Wednesday, December 12, 2012

Kantoi! Raja Nong Chik menangis dibalun Nurul Izzah.


Raja Nong Chik tak dapat tahan kesedihan mengenangkan para sahabat aktivis
yang tak sempat bersama-sama di hari bersejarah ini kerana telah dipanggil ilahi.
Datuk Adnan, KSU KWPKB yg memakai baju merah turut kelihatan sebak.

Bersama sahabat lama, pejuang tempatan dan Pengerusi
Persatuan Penduduk, Tuan Hj Ahmad Rahman.


Pada hari Sabtu 8 Disember yang lalu, berlaku satu kejadian melibatkan Raja Nong Chik yang menyentuh hati semua yang melihatnya, termasuk para wartawan yang berada di dalam rumah contoh K-baru Kerinchi. Para wartawan media massa pada masa itu sedang menunggu sesi sidang media mengenai Majlis Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru di tapak lama Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Selama 25 tahun berjuang sejak zaman Pemuda lagi, Raja Nong Chik bersama-sama dengan para aktivis dan sahabat Flat 4 Tkt kerinchi, akhirnya perjuangan mendapatkan perumahan yang baru untuk Penduduk Flat 4 Tkt Kerinchi membuahkan hasil.

Namun, ramai para pejuang yang sama-sama gigih berusaha dengan Raja Nong Chik sudah pergi bertemu Ilahi. Malang, mereka tidak dapat menyaksikan titik peluh mereka, melihat rumah contoh K-Baru Kerinchi yang lebih 2 kali ganda luas dari rumah mereka sekarang, dengan kemudahan moden dan persekitaran selesa untuk membesarkan anak-anak dan untuk ditinggalkan pada anak cucu.

Oleh sebab itulah, tiba-tiba semasa Majlis Kenduri Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru Kerinchi iaitu sebahagian Pembangunan Semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, Raja Nong Chik tidak dapat menahan sebaknya dan tiba-tiba mengalir air matanya. Tuan Hj Ahmad Rahman yg disebelahnya juga tidak dapat menahan sedih. Inilah tanda keikhlasan perjuangan.

Penduduk Flat 4 Tingkat beruntung kerana Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, dilantik jadi Menteri pada tahun 2009. Sebaik Raja Nong Chik dilantik menteri, beliau mengumumkan bahawa perumahan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah menjadi antara salah satu fokus utama beliau.

Dalam minggu pertama beliau jadi Menteri, beliau melawat pangsapuri swasta di Sentul yang lif nya sentiasa rosak. Tapi Kerajaan tak boleh nak tolong sebab tiada peruntukan untuk perbaiki lif perumahan swasta. Jadi Raja Nong Chik, Kementerian Wilayah dan DBKL keluar dengan satu idea, iaitu buat satu Tabung Penyelenggaraan Khas untuk ini.



Maka lahirlah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk perumahan kos rendah, yg pencapaiannya sangat baik sehingga Kerajaan Pusat mengambil idea ini dan memperkembangkannya ke seluruh negara, dan PM juga setuju dengan cadangan Kementerian Wilayah supaya ia dikembangkan ke perumahan swasta sederhana. Baru-baru ini, Raja Nong Chik telah ke Johor dan Penang, untuk melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan perumahan swasta terpilih untuk program ini.

Dan sudah tentu lah Lembah Pantai special di hati Raja Nong Chik sebab dah 25 tahun dia di sini sejak zaman Pemuda UMNO lagi, dan antara fokusnya ialah Flat 4 Tingkat Kerinchi, flat tertua di Lembah Pantai, dengan keluasan 350-450 kaki persegi.

Maka dipanggil cadangan dari pemaju berminat, kemudian Pemaju diminta buat presentation pada pemilik dengan pakej-pakej mereka, lalu Pemaju dipilih oleh pemilik sendiri. Ini lebih 2 tahun lepas. Tapi projek ini memerlukan persetujuan semua, maka penyokong-penyokong PAS dan PKR yang tinggal di situ, dengan hasutan Nurul Izzah dan kebencian pada Kerajaan BN, enggan setuju.

Selama 2 tahun projek ini tertangguh kerana angkara Nurul Izzah yang tak habis-habis cuba menggagalkan projek ini. Kenapa dia mahu gagal? Sebab kalau jadi habislah undi 4 Tingkat pergi ke Raja Nong Chik. Allah Maha Besar dan akhirnya projek ini berjaya juga.


Rezeki Allah SWT. Dari Flat Usang berharga RM 45-70 IBU seluas 350-450 kaki persegi
penduduk dapat Pangsapuri Mewah dianggar berharga RM500-600RIBU bila siap nanti
secara PERCUMA, dengan sewa 3 tahun sekarang ini dibayar Pemaju yang diundi
oleh penduduk sendiri.

Kami di Berita Lembah Pantai mengucapkan tahniah pada pemilik dan Pewaris Flat 4 Tingkat, pada Raja Nong Chik sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, pada semua pejuang UMNO dan aktivis tempatan, dan pada semua yang berusaha hingga projek ini berjaya.

Raja Nong Chik, jasamu dikenang.


Thursday, December 6, 2012

Masjid Ar-Rahman Lembah Pantai memang perlu diperbaiki, kenapa dipertikaikan?

Mengapa tiba-tiba Nurul Izzah dan para pegawainya seperti Fahmi Fadzil tiba-tiba mahu menjadi JUARA isu penutupan Masjid Ar-Rahman?

Masjid Ar-Rahman usianya sudah lebih 40 tahun, bahagian dalamnya sangat uzur. Letrik selalu trip, dan memang sudah tiba masanya major re-wiring dilaksanakan. Karpet nya kalau sujud terpaksa tahan nafas, tak tahu lah berapa banyak debu dan bakteria dalam karpet. Bahagian dalamnya kadang-kadang rupa stor pun ada.


Memang dah bertahun saya yang selalu juga singgah di situ terfikir, 'bila lah gamaknya nak direpair Masjid ini? Tak logik langsung Masjid tengah-tengah KL begini!"

Alhamdulillah akhirnya baru-baru ini JAWI dapat peruntukan utk baikpulih Masjid. Dan JAWI pun keluar arahan tutup sementara Masjid dari 1 Disember 2012 hinggan Jun 2013.




Kenyataan akhbar JAWI:
 PENUTUPAN SEMENTARA MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BARU

Bahawasanya saya Datuk Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menentukan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan oleh para jemaah terutama pada solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.

Oleh kerana terdapat banyak kerosakan di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru meliputi kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian, kerosakan paip air dan air melimpah ketika hujan lebat, masjid ini telah ditutup sementara. Kerosakan ini mengancam keselamatan jemaah masjid sekiranya lambat dibaiki.

Sehubungan itu, JAWI telah mendapat peruntukan kewangan baru-baru ini untuk membaikpulih masjid pada tahun 2012. Masjid Ar-Rahman akan ditutup sementara mulai 1 Disember 2012 dan notis penutupan sementara telah dikeluarkan pada 20 November 2012. Penutupan ini bermula 1 Disember 2012 sehingga kerja-kerja baikpulih siap pada akhir bulan Jun 2013.

