Thursday, December 6, 2012

Masjid Ar-Rahman Lembah Pantai memang perlu diperbaiki, kenapa dipertikaikan?

Mengapa tiba-tiba Nurul Izzah dan para pegawainya seperti Fahmi Fadzil tiba-tiba mahu menjadi JUARA isu penutupan Masjid Ar-Rahman?

Masjid Ar-Rahman usianya sudah lebih 40 tahun, bahagian dalamnya sangat uzur. Letrik selalu trip, dan memang sudah tiba masanya major re-wiring dilaksanakan. Karpet nya kalau sujud terpaksa tahan nafas, tak tahu lah berapa banyak debu dan bakteria dalam karpet. Bahagian dalamnya kadang-kadang rupa stor pun ada.


Memang dah bertahun saya yang selalu juga singgah di situ terfikir, 'bila lah gamaknya nak direpair Masjid ini? Tak logik langsung Masjid tengah-tengah KL begini!"

Alhamdulillah akhirnya baru-baru ini JAWI dapat peruntukan utk baikpulih Masjid. Dan JAWI pun keluar arahan tutup sementara Masjid dari 1 Disember 2012 hinggan Jun 2013.




Kenyataan akhbar JAWI:
 PENUTUPAN SEMENTARA MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BARU

Bahawasanya saya Datuk Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menentukan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan oleh para jemaah terutama pada solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.

Oleh kerana terdapat banyak kerosakan di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru meliputi kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian, kerosakan paip air dan air melimpah ketika hujan lebat, masjid ini telah ditutup sementara. Kerosakan ini mengancam keselamatan jemaah masjid sekiranya lambat dibaiki.

Sehubungan itu, JAWI telah mendapat peruntukan kewangan baru-baru ini untuk membaikpulih masjid pada tahun 2012. Masjid Ar-Rahman akan ditutup sementara mulai 1 Disember 2012 dan notis penutupan sementara telah dikeluarkan pada 20 November 2012. Penutupan ini bermula 1 Disember 2012 sehingga kerja-kerja baikpulih siap pada akhir bulan Jun 2013.

Oleh demikian saya memohon ahli-ahli jemaah menunaikan solat di masjid berhampiran iaitu Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Oleh demikian kenyataan daripada orang tidak bertanggungjawab mengatakan kita menutup masjid adalah  tidak benar sama sekali kerana penutupan masjid untuk dibaiki demi untuk keselamatan dan keselesaan jemaah.

Sehubungan itu jangan ada pihak yang bermain politik dan isu ini diputarbelitkan kerana JAWI dan Kerajaan sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Jadi sebenarnya BUKAN TUTUP MASJID, tapi Kerajaan BN melalui JAWI nak repair Masjid.

Mengapa tiba-tiba Nurul Izzah, yang tidak ada usaha mahu repair Masjid, sebaliknya menegaskan pula yang MELAYU JUGA BERHAK MURTAD, berdegar-degar mahu menjuarai isu Masjid Ar-Rahman?

Kenapa?

Why?

Sebabnya ialah Nurul Izzah dihentak hebat selepas kenyataan nya mengenai murtad tempoh hari.

Walapun dia cuba memutar cerita, tetapi buktinya ada dalam video!

Malah, ceritanya dimulakan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today sendiri!

Maka dengan itu dia dan penyokong-penyokongnya di Lembah Pantai, termasuk pelajar-pelajar UM yang menyokong PAS, sedang mencari kes-kes Agama dan Melayu untuk mereka juarai!

Maka sebab itulah kes Masjid Ar-Rahman, yang sebenarnya tak ada kes langsung pun, dijadikan satu isu yang sangat besar!

Itu saja!

Mereka sendiri pun lebih dari tahu yg Masjid Ar-Rahman patut diperbaiki sepenuhnya!

Jadi kami di Berita Lembah Pantai memohon dengan ikhlas pada Nurul Izzah, pegawai-pegawainya, dan penyokong-penyokongnya, supaya jangan ganggu usaha JAWI nak baiki Masjid ini. Biarlah kontraktor JAWI buat wiring balik, buat karpet balik, dan restruktur balik Masjid ini. Masjid ini duduknya tengah-tengah Lembah Pantai, biarlah ia diberi peluang untuk sama taraf dengan Masjid-Masjid baru lain di KL.

Kenapa nak ditentang?

Jangan lah pasal Nurul Izzah nak lepaskan tengkuknya dari bahana kenyataan dia sendiri tentang isu Murtad, dia mangsakan Masjid Ar-Rahman dan pengguna Masjid!

Takkan lah ini pun nak politik YB Nurul!

No comments:

Post a Comment