Sunday, April 21, 2013

(video) Hadi Awang beri sebab PAS lawan PKR di 7 tempat, calon tukang edar pil kuda katanya. Biar betul!



Ini alasan yang diberi Haji Hadi dalam Video Besi. Tapi tak boleh caya, video itu besi macam kata Haji Hadi lah.

1. Tak mau Pakatan jadi macam Perak, memerintah sekejap.

2. Calon tangkap muat.

3. Di Panti, sebab Calon PKR tak masuk-masuk. Hadi bayangkan calon PKR ada kemungkinan jual pencalonan.

4. Ada calon-calon PKR Tukang Edar Pil Kuda.

5. Ada calon julang gambar Lenin, gambar Stalin, letak gambar Karl Marx dalam markas.

6. Tak mahu syaitan-syaitan masuk dalam Rakyat.

7. Kaki-kaki 'halu' jadi calon, PAS tak boleh terima.

Mari lihat 7 calon PKR yang ditentang PAS.

1. Chegu Bard, di DUN Sg Acheh, Penang.

2. Ibrahim Menudin, di Parlimen Labuan.

3. Dr Nasir Hashim di DUN Kota Damansara, Selangor.

4. Mohd Annuar Mohd Salleh di DUN Panti, Johor.

5. Mohd Shamsul Mat Amin di DUN Bukit Besi, Terengganu.

6. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim DUN Bukit Besi.

7. Ahmad Nazri Mohd Yusoh DUN Seberang Takir, Terengganu.


So, Jadi,

Siapa antara 7 di atas Tukang Edar Pil Kuda?

Siapa calon tangkap muat?

Siapa julang gambar Lenin dan Stalin, komunis-komunis Rusia.

Siapa Syaitan-Syaitan?

Siapa kaki 'halu'?


Kalau macam ini kecik pun dah berlawan, tidak boleh kompromi, macam mana mahu perintah negara?



Thursday, April 18, 2013

Kisah penipuan Nurul Izzah dan 70 pengundi hantu

Nurul Izzah menipu ahli parti sendiri, disebabkan tamak kuasa dalam pemilihan MATC cabang Lembah Pantai pada 25 September 2010. Orang yang konon memperjuangkan keadilan rakyat tapi memperlekehkan keadilan dalam parti sendiri.

Sumber berita: Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan



Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!



Monday, April 8, 2013

Ganazzz! Bekas Pegawai Nurul Izzah diugut di Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai!

Brader yang kena baling batu oleh Puak-puak PKR semasa ceramah bersebelahan Nurul izzah/Anwar Ibrahim dgn Umi Hafilda di Pantai Permai.


Apa kes ini Nurul Izzah? Kita memang tahu di Lembah Pantai ini macam mana perangai orang PKR. Walaupun parti mereka baru jika dibandingkan dengan UMNO, tapi dia punya anggek, dia punya tunjuk samseng jauh mengalahkan UMNO.

Tapi Nurul di Peringkat Nasional selalu menggembar-gemburkan bahawa UMNO Lembah Pantai ini ganas. Di bawah ini ditunjukkan video bagaimana seorang Petugas Bilik Gerakan PKR P20, Bidin Besi, dengan selamba memberi amaran kepada Parthiban, bekas Pegawai Kebajikan Nurul Izzah, yang sedang membuat sidang akhbar di Dataran Angkasajaya Bukit Angkasa.

Adakah Nurul menafikan ini orang PKR?

Lihat bagaimana dengan selambanya dia menunjukkan sifat biadap dan samseng DIHADAPAN PRESS! kalau tak ada press macam mana agaknya kelaku samseng ni?

Friday, March 29, 2013

Kronologi Nurul Izzah BALUN POLIS SELEPAS PENGGANAS MENDARAT DI LAHAD DATU

FEB 12, 2013 : Pasukan keselamatan Malaysia membuat kepungan di Lahad Datu menggunakan gabungan PDRM Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas & Pasukan Gerakan Am.