Oleh demikian saya memohon ahli-ahli jemaah menunaikan solat di masjid berhampiran iaitu Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Oleh demikian kenyataan daripada orang tidak bertanggungjawab mengatakan kita menutup masjid adalah  tidak benar sama sekali kerana penutupan masjid untuk dibaiki demi untuk keselamatan dan keselesaan jemaah.

Sehubungan itu jangan ada pihak yang bermain politik dan isu ini diputarbelitkan kerana JAWI dan Kerajaan sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Jadi sebenarnya BUKAN TUTUP MASJID, tapi Kerajaan BN melalui JAWI nak repair Masjid.

Mengapa tiba-tiba Nurul Izzah, yang tidak ada usaha mahu repair Masjid, sebaliknya menegaskan pula yang MELAYU JUGA BERHAK MURTAD, berdegar-degar mahu menjuarai isu Masjid Ar-Rahman?

Kenapa?

Why?

Sebabnya ialah Nurul Izzah dihentak hebat selepas kenyataan nya mengenai murtad tempoh hari.

Walapun dia cuba memutar cerita, tetapi buktinya ada dalam video!

Malah, ceritanya dimulakan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today sendiri!

Maka dengan itu dia dan penyokong-penyokongnya di Lembah Pantai, termasuk pelajar-pelajar UM yang menyokong PAS, sedang mencari kes-kes Agama dan Melayu untuk mereka juarai!

Maka sebab itulah kes Masjid Ar-Rahman, yang sebenarnya tak ada kes langsung pun, dijadikan satu isu yang sangat besar!

Itu saja!

Mereka sendiri pun lebih dari tahu yg Masjid Ar-Rahman patut diperbaiki sepenuhnya!

Jadi kami di Berita Lembah Pantai memohon dengan ikhlas pada Nurul Izzah, pegawai-pegawainya, dan penyokong-penyokongnya, supaya jangan ganggu usaha JAWI nak baiki Masjid ini. Biarlah kontraktor JAWI buat wiring balik, buat karpet balik, dan restruktur balik Masjid ini. Masjid ini duduknya tengah-tengah Lembah Pantai, biarlah ia diberi peluang untuk sama taraf dengan Masjid-Masjid baru lain di KL.

Kenapa nak ditentang?

Jangan lah pasal Nurul Izzah nak lepaskan tengkuknya dari bahana kenyataan dia sendiri tentang isu Murtad, dia mangsakan Masjid Ar-Rahman dan pengguna Masjid!

Takkan lah ini pun nak politik YB Nurul!

Tuesday, October 9, 2012

Pasar Malam Kg Kerinchi jadi isu Nasional

Gempak juga Kg Kerinchi. Macam mana kes Pasar Malam dia pun boleh jadi isu nasional.

Apa cerita kes Pasar Malam ni?

Ini ada penulisan yang mantap dari Blog KLManifesto. Kami copy bulat-bulatlah.

Tungguuuuu laporan ori Berita Lembah Pantai pula tentang perkara ini.

Tapak Pasar Malam. [Gambar cilok dari Utusan]

Soalan 1:
Kenapa perlu ada Pasar Malam? Dan dalam situasi apakah DBKL akan berikan lesen Pasar Malam?

Jawapan 1:
DBKL akan berikan lesen Pasar Malam, antara lain, jika,

(i) Ada permohonan dari Persatuan Penduduk tempatan untuk diadakan Pasar Malam, dan permintaan lebih banyak dari bantahan.
(ii) Ada pasaran (‘catchment’) penduduk tempatan untuk melanggani Pasar Malam.
(iii) lokasi yang sesuai.

Soalan 2:
Siapakah Penganjur Pasar Malam Kampung Kerinchi yang diberikan lesen oleh DBKL?

Jawapan 2:
Ada 2 Penganjur.

Penganjur pertama ialah Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi, dengan 110 tapak kelulusan diberikan sekeliling Kawasan Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi

Selepas kelulusan ini diperolehi, Persatuan Penjaja Lembah Pantai telah memohon untuk lesen penganjuran Pasar Malam di bahagian Jalan Bertentangan, iaitu di sebelah Flat PKNS 17 Tingkat Kerinchi dan di hadapan Flat PKNS 17 Tingkat Kerinchi. Ini dibantah sekumpulan penduduk Flat 17 Tingkat (ketika itu Flat 17 Tingkat tiada JMB atau “Joint Management Board”). Mereka memohon dan DBKL memberikan lesen kepada kumpulan ini. Selepas JMB 17 Tingkat ditubuhkan, kumpulan ini menyerahkan pada JMB 17 Tingkat untuk pendapatan JMB kutip duit sewa lesen dr Penjaja.

Kedua-dua Kawasan Pasar Malam ini dikenali sebagai Pasar malam Kg Kerinchi.

Soalan 3:
Bila masa operasi?

Jawapan 3:
Setiap Isnin dan Jumaat.

Soalan 4:
Kenapa DBKL mahu tutup?

Jawapan 4:
Selepas Penduduk 4 Tingkat memilih untuk membangunkan semula kawasan mereka dengan apartmen baru dan berpindah, sudah tiada lagi keperluan untuk Pasar Malam 4 Tingkat, sepertimana syarat dalam Jawapan 1 di atas.

Juga keseluruhan kawasan 4 Tingkat menjalani Pembangunan semula.

Akhir sekali, laluan yang dikongsi Pasar malam 4 Tingkat dan Pasar malam 17 Tingkat menjadi laluan utama lori pembinaan 4 Tingkat, dan risiko keselamatan timbul untuk Penjaja dan pengunjung Pasar Malam. DBKL akan ‘liable’ dalam undang-undang jika ada kemalangan kepada pengunjung dan penjaja.

Namun, gerai-gerai di hadapan Flat 17 Tingkat sendiri tidak diusik dan dibenarkan terus berniaga.

Persatuan Penduduk 4 Tingkat bersetuju Pasar Malam Kg Kerinchi yang menjadi laluan pembangunan ditutup kerana sebab-sebab di atas dan juga kerana mereka mahu rumah mereka dibangunkan cepat.

Persatuan Penduduk pertikaikan kenapa peniaga pula yang minta hak sedangkan Penganjuran Pasar Malam hak mereka atas kebenaran DBKL?

Soalan 5:
Bila kah tarikh notis diberi pada penjaja?

Jawapan 5:
Tarikh notis diberi pada 23 Mac, dilanjutkan sehingga 31 Ogos untuk membolehkan penjaja membuat persediaan.

Soalan 6:
Pernahkah perkara ini berlaku (precedent)?

Jawapan 6:
Ada, di Jalan Cengal, Wangsa Maju (laluan pembangunan jalan) dan Seksyen 2 Wangsa Maju (kesesakan lalulintas meruncing).

Soalan 7:
Adakah alternatif lain bagi penduduk untuk membeli barang jika Pasar Malam ditutup?

Jawapan 7:
Ada, di Pasar Malam PPR Kerinchi, Pasar Tani (pagi), dan banyak kedai-kedai kejiranan. Juga ada Kedai Rakyat 1Malaysia yang berdekatan. Di Pasar Malam PPR Kerinchi, kebanyakan peniaga ialah peniaga-peniaga yang sama yang berniaga di Pasar Malam Kg Kerinchi yang sekarang ini membantah penutupan Pasar Malam, jadi barangan ialah sama.

Soalan 8:
Adakah penutupan Pasar Malam positif atau negatif untuk PENDUDUK LEMBAH PANTAI?

