Monday, January 17, 2011

LEMBAH PANTAI YANG TERKENAL

Beruntung betul sesapa yang duduk dekat dalam kawasan Lembah Pantai ni. Sebut je nama tempat, semua orang tau. Bukit Pantai dengan Pantai Medical Center, Pantai Dalam dengan ayam golek special, Megamall, Bangsar Telawi tempat orang lepak-lepak.. macam-macam. Sebab tu la ramai orang berebut nak jadi pemimpin kawasan ni. Sampaikan Bekas Ketua Hakim, Tun Salleh pun pernah bertanding nak jadi MP sini. Bekas Timbalan Presiden PKR (dipaksa letak jawatan? hehe) Dr Syed Husin Ali pon pernah terlungkup bertanding sini. Terkini, cahayamata DSAI memegang kerusi, Nurul Izzah Anwar.  Cuba google nama dia, tengok artikel apa keluar.  Hari ni punya artikel boleh tahan panas, rupa-rupanya rakyat ditipu hidup-hidup dengan keluarga Anwar Ibrahim. Tengok sini http://www.selangordaily.com/?p=856.  Ok la, nak kasi senang korang baca, tengok je lah bawah ni - amik dari blog tu jugak...

Nurul Izzah Tahu Siapa Bapanya


Bapak borek anak rintik. Itulah gambaran yang tepat yang boleh kami gunakan kepada Nurul Izzah.

Seperti yang kita semua maklum, wajah Nurul Izzah ada iras-iras Anwar dan begitu juga dengan perangainya.

Menipu dan membelit juga sebiji seperti Anwar. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Bukan niat kami hendak membuka aib atau memalukan Nurul Izzah, tetapi kami fikir rakyat perlu tahu siapa dia yang sebenar dan kita perlu tolak orang-orang seperti ini untuk diangkat menjadi pemimpin.

Jangan kita tertipu di sebalik keayuan wajahnya dan imej warak yang dibawanya. Perangainya sebiji sama seperti bapanya. Menipu telah menjadi makanan harian mereka sekeluarga.

Nurul Izzah tahu siapa bapanya yang sebenar. Tetapi sebagai seorang anak , baguslah jika dia tidak mendedahkan kepada masyarakat siapa bapanya demi menjaga maruah.

Tetapi dia tidak boleh menipu rakyat dengan mengatakan bapanya bukan peliwat. Dia hanya perlu mendiamkan diri sahaja. Jangan sesekali berbohong.

Semasa Nurul Izzah masih bersekolah di sekolah menengah, dia pernah lihat di depan mata bagaimana bapanya meliwat Azizan Abu Bakar yang pada ketika itu menjadi pemandu kepada Wan Azizah.

Kejadian berlaku di bilik membaca (perpustakaan) kediaman rasmi TPM. Selesai bersembahyang magrib atau isyak, Anwar telah meminta Azizan menonggeng punggungnya. Lalu Azizan pun tonggeng dan Anwar meliwatnya.

Semasa kejadian itu Anwar lupa mengunci pintu dan tanpa disangka-sangka Nurul Izzah telah masuk ke bilik tersebut dan terkejut besar sambil meraung-raung  memberitahu kepada ibunya sehingga terpaksa ditenangkan oleh Wan Azizah.

Oleh yang demikian , nasihat kami kepada Nurul Izzah janganlah kamu hendak temberang kepada rakyat kononnya bapa kamu bukan seorang peliwat.

Kami bukan minta kamu dedahkan, kami hanya nak minta kamu jangan buka mulut dalam hal liwat kerana apabila kamu buka mulut, maka kamu telah berbohong. Apabila kamu telah berbohong, maka menjadi tugas kami untuk membetulkan apa yang kamu bohong.

Wednesday, January 5, 2011

Bukti masyarakat Titiwangsa sudah mula tolak Lo'Lo'

Ya ampun! Apa ke biol lah si Lo'Lo' ni. Selepas kami mengkantoikan dia tertembak kawan-kawan sendiri di Selangor (baca sini), dia buat satu statement bodoh lagi, sekali lagi nak tembak UMNO dan BN tetapi tertembak pulak rakyat yang diwakilinya iaitu orang Kg Baru.