FEB 16, 2013 : Nurul Izzah dalam ceramah di Taman Lucky, Bangsar, iaitu kawasan orang kaya dan kebanyakannya bukan Melayu, menyeru PDRM Cawangan Khas dan Pasukan Gerakan Am DIMANSUHKAN.

MAC 9, 2013 : Video ucapan Nurul Izzah dimasukkan dalam Youtube oleh pengguna "Khai Ramli". Nurul Izzah dikecam oleh ratusan ribu pengguna-pengguna Internet.



MAC 12, 2013 : Setiausaha Politik Nurul Izzah yang mewakili beliau, Fahmi Fadzil dalam twitter tersasul menulis bahawa kenyataan "mansuh PGA dan SB" itu adalah khusus untuk pengunjung ceramah di Lucky Garden, Bangsar. Jelas Nurul Izzah bercakap begitu semata-mata untuk dapatkan undi orang Bangsar. (beranikah beliau kata begini di depan warga Polis?)

[rujuk http://apakecoh2.blogspot.com/2013/03/nurul-izzah-mahu-mansuh-pasukan-gerakan.html]

MAC 13, 2013 : Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata dalam wawancara dengan portal isu semasa mole.my bahawa Pasukan Gerakan Awam adalah barisan pertama pertahanan negara dan fungsinya bukan setakat "polis hutan" seperti kata Nurul Izzah.

[rujuk http://www.mole.my/content/nurul-izzah-told-understand-roles-policemen]

"Sesiapa yang tak tahu sejarah, tak payah lah nak perkecilkan peranan Pasukan Gerakan Awam", kata Tan Sri. Jelas kemarahan Tan Sri Zaman Khan merujuk pada kebebalan Nurul Izzah.

Mengenai cadangan Nurul mahu mansuhkan Polis unit Special Branch (Cawangan Khas), Zaman Khan kata ini cakap-cakap orang akal pendek.

"Ini jelas cadangan oleh seorang yang tak tahu tugas setiap bahagian dalam pasukan Polis", selar Tan Sri Zaman Khan.

"Pegawai Cawangan Khas atau SB ialah unit inteligen yang mengumpul maklumat. Amerika Syarikat ada FBI dan CIA, dan hampir semua negara di dunia ada unit ini." kata Beliau.

"Saya tak tahu macam mana ada manusia boleh buat cadangan begini", kata Tan Sri Zaman Khan lagi.

MAC 19, 2013 : DI KAMPUNG JEMAPOH, KUALA PILAH, Nurul Izzah tuduh polis kerjanya jadi spy ke atas rakyat dan sebab itu lah pengganas boleh masuk Lahad Datu.

MAC 21, 2013 : Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Shamsuri Arshad membidas Nurul Izzah. Kata Tan Sri Shamsuri "Risikan kami dilakukan selaras dengan undang-undang ... Maklumat yang dikumpulkan digunakan dalam tindakan terhadap penjenayah dan pengganas."

Shamsuri memetik bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln apabila beliau mengulas tuduhan Nurul Izzah.

"Anda boleh menipu sesetengah orang pada setiap masa  tetapi anda tidak boleh menipu semua orang pada setiap masa."

(senang kata Tan Sri Shamsuri panggil Nurul Izzah penipu!)

MAC 21, 2013 : Penganalisis politik, Profesor Datin Paduka Ramlah Adam berkata "Pihak pembangkang menyedari bahawa suara mereka tidak didengar oleh orang ramai berhubung dengan pencerobohan Lahad Datu. Jadi, mereka terpaksa membuat tuduhan liar dengan harapan bahawa rakyat akan mempercayai mereka."


Sunday, March 24, 2013

Belum kering tanah kubur wira-wira negara, Nurul Izzah kutuk Polis lagi, kata polis gagal di Lahad Datu sebab semuanya jadi SPY!

Hai lah Nurul Izzah. Sedih la aku tengok betapa buruk perangai wakil rakyat Lembah Pantai.

