sedap berangan nak ke Putrajaya, baik dema terajang mike dulu yop. So be tactful, but maintain your fight.

Last but not least, teman ucap selamat pada mike Zaid. Moga mike berjaya mengharungi onak duri yang akan makin tebal dihadapan nanti.


Adios amigos. Grasias senor.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa09 Zulhijjah 1431
16 Nov 2010

Tuesday, November 23, 2010

Berita Hiburan - Band German nyanyi lagu Rock Melayu. Bangga!

oleh: Wartawan Hiburan Berita Lembah Pantai

Sambil makan-makan dengan seorang member wartawan hiburan di Jalan Riong, Bangsar, dia sempat sound, katanya, "Berita Lembah Pantai you (geli jantan guna you) patut ada ruangan hiburan lah atau ruangan sukan, bagi santai sikit. Orang pun bukan nya memanjang nak baca hal politik.

Betul juga, fikirku.

Jadi sebagai entry hiburan pertama nah nyanyian kumpulan rock German, Dark Sky, menyanyikan lagu Unwanted "masih ada rindu". dalam bahasa melayu pulak tu. Respek!



Ini pula nyanyian asal Hanafie Warren dari kumpulan The Unwanted.

Sunday, November 21, 2010

Orang Lembah Pantai jadi subjek khas artikel Editor NST (English)

Fuiyoo! Glamor betul lah PKR Lembah Pantai ni. Ahli biasa pun masuk paper!

Yang kat bawah ni artikel asal dlm Bahasa Inggeris. Nanti bilo sonang eden translatekan ke BM.

http://www.nst.com.my/nst/articles/21leha-2/Article/#ixzz15wXRqVh0

Zaid, Leha, – PKR not for us anymore!

LEHA is way down in the PKR food chain. For many years, this young mother held on to her hope that the party would form the next Government. Jaafar, her husband, had harboured the same hope too.

The couple has a small flat in Kondo Rakyat in Kg Kerinchi in Lembah Pantai. During the recent Hari Raya Aidilfitri and last week’s Hari Raya Aidiladha, the couple sold lemang to supplement their income.

They make excellent lemang. At RM8 per stick, it’s a good buy. But events in the PKR in last few months have made Leha and Jaafar frustrated, angry, disappointed and disillusioned. Leha has made enquiries about joining Umno, and is anxious to sign up as soon as possible.


Leha (sitting, right) and Jaafar (standing, second from left) at the press conference last week.


While Leha and Jaafar are at the lower end of the PKR hierarchy, top leader Datuk Zaid Ibrahim is just as frustrated. He couldn’t take any more of the squabbles within the party and announced his departure on Friday.

Lawyer Zaid is not likely going to join any other party, having burned his bridges with Umno when he jumped onto the PKR bandwagon. He harbours a different ambition – that of forming his own political party.

Leha and Jaafar are not following Zaid in his new venture. Zaid, as far as the couple is concerned, is but one of the many reasons for the internal squabbles in the party. The PKR crisis shows no sign of easing off, which leaves the likes of Leha and Jaafar seething.

Leha said:”The PKR leaders are ungrateful. In the last general action, I worked liked a dog to help Nurul Izzah, Anwar’s daughter, beat then incumbent MP Datuk Seri Sharizat Abd Jalil in Lembah Pantai.

“Nurul would call me very often. If no calls, there’s always SMS. As a grassroot leader, I have my own circle of friends. With very little sleep but plenty of sweat, we helped sent Nurul Izzah to Parliament.

“Today, I hardly get calls from her. No SMS too.”

For the record, Nurul Izzah garnered 21,728 votes compared with 18,883 for Sharizat. The likes of Leha and Jaafar helped gave Nurul Izzah the 2,895-vote majority.

Leha has some very unsavoury words about her MP but I chose not to share them with everyone. Her husband was a bit more dramatic. At a press conference last week, Jaafar brought along a pair of tombstones to show everyone that they were meant for PKR’s grave when the time comes.

I later found out that the tombstones were actually meant as replacement tombstones for his late sister-in-law who died many years ago. Asked to explain why he brought out the tombstones, Jaafar said:

“Saya benci PKR. Saya dah tak tahan lagi. Cakap tak serupa bikin. Penuh dengan janji-janji manis tetapi kosong. Parti ini tiada perinsip, tiada maruah.” (I hate PKR. I can’t stand it anymore. No action, talk only. They make empty promises. They have no principles, no dignity).

Zaid, too, have had enough of the PKR squabbles. Political observers had concluded much earlier that Zaid would leave the party sooner or later for the simple reason that he won’t fit into the PKR framework.

Zaid’s entry into PKR was met with a massive drumroll and warm greetings. Many had high hopes that Zaid’s entry would strengthen the party. But as Leha, Jaafar and senior party leaders later found out – this was not to be.

Zaid was seen as a troublemaker, of trying to subvert and challenge the leadership of Anwar. Battle lines were drawn and it was only a matter of time before matters came to a boil. Zaid didn’t do all that well in PKR too, having lost to Barisan Nasional’s P Kamalanathan in the Hulu Selangor parliamentary by-election earlier this year.

Zaid was beaten by the friendly Kamalanathan with a majority of 1,725 votes. If PKR had hoped that Zaid would strengthen the party, this defeat was certainly not the way to go. Zaid’s critics said this was the start of Zaid’s problems in the party.

Zaid’s departure from the PKR may not be the last, at least from the top end of the hierarchy. Others may follow. At the lower end of the scale, a leader like Leha is already making their way to join Umno. This is really a testing time for members who are still in the party.

Wednesday, November 10, 2010

51 orang kuat Anwar tendang pungkoq Anwar!


Sambil mengikuti drama hebat yang sedang berlangsung dalam PKR, teringat pula dengan satu posting JebatMUSTDie beberapa waktu lepas yang menyenaraikan pemimpin2 PKR yang telah meninggalkan Anwar dan selepas berbuat demikian, menjadi musuhnya dan bercakap benda-benda yang tak elok tentang beliau.

Yang anehnya, kenapa dengan Pemimpin2 lain, tak ada pulak macam tu? Tun Mahathir tak ramai yang tinggalkan beliau dan kemudian mencela beliau (kecuali of course Anwar sendiri)? Hj Hadi pun takda pulak kawan2 dia dan pemimpin2 PAS buat cam tu? Lim Kit Siang juga tak begitu. Nik Aziz pun takde. Najib, Ku Li pun takda. Ramai dah pemimpin sebelum ni pun takda pulak jadi fenomena dimana kawan-kawan baik, orang-orang kuat, tinggalkan mereka dan kemudian caci mereka.

Cuma Anwar Ibrahim sahaja yang mengalami fenomena sedemikian. Kenapa?

Ramai yang tinggalkan dia dituduh ambil rasuah BN atau gila kuasa. Tapi ramai antara mereka sebelum join dengan Anwar pun memang dah kaya dan punyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Jadi apa sebab sebenarnya?

Di bawah kami senaraikan nama-nama yang dah tinggalkan Anwar.

JMD bagi 38 nama, kami dah tambahkan jadi 51 (kawan-kawan lain tolong tambah lagi ye). Kami juga sudah masukkan sedikit penerangan di sebelah sesetengah nama.


Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional) - Chandra mungkin seorang ahli akademik paling dihormati SEBELUM menyertai gerakan reformasi. Saya tidak percaya beliau telah dibeli untuk tiggalkan Anwar. Beliau memang orang berduit. Kalau betul beliau nak duit banyak lagi pun, sudah lama dia boleh join Parti-parti BN lama sebelum itu ataupun selepas itu. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar). Datuk Nalla juga sudah kaya-raya atas keeratan beliau dengan Anwar, beliau juga terhutang budi dengan Anwar, tapi sanggup tinggalkan Anwar juga. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR) Orang paling dipercayai oleh Anwar. Pembuat Sumpah Keramat. Hero besar Reformasi dan bertahun-tahun masuk jel kerana sayangkan dan hormatkan Anwar. Namanya disanjung di kalangan marhaen reformasi. Bila dia tinggalkan Anwar, dia memang tahu namanya akan busuk dan kredibilitinya akan jatuh. Dan dia juga tahu bahawa jika dia kekal dalam PKR, dia akan dapat jawatan lebih tinggi dari setakat Senator (jawatan selepas join BN). Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kement. Kewangan dan antara peggerak utama Reformasi) Sanggup tinggalkan jawatan tinggi dalam kerajaan di usia muda untuk berjuang demi Anwar Ibrahim. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) Menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri dalam usia yang sangat muda, shining star dalam PKR. Kenapa dia tinggalkan Anwar? Ini jawapan Fairuz terhadap tuduhan PKR terhadap beliau.

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang) - Anwar pernah berkata di pentas ceramah di Bayan Baru “Kalau Tuan-tuan sokong saya, undilah Zahrain. Sebab Zahrain adalah orang kepercayaan saya untuk memimpin Tuan-tuan di Pulau Pinang.” Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim) Peguambela kes-kes peribadi Anwar sehingga hari beliau keluar PKR, orang yang memperjuangkan kes Anwar diracun arsenik dan berbagai-bagai lagi, penceramah kes-kes anti-murtad semasa zaman reformasi. Sangat dipercayai Anwar. Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999) Bekas Presiden Majlis Peguam, punya integriti tinggi dan nama yang dihormati dalam masyarakat. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR) Otai reformasi bersama-sama Ezam Md Noor, penggerak dan strategis awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional) Kenapa dia tinggalkan Anwar?

11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia) Akhirnya sejurus keluar, dia menyeru Keadilan dibubarkan. Kenapa? Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan).Kenapa dia tinggalkan Anwar?

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR). Dibawa secara peribadi oleh Anwar masuk kedalam PKR. Strategis PKR bertahun-tahun lamanya. Sangat dipercayai Anwar sehingga dilantik S/U Agung. Seorang bekas pelajar MCKK seperti Anwar dan ahli jaringan MCOBA yang cukup setia dengan sahabat. Sanggup namanya busuk di kalangan MCOBA bila tinggalkan PKR. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor) Seorang pakar bedah terkemuka bertaraf dunia, kaya-raya, sekali bedah dapat berpuluh-ribu. Nama yang harum dalam masyarakat, kebanggaan bangsa Melayu. Dibawa secara peribadi oleh Anwar masuk kedalam PKR.Seorang bekas pelajar MCKK seperti Anwar dan ahli jaringan MCOBA yang cukup setia dengan sahabat. Sanggup namanya busuk di kalangan MCOBA bila tinggalkan PKR. Kenapa dia juga tinggalkan Anwar?

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR). AKtivis awal reformasi, pernah masuk jel kerana perjuangkan Anwar. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001) Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim. Penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)

41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang

42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).

Kata beliau, “Kami bukan gila harta duniawi seperti mereka, tolong buktikan kepada ahli-ahli PKR dari mana Anwar (Ibrahim) memperoleh wang untuk membaik pulih serta menghias ‘istana’ barunya di Bukit Segambut. Kita keluar PKR bukan kerana dibeli tetapi sudah muak dengan lakonan Anwar dan Azmin (Ali).”

44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)

45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)

46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar) - tinggalkan kes Anwar. Benarkah Sulaiman sakit yang sangat teruk sehingga terpaksa menarik diri? Kenapa dia tinggalkan Anwar?

47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)

Ini pula mereka yang sudah hilang keyakinan dengan Anwar tapi masih lagi melukut dalam PKR, atas sebab masing-masing:-

48. "Mike" Manikavasagam - YB Kapar

49. N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.

50. Loh Gwo Burne - YB Kamera Digital.

51. Zaid Ibrahim

dan banyak lagi pemimpin-pemimpin PKR yang sedang berkira-kira meninggalkan Anwar.


Saya ingin bertanya kepada saudara saudari sekalian,

Jika mereka yang di atas, yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat atau hilang keyakinan dan bencikan Anwar, mengapa saudara saudari sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?

Adakah anda semua pemimpin atau ahli-ahli politik bahagian PKR? Adakah saudara saudari pernah makan tengahari dengan Anwar? Saudara saudari pernah berceloteh, bergurau senda dengan beliau? Saudara saudari kenal beliau secara dekat sudah bertahun tahun? Saudara saudari sering berhubung melalui telefon dengan beliau?

Saudara saudari begitu rapat dengan Anwar Ibrahim hingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar?

Tidak pernah kan?

Jadi mengapa saudara saudari masih ingin menyokong Anwar Ibrahim tatkala mereka di atas yang begitu rapat sekali dengan beliau sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan?

Apakah bendanya yang membuat saudara saudari begitu HADAP sekali dengan Anwar Ibrahim hinggakan saudara saudari sekalian masih mempercayai beliau walaupun mereka yang begitu kasihkan Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau?

Ilmu apa yang anda semua pakai?

Sila beritahu kami semua.

Terima kasih.

Anwar sodok Azmin atau Azmin sodok Anwar?

Siapa tak kenal Aduka Taruna? Dia blogger Pakatan Rakyat kurang ajar yang dikejar polis kerana menghina Almarhum Sultan Johor. Tapi baca blog dia best, sebab tulisannya walaupun kureng dari segi adab tapi sedap dibaca.

Artikel di bawah ini boleh jadi renungan pada kawan-kawan yang melungkup baru-baru ini, sebagai renungan untuk mencarta masa depan mereka, sama ada dari segi politik atau peribadi. Masa muda-muda dulu bolehlah berjuang untuk pemimpin wahai sahabat, ni masing-masing anak dah 2-3 tapi tak kemana pun.

Dari Aduka Taruna

http://adukataruna.blogspot.com/2010/11/anwar-sodok-azmin-atau-azmin-sodok.html

Anwar sodok Azmin atau Azmin sodok Anwar?
Oleh : AdukaTaruna

Gua masih ingat pada malam kecoh Anwar dipecat. 1998. Ketika gua tingkatan 5. Ketika tu, gua tersidai depan rumah member gua belajar main gitar. Lepas Isyak kat surau, orang balik rumah, gua sambung kuliah. Tengah jari terkial2 nak tukar code A kepada C, member gua keluar dari rumah.

"Weih... berita kat TV. Anwar dipecat."

Gua letak gitar, terus blah ke rumah. Tinggalkan member gua yang terpinga-pinga. Gua memang minat politik. Gua membesar dengan buku cerita kanak-kanak Al-Arqam, pemberian abah saudara gua, walau mak dan bapak gua UMNO.

Gua 'PAS' sejak gua tingkatan 4. Gua duduk asrama dan berdebat dengan bebudak Kelantan. Dari katil sambung ke surau. Berhari2... gua belum pernah kalah kalau bertekak, tapi akhirnya, gua pembeli Harakah. Gile. Usia gua beli Majalah Gila2, gua beli Harakah.

Sampai rumah, gua terus cari arwah abah gua.

"Bah... bah..."

"Ha..."

"Anwar kena pecat."

"Den dah agak dah.. parti sampah.Suruh ikut Al-Quran kang kono tangkap."

Time tu la pertama kali gua baru tahu yang bapak gua luar jer baju biru, kolar Merah. Tapi spender Hijau. Ak' alaaaa.... patutla dia join sekaki setiap kali gua bawak balik Harakah bila pulang dari asrama.