Tengok tweet si Lo'Lo' bebal ni.


Dia ingat dia dapat point hentam sebuah Kementerian, lalu dia pun tweet lah macam budak Tngkatan Satu. Rupa-rupanya dia tak tahu yang Majlis itu sebenarnya ialah kelolaan orang-orang Kg Baru sendiri iaitu Jawatankuasa Kg Baru (MAS). Raja Nong Chik hanyalah jemputan mereka sahaja.

So sebenarnya LoLo secara tak sengaja membantai Jawatankuasa MAS! Hish!

Tapi apa sebenarnya ialah Jawatankuasa Kg Baru sendiri sudah muak dengan Dr LoLo ni yang kuat menghentam tapi tak tahu hujung pangkal isu.

Macam sebelum ni dia kecoh-kecoh kat twitter pasal isu pondan buat tiger show di Marriott sebab dia ingat Marriott tu di Putrajaya, jadi dia fikir itu modal baekk nak hentam Kerajaan Pusat. Rupa-rupanya Marriott tu di Sepang, Selangor dan dia tertembak Khalid Gagap dan exco agama Selangor si Hasan Ali.

Hoi LoLo, ini bukti jelas orang Kg Baru dah tolak kau sebab kau ni kaki sibuk. Orang Kg Baru yang asal mahukan pembangunan dan masih berbincang dengan Kementerian Wilayah, kau tentang. So orang Kg Baru tak suka engkau.

Ko nak jadi hero Melayu kononnya sedangkan sebelum ni kawan-kawan kau hina Melayu, siap si Nurul lancik main-main tukar nama Malaysia pada Malaysaja, perli kedaulatan Melayu di bumi ini. So kau nak jadi hero kata kalau Kg Baru dibangunkan Cina akan conquer Kg Baru. So Cina Titiwangsa pun dah tak suka kat engkau.

India memang dah tak suka kat engko pasal mulut ko busuk, ada bau kambing.

So sapa lagi yang suka kat ngko? Hanyalah totok-totok PAS yang tak sedar depa sedang jual negara, dan jugak totok-totok DAP yang memang mahu jual negara.

Habih melingkup lah lu LoLo.

Dr Lo'Lo', Harakah dan blogger-blogger PAS hentam Kerajaan Negeri Selangor

Maka riuh-rendah lah PAS dan penyokong-penyokongnya tentang laporan satu Tiger Show yang diadakan sebagai sebahagian acara dalam satu makan malam swasta di sebuah Hotel Marriott.

Ketua sorak nya ialah Dr Lo'Lo', berkali-kali diulang-ulang dalam twitter dan blognya akan isu ini. Seperti biasa suratkhabar bodoh Harakah juga kelam-kabut membantai Kerajaan Persekutuan tentang acara ini.


Kata mereka Hotel Marriott ini di Putrajaya.

Sebenarnya, Hotel Marriott Putrajaya ini tak ada kena-mengena dengan Putrajaya. Dia hanya guna nama Putrajaya untuk ambil glamer. Macam taman-taman perumahan di Sg Buloh yang guna nama Damansara semata-mata supaya boleh dijual lebih mahal.

Hotel Marriott yang buat tiger show itu letaknya di Sepang.

Sepang ialah dalam Negeri Selangor.

Ulang suara, Sepang dalam Selangor.

Selangor diperintah oleh Pakatan Bodoh Dr LoLo sendiri.

Ini Kerajaan Negeri Pakatan Bodoh yang sama yang meluluskan berkali-kali ganda banyaknya berbanding zaman Khir Toyo lesen rumah pelacuran yang menyamar sebagai rumah urut. Ini Kerajaan negeri yg sama yang disko di mana-mana tempatpun kini buka samapai 4-5 pagi berbanding zaman Khir Toyo pukul 2 dah tutup tak kesah lah betapa Towkey Disko Cina desak tutup lambat. Ini Kerajaan Negeri yang sama yang mahu bagi tanah lebih besar untuk carlsberg.