Kalau 16 Februari lepas Nurul Izzah mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Unit SB (Cawangan Khas) semasa mereka menyabung nyawa di Lahad Datu, kali ini New Straits Times melaporkan bahawa dalam ceramahnya di Kg Jemapoh di Kuala Pilah, Nurul Izzah menuduh polis kerjanya jadi spy ke atas rakyat dan sebab itu lah pengganas boleh masuk Lahad Datu.

Kata Nurul Izzah,
 "Apa tugas Pihak Keselamatan? Tugas mereka spy rakyat. Tugas mereka spy pemimpin Pakatan. Kerja mereka pastikan BN berjaya. Pasal tu lah sempadan kita di Lahad datu boleh diceroboh!"


Alahai Nurul Izzah. Sensitif lah sikit! Tanah kubur wira-wira kita masih belum kering, ko dah masuk jarum nak kejar undi laie!

Buat kali ke 867, wartawan Berita Lembah Pantai ini tepuk dahi sambil mengatakan,

"Aduuuuh, apa lah majal sangat Lembah Pantai dapat Ahli Parlimen macam ni!!'


Adik, kami menghargai pengorbanan bapamu dan tak akan lupa. kami akan memburu penghina memori pengorbanan bapamu dan wira-wira lain yang turut terkorban. Pengkhianatan mereka kami tak kan biarkan!

Sunday, March 10, 2013

Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim mahu MANSUH Polis Special Branch dan Polis General Operations Force

Mengejutkan sungguh. Lihat video ini.

Tak lain tak bukan, Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim buat kontroversi lagi!! Kali ini Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim buat seruan dalam ceramah dia supaya dimansuhkan General Operations Force (Pasukan Gerakan Am - PGA) dan Special Branch.

Yang paling menyedihkan dan memilukan, ialah seruan itu bukan dibuat 4 tahun lepas, atau 2 tahun lepas. Nooo!

Seruan dibuat 4 hari selepas kemasukan askar Kiram Sulu ke Lahad Datu.

Askar Sulu masuk ke Sabah pada 12 Februari 2013. Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim buat kenyataan menghina Special Branch dan General Operations Force pada 16 Februari 2013 dalam ceramah dekat depan CIMB Lucky Garden.

Pada masa itu ramai anggota polis Special Branch sedang menyabung nyawa di kampung-kampung tepi laut Sabah bertindak sebagai undercover untuk mendapatkan maklumat berkenaan penyerang-penyerang ini.

Pada masa yang sama juga ramai anggota polis General Operations Force sedang mengepung kawasan Kg Tanduo untuk menghalang pengganas Kiram Sulu untuk keluar ke kampung-kampung lain.

Kalau tak ada polis Special Branch, kita langsung tak ada maklumat, tak tau pun geng Kiram Sulu duduk di rumah mana, berapa orang, apa kekuatan senjata mereka dan sebagainya.

Tetapi apa kata Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim? Dia mahu Mansuhkan kedua-dua cabang ini, Special Branch dan General Operations Force.

Tahukah Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim apa yang dia cakapkan?

Selalunya kami menulis dengan berhemah, tapi kali ini kami marah betul dengan kenyataan dia ini yang macam menghina pun ada, daripada video ini.

Jadi kami harap syaitan betina ini, si Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim, tak lagi jadi pilihan orang Lembah Pantai dalam pilihanraya ini.

Kami harap polis-polis dan keluarga polis di Desa Aman sedar siapa orangnya Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim ini.


Wednesday, March 6, 2013

Menjawab Fitnah Syaitan Pakatan Mengapa tentera pakai Air Asia ke Lahad Datu!

Nampaknya bersungguh-sungguh bloggers-bloggers, facebookers, dan penyokong Pakatan  memperlekehkan apa saja berkenaan tindakan Kerajaan dalam isu serangan penyokong Sultan Sulu Palsu ke atas Sabah.

Antara yang terkini ialah mengapa tentera pakai Air Asia, iaitu pesawat komersil ke Sabah.