Tingkatan 5, gua sekolah lain. Gua jadi penampal tegar risalah dari internet kat papan kenyataan di kantin atau dalam tandas. Member gua yang ada internet tukang supply. Gua dan bebudak tukang sebar. Tapi artikel kehebatan Anwar gua tak minat, artikel kejahatan UMNO, gua minat.

Ghaib kat kantin, muncul kat tandas. Hilang kat tandas, muncul kat tangga. Kat perhimpunan Pengetua warning supaya tidak terjebak dalam politik kotor. Tindakan tegas. Tamat waktu persekolahan, risalah terselit di setiap wiper atau celah pintu kereta cikgu-cikgi, ikut mana yang line clear ketika itu.

Semakin membesar, semakin banyak berfikir. Semakin mampu untuk meletakkan diri dalam kepelbagaian sudut. Salah satu soalan diri gua ialah, sejahat2 Mahathir, sekuat2 Mahathir ketika itu, dalam banyak2 tajuk yang boleh diguna bagi menjatuhkan Anwar, kenapa LIWAT?

Memali pun boleh dibunuh;
Mahathir boleh meletakkan dadah di kediaman Anwar, tapi kenapa LIWAT?
Mahathir boleh merancang kemalangan helikopter Tan Sri Yahya misalnya, tapi kenapa LIWAT?

Satu soalan, tapi berpuluh jawapan. Namun, hati tetap belum puas. Semakin hari, semakin dalam maklumat. Semakin pelbagai dalam tajuk maklumat alternatif itu sendiri. Jiwa semakin benci UMNO. Raga semakin pelik dengan Anwar. Sungguh pun begitu, gua tetap tabik pada semangat babil dia.


2005, gua ditakdirkan Allah aktif dalam dunia internet. Membaca, menulis, memaki-hamun, mengamuk dan sebagainya. Semakin gua menyerang UMNO, semakin jauh gua dengan Anwar. Semakin gua menjelaskan kebodohan Melayu, semakin gua meluat dengan Azmin. Sungguhpun begitu, sekali lagi, hakikatnya gua akui peranan dan jasa Anwar kepada perubahan Malaysia.

Tali apakah yang ada pada Azmin yang mampu menarik Anwar? Fail apakah yang ada pada Azmin sehingga Anwar bergaduh dengan Ezam? Hubungan apakah yang ada pada Azmin sehingga Khalid Ibrahim bergeser dengan Anwar? Seolah2, Anwar tidak mampu melepaskan diri dari cengkaman Azmin. Azmin ada WMD. Azmin ada sesuatu. Apakah ia? Sehinggakan, jika gua diberikan kemampuan Allah dalam beberapa tajuk, gua tekad melanggar Azmin.

Akhirnya, tibalah pemilihan. Di tahun 2010 ini. Selepas kemenangan PRU12. Ketika zaman menuai. Kita melihat aksi Azmin yang sangat menjijikkan. Ya, atas hujah tertentu, yang gua simpan dalam lubuk kepala otak gua, memang gua sokong Azmin untuk Timbalan Presiden. Gua sokong Chegu Bard, tapi sokong Azmin. Cuma, artikel ini tidak membincangkan itu. Kita melihat aksi jijik Azmin dalam ketelusan pemilihan dibiarkan Anwar. Wujud persepsi dan kata2 Anwar menyokong aksi2 jijik Azmin.

Kenapa?

1. Adakah Azmin ada sesuatu yang istimewa? Nasi kangkang apakah yang ada pada Azmin?

2. Adakah sokongan aksi jijik Anwar kepada Azmin adalah sokongan rebah yang menjatuhkan Azmin secara halus?

Ianya sungguh misteri. Ianya melesukan. Tawar dan hampir kepada tiada perasaan...

Di tahun 2010 ini, selepas kemenangan PRU12, ketika zaman menuai ini juga, kita melihat perkara2 pundek yang dilakukan Anwar. Jika Pak Bakaq selalu mengatakan pemimpin bukan sahaja perlu telus, tapi perlu dilihat telus. Gua setuju. Perlu dilihat itu penting dalam perjuangan. Nabi saw sendiri bukan sahaja berhujah wahyu itu datangnya dari Allah, tapi perlu juga dilihat sebegitu. Dan sebab itulah Nabi tidak boleh menulis. Diperlihatkan tidak boleh menulis.

Jika anda mengatakan Nik Aziz tidak boleh diperlihatkan rasuah walau ianya zakat, gua setuju.
Jika anda mengatakan Anwar tidak boleh diperlihatkan gay, sebab apakah Anwar mengambil jambu2 lelaki dalam jawatan2 pundeknya?

Pembantu khas - Lelaki Jambu Rahimi.
Pembuat Kopi - Lelaki Jambu Saiful.
Kerja-kerja khas - Lelaki jambu satu penjara dengan Anwar.

Ianya sungguh misteri. Ianya melesukan. Tawar dan hampir kepada tiada perasaan...

Monday, November 8, 2010

Undi telefon. Politik baru dalam PKR.

Entah macam mana la pulak blog Berita Lembah Pantai ni jadi blog cerita pasal PKR memanjang aku pun tak tau lah. Tapi syok sangat follow benda-benda dalam PKR ni sebab aku pun dulu pernah turun Dataran, Masjid Negara, Masjid India, Sogo, zaman-zaman reformasi dulu dgn gang-gang sini. Cumanya aku pandai dan dah nampak dah game diorang, lalu cepat tekan brek dan cabut keluar. Tapi kawan-kawan terus follow sampai lah melingkup semuanya baru-baru ini. Nasib badan.

Ini aku ambik dari blog Matsamankati. Kalau ada sesiapa yang tak tau, Matsamankati ialah antara blogger prolifik reformasi sejak awal, dan tulisannya memang kelakar dan kadang-kadang pedas. Pernah satu kali lepas Pakatan menang Perak dia keluar satu artikel kutuk PAS tajuknya "Ustaz Setan!". Kiranya memang berani la dia ni. Bacalah tulisannya di bawah. Asalnya kat sini!

"Dah agak dah. Dari mula aku dah tau, dan ramai yang tulis dalam komen…Anwar kena pastikan Azmin menang, dengan apa cara sekalipun. Dan Zaid kalah bukan kerana perubahan yang cuba dibawa..tapi kerana politik baru dalam PKR.

Kalau setakat nak lawan Azmin, Zaid boleh menang. Diperingkat awal pemilihan, Zaid bersaing hebat dengan Azmin dan Zaid tak risau kalah ketinggalan 1000 undi di Semenanjung kerana dia mempunyai kekuatan di Sabah. Tapi apa yang tak boleh diterima oleh Zaid ialah apabila Anwar mengambil alih jawatan Pengurus Kempen Azmin dari Zack Pahang.

Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.

Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.

Semasa Pemilihan di Permatang Pauh, Azmin membelanjakan RM25,000 untuk memastikan 500 pengundi Permatang Pauh keluar untuk mengundinya. Dan dia marah apabila mereka yang keluar lebih rendah dari jangkaannya. Malah sehari sebelum Pemilihan, seorang AJK Permatang Pauh mendapat panggilan telefon dari Anwar yang memarahinya kerana berjumpa dengan orang Zaid. Fuh!! Zack Pahang gagal menjadi Pengurus Kempen untuk Azmin…tapi Anwar mengambil tempatnya.

Sebelum Pemilihan di Sabah bermula, Zaid ketinggalan 500 undi. Tapi itu bukan masalah besar, kerana Azmin bukan kuat sangat di Selangor..malah di Sabah dia mempunyai masalah. Tetapi PRK Batu Sapi digunakan untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden…bukan PKR menang di Batu Sapi.

Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.

