Monday, March 15, 2010

Sedikit sejarah Kampung Kerinchi

Bagi mengkaji dan meneliti tentang sejarah pembukaan Kampung Kerinchi ini dapat dikenal pasti bahawa orang yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting dalam mengasaskan pembukaan tanah di Kampung Kerinchi dan kawasan di sekitarnya ialah Haji Abdullah bin Ahmad.[1]

Kedatangan Haji Abdullah bin Ahmad ke Tanah Melayu bukanlah secara individu tetapi beliau telah datang ke mari dengan membawa isterinya serta ahli keluarga yang lain terutamanya mereka yang tinggal sekampung di tempat asal mereka iaitu Desa Tanjung Tanah, Kerinci. Haji Abdullah bin Ahmad telah datang bersama isterinya yang bernama Hajah Fatimah binti Haji Arfah. Beliau telah datang ke Tanah Melayu bersama keluarga beliau pada abad ke-19. Melalui perkongsian hidup di antara Haji Abdullah dan Hajah Arfah, mereka berdua telah dikurniakan tiga (3) orang anak iaitu Haji Ahmad, Hajah Halijah dan Aishah.Pada asalnya sebelum datang ke Tanah Melayu, Haji Abdullah terpaksa menghadapi kehidupan yang susah di kampung asalnya.

Kesusahan yang dialami di kampung asalnya telah mendorong beliau bersama isterinya untuk datang berhijrah ke Tanah Melayu. Tujuan utama kedatangannya ke Tanah Melayu adalah untuk mengubah nasib yang dialaminya. Manakala antara faktor lain yang turut menjadi pendorong utama pada ketika itu ialah ingin mengumpulkan wang bagi menunaikan haji di Mekah.[2]

Haji Abdullah juga dikatakan merupakan seorang yang alim dalam pengetahuan ilmu-ilmu agama Islam. Dikatakan bahawa beliau banyak membeli kitab-kitab agama bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dalam bidang agama. Kebanyakan kitab agama yang dibelinya dikarang menggunakan Bahasa Arab. Haji Abdullah juga dikatakan bahawa mampu bercakap dalam Bahasa Arab dengan fasih.[3]

Kelebihan yang terdapat dalam dirinya ini telah membolehkan Haji Abdullah mengajar ilmu-ilmu agama kepada orang ramai terutamanya orang-orang Kerinchi dan orang lain. Menurut cucu dan cicitnya, beliau mempunyai anak murid yang ramai yang datang belajar ilmu-ilmu agama darinya termasuklah menantunya sendiri iaitu Haji Ali bin Haji Fakih.[4]

Di Kampung Kerinchi ini beliau sangat dihormati oleh orang-orang Kerinchi dan masyarakat setempat berdasarkan kealiman dirinya. Sering kali nasihat yang diberikan kepada masyarakat diterima baik dan masyarakat setempat selalunya merujuk dirinya untuk meminta pandangan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dialami.Haji Abdullah telah menjadi perintis kepada proses petempatan orang Kerinchi di Kampung Kerinchi. Beliau telah mendirikan rumahnya di Kampung Kerinchi di mana tapak rumah asalnya sekarang ini telah dibangunkan semula oleh pihak UDA.

Walaupun begitu penerokaan tanah di Kampung Kerinchi telah dilakukan oleh Haji Abdullah dan orang-orang Kerinchi yang lain pada abad ke-19. ‘Kampung Kerinchi, situated beside the Federal Highway near University Malaya, was founded by a group of Sumatrans from Kerinchi in 1890s [5]

Kedatangan Haji Abdullah ke Tanah Melayu tidaklah secara terus membuka petempatan di Kampung Kerinchi tetapi beliau telah meneroka dan membuka kawasan lain terlebih dahulu. Pada ketika itu kawasan yang menjadi tumpuan orang Kerinchi ialah di Bukit Nanas. Melihat kepada keadaan bentuk muka bumi di kawasan baru ini mempunyai banyak persamaan dengan kawasan asal membolehkan mereka terus membuka petempatan dan tinggal menetap di sini. Orang Kerinchi merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan pergunungan tanah tinggi serta mempunyai darjah suhu yang rendah. Oleh itu, memandangkan bentuk muka bumi di kawasan baru ini terutamanya di Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri yang bersifat tanah tinggi telah mendorong mereka untuk meneroka kawasan baru ini.