Bodohnya Dr LoLo.

Bodohnya Harakah.

Bodohnya Blogger-Blogger PAS yang menyalak.

Punyalah taksub berpolitik sampai tertembak kaki sendiri.

Sudah-sudah la tu. Rakyat nak korang bekerja, bukan melalak membangkang, sampai diri sendiri pun nak dibangkang.

Bangang!

Tuesday, January 4, 2011

100% setuju dengan Khir Toyo

Kami di Berita Lembah Pantai setuju 100% dengan artikel tulisan Dr Khir Toyo ini, dan dgn itu menyiarkannya semula supaya sampai ke sebanyak mungkin pihak.

Di setiap blok di Kerinchi dan Pantai Dalam, begitu ramai warga, tak kisah tua atau muda, yang menghadapi maslah kesihatan dan rata-rata menghadapi masalah menanggung kos kesihatan. Segala penyelesaian Kerajaan hendaklah dibincang sehabis mungkin dan memikir banyak-banyak rakyat tersusah.

PM dan TPM sendiri harus mengambil berat isu ini, jangan biarkan pada si Cina kaya yang buat cadangan separuh masak. Tengok sikit si Tiong Lai ini!

http://www.drkhir.com/2011/01/jangan-bebankan-rakyat-dengan-kos_05.html

Jangan Bebankan Rakyat Dengan Kos Kesihatan

1. Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care perlu diberi perhatian serius dan mendalam sebelum dilontarkan kepada rakyat. Kesihatan seperti pendidikan merupakan sesuatu yang dekat dengan hati rakyat.

2. Apa yang saya faham dari laporan akhbar, skim ini akan membabitkan tambahan potongan cukai pendapatan untuk dimasukkan ke dalam skim penjagaan kesihatan ini. Rakyat bayar 10%, kerajaan bayar 90% kos kesihatan setiap individu. Malangnya, kita tidak pula dijelaskan berapa kos 10% itu.

3. Bukan semua rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan, justeru jika 10% kos kesihatan ini perlu ditanggung pembayar cukai apakah bermakna mereka yang tidak membayar cukai pendapatan tidak akan membayar 10% ini. Jika mereka tidak membayar, ini bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan akan menanggung bagi pihak mereka juga. Jadi kos yang ditanggung oleh pembayar cukai akan makin tinggi lagi.

4. Seterusnya, mengapa perlu ada tambahan cukai pendapatan untuk dana 1Care jika kita telah pun membayar cukai pendapatan. Apakah kerajaan tidak boleh menguruskan wang cukai pendapatan sedia ada untuk diperuntukkan kepada penjagaan kesihatan?

5. Dari segi politik, menambah satu lagi bebanan cukai kepada kerajaan seperti mencipta tali gantung menjelang pilihan raya akan datang. Saya percaya tulisan ini juga tidak akan digemari oleh penguasa-penguasa di atas sana. Namun kepentingan rakyat dan parti lebih penting dari kepentingan Menteri dan pembuat polisi karut marut ini.

6. Sungguhpun di atas kertas nampak baik, rakyat bayar 10%, kerajaan bayar 90% bagi kos kesihatan namun pelaksanaannya tampak akan menjadi haru biru dan tidak masuk akal.

7. Selain itu, melalui skim ini rakyat diminta memilih klinik panel keluarga yang kosnya akan ditanggung oleh kerajaan melalui dana 1Care. Klinik panel keluarga ini merupakan klinik swasta yang tentunya akan mengena caj yang lebih tinggi daripada klinik kerajaan sedia ada.

8. Bayangkan mendapat rawatan di klinik swasta tetapi dibayar oleh kerajaan. Adakah sesiapa di luar sana percaya ia akan mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan kerajaan berbanding hari ini?

9. Jika sijil sakit (MC) dari klinik swasta pun sudah jarang dipercayai majikan kerana mudah dimanipulasi bayangkanlah jumlah tuntutan yang akan dibuat nanti.Saya khuatir skim ini bukan akan mengurangkan tetapi akan menyebabkan bebanan perbelanjaan kesihatan kerajaan akan meningkat lebih tinggi dari sedia ada.

