Saturday, December 5, 2009

PKR Lembah Pantai menyusahkan 375 keluarga (83%) Rumah Pangsa Kos Rendah 4 Tingkat, Kg.Kerinchi yang mahu berpindah

Saya terbaca satu blog tadi dan nampak memo Nurul Izzah pada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, pasal kes penduduk2 Rumah Pangsa 4 Tingkat Kg Kerinchi.

Menurut memo itu, para penduduk

“telah dikerah berpindah dalam upacara penyerahan kunci pada hari Rabu, 2 Disember”.

Saya pun tak faham lah kenapa Nurul dengan Keadilan lembah pantai ni nak sangat menyusahkan orang. Nak buat isu di tempat yang tak ada isu. Ini usaha DBKL dan Kerajaan Pusat nak naikkan taraf hidup penduduk, beri mereka rumah yang lebih baik, sepatutnya sebagai seorang pemimpin rakyat beliau patut sokonglah, walaupun usaha dibuat oleh Parti lain.

Kalau orang luar yang tak tahu membaca memo tersebut, mungkin mereka ingat ini kezaliman DBKL atau Kementerian Wilayah Persekutuan.

Apa yang mereka tak tahu tetapi Nurul tahu ialah perpindahan itu diminta oleh 83% penduduk tempatan atau lebih tepat lagi 375 keluarga yang tinggal di situ. Nurul tinggal kat situ ke? Kenapa mereka mintak pindah? Ini sebab rumah tu memang terlalu kecil, dan merupakan tinggalan zaman-zaman awal rumah pangsa di KL. Rumah Pangsa 4 tingkat kerinchi ini kebanyakannya 300-400 kaki persegi sahaja, dan hanya ada satu bilik atau tak ada bilik langsung! Rumah baru mereka nanti pula akan ada standard 3 bilik tidur dan 2 bilik air, macam mana-mana apartment biasa di KL yg sewanya 750 ke 900 ringgit. Buat sementara waktu pula, mereka ini akan ditanggung sewa selama 3 tahun! Tanggung sewa selama 3 tahun, walaupun diketahui ramai di sini yang mengundi Keadilan Mac tahun lepas!

Ada yang kata takut sebab tak ada undertaking yang mereka kan pindah ke sini semula. Macam mana nak undertaking kalau pemajunya pun belum dilantik! Tapi ini bukan kali pertama DBKL membangunkan kawasan flat lama. Sebelum ini di Flat Pekeliling dan Projek Linear City undertaking sedemikian telah diberi oleh pemaju sebagai satu syarat DBKL. Cuma macam kes ini nak undertaking apa kalau tak ada pemaju lagi! Ada pemaju nanti undertaking akan diberikan lah!

Apapun sebab keghairahan tak bertempat Keadilan lembah pantai dan Nurul Izzah yang hanya pandai membangkang, mereka telah berjaya mempengaruhi minoriti kecil penduduk untuk tak mahu pindah. Akibatnya golongan majoriti pulak yang jadi mangsa.

Monday, November 30, 2009

Susah sangat ke Ahli Parlimen Lembah Pantai nak turun padang?

Rata-rata orang Lembah Pantai yang memangkah Keadilan Mac 2008 lepas tak puas hati dengan prestasi Keadilan kawasan Lembah Pantai, termasuk lah YB merangkap ahli parlimen Puan Nurul Izzah.

Komen yang paling jelas sekali ialah kemalasan beliau turun padang. Komen ini bukan baru, sebaliknya dah lama berbunyi dah, cuma semenjak dua menjak ni benda ini semakin jelas bunyinya.

Seperti yang saya kata kat atas, benda ni bukan baru. 5 bulan selepas Keadilan merampas Lembah Pantai, Nurul terpaksa mengeluarkan satu kenyataan yang disiarkan Malaysiakini menyatakan kekesalannya kerana terdapat tuduhan dia tak turun padang. Malah dalam blognya juga terdapat komen pembaca yang meminta beliau sendiri turun padang, bukannya pegawai-pegawai beliau saja, sebab pegawai-pegawai masing-masing ada kawasan sendiri yang di’anakemas’kan. Lagipun, tak ada siapa yang lantik pegawai-pegawai ini jadi wakil rakyat.

Kata satu komentar dalam blog beliau sendiri,

“Tan Tin Hok

Dear YB Nurul,

I was one of those who thought you had gone AWOL after the election. Put the blame on the media!”

Mujurnya komenter itu tak menyalahkan Nurul 100% tapi menyalahkan media pula!

Dalam satu lagi komentar dalam satu blog berkaitan KL, bertarikh May 20, 2009

”Nurul Izzah,

Please be on the ground more frequently.

During the tenure of Shahrizat Jalil as Lembah Pantai MP, potholes, faulty traffic lights and other minor inconveniences were attended to very promptly.