Jawapan 8:
Untuk Penduduk Flat 4 Tingkat yang mahu pembangunan semula dicepatkan, penutupan POSITIF kerana tiada halangan untuk jentera berat keluar masuk setiap Isnin dan Jumaat. Jadi lebih cepat mereka berpindah semula ke Kg Kerinchi.

Untuk Penduduk Flat 17 Tingkat, penutupan POSITIF kerana parking bertambah dan mereka tidak perlu lagi melalui Trafik Jam setiap Isnin dan Jumaat.

Untuk Penduduk apartmen-apartmen berdekatan iaitu Vista Angkasa, 20 blok Apartmen Taman Bukit Angkasa, PA DBKL Kolam Air, Pantai Permai, Kuarters-Kuarters DBKL berdekatan, Bangsar South, kesemua apartmen di kawasan Pantai Hillpark, Kg Kerinchi dan semua kawasan perumahan yang bergantung kepada Jalan Kerinchi iaitu jalan utama masuk ke Kg Kerinchi (LRT Universiti), penutupan POSITIF kerana Trafik jem kurang terutama hari Jumaat.

Untuk kesemua pembayar cukai yang menggunakan shortcut Pantai Dalam dari NPE untuk ke Federal Highway, atau dr Federal Highway ke NPE, penutupan POSITIF kerana Trafik jem kurang terutama hari Jumaat.

Untuk JMB 17 Tingkat, penutupan NEGATIF kerana kutipan sewa lesen gerai berkurangan kepada penjaja-penjaja yang tidak terlibat dengan penutupan iaitu yg terletak di depan Flat 17 Tingkat.

Untuk Penjaja, penutupan NEGATIF kerana mereka terpaksa mencari tapak lain. Tetapi majoriti penjaja BUKAN DARI LEMBAH PANTAI, dan majoriti mereka sudah diberi peluang oleh Persatuan Penduduk berniaga sehingga berpuluh-puluh tahun walaupun bukan penduduk tempatan.

Untuk pengguna LRT Universiti, penutupan POSITIF kerana lebih cepat pergi-balik ke LRT.

Untuk Kerajaan, penutupan POSITIF kerana berjaya kurangkan trafik jem dan pengundi di situ seramai 15,000 orang mungkin akan ada yang berterimakasih atas langkah ini.

Komen seorang penduduk dalam ruangan komen Free Malaysia Today mengulas artikel tentang isu ini.

Soalan 9:
Tidakkah DBKL beri alternatif?

Jawapan 9:
Ada. Oleh kerana AJK JMB 17 Tingkat yang mahukan Pasar Malam diteruskan, mereka telah dibenarkan memindahkan gerai-gerai yang berada di Jalan Laluan yang akan ditutup KE DALAM kawasan Flat 17 Tingkat. AJK JMB 17 Tingkat haruslah berusaha mendapatkan persetujuan penduduk yang terdiri daripada ahli mereka sendiri.

Soalan 10:
Tidakkah DBKL zalim pada Penjaja?

Jawapan 10:
Para penjaja telah diberi notis dari bulan Mac 2012, dan lanjutan masa telah diberikan. Pada masa yang sama, ramai peniaga di sini juga ada tapak berniaga di Pasar Malam PPR Kerinchi bermakna mereka sudah bertahun diberi peluang menguasai tapak gerai sehingga 4 malam seminggu di Lembah Pantai, sedangkan ramai yang bukan penduduk Lembah Pantai.

Bagaimana dengan belasan ribu penduduk Kerinchi yang terpaksa menanggung trafik jem dek kerana pengunjung Pasar Malam yang parking merata-rata di tepi jalan? Tidakkan selama ini Pasar Malam ini zalim pada mereka? Bagaimana dengan hal-ehwal mereka? Bagaimana dengan hak mereka?

Bagaimana pula dengan penduduk Flat 17 Tingkat yg susah nak parking dan balik rumah setiap Isnin dan Jumaat kerana trafik jem. Apa hak penjaja mengambil parking mereka, sedangkan penjaja bukannya duduk di situ pun? Penduduk Flat 17 Tingkat tiada hak? Tak apa menzalimi Penduduk 17 Tingkat tapi perlu bela nasib penjaja yang datang dari luar?
 Sumber: KLManifesto.com

Monday, September 10, 2012

20,000 ke 25,000 di Jamuan Raya BN Lembah Pantai. Tahniah Raja Nong Chik!

Hebat sambutan Jamuan Raya Barisan Nasional Lembah Pantai yang diterajui Raja Nong Chik tahun ini yang diadakan di ruang parking Bangunan UOA di Kerinchi.

Beberapa sumber yang biasa buat crowd counting ini, termasuk abang-abang Polis di Balai Polis Kerinchi yang berdepan dengan tapak Majlis yang sempat wartawan kami temuramah pada malam itu, bersetuju bahawa jumlah anggaran dari mula acara ke habis ialah sebanyak 20,000 ke 25,000 orang.


Majlis diakhiri dengan lagu-lagu bercorak Kemerdekaan dan Patriotik serta kibaran bendera. Seronok tengok budak-budak kecil yang buat 'show' atas pentas. Hebat penutup Jamuan Raya ini. Tahniah pada BN Lembah Pantai.





Beberapa Pemerhatian wartawan Berita Lembah Pantai:

1) Jumlah orang nampak lebih banyak dari tahun lepas, tapi kereta yang parking di kiri-kanan jalan kurang dari tahun lepas. Rumusan kami ialah tahun ini lebih banyak orang tempatan yang datang berjalan kaki dan tidak bawa kereta.

2) Tahun ini juga tidak ada pemberian sumbangan dan cabutan bertuah mcm tahun lepas. Jadi orang ramai tahun ini memang datang utk makan dan meriahkan Majlis.

3) Persembahan tahun ini jauh lebih menarik dari tahun lepas, terutama kerana kekuatan 2 orang pengacara, Abon dan Ali Mamak. Besar peranan pengacara.





4) Ramai Cina dan India, termasuk kumpulan besar Cina yang kami difahamkan para pengundi yang datang dari Taman Seri Sentosa, peti undi Cina terbesar di Lembah Pantai. Ini sangat mengejutkan.

Rumusan wartawan kami:

Sokongan padu pada BN dan Raja Nong Chik dari masyarakat Kerinchi dan Pantai Dalam. Kehadiran kontinjen besar Cina terutama dari Sentosa mengejutkan dan mungkin satu trend baru Lembah Pantai. Jumlah turn-out yang sangat ramai begini, bagi Majlis malam hari, tanpa ada sumbangan, dan tanpa kehadiran PM atau TPM atau artis-artis besar, menunjukkan orang ramai selesa dengan BN Lembah Pantai dan Raja Nong Chik. PKR pasti risau tengok perkembangan ini.















Sunday, August 5, 2012

Nurul Izzah Jilat Ludah Sendiri. Dulu hina barang Kedai Rakyat 1Malaysia, sekarang edar pada orang ramai!

Masih ingat episod bagaimana Pakatan Rakyat memburuk-burukkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)?

Ada tiga Juara Raja Lawak yang terlibat - diketuai Tony Pua, yang mewakili kepentingan towkey pasaraya Cina dari parti Cina DAP.