10. Saya berharap ia tidak dilancarkan secara tergesa-gesa hanya kerana kepercayaan karut ia akan mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan kerajaan. Ambil iktibar dari kejadian Skim Subsidi Beras (SUBUR) yang dilancarkan untuk mengurangkan bebanan subsidi kerajaan akhirnya ditangguhkan kerana jumlah subsidi melalui skim ini meningkat berkali ganda dari skim asal.

Skim Warga Emas dan Penyakit Kronik

11. Banyak lagi pembaharuan dalam perkhidmatan kesihatan yang boleh dibuat berbanding mencadangkan penambahan kos kesihatan untuk rakyat. Saya berharap sebelum dimajukan lagi cadangan-cadangan yang hanya menambahkan beban rakyat, elok benar kerajaan berusaha mengurangkan beban rakyat terutamanya kumpulan warga emas dan pesakit kronik.

12. Rata-rata warga emas yang berumur 70 tahun ke atas mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti sakit buah pinggang, kencing manis dan jantung. Mereka ini terpaksa menanggung kos yang tinggi dan kadang kala terpaksa menahan sakit dari mendapat rawatan yang baik kerana kekurangan wang.

13. Kesemua penyakit ini memerlukan penjagaan sepanjang hayat dan kos yang tinggi, justeru kerajaan patut memikirkan skim khas untuk golongan ini sebagai membalas kembali jasa dan pengorbanan mereka membangunkan negara selama ini. Sekiranya skim kesihatan warga emas ini berjaya bolehlah ia dilebarkan kepada golongan lain secara berperingkat.

14. Selain itu, Kementerian Kesihatan perlu memikirkan untuk menambah pusat dialisis memandangkan ramai rakyat Malaysia menghidap sakit buah pinggang. Saya juga berharap hospital-hopsital kerajaan yang mempunyai khidmat dialisis dapat menawarkan perkhidmatan di sebelah malam. Ini akan membolehkan mereka yang sakit buah pinggang mendapat khidmat dialisis pada waktu malam dan bekerja seperti orang normal di waktu
siang.

15. Dengan kata lain, Kementerian Kesihatan perlulah memikirkan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan untuk rakyat tanpa membebankan rakyat. Jangan nanti Perdana Menteri begitu bersungguh mahu melaksanakan program mendahulukan rakyat, tetapi para menteri mencadangkan program menyusahkan rakyat.

Mesti baca!! DAP lah kepala pengingkar Sultan Melayu

Sesekali kami terjumpa penulisan dalam Internet yang kami rasa patut dipromosikan kerana platform asal terlalu jarang didengari dan tidak popular. Begitulah apabila kami diberitahu tentang penulisan ini yang kami rasa agak 'kena' dengan situasi sekarang di mana kononnya PR mahu 'perkasakan Sultan".

Berikut disiarkan in toto penulisan dari http://cucusangalgojo.blogspot.com/


Benarkah DAP dan ahli-ahli DAP boleh disokong serta dibuat kawan? 
Bab 1: Mukadimah


Dulu orang Melayu cukup fobia dengan DAP. Fobia ini bukannya dibuat-buat, tetapi kerana pendirian DAP dalam konteks masyarakat Malaysia.

Penyapu untuk Sapu Melayu – Selepas Pilihanraya 1969, 12 Mei 1969

DAP tidak setuju dengan acuan Malaysia di bawah BN yang memberi keistimewaan kepada agama Islam dan Bangsa Melayu. DAP tidak setuju dengan kepimpinan Kerajaan dan institusi-institusi penting diterajui oleh orang Melayu, dengan orang Melayu diberi keutamaan dalam banyak bidang, contohnya