Semalan sepatutnya Zaid turun ke Perak untuk berjumpa pengundi di Tg. Malim, Tapah dan Teluk Intan. Tapi pagi semalam, aku dapat sms bahawa semua program Zaid di Perak dibatalkan. Dan masa tu, aku dah agak. So, aku kata…if you want to withdraw, do it now.

2.30 pagi, aku dapat sms..”Zaid tarik diri.” Good!! I don’t have to get involved in this sham election anymore.! Cuma aku tak boleh nak umum untuk meletak semua jawatan aku…sebab aku tak ada jawatan.

Dan satu sejarah baru akan terukir. Timbalan Presiden PKR menang dengan undi telefon."

Sunday, September 26, 2010

Pejuang PKR yang kecewa. Isk, isk, kesian dia!

Beberapa orang sahabat PKR Kerinchi berkumpul malam tadi dengan disertai tak lain tak bukan pemberita Lembah Pantai yang bekerja sehingga lewat malam mendapatkan berita-berita paling sensasi untuk warga Lembah Pantai.

Macam-macam cerita yang didengar, yang tak masuk dek akal pun ada, iyalah takkan lah parti kecik sethaun jagung politiknya mengalahkan Parti Kongres India, macam Setan!

Nak cerita semua kami tak sempat, sebab masih tengah collect beberap agambar penambah rencah. Jadi saya copypaste kan sahaja catatan blog seorang pejuang yang tewas semalam.

Tu lah, aku dah cakap dah hari tu, korang memang kena mandi punya!

Apa lagi, tinggal kan je la parti anak-beranak tu!

http://semangat98.blogspot.com/2010/09/pemilihan-matc-cabang-lembah-pantai.html

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!

Kalau macam ni lah PKR, nampak gayanya boleh lah dimasukkan dalam kolam taik Indah Water je lah.

Tuesday, September 21, 2010

Mungkinkah ini sebab Nurul Izzah nak mandikan Md Zaman di Lembah Pantai?

Mandi jangan tak mandi.

Sepertimana ditulis dalam posting lepas bertajuk Kenapa Team Harapan Baru Nurul Izzah macam nak bunuh Hj Md Zaman ketua AMK Wilayah?, memang nampak sangat Team Harapan Baru yang diketuai Nurul Izzah nak mandikan si Md Zaman Ketua AMK Lembah Pantai, yang juga Ketua AMK Wilayah Persekutuan.

Mana taknya, walaupun si Md Zaman dan laskar-laskar nya yang memenangkan si Izzah dalam Pilihanraya Umum ke-12, kali ini Team Harapan baru turut membariskan calon untuk menentang Md Zaman yang akan bertanding mengekalkan kerusinya sebagai Ketua AMK Lembah Pantai.

Tapi menurut sumber dalaman PKR Lembah Pantai, memang dari mula dah dua-dua ni bertegang. Dan dilaporkan yang paling Nurul bengang ialah bila Md Zaman buat program Bulan ramadhan di PPR Chempaka Pantai Dalam, langsung tak jemput Nurul. Dalam banner muka Nurul pun tak ada.


Banner sebelum kena sound dengan Sam AMK


Banner lepas kena sound dengan SAM AMK. Tapi ada ke patut YB duduk belakang!! Hamlau punya Md Zaman!

Tapi lepas Md Zaman kena sound dengan Sam ketua AMK, barulah Nurul dijemput, dan banner baru dibuat. Izzah pula dengan muka tak malunya terus menempel dalam program orang.

Macam-macam hal lah PKR Lembah Pantai ni. Berpolitik mak ai memang sakan. Tapi bab kerja 2x5 je, baik si Izzah, baik si Md Zaman. Dua-dua hancus!!

Saturday, September 18, 2010

Sampai hati Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah mempersendakan kaum sendiri!

Apa perasaan anda jika ada seorang bukan Islam bukan Melayu mempersendakan dan memperli bahawa elok saja nama Malaysia ini ditukar kepada Malaysaja?

Sudah tentu kalau tak banyak, sedikit pun terguris juga.

Ini kerana tak lain orang yang mempermainkan nama negara dan nama bangsa Melayu itu ("Malay") bertujuan untuk memperli seolah-olah di Malaysia ini semuanya diberi kepada orang Melayu sahaja.

Bagaimana jika orang Melayu sendiri yang buat kenyataan begitu?

Sudah tentu kita rasa mungkin si Melayu itu ialah salah seorang dari budak-budak muda lupa diri yang pakaian, pikiran dan gaya hidupnya tak ubah seperti Mat Saleh yang banyak berkeliaran di dalam kawasan Lembah Pantai ini sendiri, iaitu di Bangsar.

Tapi fakta nya?!

Pembuat kenyataan ini memang orang Melayu.

Pembuat kenyataan ini memang berkeliaran di Lembah Pantai.

Malangnya dia bukan budak biasa.

Dia budak yang dipilih dan diberi kepercayaan oleh beribu-ribu orang Melayu di Lembah Pantai ini untuk menjaga kepentingan mereka di Parlimen.

Tak lain tak bukan pembuat kenyataan itu ialah NURUL IZZAH wakil rakyat Lembah Pantai !


Malangnya, kepercayaan orang Melayu Lembah Pantai ini dibalas tuba; dia kini menjadi pemangkin atau ketua pula dalam gerakan mengkaji semula hak Melayu dengan cara mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan.

Budak perempuan ini, yang lahir dalam keluarga Melayu kaya dan bapanya Timbalan Perdana Menteri, yang tinggal di banglo besar di Bukit Damansara dan kemudiannya di banglo besar Bukit Segambut, bercita-cita memadamkan hak yang kini dimiliki orang Melayu.


Dia yang tak ada sangkut-paut dari kecilnya di Lembah Pantai sebelum diparachutkan di sini kini menjadi poster child menjadi "poster child" atau simbol perjuangan kaum-kaum lain termasuk lah Majlis Peguam yang ingin kajian semula dibuat terhadap Hak Melayu dalam Perlembagaan.

Kata Izzah,

"nowhere in the written constitution is it mentioned specifically of the existence of the term ‘Malay rights’. Instead the only term spelled out is the ‘Special Position’ of the Malays in Article 153."

terjemahannya

"tidak ada dalam perlembagaan bertulis dinyatakan secara khusus kewujudan terma ""hak Melayu"". Yang ada hanyalah terma "kedudukan Istimewa" orang Melayu dalam Artikel 153."


Begitu dahsyat penulisannya terhadap orang Melayu sehingga ia disiarkan semula dalam blog Setiausaha Agung DAP yang sudah berpuluh tahun menegakkan perjuangan yang sama, iaitu si Lim Kit Siang. Begitu juga beratus-ratus blog yang mempertikaikan Hak Melayu menyiarkan semula tulisan Izzah. Dalam ruangan-ruangan komen ratusan blog tersebut, sudah ada beribu-ribu tulisan yang menyokong si Izzah. Banyak antaranya terguris dan terbakar hati membacanya.

Ini semua ialah akibat minyak yang dituang Izzah.

Hebat Izzah.

Bangga Lembah Pantai?


Muka nampak baik, tapi macam lawyer pembunuh Hindu kes Sosilawati juga lah, muka nampak baik, tapi pembunuh kejam mengelar dan membakar orang Islam dalam bulan Puasa, entah sempat entah tidak mereka berbuka. Sama lah dalam kes ini, muka Nurul Izzah memang baik, tapi dalam baik dia tergamak buat begini pada orang Melayu Lembah Pantai yang percayakan dia.

Hai MP Lembah Pantai. Hai Nurul Izzah. Melayu yang undi kau, sampai hati kau sendiri yang bersatu dengan puak-puak jahat lain menjahanamkan Melayu.