Melihat tentera pakai Air Asia, berlumba-lumba Pakatan Rakyat mempermainkan tentera, seolah-olah bagi mereka nyawa dan keikhlasan perjuangan itu tiada makna. Apa yang penting untuk penyokong Pakatan ialah kat mana boleh hentam Kerajaan, untuk dapatkan undi.

Di bawah ialah jawapan kepada persoalan kenapa tentera kita ke Sabah pakai Air Asia, yang saya olah dari posting asal dari blog hebat Bicara Kelantan.







 




Lihatlah pula bagaimana penyokong Pakatan Rakyat, dalam hal ini, kartunis Zunar menghina tentera kita. Kartun dibawah dilukis Zunar dan disiarkan Malaysiakini. Pengetahuan tak ada, tetapi hanya tahu menghasut dan mencari salah orang.

Apa agenda Zunar dan Malaysiakini sebenarnya?

Siapakah yang mereka sokong? Mereka yang menyerang Sabah, atau anggota Pasukan Keselamatan yang mempertahankan Sabah?

Malah Zunar sempat bertanya, Mana F5 Tiger? Mana Sukhoi? Mana Hornet? Mana MIG-29?

Bodoh. Itu semua jet pejuang yang dinaiki 2 orang saja sekali terbang. Anak saya yang berumur 8 tahun pun tahu fakta ini semua. Tetapi seperti biasa tujuan pengkhianat jahanam seperti Zunar ialah menghasut.


Terpulang pada pembaca untuk menilai hujah mana yang lebih konkrit.


Monday, March 4, 2013

Sabah: 7 pagi hari ini serangan bermula - Kenyataan akhbar PM

PM: OPERASI SULU BERMULA

TUESDAY, MARCH 5, 2013

Kenyataan Akhbar

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sunday, February 24, 2013

Debat Palsu Lembah Pantai: Kenyataan Media dari BN Lembah Pantai

Tak habis-habis isu debat ni lah. Haissh, apa kecoh sangat debat ni. Orang nak YB yang buat kerja lah, bukan yang pandai cakap banyak sana-sini!!

Berikut adalah apa yang kami di Berita Lembah Pantai terima melalui emel, disiarkan untuk tatapan pembaca. (yang poster kat hujung tu bukan dapat sekali ye. Itu dari blog apakecoh2, kami pinjam. hehe.)

 KENYATAAN AKHBAR

OLEH DATO’ MOHAMAD SAZALI KAMILAN
SETIAUSAHA PENYELARAS BARISAN NASIONAL LEMBAH PANTAI
(BAGI PIHAK YB SENATOR DATO’ RAJA NONG CHIK DATO’ RAJA ZAINAL ABIDIN, PENGERUSI PENYELARAS BARISAN NASIONAL LEMBAH PANTAI)
22 FEBRUARI 2013

KUALA LUMPUR – YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, nampaknya semakin terdesak dalam meraih sokongan rakyat kepadanya.

Terbaru, di Lembah Pantai, sepanduk-sepanduk telah dipasang dan juga risalah-risalah telah diedar dengan mengatakan bahawa pada 24 Februari ini akan diadakan debat di antara dirinya dengan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Pengerusi Penyelaras BN Lembah Pantai. Dengan menamakannya sebagai “Debat Perdana Lembah Pantai”, jemputan kepada umum dibuat untuk hadir pada jam 9.00 malam yang bertempat di Apartmen Pantai Permai.

Sememangnya, sama ada YB Dato’ Raja Nong Chik sendiri ataupun BN Lembah Pantai, langsung tidak tahu menahu akan perkara ini. Bukan sahaja sepanduk dan risalah tetapi media-media baru kendalian pihak Pakatan tersebut telahpun menyebar luaskan fitnah zaman moden ini.

Tindak tanduk terbaru YB Nurul Izzah ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat serta memesongkan fikiran rakyat dari membincangkan statusnya sebagai wakil rakyat yang sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak berminat pun untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Berkaitan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 22 Februari 2013 (Jumaat) jam 5.53 petang di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, oleh Datuk Ibrahim Tamby Chik, Ketua Penerangan BN Lembah Pantai. Dilampirkan adalah salinan laporan polis tersebut yang jelas menerangkan maksudnya.