  • kuota diskaun wajib bagi pembelian rumah baru,
  • kuota pemilikan saham dalam syarikat Berhad,
  • pemberian biasiswa kepada anak-anak Melayu lebih kepada anak-anak bukan Melayu
  • peluang pendidikan sekolah-sekolah berasrama dan universiti kepada anak-anak Melayu lebih kepada anak-anak bukan Melayu, dengan adanya MCKK, STAR, SDAR, TKC, Sekolah-Sekolah Menengah Sains, MRSM, UiTM dan sebagainya
  • pemberian kawasan pembinaan Masjid dan Surau serta pemberian lebih duit kerajaan kepada pembinaan Masjid dan Surau berbanding dengan kuil, tokong dan gereja,
  • pemberian peluang-peluang perniagaan kecil (penjaja), bantuan perniagaan sokongan seperti pinjaman, subsidi dan geran (penjaja, peniaga kecil, peniaga sederhana) dan penganugerahan kontrak kerajaan (kontraktor kelas A hingga F)

Ini semua keutamaan yang diberi kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal Negeri-Negeri Melayu yang diperintah Sultan-Sultan Melayu sejak Malaysia belum wujud, sejak British belum datang, ketika yang ada cuma Negeri-Negeri berasingan yang diketuai Sultan dan pentadbiran Negeri masing-masing.

Tapi sekarang ramai orang Islam dan Melayu tidak fobia lagi dengan DAP. Malah kebanyakan orang Islam dan Melayu yang menyokong PAS dan PKR menjamakkan sokongan mereka pada DAP juga. Yang anehnya sokongan ini seolah-olah tiada had, tidak ada syarat, dan tidak ada batas.

Ekuasi matematiknya begini;

PKR = PAS = DAP

Bagi mereka, DAP sudah berubah. Bagi mereka, Ahli-ahli DAP baik dan UMNO lebih wajar diperangi. Bagi mereka, pemimpin-pemimpin DAP sehingga layak dicium tangan, bebas keluar masuk Surau dan Masjid, bebas menggunakan Kalimah Allah untuk sembahan mereka dan malah layak disamakan dengan Khalifah terulung zaman keagungan Islam (Lim Guan Eng disamakan dengan Khalifah Umar ibnu Aziz). Lupakah ahli dan pemimpin PAS yang meng’idola’ Lim Guan Eng bahawa keadilan wujud dalam diri Khalifah Umar kerana roh Islamnya? Sudah buta kah?

Apa benarkah DAP sudah berubah? Apa benarkah mereka sudah tidak lagi memerangi Islam dan pendekatan negara Malaysia yang memberi beberapa keutamaan kepada orang Melayu?

Selepas menang PRU-12, kita lihat apa yang dibuat oleh DAP.

Selepas menang 5 Negeri di PRU-12, beginilah cara sambutan kononnya si khalipah DAP.

Selepas Pilihanraya 2008 - Lima babi panggang lambang 5 negeri Melayu ditawan

Bab 2: Perak - Limau Purut Enam Serangkai, Buta Perut Tak Ada Akai

Di Perak, tidak sampai seminggu mencapai kemenangan Pilihanraya 8/3/2008, ketua DAP iaitu Lim Kit Siang menunjukkan Belang Derhaka nya apabila secara terang dan berani ingkar arahan Sultan Perak dan menjatuhkan airmuka Baginda Sultan. Selepas melayan karenah tolak-tarik antara PAS, PKR dan DAP yang bertelagah seperti anak-anak, Sultan akhirnya bersetuju melantik Adun Pasir Panjang Nizar sebagai MB Perak. Tapi Lim Kit Siang pula dengan bongkak dan takburnya mengumumkan pemboikotan Majlis Angkat Sumpah calon Menteri Besar dari Pakatan nya sendiri, iaitu Nizar dari PAS.

http://malaysiakini.com/news/79733

http://blog.limkitsiang.com/2008/03/12/no-dap-cec-mandate-for-pas-menteri-besar-in-perak/

Kalau baru beberapa hari menang sudah begini kelaku nya, sedang kuasa belum di tangan, apakah yang menghalang jika kuasa negara berada di tangan? Kalau benar orang Islam dan Melayu dalam PAS dan PKR cukup kuat, beranikah Lim Kit Siang berkata begini? Sudah tentu beliau disokong sepenuhnya oleh kepimpinan lain DAP. Ini hanya beberapa hari selepas menang pilihanraya! Belum dapat kuasa secara rasmi pun!