Thursday, September 16, 2010

Ahli Parlimen Lembah Pantai isytihar sokong Zaid!!


Dalam artikel Free Malaysia Today semalam (Khamis, 16 September) Nurul Izzah ahli Parlimen kita merangkap Puteri Reformasi dan anak Ketua Umum mengisytiharkan bahawa beliau menyokong Zaid untuk jawatan Timbalan presiden PKR. Zaid akan menentang Azmin Ali. Baca sini untuk artikel penuh. http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/10291-nurul-izzah-we-need-a-true-fighter-not-a-wolf

Anehnya, Anwar menyokong Azmin. Segala buktinya boleh dibaca di Blog lawyer penyokong kuat PR, iaitu Haris Ibrahim. Anda boleh baca sendiri dalam artikel-artikel Haris di blognya di sini. http://harismibrahim.wordpress.com

Jadi kepada siapakah patut ahli-ahli PKR Lembah Pantai berikan undi mereka? Nak ikut DSAI, atau nak ikut YB Nurul?

Saya berbincang perkara ini dengan sahabat baik pemegang jawatan dalam AMKLP. Kata beliau
'Elok kalau YB Nurul bagi sedikit direction dan penerangan kepada ahli-ahli di Lembah Pantai, sebab pada masa ini, rata-rata kebanyakannya mahu memberi undi pada YB Azmin'.

Monday, September 13, 2010

Ini ke adik perempuan pembunuh Datuk Sosilawati yang pakai jam Rolex aruah?


Ini gambar seorang bernama Suganthee Naliannen, dan dia ialah friends kpd kedua-dua suspek iaitu Babi Pathmanabhan dan Babi Surendran dalam Facebook; besar kemungkinan dia ialah adik perempuan, juga seorang doktor, yang memakai jam Aruah Datuk Sosilawati. Lagipun, akhbar kata ada 2 perempuan ditahan.

Ada sesiapa tahu?

Ini pula maklumat dari SPR mengenai Babi Pathmanabhan dan Babi Surendran.


Menurut berita, dia tinggal seorang di banting tetapi rumah sebenarnya dengan isteri dan anak-anak ialah di Puchong. Menurut laporan isteri seorang warga India yang hilang selepas berurusan dengan babi pathmanabhan, keluarga pathmanabhan juga bersikap tidak kooperatif dan kurang ajar bila isteri mangsa hilang telefon rumah mereka, sedangkan warga India tersebut dah kenal keluarga Pathma babi 10 tahun.

Mungkinkah isteri Pathmanabhan tahu aktiviti suaminya? Mungkinkah lebih dari 2 atau 3 orang dari keluarga Naliannen ini terlibat membunuh orang?


Ini pula data SPR Surendran babi. Dia ada satu company Anchortel Sdn Bhd, yang buat import eksport barang-barang kimia. Info ini aku dapat dari LinkedIn.

Monday, September 6, 2010

Kenapa Team Harapan Baru Nurul Izzah macam nak bunuh Hj Md Zaman ketua AMK Wilayah?

Pemilihan cabang PKR Lembah Pantai mendapat liputan besar dari Sinar Harian. Dan keputusan paling mengejutkan (untuk sesetengah orang la, bukan untuk saya) ialah ketiadaan nama Md Zaman Md Tasi bertanding Ketua Cabang menentang Nurul.

Sedangkan Surak Sokongan Rasmi telahpun dikeluarkan oleh AMK Lembah Pantai yang berbunyi:

2. Seluruh Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat Cabang Lembah Pantai telah bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Tuan Hj Md Zaman Bin Md Tasi bertanding atas jawatan Ketua Cabang Lembah Pantai yang akan di adakan pada 26hb September 2010 ini.

3. Keputusan bersama ini telah dibuat semasa Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan di PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, tempohari. AMK Lembah Pantai telah menilai dari pelbagai sudut reputasi dan komitmen calon ini sebelum mengemukakan nama beliau.


Tapi sekarang dah tak jadi.

Nurul akan ditentang 3 orang lain; Johari Musa, Sharuddin Baharom dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Mohd Azrul Azmi.

Telahan semua pemerhati dan termasuk budak-budak PKR sendiri ialah ketiga-tiga ni akan jadi lauk dengan Nurul. Tapi yang pelik juga ialah kenapa ketiga-tiga jebon ni walaupun datang dari kumpulan yang sama tapi tiga-tiga pulak masuk bertanding? Macam-macam strategi biol lah, yang pastinya semua dah tau nak kalah.

Tapi kalau Zaman lah yang bertanding, fuhh memang masak Nurul. Zaman ni boleh kata kat kawasan Melayu ni muka dan pengaruh dia lagi banyak dari Nurul sendiri, cuma kelemahan dia ialah di Brickfields, Bangsar dan Sentosa, tempat pengundi India dan Cina. Dan dia juga ialah Ketua Angkatan Muda keadilan Wilayah persekutuan, dan beliaulah yang pegang guni duit PKR untuk KL masa PRU-12 yang lepas.

Tapi macam biasalah team Nurul iaitu Team Harapan Baru memang tak pernah tau nak respek kat Zaman. Sudah lah challenge dia, siap kutuk-kutuk lagi. Kalau tak percaya bukak lah Facebook "KAMI SOKONG TEAM HARAPAN BARU keADILan LEMBAH PANTAI".

Teruk Zaman kena. Tengok lah apa kata mereka pasal Zaman

" sekolah pun sekerat jalan... ada hati konon... pigidah.."

"...org yg gila kuasa nak tanding banyak jawatan..."




Aku tengok pun nak kata kesian tak jugak, nak kata padan muka pun tak jugak. Aku pun masa start reformasi dulu bergerak juga dengan Zaman ni. Dia memang berani, dan dialah juga yang bawak Nurul turun menjelajah seluruh pelusuk Lembah pantai ni, dan dia juga yang jadi playmaker jatuhkan Shahrizat. Tapi bila Nurul dah kuat sekarang ni, nampaknya Zaman tak lebih nilainya dari buah sekentut, dibiarkan di dahan tak berpetik sampai jatuh sendiri ke dalam longkang belakang jamban.

Itulah adat dalam PKR. Berjuang untuk bebaskan pemimpin, tapi pemimpin berjuang untuk naikkan diri sendiri lalu melutut pada Israel mintak maaf, benarkan Murtad, jual Kalimah Allah, lekehkanNegara. Berjuang untuk menangkan anak Pemimpin, tapi anak Pemimpin bila dah kuat biaq hang mampuih sambil dah pandai pertikaikan hak Melayu dalam Perlembagaan untuk undi pilihanraya.

Itulah pasal.



p/s: selama ni pun dia dok kutuk kata stail hang stail politik lama.

pp/s: apa maksud dia cara otai PKR Lembah Pantai selama ni "sudah lapuk serta telah meracuni arena politik sini". Bukankah dia menang di sini pun dengan cara yang lapuk ni? Apa budak berhingus ni memang tak tau berterimakasih ke apa?

Nasib lah hangpa semua. Aku dah lama sedar, yang korang tu jugak dok sembah bapak dia, dia ludah muka pun steady lagi dok support. Kalau tak sedar-sedar juga nasib diri lah.

Saturday, September 4, 2010

Nurul Izzah – Sudahlah Rosak Otak, Pengkhianat Bangsa Lagi

Kenapa tiba-tiba saja Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah, menunjukkan belangnya menyelar Hak Orang Melayu dan secara terbuka, tanpa dicucuk atau diprovokasi?

kenapa?

Saya tidak banyak masa menulis sekarang, maka memadai lah buat masa ini saya berkongsi dengan para pembaca dari Lembah Pantai artikel-artikel terbaik dari Internet berkenaan isu ini.