BN Lembah Pantai di bawah kepimpinan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik, komited dengan kehendak rakyat melalui organisasi Parti yang sememangnya kuat dan kukuh. Ini adalah berbeza dengan Pakatan yang ditadbir oleh YB Nurul Izzah, Ketua Cabang PKR Lembah Pantai yang terpilih melalui pergaduhan dan pertempuran sesama mereka sewaktu pemilihan parti mereka sebelum ini.

Maka, perumpamaan “paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih” adalah bertepatan sekali dengan YB Nurul Izzah. Menjaja di sana sini bahawa Pemuda UMNO Lembah Pantai samseng dan berkokok di sana sini bahawa ada ramai pengundi hantu di Lembah Pantai, sebenarnya adalah mainan sandiwara sebab malu untuk mengakui bahawa punca pergaduhan dalam PKR sewaktu pemilihan dahulu, adalah akibat dari kegiatan samseng sesama mereka, fitnah memfitnah dan juga penuhnya pengundi hantu dalam senarai ahli mereka.

Sekian, terima kasih.

DATO’ MOHAMAD SAZALI BIN KAMILAN
019-217 5409



Saturday, February 23, 2013

Debat oh Debat: Wakil Gila Debat di Lembah Pantai

Kenapa Nurul mahu debat?

---   Sebab dia tak berani jawab cabaran Raja Nong Chik untuk senaraikan perkhidmatan dan hasil kerja masing-masing di Lembah Pantai bagi dinilai rakyat. Dia tahu kalau lawan senarai, dia kalah!

---  Sebab dia tahu RAKYAT LEMBAH PANTAI semua sedar dia WAKIL RAKYAT PILIHANRAYA, iaitu ahli politik yang baru turun padang mulai 6 bulan lepas saja SEBAB PILIHANRAYA DAH DEKAT, sedangkan Raja Nong Chik dah 25 tahun berkhidmat, dan dalam 3-4 tahun lepas ni walaupun jadi Menteri Kabinet, sangat rajin turun padang di Lembah Pantai, bercampur tidak kira dengan ahli parti lawan sekalipun.

--- Sebab dia sudah tak ada isu terhadap Raja Nong Chik. Sehingga sanggup menipu KONON ada debat, walaupun Raja Nong Chik dah lama reject taktik murahan ini.

--- Sebab dia mahu alihkan PANDANGAN PENGUNDI LEMBAH PANTAI dari isu dia tak buat kerja. Punyalah tak buat kerja sehingga dia dicabar oleh Panglima-Panglimanya untuk jawatan Ketua Cabang PKR Lembah Pantai, sebelum menang dengan cara yang musykil sekali (baca blog PKR Lembah Pantai www.semangat98.blogspot.com)

--- Sebab berdebat saja lah yang dia tahu. Sama macam abah nya, dia berlatih bercakap dan menggunakan kemahiran bercakap untuk meyakinkan orang ramai, walaupun tak pandai buat kerja. Macam mana nak pandai buat kerja, dia tak pernah bekerja macam rakyat biasa. Dari Universiti, terus jadi ahli politik.

Permainan Persepsi kata setengah orang. Menipu, kata kami.

Saturday, February 16, 2013

PKR guna berpuluh Bas angkat orang luar dengar ceramah Anwar di Bangsar.

Hari ini ada ceramah Anwar Ibrahim di Bangsar. Kalau sebelum ini di Sentosa, iaitu satu lagi kubu kuatnya Pesta Ponggal yang dianjurkan PKR Lembah Pantai dan dihadiri Anwar hanya didatangi 500 orang, itupun selepas 4-5 jam Anwar menundakan kedatangannya, kali ini nampaknya anaknya Nurul Izzah dah pandai.

Apa taktik?

