Gempak juga Kg Kerinchi. Macam mana kes Pasar Malam dia pun boleh jadi isu nasional.
Apa cerita kes Pasar Malam ni?
Ini ada penulisan yang mantap dari Blog KLManifesto. Kami copy bulat-bulatlah.
Tungguuuuu laporan ori Berita Lembah Pantai pula tentang perkara ini.
Apa cerita kes Pasar Malam ni?
Ini ada penulisan yang mantap dari Blog KLManifesto. Kami copy bulat-bulatlah.
Tungguuuuu laporan ori Berita Lembah Pantai pula tentang perkara ini.
Tapak Pasar Malam. [Gambar cilok dari Utusan] |
Soalan 1:
Kenapa perlu ada Pasar Malam? Dan dalam situasi apakah DBKL akan berikan lesen Pasar Malam?
Jawapan 1:
DBKL akan berikan lesen Pasar Malam, antara lain, jika,
(i) Ada permohonan dari Persatuan Penduduk tempatan untuk diadakan Pasar Malam, dan permintaan lebih banyak dari bantahan.
(ii) Ada pasaran (‘catchment’) penduduk tempatan untuk melanggani Pasar Malam.
(iii) lokasi yang sesuai.
Soalan 2:
Siapakah Penganjur Pasar Malam Kampung Kerinchi yang diberikan lesen oleh DBKL?
Jawapan 2:
Ada 2 Penganjur.
Penganjur pertama ialah Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi, dengan 110 tapak kelulusan diberikan sekeliling Kawasan Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi
Selepas kelulusan ini diperolehi, Persatuan Penjaja Lembah Pantai telah memohon untuk lesen penganjuran Pasar Malam di bahagian Jalan Bertentangan, iaitu di sebelah Flat PKNS 17 Tingkat Kerinchi dan di hadapan Flat PKNS 17 Tingkat Kerinchi. Ini dibantah sekumpulan penduduk Flat 17 Tingkat (ketika itu Flat 17 Tingkat tiada JMB atau “Joint Management Board”). Mereka memohon dan DBKL memberikan lesen kepada kumpulan ini. Selepas JMB 17 Tingkat ditubuhkan, kumpulan ini menyerahkan pada JMB 17 Tingkat untuk pendapatan JMB kutip duit sewa lesen dr Penjaja.
Kedua-dua Kawasan Pasar Malam ini dikenali sebagai Pasar malam Kg Kerinchi.
Soalan 3:
Bila masa operasi?
Jawapan 3:
Setiap Isnin dan Jumaat.
Soalan 4:
Kenapa DBKL mahu tutup?
Jawapan 4:
Selepas Penduduk 4 Tingkat memilih untuk membangunkan semula kawasan mereka dengan apartmen baru dan berpindah, sudah tiada lagi keperluan untuk Pasar Malam 4 Tingkat, sepertimana syarat dalam Jawapan 1 di atas.
Juga keseluruhan kawasan 4 Tingkat menjalani Pembangunan semula.
Akhir sekali, laluan yang dikongsi Pasar malam 4 Tingkat dan Pasar malam 17 Tingkat menjadi laluan utama lori pembinaan 4 Tingkat, dan risiko keselamatan timbul untuk Penjaja dan pengunjung Pasar Malam. DBKL akan ‘liable’ dalam undang-undang jika ada kemalangan kepada pengunjung dan penjaja.
Namun, gerai-gerai di hadapan Flat 17 Tingkat sendiri tidak diusik dan dibenarkan terus berniaga.
Persatuan Penduduk 4 Tingkat bersetuju Pasar Malam Kg Kerinchi yang menjadi laluan pembangunan ditutup kerana sebab-sebab di atas dan juga kerana mereka mahu rumah mereka dibangunkan cepat.
Persatuan Penduduk pertikaikan kenapa peniaga pula yang minta hak sedangkan Penganjuran Pasar Malam hak mereka atas kebenaran DBKL?
Soalan 5:
Bila kah tarikh notis diberi pada penjaja?
Jawapan 5:
Tarikh notis diberi pada 23 Mac, dilanjutkan sehingga 31 Ogos untuk membolehkan penjaja membuat persediaan.
Soalan 6:
Pernahkah perkara ini berlaku (precedent)?