Pengikut Tony Pua ialah Nurul Izzah dari PKR, Melayu yang dicucuk hidung menjadi boneka menjatuhkan perniagaan orang Melayu.

Dan yang paling kelakarnya satu kartun lawak Dzulkiflee Ahmad yang turut jadi pak sanggup pegang sabun basuh, tapi tak tahu apa-apa. Ini satu lagi pengkhianat perniagaan Melayu.

Apa lah yang tak dikata mereka tentang KR1M ini.




Bukan nya susah sangat, Google saja. Malaysiakini seperti biasa memuatkan puluhan artikel membantai barangan 1Malaysia.

Tiba-tiba rupanya dalam senyap-senyap Nurul Izzah juga beli barangan Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dia edar pada pengundi-pengundi Lembah Pantai.

Ini bukti bergambar, yang disiarkan asal di sini --Alahai Nurul Izzah! Kau bantai Barangan Kedai 1Malaysia, lepas tu kau beli dan beri sumbangan pada pengundi Lembah Pantai?




Apa ini YB! Yang dulu tu tipu ka?

Kami di Berita Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah buat kenyataan akhbar memberi penjelasan atau memohon maaf pada Mydin, KR1M dan Kerajaan Malaysia!

Jangan jadi pemfitnah di bulan Ramadhan wahai Nurul Izzah!

Tuesday, July 24, 2012

Pegawai SPR Lembah Pantai kata dia berseloroh dgn Nurul Izzah, tapi Nurul besar-besarkan untuk politik.



Sekonyong-konyong Nurul Izzah menyalak lah sekali lagi tentang SPR, kali ini dia mengadu bahawa Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 iatu Encik Mohd Najib Mohd, telah mengatakan kepada Nurul bahawa kalau pegawai itu dipilih sekali lagi jadi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lembah Pantai, maka dia akan pastikan Nurul Izzah tak menang.

Aduan Nurul Izzah disiarkan portal-portal Pakatan Rakyat, terutama Malaysiakini dan diulang-ulang blog-blog najis Pakatan Rakyat.

Tapi apa yang sebenarnya terjadi?

Sebenarnya, semasa kejadian, Pegawai tersebut hanya berseloroh sahaja dengan Nurul Izzah.

Kejadian berlaku dalam Majlis Perjumpaan bekas Datuk Bandar KL, Datuk Mohd Fuad yang akan meninggalkan jawatannya, dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Keseluruhan majlis berlangsung dalam suasana ringan, selamba dan berseloroh.

Hinggakan Ahli-Ahli Parlimen PR boleh cakap kat Datuk Mohd Fuad supaya masuk PR dan jadi calon PR dalam Pilihanraya.

Dalam suasana santai dan selamba inilah Pegawai bernama Najib itu berseloroh dengan Nurul Izzah tentang hal-hal berkaitan Pilihanraya. Semua kenyataan adalah selamba dan "joking" sahaja.

Tup-tup Nurul gunakan sesi "joking" ini sebagai modal politik!

Sila baca kenyataan akhbar Najib.

KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi".

Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam.

Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu.

Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau.

Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja.

Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat.

Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan.

Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya.

Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini.

MOHD NAJIB MOHD

Kami di Berita Lembah Pantai ingin menegur secara baik YB Nurul Izzah dan menggesa beliau mengamalkan politik yang lebih bertanggungjawab. Jangan gunakan kakitangan kerajaan sebagai modal politik anda.

Sunday, July 8, 2012

Terimakasih Raja Nong Chik untuk Taman Rimba Bukit Kerinchi!

Lepaskan ikan tanda merasmikan Taman Rimba

Raja Nong Chik menandatangani plak perasmian
 
Dah berpuluh tahun dah keluarga kami para wartawan berita Lembah Pantai duduk di Lembah Pantai, tetapi memang tidak pernah wujud sesuatu taman rekreasi yang tersusun sepertimana di tempat-tempat lain di KL. Ampang ada Taman Tasik di Ampang Hilir, Keramat ada Taman Rekreasi yang baru dan canggih, Titiwangsa ada Taman Tasik, Bandar Tun Razak, Cheras semua ada taman-taman yang besar, Kepong ada Taman Metropolitan, tempat orang main layang-layang, ada FRIM, Bukit Bintang ada KLCC, tapi Lembah Pantai memang tak pernah ada tempat yang best nak bagi rileks kepala sikit tengok alam semulajadi.

Tapi kita di LP ni faham, banyak lagi fokus Kerajaan untuk tingkatkan kehidupan rakyat, jadi tak pernah lah kita komplen utk buat Taman pulak. Nak taman-taman ni kehendak orang senang.

Mujur lah seorang pemimpin jati Lembah Pantai dilantik jadi Menteri. Dan bila Raja Nong Chik yang sudah berpuluh tahun aktif di Lembah Pantai naik Menteri, secara langsung beliau nampak sebuah Taman Rekreasi sebagai satu keperluan meningkatkan kesejahteraan orang Lembah Pantai.

Taman Rimba Bukit Kerinchi ini terletak di Simpang Tiga, Jalan Kubur, Pantai Dalam. Baru 30% siap, 70% lagi coming up.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik pada 7/7/2012, iaitu semalam.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik berkata, taman ini dibangunkan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada Jun lalu yang melibatkan kawasan seluas 0.4 hektar. Bagi fasa kedua dan ketiga pula hanya akan bermula pada tahun depan. “Luas keseluruhan tapak kawasan hijau ini adalah 66.15 hektar dan ia merupakan kawasan bukit yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan dimiliki sepenuhnya oleh DBKL dan dirizabkan sebagai kawasan hijau

Kami dari Berita Lembah Pantai ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih pada Raja Nong Chik. Kalau nak harap pada wakil rakyat Lembah Pantai tu, mungkin jalang ke Simpang Tiga pun dia tak tau!

Monday, July 2, 2012

PANAS! Penceramah Pakatan Rakyat puji melangit Raja Nong Chik depan Nurul Izzah dalam ceramah di Lembah Pantai!



Padan muka Nurul Izzah! Semenjak dua-menjak ini, tak habis-habis dia mencanang kononnya Raja Nong Chik ada kes Syarikat Istijuara yang mana anak Raja Nong Chik ialah pemegang saham dapat projek RM30 juta.

Sedangkan hakikatnya ialah:-

(1) Projek tu dapat pada tahun 2006, 3 tahun sebelum Raja Nong Chik jadi Menteri.
(2) Masa Syarikat Istijuara ini dapat projek itu pada tahun 2006, bukan anak Raja Nong Chik belum jadi pemegang saham. Pemegang-pemegang saham ialah orang-orang lain. Bermakna saham Syarikat itu hanya dibeli anak Raja Nong Chik selepas dapat Projek. Bermakna projek itu diperolehi Syarikat masa ia tak ada kena-mengena pun dengan Raja Nong Chik.

Nurul Izzah bukan tak tahu perkara ini. Tapi dia nak juga memfitnah.

Lalu dibawanya seorang saudara Raja Nong Chik, orang PKR, namanya Tunku Harmy dari Negeri Sembilan, utk beri Ceramah di Lembah Pantai dalam ceramah yang dihadiri Nurul izzah sendiri.

Habis apa kata Tunku Harmy?!