Hal ini kerana bentuk muka bumi kawasan Kuala Lumpur atau di sepanjang Lembah Klang merupakan kawasan yang berbukit dan mempunyai ciri-ciri tanah tinggi.‘These Sumatrans had set foot on Malayan soil as early as the 1850s. The settled in Bukit Nanas and Sungai Besi, and grew pineapples. Later, they move on and ended up founding Kampung Kerinchi where they cleared land and cultivate vegetables, fruits and padi’.[6]

Semasa meneroka di Bukit Nanas, orang-orang Kerinchi telah menjalankan kegiatan menanam nenas sebagai aktiviti pertanian mereka. Oleh itu, nama Bukit Nanas telah diberikan sempena kegiatan penanaman nenas yang banyak disitu oleh orang-orang Kerinchi. Penerokaan orang Kerinchi di Bukit Nanas dapat dibuktikan dengan surat lantikan yang dibuat oleh Pengulu Kuala Lumpur kepada Haji Abdullah Hukum:‘Bahawasa-nya adalah kita Raja Mahmood ibni almorhum Sultan Mohamed Selangor. Penghulu mukim Kuala Lumpur serta penolong kita Raja Hussin ibni Ra-ja Indut, telah mengangkat Haji Abdullah Hukom bin Haji Abdul Rahim, menjadi Datok Dagang di-dalam da’erah Bukit Nanas daripad-a bangsa Kerinchi dan Jambi sekalian-nya. Maka hendak lah mer-ika2, yang tersebut itu mengi-kut, apa apa yang menjadi jalan kebajikan diatas diri masing2, yang diperbuat uleh Dato Dagang s-eperti nasehat2, yang tersebut di-bawah ini’.[7]

Pernyataan di atas cukup membuktikan bahawa sebelum membuka kawasan di Kampung Kerinchi, orang Kerinchi sudah pun menjadi peneroka terawal di Kuala Lumpur disamping turut menyumbang kepada pembangunan Kuala Lumpur melalui aktiviti dijalankan.[8] Selepas mereka meneroka di Bukit Nanas, orang Kerinchi telah mengembangkan pengaruh mereka di kawasan lain sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Pudu,[9] Kampung Kerinchi, Sungai Putih (Kampung Haji Abdullah Hukum) dan Petaling Jaya. Artikel ini diambil daripada kebenaran penulis hasil daripada kajian Latihan Ilmiah Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[1] Temubual dengan Md. Yusof b. Omar pada 29.1.2008, Hajah Juriah bt. Abdullah pada 9.2.2008, Hajah Sapiah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008, Hajah Reyah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008, Ismail@Mohd Yusuf b. Mat Kali pada 21.5.2008, Haji Yahya b. Mohammad pada 22.5.2008, Haji Idris b. Haji Ariffin pada 24.5.2008 dan Jamaluddin b. Omar pada 3.6.2008.Md. Yusof b. Omar dan Jamaluddin b. Omar merupakan generasi keempat dan merupakan cicit kepada Haji Abdullah b. Ahmad manakala Hajah Juriah, Hajah Sapiah dan Hajah Reyah merupakan generasi ketiga dan cucu kepada Haji Abdullah b. Ahmad. Hajah Sapiah dan Hajah Reyah merupakan adik-beradik dan juga sepupu kepada Hajah Juriah. Haji Yahya pula merupakan cucu saudara kepada Haji Abdullah dan neneknya mempunyai adik-beradik kepada Hajah Fatimah iaitu isteri kepada Haji Abdullah. Manakala Haji Idris turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Hajah Fatimah bt. Haji Arfah, isteri kepada Haji Abdullah.[2] Temubual dengan Hajah Reyah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008[3] Temubual dengan Md. Yusof b. Omar pada 13.5.2008.[4] Temubual dengan Md. Yusof b. Omar pada 29.1.2008, Hajah Reyah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008, Ismail@Mohd Yusuf b. Mat Kali pada 21.5.2008[5] Lam Seng Fatt, Insider’s Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Times Media Private Limited, 2000, hlm. 182. [6] Ibid, hlm. 183.[7] Selangor Secretariat 1668/1922[8] C. W. Watson, Rawa and Rinchi: a further note, JMBRAS vol. 55, 1982, hlm. 88.[9] Warta Ahad, 27 Oktober 1935.

Thursday, March 4, 2010

Nurul Izzah tak ada satu pun soalan Parlimen tentang Lembah Pantai

Sesungguhnya blog ini bukanlah bertujuan untuk menghina atau memftnah tak tentu pasal, sebaliknya dibuat sebab dah fed-up sangat dah dengan ahli parlimen Lembah Pantai ni, yang bunyi nya macam terer benar, tapi mak oii lemah bukan main. Baik Shahrizat Jalil dulu!

Ini perkara terbaru yang saya perasan. Sambil membaca blog terkini Wee Choo Keong sebab nak baca berita beliau nak keluar PKR, saya pun tengoklah soalan-soalan yang beliau akan kemukakan di Parlimen kelak. Soalan-soalan ni kena masukkan awal-awal, kalau tak, tak masuk register.

Maka saya pun tergerak hati nak tengok apa soalan pasal Lembah pantai pulak yang nurul utarakan. Mak oii, terkejut saya! Tak ada satu pun soalan pasal Lembah Pantai yang Nurul kemukakan! Apa punya turr lah Waibi sorang ni? Sapa lah yang prepare soalan Waibi? Dah tentunya bukan orang Lembah pantai!

Itulah, kalau nak ambik penolong dan pegawai tu biarlah orang yang dari awal memperjuangkan isu-isu Keadilan di sini, sejak zaman tak wujud parti lagi. Bukan ambik bebudak baru yang tak tahu dari mana asal-usul.

Apalah nak jadi hai Nurul Izzah??!