Mujur ada peruntukan dalam Undang-Undang Perak bahawa MB mesti dilantik orang Melayu yang menyelamatkan airmuka Lim Kit Siang, yang akhirnya terpaksa juga mengalah. Tetapi apa yang sebenarnya terjadi SEPATUTNYA membuka mata orang Islam dan Melayu tentang sikap sebenar si Lim Kit Siang dan CEC iaitu Pimpinan DAP Pusat.

Lupakah orang Islam dan Melayu Kesah Perlantikan MB ini - bagaimana DAP dan PR sendiri yang MULA-MULA SEKALI ingkar pada Sultan Perak dan institusi DiRaja Perak, lama sebelum kes lompat parti 3 Adun?

Sudah lupakah orang Islam dan Melayu dalam PAS dan PKR tentang hal ini?

Tapi perlantikan Nizar sebagai MB bukanlah satu-satunya peristiwa penting di dalam kes ini.

Kerana sebalik itu semua wujud satu episod yang lebih signifikan, menegakkan roma dan menggegarkan jiwa penyokong-penyokong PAS sendiri, dan sekali lagi SEPATUTNYA membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang sikap DAP sebenarnya.

Apa dia?

Perjanjian Pangkor 2.

Ia didedahkan oleh blogger ulung PAS sendiri, iaitu Penarik Beca atau Abu Bakar Rashid atau Abu Bakar Haq. Penarik Beca bukan orang Umno. Dia orang PAS yang duduk di tengah gobok PAS di Kuala Lumpur. Dia mengelilingi Markaz PAS Taman Melewar dan Pejabat Agung Jalan Raja Laut. Dia malah pernah ditahan polis kerana mengubah logo PDRM kepada gambar anjing dan baru-baru ini ditahan lagi dalam serbuan terhadap Markas pengikut Syiah di Gombak. Beliau Syiah PAS yang sangat membenci pentadbiran Islam di Malaysia.

Apakah kandungan Perjanjian Pangkor 2 ini?

Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2” ialah :

1 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.

Dalam pembongkaran Penarik Beca bertarikh 16 Mac 2008, katanya
“… berdasarkan maklumat yang saya terima dari adik-beradik dan kawan-kawan saya di Taiping, saya merayu YB Ahmad Nizar Jamaluddin yang dilaporkan telah dipersetujui oleh DAP dan PKR untuk menjadi Menteri Besar Perak supaya menyatakan, benarkah beliau dipaksa oleh DAP supaya menandatangani surat perjanjian khas dengan parti itu?

Saya harap sangat tidak benar. Saya harap sangat adik-beradik dan kawan-kawan saya di Taiping mendapat cerita karut. Khabar angin yang merapu.

Bagaimanapun, jika cerita yang sudah heboh di Taiping itu benar, saya amat berharap Saudara Ahmad Nizar mendedahkan kandungan yang dikatakan dipaksa oleh DAP supaya Saudara tandatangani.

Adakah surat itu merupakan surat perjanjian atau ikrar kepada DAP bahawa Saudara tidak akan melakukan apa sahaja yang tidak disukai oleh parti itu? Memandangkan para pemimpin DAP begitu alergi terhadap Islam dan dilanda PAS-phobia (meminjam istilah Dr Kua Kia Song), apakah kandungan surat itu mengenai Islam?

Saya yakin ahli-ahli PAS berhak mengetahui kandungan surat itu. Walaupun saya hanya penyokong biasa PAS, tetapi sebagai kutu yang dilahirkan di Kampung Jebong, Matang, Taiping, Perak; saya juga berhak mengetahui isi kandungan surat yang dikatakan dipaksa oleh DAP supaya ditandatangani oleh Saudara.

Saudara Ahmad Nizar dan juga Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) yang dikasihi, adakah itu harga untuk menjadi Menteri Besar Perak? Jika benar harganya terlalu mahal, apa megahnya menjadi Menteri Besar?

Saudara Ahmad Nizar dan juga Ustaz Ahmad Awang yang dikasihi, kutu yang dilahirkan di Jebong ini bertanya pada hari ini kerana saya tidak mahu bertanya di Akhirat kelak. Salam dan perlindungan Allah s.w.t. ke atas Saudara berdua.