1. "Saya pada satu ketika dulu adalah Timbalan Presiden Kelab Usahawan Bumiputera. Pada ketika itu, Raja Nong Chik ni Bendahari saya. Tuan-tuan, saya tak nak kata dia tak baik, dia manusia yang baik!" - Tunku Harmy.

Hah, padan muka Nurul Izzah.

Lagi apa kata Tunku Harmy.

2. "Ni saya cakap ni tuan-tuan, minta maaflah Cik Nurul. Saya cakap macam ni menang pulak dia kan?! Dia manusia yang baik tuan-tuan. Dia jadi Bendahari, kira satu sen pun. Semua dia kira. Dia tak berani nak bohong, tak berani nak apa.., semua dia kira." - Tunku Harmy.

Hah. Lagi lah masak Nurul Izzah. Penceramah upahan nya baling tahi kat muka Nurul sendiri.

Lagi apa kata Tunku Harmy dr Negeri Sembilan ni ye?

3. "Jadi, saya tahu dia ni sejak dari kecil lagi. Keluarga dia pun keluarga orang baik-baik. Semua lurus-lurus. Rasuah tak nak, apa tak nak. Bapa dia kaya tuan-tuan, hidup lagi, umur 90 tahun dah. Saya ingat rumah pintu kedai yang dia beli, saya rasa nilai harta mau sampai 1 bilion tuan-tuan.” - Tunku Harmy

Hahahah. Ini Hari Ini Dalam Sejarah di Lembah Pantai. Penceramah Pakatan Rakyat puji melangit Raja Nong CHik. Kalau penceramah PKR sendiri kata Raja Nong Chik ini orang baik, amanah sehingga satu sen pun dia berkira, TIDAK rasuah, keluarganya semua baik-baik, elok benarlah tu.

Ini semua orang Lembah Pantai tahu!

Dan orang Lembah Pantai juga tahu dia datang dari keluarga usahawan yang sangat-sangat berjaya, dan sebab itu lah tak ada sebab untuk dia rasuah.

Terimakasih Nurul Izzah kerana akhirnya mengaku Raja Nong Chik ini baik dan calon terbaik untuk jadi wakil kepada rakyat Lembah Pantai!

Friday, May 18, 2012

HANGAT MENYENGAT!! - Raja Nong Chik dan Keluarga Mangsa Fitnah Politik?




Beberapa hari sebelum ini, ramai yang bertanyakan wartawan BLP mengenai isu salah guna kuasa oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Raja Nong Chik yang hangat diperkatakan dalam Internet.


Akhirnya semua terjawab apabila pagi ini Editor BLP menerima SMS daripada beberapa rakan blogger mengenai link sahabat ini: 


Sudah terang lagi bersuluh Dato Raja Nong Chik telah menjadi seorang lagi mangsa fitnah politik. Namun apa yang menyedihkan ialah percubaan politik hitam ini turut melibatkan keluarga beliau.


Kami di BLP mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk mengaibkan pemimpin terutamanya keluarganya. Lebih-lebih lagi jika ia berdasarkan fitnah.


Tuesday, April 24, 2012


VIDEO NURUL IZZAH ANWAR DIMAKI OLEH PENDUDUK LEMBAH PANTAI KERANA MENIPU!

Renungilah dan tatapilah gambar abang Rafee dari Flat Sri Pahang ini. Lihat raut wajah beliau yang menggambarkan seribu rahsia dan sejuta makna. 



Luka kesedihan dan keperitan beliau merelakan pemergian arwah isterinya hari ini berdarah kembali apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden PKR menghantar surat memutarbelit fakta sehingga menghantar jemputan untuk BERSIH 3.0 kepada arwah isteri beliau.


Abang Rafee merupakan seorang penduduk di Flat Sri Pahang, dan pada hari ini boleh dikategorikan sebagai seorang lagi mangsa politik rakus dan tidak bermoral Nurul Izzah Anwar. 

Abang Rafee menceritakan bagaimana anak beliau yang menggigil datang meberi surat dari Ahli Parlimen tersebut kepadanya. Menggigil kerana kesedihan yang tidak terkira meningkatkan arwah ibu yang tercinta.

Dengarlah penjelasan Abang Rafee sendiri dalam video ini:  

Dengarlah pula pesanan Abang Rafee kepada Nurul Izzah Anwar: 





PERSOALAN BLP ialah,

Oleh kerana Nurul Izzah Anwar begitu rakus untuk mempromosikan BERSIH 3.0 serta ingin membuktikan bahawa SPR itu salah apa hak beliau dalam kes yang pertama menipu dan melakukan helah kepada rakyat? dan dalam kes kedua menganggu emosi sebuah keluarga yang tidak berdosa?

Abang Rafee ada bertanya kepada wartawan BLP yang hadir, waris sudah menyerah surat mati kepada agensi yang berkenaan, dan SPR telah melakukan tugas dengan baik dengan mengeluarkan nama arwah isterinya yang tercinta daripada daftar pemilih, kenapa perlu Nurul Izzah Anwar, SETELAH EMPAT TAHUN PEMERGIAN ARWAH perlu menulis surat mengatakan bahawa SPR tidak telus, mengajak arwah menyertai BERSIH?

Penduduk yang hadir bersama abang Rafee juga merakamkan rasa kecewa yang tidak terhingga dengan tingkah laku Nurul Izzah Anwar yang hanya bermotifkan politik. 

Seorang daripada mereka ada berkata “Mana pernah dia jenguk nasib kami di Flat Sri Pahang ini?, mana beliau turun ketika penduduk dihadapi masalah? Ketika kita memerlukan batang hidung pon tak pernah Nampak. Kini bila dekat PIlihanraya dia menghantar surat yang bukan-bukan!. Percayalah kali ini penduduk Flat Sri Pahang akan menolak habis-habisan Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai ini”.
Desas desus mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar akan mengadakan sidang akhbar esok bagi menerangkan tingkah laku berniat jahat beliau ini. 

Warga Lembah Pantai dan SPR menunggu dengan penuh harapan agar Nurul Izzah Anwar meminta maaf atas segala tuduhan, penipuan, fitnah yang pernah dia lemparkan. 


Monday, April 23, 2012

HANGAT MENYENGAT!! NURUL IZZAH KANTOI MENIPU!!


Malam semalam lebih kurang jam 11 malam, wartawan BLP menerima panggilan daripada beberapa rakan dari Flat Sri Pahang. Mereka dalam perjalanan ke Balai Polis Travers untuk membuat laporan polis. Apa yang memeranjatkan ialah mereka membuat laporan polis menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai cuba untuk MENIPU pengundi di Lembah Pantai!.

Wartawan kami pergi untuk mendapatkan berita yang lebih terperinci namun, mereka meminta agar kami bersabar dan hadir sekali untuk sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 11.30 pagi tadi.