Artikel pertama ialah tulisan Adamyan, urlnya di bawah.

http://www.mykmu.net/?p=1425

Nurul Izzah – Sudahlah Rosak Otak, Pengkhianat Bangsa Lagi

Satu ketika dulu (zaman awal reformasi), wajah ini memang menarik perhatian. Kelembutan dan kehalusannya pada waktu itu memanglah menonjolkan watak Puteri Reformasi yang diberikan kepadanya. Walaupun dibayangi oleh nafsu songsang bapanya, wajah ini mengurangkan sedikit rasa loya itu. Tapi siapa sangka, pemilik wajah ini hanya cantik luaran tapi dalam busuk macam bangkai, ptuuuuiii.

Bila terbukti salah dalam isu kapal selam rosak dan membawa cerita bohong ini sehingga ke Indonesia, puteri pembelit (anak Raja Pembelit) ini muncul dengan kontroversi baru bila dia mempertikaikan pula Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai sesuatu yang bersifat ‘sementara’. Ayahnya sendiri, disebalik label sebagai Raja Putar Alam No 1, pun tak berani nak mengusik Artikel 153 ini, begitu juga DAP (sekurang-kurangnya secara terang) tetapi budak hingus ini pulak yang tampil dengan persepsi sendiri bahawa Artikel 153 hanya bersifat sementara. Sebab itu dalam Asas Pakatan Rakyat, memlihara hak keistimewaan orang melayu adalah antara perkara yang disebut (kalau penyokong DAP tau mesti dia marah).

Kita nak bertanya, jika ianya sementara, bilakah tarikh luputnya? Ada ditulis di mana-mana dalam Artikel 153 itu? Inilah yang dikatakan mewarisi kebodohan, memanjangkan kejahilan. Anak dengan bapak sama sahaja kaki putar, nasib baik selera seks tidak songsang sama macam bapak jugak, kalau tidak, memang jadi contoh keluarga sejati.

Jika keistimewaan melayu itu ada nilai fizikal seperti duit, nescaya sampai tujuh keturunan pun, Nurul Izzah tidak akan mampu membayarnya semula. Belum lagi menyebut nilai sama yang telah dinikmati kedua orang tuanya sepanjang umur mereka yang bergelar melayu sehingga mampu membesarkannya sehingga ke tahap sekarang.

Tapi itu juga mencetus persoalan, adakah tindakan Nurul Izzah ini didorong rasa terhutang budi yang amat sanngat terhadap DAP? Kita katakan DAP sebab di Malaysia hanya DAP yang berani nak menghapuskan hak keistimewaan orang melayu walaupun tidak menyebut secara terang (menafikannya pun tidak). Dalam kes liwat anwar, peguam-peguam yang pro DAP diketahui mengelilingi anwar dari semua sudut bagi melindunginya daripada tuduhan yang sedang dihadapinya. Sudah tentu jasa pemimpin DAP yang diketuai Karpal Singh ini sedikit sebanyak menuntut balasan walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit, dalam bentuk mengkhianati bangsa sendiri pun boleh juga.

Anwar hanya menjadi tuhan di kalangan pengikut PKR kerana dia yang mengasaskan parti itu sejak awal. Dikalangan pembangkang seperti PAS dan DAP, anwar hanya digunakan bagi mendapatkan keuntungan politik dalam pilihanraya. Batang tubuh anwar itu sendiri tidak ada nilai satu sen pun tetapi pengaruh anwar dalam mendapatkan simpati pengundi itu yang menjadi matlamat mereka dalam menyokong anwar. Kalau tidak, masakan Karpal Singh dan Mat Sabu, 2 orang antara yang pertama mensasikan hubungan songsang anwar kepada masyarakat, kini menjadi pembela anwar ibrahim termasuk dalam mengetuai barisan peguam bela di mahkamah.

Oleh hal yang demikian, sudah tentu apa pun bantuan dan pertolongan yang diberikan DAP ini bukan datang dengan percuma. Keluarga anwar yang banyak makan budi dengan golongan ini sudah tentu sanggup berbuat apa saja asalkan anwar dibela dan idak ada kos wang ringgit kepada mereka (mungkin). DAP sungguh bijak, mereka membonekakan PAS dalam banyak hal berkaitan Islam, PKR pulak digunakan untuk menempatkan melayu-melayu liberal yang mengkhianati bangsa sendiri secara terang atau tidak.

Orang melayu Lembah Pantai yang meletakkan Izzah dikedudukkannya sekarang perlulah muhasabah diri. Bukan melayu di Lembah Pantai begitu juga kerana kenyataan Nurul Izzah ini boleh mendatangkan ketidak stabilan kepada keharmonian Negara.

Pembangkang sibuk menuduh BN menggunakan isu perkauman, nah sekarang lihat siapa yang memulakan isu perkauman ini.

Tuesday, August 3, 2010

Gempar! Mesti Edar! PULAU PINANG DALAM BAHAYA

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.

Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.

Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.

Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.

Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan.

Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.

Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.

Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya ;

“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid ,dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”

Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.

Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.

Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .

Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Alhamdulillah , berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.

Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).

Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!!

Monday, August 2, 2010

Makan angin, YB?

Tulisan dalam Malaysiakini ini dari penulis Azrul Abu Hassan memang dah lama saya nak re-publish dalam Berita Lemnbah Pantai ini, tapi terlupa. Maka saya ambil peluang sekarang. Melalui tulisan ini kita boleh tengok satu sudut YB Nurul Izzah kita yang kita tak pernah nampak.

Soalannya: Kenapa kadang-kadang bila disoal soalan-soalan yang sensitif sikit, kita terus dicop sengaja menyusahkan? Sedangkan soalan kita ikhlas. Kalau tak mahu disoal rakyat, tak payah jadi wakil rakyat. Boleh lah kau suka-suka main twitter memanjang.

Makan angin, YB?

dari Malaysiakini, tulisan Azrul Abu Hassan Jul 2, 10 8:03pm


Sudah lama agaknya tidak menulis dalam Bahasa Malaysia. Terpanggil pula untuk mengarang dalam bahasa tercinta ini. Almaklumlah, sudah agak lama berjauhan dari negara Malaysia.

Lagipun elok juga berlatih menulis dalam Bahasa Malaysia agar tidak kekok apabila pulang ke tanah akhir nanti.

Saya baru-baru ini telah menerima sepotong undangan melalui kiriman e-mel ke Perasmian 'Friends of Pakatan Rakyat'. Bulat-bulat saya sudah tolak pelawaan itu.

Bukanlah apa, sekadar mengingatkan diri agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik dalam waktu ini.

Teringat juga ketika dahulunya saya dijemput bermain pertandingan bola sepak dan berkali-kali saya memberitahu pihak UMNO London supaya tidak mempolitikkan sukan. Dalam masa yang sama, semua rakyat Malaysia di kota si hidung tinggi berkaki panjang ini akan lebih berminat untuk bermain tanpa dicop 'orang UMNO'.

Saya ada bertanyakan saudari Nurul Izzah secara sinis adakah Parti Keadilan Rakyat kini sudah begitu kaya sampaikan program ini perlu dianjurkan di dunia asing ini?

Beliau begitu cepat membalas secara 'defensive', bak kata orang putih, dengan menyatakan 'tiada siapa yang paksa saya hadir ke majlis itu'. Sabar-sabar lah kakak oi! Baru dicuit sedikit, terus mahu melatah?

Saya ini bukan siapa-siapa pun. Cuma seorang rakyat Malaysia yang risau jika gelombang baru ini kini mahu mengikuti perangai gelombang lama pula.

Lagipun kami di sini tidak mengundi pun. Malah, kami tidak membayar cukai kepada kerajaan Malaysia pun. Yang bekerja di sini, tidak boleh mengundi pun.