Seorang lagi blogger PAS iaitu Tarmizi Mohd Jam, yang pernah memegang jawatan PAS di peringkat Pusat dan pernah juga menjadi calon PAS dalam pilihanraya turut mengulas,
DENGAN penuh 'izzah, Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan:

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.

Setelah bertanya beberapa pihak termasuk peguam, menurut amalan demokrasi, saya difahamkan bahawa PAS berhak mempunyai matlamat perjuangan sedemikian. PAS juga berhak menawarkan matlamat perjuangannya itu kepada rakyat negara ini.

Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, menurut amalan demokrasi juga, PAS tidak ada hak untuk memaksakan matlamat perjuangan itu ke atas sesiapa pun. PAS hanya boleh menawarkan.

Dan, saya kira, itulah yang dilakukan oleh PAS selama ini apabila secara konsisten ia menyertai pilihan raya di negara ini sejak tahun 1959 lagi.Selain dari itu, Perlembagaan Malaysia yang sering disebut sebagai undang-undang tertinggi negara ini menjamin kebebasan bersuara untuk setiap rakyat Malaysia.

Ia dengan sendirinya bermakna PAS, ahli-ahli dan penyokongnya tidak boleh dihalang dari menyatakan keinginan mereka untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Tidak kiralah kadang-kadang disebut negara Islam, walaupun perkataan negara Islam tidak terdapat dalam fasal itu.

Oleh itu, sebarang perjanjian atau undertaking yang ditandatangani oleh mana-mana pihak yang menyatakan bahawa "I hereby undertake" untuk tidak membuat apa jua pernyataan mengenai negara Islam atau hukum hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana itu, sebarang undertaking yang terdapat dalam "Perjanjian Pangkor" di Perak baru-baru ini bukan sahaja bercanggah dengan peruntukan mengenai kebebasan bersuara di dalam Perlembegaan Malaysia malah bersifat anti-perlembagaan dan pihak yang menyediakan undertakings itu hakikatnya menunjuk samseng dan kurang ajar kepada Perlembagaan Malaysia yang sering mereka dakwa sebagai dihormati.

Sebarang ucapan bahawa mereka menghormati Perlembagaan Malaysia biasanya tidak dipercayai kerana dengan jelas mereka sering kelihatan tidak menghormati banyak fasal dalam Perlembagaan Malaysia, contohnya Perkara 3 (1), Perkara 153(1), Perkara 160(2), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38(1), Jadual Kelima.

Malah, perbuatan memaksakan "Perjanjian Pangkor" itu juga merupakan pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana "Perjanjian Pangkor" tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, anti-perlembagaan, menunjuk samseng kepada Perlembagaan Malaysia serta pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia, ia tidak boleh dipatuhi oleh mana-mana pihak sekalipun, termasuk pihak yang tanpa berfikir dengan sewajarnya menjadikan diri mereka sebagai terpaksa menantangani perjanjian itu dan mempersetujui segala undertakings yang terdapat dalam perjanjian itu.

Dan sekali lagi saya petik tulisan Penarik Beca yang sangat marah dengan DAP dalam posting berikutnya:-
DAP mengidap ketagihan menghina Islam

Pagi semalam, ketika minum bersama-sama bekas Spaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Cik Gu Rahim), anaknya, Waejo dan dua sahabat yang lain, saya naik angin betul ketika membaca beberapa kenyataan pemimpin DAP yang mempariahkan PAS.

Walaupun Cik Gu Rahim memberikan pelbagai hujjah untuk menyabarkan saya dan sahabat-sahabat lain, kata-kata beliau bagaikan tidak dihormati - walaupun kami hormat dan kasih kepadanya.

Setiap kali mereka mempariahkan PAS, para pemimpin DAP mendakwa kononnya penyokong mereka tidak boleh menerima PASlah, tidak selesa dengan PASlah. Macam-macam alasan digunakan untuk mewajarkan perbuatan mereka menghina PAS.