I notice that there have been a drastic lowering of service since you became MP for the Bangsar area.

For one, the traffic lights at Jalan Ara have not been functioning since Thursday last week (14/5/09). Shahrizat’s staff would have the traffic lights fixed within a day!

Wake up, and don’t be a lousy MP!”.

Marah betul! Tapi yang jelas semakin ramai rakyat Lembah Pantai yang marah-marah dengan Nurul.

Zaman Shahrizat dulu, kalau ada kebakaran tengah malam, terus nampak muka Shahrizat. Shahrizat kalah pun bukan sebab dia tak turun padang, tapi sebab masalah kelulusan jual beli rumah PPR dan Perumahan Awam DBKL yang tak selesai-selesai. Itupun bukan salah Shahrizat sebagai YB mahupun UMNO kawasan, tapi sebab Kerajaan Pusat yang lambat betul nak buat keputusan. Dicampur dengan berbagai faktor nasional yang tak ada sangkut-paut dengan Lembah Pantai, Shahrizat hanyut, walaupun dari segi turun padang dan buat kerja beliau memang bagus.

Tapi kini dengan Nurul Izzah rakyat Lembah Pantai makin terasa ketidakhadirannya. Keadilan lembah pantai pun nampak lemah. Tak ada kerjasama yang mantap antara golongan reformis dengan pegawai-pegawai YB. Website AMK Lembah Pantai pun tak ada cerita tempatan, tak habis-habis dengan isu nasional.

Kalau macam ini lah gayanya susah lah Keadilan nak kekalkan Lembah Pantai pilihanraya depan!

Sunday, November 22, 2009

Apa yang Keadilan Lembah Pantai dah buat lepas menang pilihanraya?

Ini bukan soalan saya, tapi soalan pakcik yang marah-marah masa minum-minum kat sebuah gerai tepi jalan dekat Taman Gasing Indah. Tak jelas sama ada pakcik ini orang UMNO atau orang parti apa. Bunyinya macam orang PAS yang mengundi Keadilan pilihanraya lepas, sebab perbualan beliau yang tunggang-terbalik bercampur-aduk dengan kutukan terhadap kes royalti minyak Kelantan, dan kerajaan perpaduan, sambil menembak-nembak Nasha Timbalan Presiden PAS. (ada lagi rupanya orang ambik pot pasal hal kerjaan perpaduan ni.).

Saya pun tak kenal pakcik tu. Cuma sebab saya ke sana dengan seorang kenalan lama untuk ke Majlis kahwin seorang lagi kenalan lama, maka bila dia berhenti tepi jalan nak beli rokok sambil minum sekejap, dan dia pulak kenal satu group ni yang termasuk pakcik tu, maka kami pun join sama.

Berbalik kepada tajuk. Intipati kes tak lain tak bukan ialah kebengangan Pakcik tersebut dengan Parti Keadilan. Menurut pakcik tersebut, Parti Keadilan membawa runtuh kepada Pakatan rakyat, terutama sebab pemimpin-pemimpinnya yang tak boleh pakai. Dua pemimpin lompat pagar PKR di Perak menjadi target utama belasahan beliau.

Tak lama dia bawak cerita tempatan pulak. Kata beliau, budak-budak Keadilan Lembah pantai tak berapa nak ambik campur dengan hal Keadilan cabang Lembah pantai sebab lepas Nurul menang, orang-orang lama dari geng reformasi tak dapat tempat. Sebaliknya Nurul bawak orang-orang baru yang pulak nak tunjuk pandai macam depa je yang lebih tahu masalah penduduk. Dan orang-orang baru ni pulak asyik atur program kat tempat asal masing-masing, bukannya di kawasan Taman Bukit Angkasa yang ramai-ramai mengundi Keadilan pilihanraya lepas.

Maka sudah ada macam satu masalah dalam Keadilan Lembah Pantai. Ikut kata pakcik tu, Keadilan patut ikut PAS yang takde gaduh-gaduh dalaman begitu. Saya dalam hati kecil berkata pakcik ni dah sah-sah tak baca internet. Kalau tak mesti dia dah tahu PAS la yang sedang dok parah internal fighting sekarang ni.

Kata pakcik tu lagi, Keadilan pun dah risau tengok Raja Nong Chik yang rajin turun ke sana-sini pergi berbagai majlis, mengalahkan Shahrizat waktu dulu pulak. Isu PPR dan PA pun sedang ditangani, siapa yang nak beli rumah dah boleh beli. Kata pakcik tu lagi, sekarang ni Keadilan hanya tunggu pilihanraya saja dan akan concentrate kerja-kerja pilihanraya. Tapi kata dia, tak tentu lagi lah undi tu ke tempat yang sama kali ni. Dalam hati saya, hmm, menarik sungguh politik lembah pantai hari ini.