Jadi, saya cuma nak tahu. Adakah berbaloi kehadiran para Yang Berhormat di sini untuk rakyat di Malaysia? Bukannya saya nak halang pun. Cuma takut-takut perangai suka jalan-jalan makan angin 'oversea' ini menyelinap masuk pula dalam badan 'suci dan murni, nyah korupsi' tuan-tuan dan puan-puan pula.

Dahulu bukan main mengutuk gelombang lama suka makan angin pakai duit rakyat, membeli-belah Dolce Gabbana, Gucci atau Prada. Kumpulan berbadan tegap berkaca mata hitam kiri dan kanan pun mendapat saguhati masing-masing seperti topi GAP. Walaupun murah di waktu 'Summer Sale' ini, janji GAP, bukan GAGAP buatan Indonesia. Tetapi selalu sangat gelombang baru ini hadir di sini. Apakah tujuan sebenarnya?

Macam saya cakap, bukannya tak bagi... Tapi cerita-lah supaya rakyat yang mahu keadilan dan perubahan ini tahu yang gelombang baru ini bukannya dua kali lima. Apabila ditanya, yang mampu dijawab ialah "apa jawapan sekalipun nampaknya tak memadai untuk saudara. Tentunya banyak lagi yg dirancang".

Mengapa begitu 'defensive'? Apa yang mahu disorokkan? Saya ini bukanlah seorang ahli SB, PERKASA atau Umno.

Walaupun nama ayah saya Abu Hassan, tetapi beliau bukanlah bekas Menteri Besar Selangor. Jika rakyat tanya soalan yang susah-susah sedikit, cepat pula melatah dan ada menganggap kami ini 'khadam' atau penyokong Umno pula. Habis tu, takkan nak setuju sahaja dengan gelombang baru ini seperti sang memerang dungu?

Sambil menyelam, minumlah air. Ya, macam seekor memerang.

Jikalau hadir semata-mata kerana 'Friends of Pakatan Rakyat' yang bakal dirasmikan di kota yang gah, hebat, penuh riang-ria London, maka apakah faedah kepada rakyat di Malaysia yang membayar zakat, cukai dan mengundi? Apakah 'Greater Kuala Lumpur' tidak cukup hebat seperti 'Greater London' yang sebenarnya 'dodgy'?

Setakat detik ketika ini, YB Nurul Izzah masih gagal menjawab soalan ikhlas saya di Twitter.

Tuesday, July 13, 2010

Gempar! Wajib dibaca oleh semua orang Islam!

Ini ulasan yang wajib dibaca oleh semua orang Islam Malaysia sebagai satu renungan. Tulisan ini saya ambil dari blog http://kickdefella.wordpress.com

"Saya berada bersama YB Dato’ Husam Musa di dalam rangka lawatan rasmi ke Beijing pada awal Februari 2009. Sewaktu wakil dari Beijing Enterprise Development Corporation sedang memberi taklimat di hari terakhir lawatan sebelum kami menandatangani perjanjian sefahaman, talian handphone YB Husam tidak berhenti berdering. Tamat taklimat oleh orang besar BEDC, YB Husam memohon maaf di atas kebisingan telefon bimbitnya.

“I have to answered those calls….” lebih kurang begitu penjelasannya.

Perak sudah kembali kepada Barisan Nasional. Suasana dingin minus 6 dibawah paras beku di Kota Beijing tidak dapat menyamankan kami.

“Kita sembahyang hajat sampai ke Yemen…” Kata Husam kemudian, menjelaskan betapa sukarnya usaha untuk mendapat perkenan supaya YB Nizar Jamaluddin diangkat sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU 12.

Ketika itu Husam adalah Naib Presiden PAS dan beliau ditugaskan menyelesaikan urusan penubuhan Kerajaan Campuran PAS, DAP dan PKR di Perak.

Setahun sebelum itu, jam 8.00 pagi, 9 March 2008, Husam membuat panggilan telefon kepada saya dan mengarahkan saya datang segera ke rumahnya. Lebih kurang jam sebelas pagi, Saifuddin Nasution Ismail tiba. Perbincangan berkisar kepada bagaimana menubuhkan sebuah kerajaan di Perak. Saifuddin dengan jelas di dalam pertemuan itu menyebut PKR tiada calon yang layak untuk dicadangkan sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, Saifuddin mencadangkan nama Dr. Zambry, YB BN yang menang di Pangkor. Saifuddin nampak yakin bahawa YB Dr. Zambry Abdul Kadir akan sertai PKR untuk menjadi Menteri Besar Kerajaan Campuran di Perak.

Di dalam mesyuarat yang sama, saya menerima SMS dari seorang tokoh perniagaan yang juga sahabat Husam. SMS itu di antara lain menyebut bahawa ‘Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN’.

Saya tidak pasti sama ada wakil-wakil rakyat itu adalah termasuk Dr. Zambry tetapi daripada konteks mesyuarat hari itu, sefaham saya ialah wang tersebut untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional secepat mungkin.

Sehingga hari ini saya tidak pasti mengapa sms itu dihantar kepada saya. Atau sms itu dihantar kepada orang lain dan di salin kepada saya.

Sepekara lagi yang dibincangkan pada hari itu ialah kedudukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saifuddin menimbulkan persoalan sama ada jika Anwar diangkat sebagai Senator, apakah dia boleh dipilih sebagai Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, segala pokok perbincangan hari itu tidak kemana kerana Saifuddin asyik mahu merujuk kepada Dato’ Seri Anwar di dalam segala hal.

Akhirnya, Husam bangkit membentang sejadah di ruang tamu rumah itu dan menunaikan sholat sunat tanpa berkata apa-apa lagi pada kami.

Hasil dari pembuangan undi pada 8 Mac 2008 untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, keputusannya ialah BN UMNO dapat 27 kerusi DUN, BN MCA dapat 1 kerusi.

BN UMNO tewas 5 kerusi dan BN MIC tewas 1 kerusi kepada PAS menjadikan jumlah ADUN PAS ialah 6.

BN MCA tewas 14 kerusi, BN GERAKAN tewas 3 kerusi dan BN MIC tewas 1 kerusi kepada DAP menjadikan jumlah ADUN DAP ialah 18 semuanya.

BN UMNO tewas 2 kerusi, BN GERAKAN tewas 1 kerusi, BN MCA tewas 2 dan BN MIC tewas 2 kerusi kepada PKR. Ini menjadikan jumlah ADUN PKR ialah 7 semuanya.

Keputusannya, BN 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. BN boleh menubuhkan kerajaan minoriti kerana pada ketika itu tiada platform yang mengikat ketika-tika parti pembangkang, tetapi memilih untuk menjemput PAS menyertai Kerajaan yang bakal ditubuhkan.

Secara rasminya, PAS menolak cadangan Kerajaan Campuran dengan BN, sebuah keputusan yang saya amat hargai pada waktu itu. Jika PAS menubuhkan Kerajaan bersama BN pada ketika itu, ia hanya akan menyukarkan semula usaha untuk menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dari tampuk pemerintahan negara. Abdullah adalah masalah besar kepada Malaysia.

Abdullah sudah membawa petaka itu kepada rakyat Malaysia. Usaha yang boleh membantu menyelamatkan Abdullah adalah usaha yang belot terhadap keputusan pengundi pada 8 Mac 2008 itu. Pendirian Husam amat jelas dalam soal ini, dan saya bangga sekali.