Para pemimpin PAS pula, tak habis-habis dengan pelbagai dalih dan alasan supaya ahli-ahli dan para penyokong tidak bertindak balas terhadap penghinaan demi penghinaan DAP itu.

... Sudah berpuluh tahun DAP mencetuskan api perkauman dengan perbuatan mereka menghina perjuangan PAS. Kemuncaknya selepas PAS menang banyak kerusi di Kelantan pada pilihan raya 1990. Tidak sedikit pun DAP menghormati hak demokratik PAS untuk memperjuangkan Islam.

Sejak berpuluh tahun itulah ahli dan penyokong PAS bersabar. Saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk bersabar. Saya benci perkauman. Sejak kecil saya berkawan dengan orang-orang Cina dan India. Tak pernah ada masalah.

Malah, dalam pilihan raya 1974, ketika Cik Gu Fadhlan Yahya bertanding di tempat saya, saya berkerja untuk calon DAP itu. Berkerja bersama-sama kawan-kawan Cina di kampung saya. Banyak lagi, tak payah ungkit.

Tetapi, oleh kerana DAP terlalu melampau menghina PAS tanpa mempedulikan langsung hak demokratik PAS untuk memperjuangkan Islam, kali ini tidak lagi. Tit for tat!

Saya sudah beritahu berpuluh-puluh orang PAS, "kalau pemimpin DAP buat lagi kenyataan yang hina PAS, cari depa, tampaq depa! Setakat nak bayar duit saman, hampa bagi tau aku. Aku boleh cari".

"Hampa tau pasai apa DAP suka buat kenyataan hina PAS? Sebab PAS perjuangkan Islam. Yang depa nak sangat hina tu bukan setakat PAS, tetapi yang depa ketagih sangat nak hina tu (ialah) Islam! Kalau depa buat perangai lagi, kalau jumpa depa di mana-mana, tampaq muka depa. Duit nak bayaq saman, aku boleh tolong cari".

Itu semua adalah sedikit sahaja dari kebangsatan yang ditunjukkan DAP ketika baru beberapa hari menang 18 kerusi di Perak.

Semuanya tercatat dalam Internet dan siapa-siapa saja boleh rujuk dan kaji.

Malah ulasan-ulasan terbaik mengenainya bagi saya ditulis oleh Blogger-Blogger Islam PAS dan PKR sendiri. Tapi sama saja, bila digula-gulakan oleh tipu daya, wayang dan drama yang diolah sedemikian rupa oleh bangsat-bangsat yang sudahpun terbukti membenci mereka, mereka dengan sekelip mata lupa. Cakap berdegar-degar nak tampar DAP lah, DAP ketagih hina Islam lah, DAP itulah, inilah, hanya tinggal cakap.

Blogger PAS, ahli PAS, pemimpin pusat PAS, malah seluruh penyokong PAS, sama saja dengan 6 ADUN Pas Perak yang dicucuk hidung.

‘Limau purut enam serangkai, buta perut tak ada akai'

Saturday, January 1, 2011

Tetek bulat terjojol terkinja-kinja dalam kawasan masjid sambut Maal Hijrah. Inilah akibat menghalalkan semuanya kerana undi!

Siapa sudah lupa tentang kes Teo Nie Ching YB DAP yang masuk bagi ucapan dalam masjid pukul 9.35 malam di Surau Al-Huda Kajang Sentral , di Malam bulan Ramadhan ketika orang sedang berterawih dan mengaji atau bertafakur dalam masjid sambil menanti mula tadarus?

PAS dengan mudah menghalalkan perbuatan Teo Nie Ching, sambil seolah-olah menggalakkan nya pula.

Ketidaktegasan PAS dalam menerangkan hukum semata-mata nak bagi YB DAP yang jahil ini lebih exposure kepada pengundi Melayu Islam yang datang untuk beribadah dalam masjid ini kini sudah membuahkan hasil yang menjijikkan.

Iaitu sambutan Maal Hijrah yang jijik. 

Lihat gambar-gambar dibawah ini, yang berlaku dalam kawasan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong.

Kredit kepada GAP, RBF , Utusan