Bawak orang dari tempat lain lah, apa lagi.

Ini bukti-buktinya.









Tahniah Nurul Izzah dan penganjurnya yang kuat memfitnah, Fahmi Fadzil. Dah pandai dah import orang ye? Patut lah lain macam je crowd kami tengok, tak rupa orang Bangsar rupanya import! Dengarnya dari PJ Selatan. Nantikan susulan siasatan kami!







Thursday, January 17, 2013

Nurul Izzah malu besar bila orang Lembah Pantai tanya "Awak ni siapa ye?"

 Aduss! BeritaLembahPantai ada cerita panasssss tentang Nurul Izzah.

Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.

Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada.

Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR.

Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang.

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, serta beberapa muslimat kariah Surau An-Nur, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?"

Berubah muka Nurul Izzah.


Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,

"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing.

Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah!

Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!

Nurul Izzah dan orang-orang kanannya. Hebat gaya, tapi tak seorang pun dari Lembah Pantai, termasuk Nurul Izzah sendiri




Sunday, January 13, 2013

Apa pendapat Prof Ismail Ibrahim, Bekas Pengarah IKIM tentang isu Kalimah Allah?

Dalam isu kalimah Allah, tidak dapat tidak kita harus melihat pendapat ilmuwan-ilmuwan Islam. berikut ialah pendapat Prof Ismail Ibrahim, Ketua Pengarah IKIM yang pertama. Selain itu, antara lain, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Ahli MKI dan Presiden Majlis Ulama Malaysia.