Tetapi menyertai Kerajaan Campuran bersama DAP adalah satu matlamat singkat dan merbahaya kepada bukan sahaja PAS, tetapi kepada umat Islam dan orang-orang Melayu di Malaysia. Tersingkirnya Abdullah Ahmad Badawi sepatuntya membuka ruang penyatuan semula bagi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 59 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. 38 kerusi DUN adalah kawasan di mana lebih 50% pemilihnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Manakala 21 kerusi DUN nya mempunyai komposisi pemilih Melayu kurang daripada 50%.

Daripada 21 kerusi yang mana pemilih Melayu kurang daripada 50%, 19 daripadanya menunjukkan penguasaan pemilih Cina lebih daripada 50% dan kerusi-kerusi itu dimenangi secara total oleh Pembangkang.

Kawasan-kawasan tersebut ialah,

1. Pokok Asam dengan 75% pemilih Cina. DAP tewaskan MCA di sini. Majoriti 865 atau 6.04%.
2. Aulong dengan 58% pemilih Cina. DAP tewaskan GERAKAN. Majoriti 2,808 atau 17.51%.
3. Jalong dengan pemilih Cina seramai lebih 56.8%. DAP tewaskan GERAKAN. Majoriti 5,495% atau 31,18%.
4. Canning dengan pemilih Cina lebih 78%. DAP tewaskan GERAKAN. Majoriti 5,666 atau 25.13%.
5. Tebing Tinggi dengan pemilih Cina lebih 76.9%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 2,515 atau 21.07%.
6. Pasir Pinji dengan pemilih Cina lebih 88.9%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,339 atau 33.72%.
7. Bercham dengan pemilih Cina seramai 79.8%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,010 atau 30.48%.
8. Kepayang dengan pemilih Cina seramai 63.6%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 490 atau 3.32%.
9. Jelapang dengan pemilih Cina lebih 73.6%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,707 atau 35.29%.

10. Menglembu dengan pemilih Cina lebih 92.5%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,523 atau 32.47%.

11. Tronoh dengan pemilih Cina lebih 67%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 2,571 atau 15.96%.

12. Pantai Remis dengan pemilih Cina lebih 71.2. DAP tewaskan MCA. Majoriti 5,076 atau 26.22%.

13. Malim Nawar dengan pemilih Cina lebih 72.95. DAP tewaskan MCA. Majoriti 1,362 atau 9.54%.

14. Keranji dengan pemilih Cina lebih 79.2%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 4,435 atau 35.41%.

15. Sitiawan dengan pemilih Cina lebih 80.5%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 8,529 atau 52.38%.

16. Pasir Bedamar dengan pemilih Cina lebih 70.4%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 7,914 atau 40.71%.

17. Sungkai dengan pemilih Cina lebih 56.5%. DAP tewaskan MIC majoriti 1,454 atau 12.94%.

18. Simpang Pulai dengan pemilih Cina lebih 64%. PKR tewaskan MCA. Majoriti 3,386 atau 18.21%

19. Teja dengan pemilih Cina melebihi 75.72%. PKR tewaskan MCA. Majoriti 175 atau 1.36%.

Bagi kerusi-kerusi yang pemilih Melayu kurang daripada 50% juga terdapat 2 kerusi campuran iaitu kerusi yang pemilih Cina dan pemilih India di gabungkan melebihi 50% komposisi pemilih di konstituensi tersebut.

1. Chenderiang dengan komposisi pemilih Cina 36.2% dan India 12.9% berbanding pemilih Melayu berjumlah 37.6%. MCA memenangi kerusi ini menewaskan PKR dengan majoriti 3,392 atau 29.47%.
2. Buntong dengan komposisi pemilih Cina 47% dan India 46.2% berbanding pengundi Melayu sebanyak hanya 6.1%. DAP memenangi kerusi ini menewaskan MCA dengan majoriti 5,315 atau 34.72%.

Negeri Perak adalah satu kes klasik untuk melihat bagaimana sebuah negeri yang pembahagian politiknya menunjukkan kukuhnya kedudukan Melayu, tetapi runtuhnya penguasaan Melayu kerana perpecahan sesama Melayu.

64% konstituensi-konstituensi di DUN Perak di kuasai oleh Melayu. Jumlah ini bersamaan dengan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini membuktikan secara politik, kedudukan Melayu di Perak adalah amat-amat stabil, sehinggalah PAS memilih untuk memberi kuasa pemerintahan Negeri Perak kepada DAP.

PAS meletakkan 21 orang calon DUN di dalam PRU 12 yang lalu. dari jumlah itu, 20 calon PAS berhadapan dengan calon BN UMNO dan 1 berdepan dengan BN MIC. 15 daripada calon PAS tewas.

PKR meletakan 14 orang calon di dalam pilihanraya yang sama untuk menentang BN UMNO. PKR berjaya menumpaskan calon Melayu BN di 2 konstituensi. PKR bagaimanapun berjaya merampas kerusi majoriti Melayu yang BN serahkan kepada MIC bila calonnya Jamaluddin Mohd Radzi menang di Behrang. Ini membawa jumlah ADUN Melayu PKR kepada 3.

Ini bererti gabungan PAS dan PKR memiliki sejumlah 9 orang ADUN Melayu selepas PRU ke 12. Maka 9 orang ADUN Melayu ini telah dipajakkan untuk menubuhkan kerajaan dengan 22 ADUN bukan Melayu dari DAP dan PKR.

Ini bermakna, Dewan Undangan Negeri Perak yang mengandungi seramai 36 orang ADUN Melayu, telah terpaksa tunduk kepada 22 ADUN Bukan Melayu yang 18 daripadanya dari DAP hanya kerana 9 orang ADUN Melayu.

Dayus mungkin tidak sesuai digunakan bagi menghuraikan kemelut waktu itu. Tetapi dalam suasana harian, tindakan itu adalah amat dayus.

Senario yang sama tidak mustahil akan kita lihat di dalam PRU ke 13 akan datang. Calon Melayu Islam, sudah tentu akan mengekalkan lebih kurang 130 konstituensi Parlimen yang di wakili oleh Melayu Islam sekarang. Tetapi kemungkinan kita akan melihat insiden yang sama berlaku seperti di Perak bila 130 orang Ahli Dewan Rakyat Melayu akan di kuasai oleh lebih 90 orang YB Bukan Melayu Bukan Islam. Ia tidak mustahil jika PAS berjaya merampas beberapa buah kerusi Melayu dari UMNO menerusi perang saudara antara sesama Melayu sesama Islam. Dan kerusi itu akan PAS berikan untuk menubuhkan kerajaan bersama DAP.

Perak pernah mendahului Negeri-Negeri Melayu lain di dalam menerima Residen Inggeris. Hanya Melayu yang dapat menjamin sejarah tidak berulang lagi. Jika Melayu mahu belajar dari Sejarah.

Dan di dalam kes Perak, saya sudah mendengar kegusaran dari dari segelintir pimpinan PAS kerana DAP sudah pasti akan meletak calon Melayu untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Perak dalam PRU akan datang. Pada waktu yang sama DAP sedang memindahkan pemilih-pemilih Cina di kawasan yang mereka fikir selesa ke konstituensi lain bagi memberi ruang untuk penguasaan lebih besar oleh mereka.

Ini bererti, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak semula maka kita bakal berdepan dengan calon Menteri Besar DAP dari keturunan Melayu. Tidak juga mustahil, DAP akan meletakkan calon-calon Parlimen dari keturunan Melayu. Apakah kita juga akan mempunyai Perdana Menteri Melayu dari Parti DAP? Bukankah DAP adalah parti yang terbesar penguasaannya di dalam Pakatan Rakyat?

Saya merasakan masanya sudah tiba untuk UMNO dan PAS menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 di atas platform yang sama. Beberapa bulan atau mungkin tahun yang ada untuk menghadapi PRU itu boleh digunakan bagi merundingkan bentuk Kerajaan yang akan dibentuk."