Semua persoalan terjawab apabila Setiausaha BN Lembah Pantai, Y Bhg Dato’ Sazali Kamilan menerangkan bahawa pada hari Isnin 23hb April 2012 pihak beliau telah menerima puluhan panggilan dan ada juga yang datang ke pejabat dengan membawa surat dengan letterhead dan ditandatangani oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai atau diberi nama MP Zombie oleh Penduduk Flat Sri Pahang di sini



Antara lain, kandungan surat ini:

Memulakan dengan menyatakan KERAGUAN terhadap Daftar Pemilih SPR dan mempromosikan Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012

2.     Memaklumkan penerima surat samaada mereka a) dibuang dari daftar pemilih, b) dipindahkan ke kawasan Parlimen lain c) disenaraikan sbg pengundi di laman web SPR tetapi tiada dalam daftar pemilih SPR

Justeru – penerima tidak lagi LAYAK mengundi di Lembah Pantai

Namun yang demikian, penerima surat pertama yang disemak oleh Persatuan Penduduk iaitu Encik Kamarudin Bin Dali melalui laman web SPR DAN melalui daftar pemilih SPR menunjukkan beliau masih mengundi di Lembah Pantai, di kawasan yang SAMA seperti sebelum ini.

Lihat gambar dibawah ini menunjukkan nama Kamarudin Bin Dali masih tersenarai sebagai pengundi Lembah Pantai. Mungkin beratus atau mungkin beribu surat yang telah diedarkan oleh Nurul Izzah.


Surat yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah Anwar kepada En Kamarudin 


Semakan daftar SPR bertarikh 23 April menunjukkan Kamarudin masih pengundi di Lembah Pantai 

Semakan ini telah menaikkan kerisauan penduduk tentang tujuan dan matlamat surat ini dikeluarkan. Ketika ditanya Sdr Kamarudin merayu kepada Nurul Izzah agar menghentikan perbuatan jahat yang mengelirukan rakyat seperti ini. Ini merupakan satu PENIPUAN dan cubaan MENGELIRUKAN rakyat yang dilakukan oleh PKR dan secara khususnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

BLP boleh merumuskan, TUJUAN DAN MATLAMAT PENIPUAN ini:

·   Provokasi dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap SPR agar mereka turun beramai-ramai untuk BERSIH 3.0 – ini antara sebab perenggan permulaan surat ini mempromosikan BERSIH 3.0 ini.

·   Mengelirukan pengundi terutama di kawasan kubu kuat Barisan Nasional agar mereka tidak keluar mengundi(BN menang di Peti Undi Bukit Bangsar walaupun Tsunami melanda di Lembah Pantai)

·   Menaikkan kemarahan rakyat agar mereka tidak keluar mengundi pada PRU 13 yang akan datang ini. Puluhan surat yang ditunjukkan kepada kami merupakan dari Bangsa Melayu di kubu kuat Barisan Nasional.

·   Kaedah yang sama telah digunakan oleh Nurul Izzah Anwar ketika pertandingan cabang di Lembah Pantai iaitu dengan mengelirukan penyokong-penyokong lawannya

Akibat dari PENIPUAN YANG TERANG LAGI BERSULUH ini dan memandangkan ini bukan kali pertama ahli politik PKR ini cuba menipu rakyat dengan dakyah yang tidak berasas Nurul Izzah Anwar perlu bertanggungjawab –

·   Menarik balik semua surat tersebut dan menghantar surat memohon maaf kepada setiap penerima surat tersebut serta setiap pengundi di Lembah Pantai dan seterusnya seluruh rakyat Malaysia yang sayang kepada demokrasi, kebenaran dan ketelusan

·   Memohon maaf kepada SPR kerana selama ini menuduh SPR bukan sahaja tanpa asas tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini

·   Memohon maaf kepada semua penjawat awam terutama yang bekerja di SPR kerana selama ini menuduh SPR tanpa asas, mengaibkan penjawat awam sebagai dalang penipuan dan pecah amanah tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini dan kakitangan agensi ini

·   Memohon maaf kepada penganjur BERSIH kerana akibat penipuan yang dirancang dan dicanang oleh beliau telah mencetuskan kekeliruan dan ketidakpuas hatian segelintir rakyat

·   Membatalkan perhimpunan BERSIH 3.0 kerana terbukti segala tuduhan yang dilemparkan kepada SPR sebenarnya bertunjangkan penipuan dan KEPENTINGAN POLITIK JUMUD Pakatan Rakyat semata-mata.

·   Meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR kerana telah didapati menipu rakyat di dalam kawasan beliau sendiri, menidakkan hak demokrasi rakyat dengan penipuan, demi kepentingan politik.

Ini merupakan PENYELEWENGAN proses DEMOKRASI secara terbuka yang tidak dapat dimaafkan. PKR telah cuba untuk memanupulasi hak dan suara rakyat dengan penipuan. Nurul Izzah Anwar HARUS BERTANGGUNGJAWAB terhadap tindakan beliau menghancurkan proses demokrasi yang kita perjuangkan selama ini!


Ikuti lagi pendedahan penuh emosi seorang lagi pengundi yang menceritakan bagaimana Nurul Izzah mempolitikkan arwah isterinya akan datang!

Jika Nurul Izzah Anwar tidak mahu menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan melakukan perkara diatas, BLP akan terus membongkar perbuatan jahat Nurul Izzah Anwar kepada setiap rakyat Malaysia demi KEADILAN dan KETELUSAN!



Wednesday, April 4, 2012

Nurul Izzah, Anda MP Luar Biasa

Ratu Kapal Selam dan Ratu Putar Alam, Nurul Izzah sekali lagi membuktikan jasa dan pengorbanannya khas untuk penduduk Lembah Pantai. Semalam, BLP telah membongkar bagaimana MP paling glamer ini memperalatkan segelintir penduduk Flat 4 Tingkat demi kepentingan politik jumud beliau.

Hari ini BLP akan menghuraikan lebih mendalam bagaimana kerakusan berpolitik Nurul Izzah telah menyebabkan kerugian yang tidak terhingga buat Penduduk yang termakan umpan racun beliau.

Pertama sekali, mereka telah hidup dalam kedaifan selama dua tahun. Sedangkan rakan-rakan mereka sudah lama berpindah ke rumah-rumah PPR yang jauh lebih selesa  berbanding dengan Flat 4 Tingkat, mereka terpaksa hidup dalam keadaan seperti ini:

 Gambar: Menunjukkan saiz dan keadaan Flat 4 Tingkat

Gambar: Menunjukkan keadaan di luar Flat 4 Tingkat

Gambar: Menunjukkan keadaan di Flat 4 Tingkat


Sedangkan mereka boleh tinggal di dalam rumah PPR berjiran dengan rakan-rakan dan jiran-jiran mereka seperti ini:



Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain dalam dunia ni yang bila penduduk di kawasan sendiri ditawarkan untuk tinggal rumah 3 bilik berbanding dengan rumah 1 bilik atau TIADA BILIK di Flat 4 Tingkat yang hanya 380 kaki persegi akan mengaburi mata mereka dan menidakkan hak mereka! Gila ke beb?

Kedua, mereka yang telah bersetuju akan mendapat rumah bernilai RM250 ribu dalam pasaran sekarang (mungkin RM400 ribu apabila siap dalam 3 tahun ini anggaran konservatif), atau mendapat pampasan tunai sebanyak RM 143 ribu serta merta beserta dengan beberapa insentif lain termasuk sewa yang dibayar, semua kos pengangkutan ditanggung dan lain-lain.

Oleh kerana Nurul Izzah telah menghasut segelintir mereka untuk membantah pembangunan, dan mengheret mereka ke makhamah, mereka hanya akan mendapat pampasan sebanyak RM 73 ribu sahaja. RUGI RM 327 ribu beb!! Itu kalau harga pasaran 3 tahun lagi RM400 ribu. Kalau pemaju letak harga macam UOA di bangsar South? Hampir RM1 juta untuk kondominium yang sama saiz. Padahal Bangsar South lagi masuk ke dalam! 4 Tingkat yang paling depan. Kalau gunakan itu, setiap penduduk RUGI RM 927 ribu! gila ke beb!



Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain yang bila penduduk ditawarkan potensi nilai sebanyak RM400 ribu  atau RM1 juta atau tunai sebanyak RM143 ribu, bantah dan memperjuangkan hanya RM73 ribu! Mana keadilan perjuangan ini? Gila ke beb?


Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa. Setiap kali tiup seruling ajak penyokong jatuh dalam gaung. Patutlah ramai dah sedar dan tinggalkan. Harapan wartawan-wartawan BLP, orang Kelana Jaya juga akan membaca “budi” dan “bakti” yang selalu ditabur oleh MP Luar Biasa ini. Nak lari mana beb?

Kenapa Orang Luar Nurul Izzah?



Persoalan kenapa Nurul Izzah, MP terpower dalam cerekawala membawa orang luar menceroboh masuk Flat 4 Tingkat semalam terjawab juga akhirnya pada jam 230 petang tadi.


Gambar: Hadirin yang datang untuk mengambil kunci PPR mereka

Sehari selepas “pertempuran berdarah” di perkarangan Flat 4 Tingkat Kerinchi, mereka yang dikatakan tidak bersetuju pindah telah menyerah balik surat dan mengambil kunci PPR masing-masing. Wartawan BLP yang turut diundang oleh penduduk setempat melihat sendiri bagaimana 24 dari 34 penduduk yang tertipu oleh Nurul Izzah datang untuk mengambil kunci masing-masing. Selebihnya sudah menandakan persetujuan tetapi tidak berkesempatan untuk hadir bersama disebabkan hal masing-masing pada waktu tersebut. Pihak BLP akan memberi pengemaskinian jumlah dari masa ke semasa.

Apapun, dari raut wajah mereka yang hadir petang tadi, wartawan BLP melihat dengan sendiri kesedihan mereka kerana terperangkap dalam permainan politik Nurul Izzah. Bukan sahaja mereka dipulau oleh rakan-rakan rapat, tertindas, tinggal dalam kedaifan selama dua tahun, mereka juga kerugian ratusan ribu ringgit dan pelbagai kemudahan yang lain. Semua akibat janji-janji yang ditabur dan tidak ditunaikan oleh Nurul Izzah.

Kami mendengar keluhan sesetengah dari mereka yang hadir petang tadi, akan bagaimana Nurul Izzah telah menjanjikan bulan dan bintang namun tidak dapat menunaikan satu pun janji kepada mereka. Mereka menanamkan rasa kesal kerana termakan helah dan sandiwara politik Nurul Izzah. Wartawan BLP juga sebak melihat kelibat Hj Hashim Selit yang sebelum ini begitu lantang hadir untuk mengambil kunci PPR beliau. Wajah Hj Hashim menunjukkan seribu makna.
Gambar: Haji Hashim meluahkan perasaan

Justeru persoalan yang membara pada hari ini ialah, Nurul Izzah hadir semalam bagi pihak SIAPA? Jika hari ini mereka bersetuju untuk ambik kunci, dia memperjuangkan SIAPA?

Jawapannya ialah beliau hadir semalam hanya kerana sandiwara politik dan disebabkan itulah Nurul Izzah terpaksa mengharapkan sokongan NGO Bukan Melayu dan Kumpulan Siswa dari luar. Kita perlu ibaratkan sandiwara politik semalam seperti kita sudah bersetuju untuk menjual motosikal dengan harga RM250 kepada bengkel tetapi Nurul Izzah datang dan mengatakan harga tersebut tidak adil, kita patut dapat RM350 kerana motosikal sudah bikin, ekzos baru tukar. Dia menjanjikan yang dia akan memperjuangkan agar kita mendapat RM350 untuk motosikal tersebut.

Tetapi setelah dua tahun, tanpa apa-apa usaha dari pihak beliau, motosikal kita makin rosak. Bengkel yang sama hanya mahu beli dengan harga RM150, itu pun untuk dijadikan besi buruk. Sedangkan rakan-rakn kita yang lain sudah menjual dengan harga lebih dari pasaran RM250 pada dua tahun lepas. Tak bebulu ke beb?. RM350 yang dijanjikan oleh beliau tinggal kenangan dan janji manis. Adakah kita akan berdiri sebelah Nurul Izzah? Sudah tentu tidak. Disebabkan itulah Nurul terpaksa memanggil orang luar untuk meramaikan Majlis beliau. Dan sebab itu jugalah BERLAKUNYA PERKARA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI di bumi Lembah Pantai ini.
Gambar: Tidak lagi tertipu!

Apa yang terang lagi bersuluh yang sebenarnya bukan sahaja Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mana-mana penduduk Flat 4 Tingkat malah beliau bertindak untuk MENIDAKKAN nikmat yang bakal diterima oleh penduduk setempat di situ. Ikuti pendedahan BLP seterusnya bagaimana kumpulan 34 rugi sebanyak RM177 ribu di dalam entry seterusnya…  

Tuesday, April 3, 2012

Kisah Sebenar Insiden Flat 4 Tingkat Kerinchi

Gambar: Perkarangan Flat 4 Tingkat Yang Menjadi Medan Pertempuran

Malam semalam, wartawan BLP terima SMS daripada rakan-rakan yang mengatakan akan berlaku protes di kawasan Flat 4 Tingkat Kerinchi pagi ini.


Berdasarkan makulmat serba ringkas tersebut, wartawan BLP berkumpul di kawasan Flat 4 Tingkat Kerinchi untuk menyaksikan dengan sendiri perkembangan pembangunan Flat 4 Tingkat Kerinchi yang sudah lama mendapat liputan media massa. Rugi kalau miss beb, headline story ni.

Gambar: Penduduk Mula Berkumpul. Ramai pak cik dan mak cik yang sudah berumur

8 pagi – Wartawan BLP mula lihat Penduduk Flat 4 tingkat Kerinchi berkumpul di perkarangan Flat 17 Tingkat. Pada mulanya wartawan BLP nampak ramai Pak Cik yang berkopiah dan mak cik yang hadir. Terkejut jugak, ingatkan protes ni selalunya anak-anak muda.


Rupa-rupanya mereka ini sebenarnya terdiri daripada 433 keluarga yang sudah hampir dua tahun berpindah dan sehingga sekarang menanti pelaksanaan pembangunan semula kawasan Flat 4 Tingkat Kerinchi ini. Mereka nampak tenang dan suasana boleh diibaratkan seperti majlis kahwin, terutama kerana mereka merupakan jiran tetangga yang sudah berdekad tinggal bersama.


Wartawan kami menerima maklumat sekumpulan siswa seramai 15 orang sudah berkumpul di LRT Universiti menunggu kehadiran MP yang tiada tolok bandingnya, Nurul Izzah.


8.40 pagi - Beberapa anak muda yang memakai baju biru dengan logo Persatuan Penduduk hadir membawa beberapa kain rentang dan mengedar risalah yang menceritai keperitan mereka yang sudah menunggu begitu lama. Keadaan masih tenang.