"NAMA ALLAH BUKAN ISU MALAYSIAN MALAYSIA !
oleh Prof Ismail Ibrahim
Kalau dalam isu-isu lain mungkin telah banyak tuntutan dalam dasar equality in diversity atau sebelum ini, mungkin lama dulu dan hampir terpadam pada permukaannya, dasar itu diungkapkan sebagai Malaysian Malaysia, maka dalam dasar nama Allah yang diminta supaya digunakan dalam agama lain janganlah disamakan dengan dasar-dasar lain itu. Kita merasakan bahawa dalam penggunaan istilah nama Allah itu, maka biarlah amalan ini merupakan sesuatu yang ekslusif untuk agama Islam sahaja, dan sesiapa yang ingin menganggu gugat pendirian ini, kita bolehlah merayu kepada mereka "Please leave us alone in this matter!" Tolong jangan ganggu kami dalam hal ini.
"Enough is anough" cukuplah dengan segala dasar lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, di berikan hak yang sama rata, sama rasa di antara seluruh rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah nak direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.
Nama Allah tetap merupakan sesuatu yang asas dan fundemental bagi Islam. Nama Allah, dari sudut falsafah, takrifan dan konsepnya, tetap tidak sama dengan nama Tuhan, God, Lord dan sebagainya dalam penggunaan agama lain. Orang Islam, lebih memahami konsep ini seperti yang dibaca dan dijelaskan oleh Kitab Suci Al-Quran, tetapi umat Islam, khususnya di Malaysia, rela menerima perbezaan ini di atas dasar unity in diversity dan atas dasar tolak ansur agree to disagree dengan amalan dan pengertian serta konsep tuhan dalam agama lain, terutamanya dalam kepercayaan para penganut agama Kristian.
Dalam Surah Al-Maidah sahaja terdapat sekurang-kurangnya tiga ayat yang menjelaskan perbezaan Tuhan "Allah" dan Tuhan atau God menurut yang diiktikadkan oleh penganut Kristian.
Ayat 17 Surat tersebut menjelaskan begini: "Demi sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya Allah ialah Al-Masih ibn Maryam. Katakanlah (wahai Muhammad) "Dakwaan itu tidak benar, kerana siapakah yang dapat menahan seksa dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih ibn Maryam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya.."
Ayat 72 dari Surah yang sama menjelaskan: "Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya Allah ialah Al-Masih ibn Maryam, pada hal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, meka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim"
Ayat 75 dalam surah yang sama juga menegaskan: "Tiadalah Al-Masih ibn Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka) kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawanafsunya daripada menerima kebenaran yang jelas nyata itu).
Apakah kefahaman dan akidah anak-anak orang Islam yang memahami konsep Tuhan Islam yang bernama Allah itu amat berbeza dari konsep Tuhan Kristian triniti itu akan dikelirukan dengan penggunaan nama yang sama, seolah-oleh semua Tuhan dalam sebarang agama adalah membawa takrifan, falsafah dan konsep yang sama? Maka kalau demikianlah keadaannya, kenapakah kita harus berbeza agama dan akidah dalam menghayati dan mengamalkan agama masing-masing?
Banyak pengajaran secara langsung yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang memberikan makna ini kepada umat Islam, umpamanya bacalah Al-Quran Surah Al-Taubah ayat 30 dan 31, ketika kita diperingatkan bahawa "Orang-orang Yahudi mengatakan bahawa Aziz ialah anak Allah" dan orang Masihi pula mengatakan bahawa "Al-Masih ialah anak Allah"........
Budaya dan cara hidup serta bahasa negara kita berbeza dari negara lain. Bahasa dan budaya Arab berbeza dari bahasa dan konotasinya dari bahasa lain, kerana bahasa adalah merupakan terjemahan dari satu budaya dan tradisi serta gaya hidup sesuatu bangsa itu. Bahasa Arab menggunakan nama Allah untuk Tuhan adalah dalam kefahaman pramasastera dan retorika bahasa itu yang amat casnggih sekali, dan kefahaman orang Arab tidak mungkin terpisah dari konsep Allah dan Tuhan yang digunakan untuk kepelbagaian agama.
Orang Arab dapat bersumpah ratusan kali dalam perbualan biasa mereka dengan menyebut "Wallahi" yang kalau dalam penggunaan bahasa Melayu merupakan satu sumpah dalam istilah syariah yang amat salah diucapkan sewenang-sewenangnya dalam perbualan harian, tetapi sumpah ini tidak sama dengan sumpah yang kita fahami dalam bahasa kita, sehingga terdapat ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang sumpahan biasa dalam penggunaan bahasa mereka dengan sumpah dalam istilah syariah yang kita fahami.
Maka demikianlah juga dengan penggunaan nama Allah yang cuba dibandingkan dengan penggunaannya di dalam bahasa lain, khususnya bahasa Arab, sesungguhnya perbandingan ini haruslah difahami dari sudut linguistik dan budaya bahasa itu sendiri diantara bahasa Melayu dan bahasa Arab.
Janganlah dicuba untuk mencari justifikasi yang remeh untuk menjustifikasikan penggunaan nama Allah bagi Tuhan Kristian, iaitu yang merupakan dakwaan dan alasan bagi menuntut sesuatu yang amat sensitif dan tidak dapat diterima di dalam budaya dan cita rasa bangsa kita di negara kita ini.
Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 32 : "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekali pun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Kepada saudara-saudara pembaca entri ini, ingatlah akan hikmah dan ilmu kurniaan Allah kepada kita, bahawa kita mengetahui dan memahami akan maksud dan hakikat peringatan Allah kepada kita dalam isu ini, tetapi peringatan Allah itu adalah untuk pertahanan diri kita dan anak cucu kita, bagi mengatur strategi pendidikan dan penyampaian hikmah kita, bukan untuk mencerca dan menghina atau mengata nista sesama manusia, termasuk kepada rakan-rakan kita dari agama lain, kerana kita menyedari prinsip agama kita tentang dasar hidup bersama secara aman dan damai (peaceful co-existence) :Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami"...Surah Al-Kafirun, ayat 6 Semoga lanskap budaya dan politik kita tidak secara mudahnya dicemarkan oleh tangan-tangan rakan kita yang berlumpur dan kotor ketika dunia umumnya memasuki era gerhana hitam pada masa kini...."
Wallahu'alam

Artikel Prof yg asal disini.