Wednesday, December 12, 2012

Kantoi! Raja Nong Chik menangis dibalun Nurul Izzah.


Raja Nong Chik tak dapat tahan kesedihan mengenangkan para sahabat aktivis
yang tak sempat bersama-sama di hari bersejarah ini kerana telah dipanggil ilahi.
Datuk Adnan, KSU KWPKB yg memakai baju merah turut kelihatan sebak.

Bersama sahabat lama, pejuang tempatan dan Pengerusi
Persatuan Penduduk, Tuan Hj Ahmad Rahman.


Pada hari Sabtu 8 Disember yang lalu, berlaku satu kejadian melibatkan Raja Nong Chik yang menyentuh hati semua yang melihatnya, termasuk para wartawan yang berada di dalam rumah contoh K-baru Kerinchi. Para wartawan media massa pada masa itu sedang menunggu sesi sidang media mengenai Majlis Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru di tapak lama Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Selama 25 tahun berjuang sejak zaman Pemuda lagi, Raja Nong Chik bersama-sama dengan para aktivis dan sahabat Flat 4 Tkt kerinchi, akhirnya perjuangan mendapatkan perumahan yang baru untuk Penduduk Flat 4 Tkt Kerinchi membuahkan hasil.

Namun, ramai para pejuang yang sama-sama gigih berusaha dengan Raja Nong Chik sudah pergi bertemu Ilahi. Malang, mereka tidak dapat menyaksikan titik peluh mereka, melihat rumah contoh K-Baru Kerinchi yang lebih 2 kali ganda luas dari rumah mereka sekarang, dengan kemudahan moden dan persekitaran selesa untuk membesarkan anak-anak dan untuk ditinggalkan pada anak cucu.

Oleh sebab itulah, tiba-tiba semasa Majlis Kenduri Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru Kerinchi iaitu sebahagian Pembangunan Semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, Raja Nong Chik tidak dapat menahan sebaknya dan tiba-tiba mengalir air matanya. Tuan Hj Ahmad Rahman yg disebelahnya juga tidak dapat menahan sedih. Inilah tanda keikhlasan perjuangan.

Penduduk Flat 4 Tingkat beruntung kerana Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, dilantik jadi Menteri pada tahun 2009. Sebaik Raja Nong Chik dilantik menteri, beliau mengumumkan bahawa perumahan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah menjadi antara salah satu fokus utama beliau.

Dalam minggu pertama beliau jadi Menteri, beliau melawat pangsapuri swasta di Sentul yang lif nya sentiasa rosak. Tapi Kerajaan tak boleh nak tolong sebab tiada peruntukan untuk perbaiki lif perumahan swasta. Jadi Raja Nong Chik, Kementerian Wilayah dan DBKL keluar dengan satu idea, iaitu buat satu Tabung Penyelenggaraan Khas untuk ini.



Maka lahirlah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk perumahan kos rendah, yg pencapaiannya sangat baik sehingga Kerajaan Pusat mengambil idea ini dan memperkembangkannya ke seluruh negara, dan PM juga setuju dengan cadangan Kementerian Wilayah supaya ia dikembangkan ke perumahan swasta sederhana. Baru-baru ini, Raja Nong Chik telah ke Johor dan Penang, untuk melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan perumahan swasta terpilih untuk program ini.

Dan sudah tentu lah Lembah Pantai special di hati Raja Nong Chik sebab dah 25 tahun dia di sini sejak zaman Pemuda UMNO lagi, dan antara fokusnya ialah Flat 4 Tingkat Kerinchi, flat tertua di Lembah Pantai, dengan keluasan 350-450 kaki persegi.

Maka dipanggil cadangan dari pemaju berminat, kemudian Pemaju diminta buat presentation pada pemilik dengan pakej-pakej mereka, lalu Pemaju dipilih oleh pemilik sendiri. Ini lebih 2 tahun lepas. Tapi projek ini memerlukan persetujuan semua, maka penyokong-penyokong PAS dan PKR yang tinggal di situ, dengan hasutan Nurul Izzah dan kebencian pada Kerajaan BN, enggan setuju.

Selama 2 tahun projek ini tertangguh kerana angkara Nurul Izzah yang tak habis-habis cuba menggagalkan projek ini. Kenapa dia mahu gagal? Sebab kalau jadi habislah undi 4 Tingkat pergi ke Raja Nong Chik. Allah Maha Besar dan akhirnya projek ini berjaya juga.


Rezeki Allah SWT. Dari Flat Usang berharga RM 45-70 IBU seluas 350-450 kaki persegi
penduduk dapat Pangsapuri Mewah dianggar berharga RM500-600RIBU bila siap nanti
secara PERCUMA, dengan sewa 3 tahun sekarang ini dibayar Pemaju yang diundi
oleh penduduk sendiri.

Kami di Berita Lembah Pantai mengucapkan tahniah pada pemilik dan Pewaris Flat 4 Tingkat, pada Raja Nong Chik sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, pada semua pejuang UMNO dan aktivis tempatan, dan pada semua yang berusaha hingga projek ini berjaya.

Raja Nong Chik, jasamu dikenang.


2 comments:

  1. nanti adalah yang bagi tau mereka-mereka yang menangis tu dah kena bayar untuk menangis macam di PAU 2012. hehehe

    ReplyDelete
  2. Casino Night Party at Hard Rock - MJH Hub
    Find out what's available at Hard Rock Casino Night 포천 출장샵 Party in Hard Rock, MS 남원 출장마사지 and get 이천 출장샵 tickets for your 김제 출장마사지 next event. Hard Rock Casino 과천 출장안마 Night Party in

    ReplyDelete