9 pagi - Penduduk yang hadir diketuai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, Tuan Hj Aziz mula mengangkat sepanduk dan melaungkan agar kerja pengosongan dijalankan secepat mungkin. Mereka ini bukanlah terdiri dari kalangan siswa atau orang luar tetapi semua dari kalangan majority besar penduduk yang telah memilih untuk membangunkan kawasan mereka. Permintaan ini, BLP dimaklumkan bukanlah baru malah ia mula-mula dicetuskan lebih daripada 20 tahun lepas. Lihat sahaja gambar ini, makcik yang naik kerusi roda pun turut turun untuk meluahkan perasaan mereka.


930 pagi - anak-anak muda pula mengambil giliran dengan melaungkan “kami nak pembangunan!”. “jangan haling hak kami!”. Keadaan sudah mula terasa panas. Tiba-tiba sekumpulan daripada mereka berpecah, ada diantara mereka yang bergegas menaiki anak tangga dari perkarangan Flat 17 tingkat menuju ke Flat 4 Tingkat. Rupa-rupanya mereka mendengar khabar bahawa MP paling hebat dalam dunia, Nurul Izzah sudah sampai diFlat 4 Tingkat bersama 10 orang yang kebanyakannya berbangsa Cina dari NGO Permas, Kumpulan Siswa dan beberapa orang berbangsa India. “Orang Luar dah masuk tanah kami!” keluh seorang pak cik. Dalam masa kurang 15 minit kumpulan Penduduk yang berkumpul di 17 tingkat sudah berada di railing menghadap Flat 4 Tingkat. Jumlah penduduk ketika ini berjumlah lebih dari 300 orang. Kami lihat ada pak cik, pak cik yang tidak mahu turun. “Semalam kita dah bincang, tak mahu pergaduhan”. “Tapi lihatlah, itu bukan orang kampong kita dengan Nurul Izzah. Entah siapa yang dibawanya” jawab mereka. Keadaan sudah semakin genting.
Gambar: Nurul bersama orang luar berbangsa India masuk ke Kampong

10 pagi – Mak cik-mak cik yang membawa kain rentang bertindak dahulu untuk turun ke perkarangan Flat 4 Tingkat. Kemudian semua penduduk turun dengam membawa kain rentang. Mereka ditahan oleh pihak polis yang menyekat mereka agar tidak turun berhadapan dengan kumpulan seramai 50 orang yang bersama Nurul Izzah. MP yang paling power dalam dunia ketika itu sedang memberi wawancara kepada laman-laman portal milik mereka. Anak-anak muda dari Persatuan Penduduk mula melaungkan “Buat apa Tanya dia? Tanya kami yang telah dianaiya!”
Gambar: Persatuan Penduduk turun ke perkarangan Flat 4 Tingkat, berdepan dengan
orang luar yang dibawa oleh Nurul Izzah

11 pagi – Penduduk mula berang apabila ahli NGO Permas yang bukan berbangsa Melayu dan tidak pernah turun ke Flat 4 Tingkat sebelum ini memberi wawancara.
Tetapi keadaan masih terkawal. Namun, melihat keadaan yang tidak ada apa-apa pergerakan ini, beberapa pelajar yang dikerah oleh Nurul Izzah, diketuai oleh Adam Adli mula naik keatas Flat tersebut dan mula memeriksa bilik-bilik satu persatu. Sesetengah daripada mereka mula melaung-laungkan slogan PKR dan mengibarkan bendera hitam.
Wartawan BLP sendiri melihat provokasi terhadap penduduk ini. Hakikatnya, orang awam memang tak boleh berada di tapak masa operasi sedang di jalankan. Adam yang diiringi oleh Ekhsan Bukharee dan rakan-rakan mereka dengan selamba terus masuk ke rumah-rumah.MP terhebat seantaro dunia mengetuai mereka menaiki Flat ini.  
Gambar: Wakil NGO Permas berbangsa Cina memberi wawancara mengenai Flat 4 Tingkat, menaikkan kemarahan Penduduk


Wartawan BLP sendiri melihat provokasi yang dilakukan oleh kumpulan Adam Adli ini mengundang kemarahan penduduk setempat.

Benteng polis yang menahan ratusan Penduduk ini mula longgar dan ramai diantara mereka terutama anak-anak muda mengikuti jalan tepi untuk berhadapan dengan kumpulan Adam Adli yang terus melaungkan provokasi.


Beberapa anak muda yang memakai seragam Persatuan Penduduk berwarna biru mula naik ke atas untuk meminta Nurul Izzah dan orang-orang luar ini untuk tidak memasuki tanah mereka.

Pergaduhan bermula apabila dalam kemarahan beberapa orang anak muda dari Persatuan cuba untuk mengambil bendera hitam yang tergantung di bangunan. Kumpulan Adam Adli yang memang sudah terkenal dengan provokasi bendera mula bertindak liar. Insiden tolak menolak berlaku. Beberapa orang sempat mengambil rakaman video insiden bendera yang memulakan pergaduhan ini (Editor: pihak BLP sedang berusaha untuk mencari video ini dan jika anda mempunyai rakaman diharapkan dapat berhubung terus dengan wartawan kami.)


Seorang daripada anak muda Persatuan penduduk terkena tumbukan kumpulan Adam Adli dan kami terima laporan ada yang terkena ludahan kumpulan siswa ini. Ini merupakan tindakan luar batasan yang membuatkan pergaduhan tidak dapat dielakkan. Dua orang Pemuda dari Persatuan Penduduk yang berada di tingkat bawah yang sempat menyaksikan insiden ini naik amuk dan mula menuju keatas.

Gambar: Rakan-rakan Adam Adli terus memberi provokasi kepada Penduduk

Polis yang berada disitu bertindak untuk mengiringi Adam Adli dan orang kanannya Ekhsan turun dari Flat 4 Tingkat.Diakui wartawan BLP sendiri menyaksikan bagaimana anak-anak muda dari Persatuan Penduduk mula “naik angin” dan seorang daripada mereka melepaskan tumbukan kepada Adam Adli ketika beliau turun dari tangga. Tetapi lihat sahaja gambar Ekhsan yang walaupun diiringi dengan begitu tertib oleh pihak polis yang khuatir akan keselamatan beliau sempat lagi melakukan provokasi terhadap penduduk.


1145 pagi - Keadaan kembali reda apabila FRU masuk ke kawasan dan menyuraikan kumpulan yang sedang berkumpul. Wartawan BLP sempat menemuramah beberapa warga ibu, ada yang menangis melihat perlakuan siswa dan NGO yang datang dari luar hanya untuk membuat kacau di tempat orang. Anak-anak muda yang masih berang cuba dikawal oleh rakan-rakan mereka tetapi apa yang nyata ialah percaturan politik Nurul Izzah untuk menidakkan hak majoriti penduduk di situ tidak boleh lagi dipandang dengan sebelah mata.


Persoalan yang mungkin anda tanya, kenapa Nurul Izzah melakukan provokasi dengan membawa orang dari luar Flat 4 Tingkat?. Kenapa Adam Radli dan konconya yang sebelum ini tidak pernah berada di kawasan itu boleh tiba-tiba muncul?


Sedangkan jelas dan nyata yang dibenarkan disitu pada hari ini ialah penduduk dan penjawat awam yang berkaitan?. BLP telah mendapat jawapan bagi persoalan ini. Baca entry seterusnya….