Jawapan 6:
Ada, di Jalan Cengal, Wangsa Maju (laluan pembangunan jalan) dan Seksyen 2 Wangsa Maju (kesesakan lalulintas meruncing).
Soalan 7:
Adakah alternatif lain bagi penduduk untuk membeli barang jika Pasar Malam ditutup?
Jawapan 7:
Ada, di Pasar Malam PPR Kerinchi, Pasar Tani (pagi), dan banyak kedai-kedai kejiranan. Juga ada Kedai Rakyat 1Malaysia yang berdekatan. Di Pasar Malam PPR Kerinchi, kebanyakan peniaga ialah peniaga-peniaga yang sama yang berniaga di Pasar Malam Kg Kerinchi yang sekarang ini membantah penutupan Pasar Malam, jadi barangan ialah sama.
Soalan 8:
Adakah penutupan Pasar Malam positif atau negatif untuk PENDUDUK LEMBAH PANTAI?
Jawapan 8:
Untuk Penduduk Flat 4 Tingkat yang mahu pembangunan semula dicepatkan, penutupan POSITIF kerana tiada halangan untuk jentera berat keluar masuk setiap Isnin dan Jumaat. Jadi lebih cepat mereka berpindah semula ke Kg Kerinchi.
Untuk Penduduk Flat 17 Tingkat, penutupan POSITIF kerana parking bertambah dan mereka tidak perlu lagi melalui Trafik Jam setiap Isnin dan Jumaat.
Untuk Penduduk apartmen-apartmen berdekatan iaitu Vista Angkasa, 20 blok Apartmen Taman Bukit Angkasa, PA DBKL Kolam Air, Pantai Permai, Kuarters-Kuarters DBKL berdekatan, Bangsar South, kesemua apartmen di kawasan Pantai Hillpark, Kg Kerinchi dan semua kawasan perumahan yang bergantung kepada Jalan Kerinchi iaitu jalan utama masuk ke Kg Kerinchi (LRT Universiti), penutupan POSITIF kerana Trafik jem kurang terutama hari Jumaat.
Untuk kesemua pembayar cukai yang menggunakan shortcut Pantai Dalam dari NPE untuk ke Federal Highway, atau dr Federal Highway ke NPE, penutupan POSITIF kerana Trafik jem kurang terutama hari Jumaat.
Untuk JMB 17 Tingkat, penutupan NEGATIF kerana kutipan sewa lesen gerai berkurangan kepada penjaja-penjaja yang tidak terlibat dengan penutupan iaitu yg terletak di depan Flat 17 Tingkat.
Untuk Penjaja, penutupan NEGATIF kerana mereka terpaksa mencari tapak lain. Tetapi majoriti penjaja BUKAN DARI LEMBAH PANTAI, dan majoriti mereka sudah diberi peluang oleh Persatuan Penduduk berniaga sehingga berpuluh-puluh tahun walaupun bukan penduduk tempatan.
Untuk pengguna LRT Universiti, penutupan POSITIF kerana lebih cepat pergi-balik ke LRT.
Untuk Kerajaan, penutupan POSITIF kerana berjaya kurangkan trafik jem dan pengundi di situ seramai 15,000 orang mungkin akan ada yang berterimakasih atas langkah ini.
Komen seorang penduduk dalam ruangan komen Free Malaysia Today mengulas artikel tentang isu ini.
Soalan 9:
Tidakkah DBKL beri alternatif?
Jawapan 9:
Ada. Oleh kerana AJK JMB 17 Tingkat yang mahukan Pasar Malam diteruskan, mereka telah dibenarkan memindahkan gerai-gerai yang berada di Jalan Laluan yang akan ditutup KE DALAM kawasan Flat 17 Tingkat. AJK JMB 17 Tingkat haruslah berusaha mendapatkan persetujuan penduduk yang terdiri daripada ahli mereka sendiri.
Soalan 10:
Tidakkah DBKL zalim pada Penjaja?
Jawapan 10:
Para penjaja telah diberi notis dari bulan Mac 2012, dan lanjutan masa telah diberikan. Pada masa yang sama, ramai peniaga di sini juga ada tapak berniaga di Pasar Malam PPR Kerinchi bermakna mereka sudah bertahun diberi peluang menguasai tapak gerai sehingga 4 malam seminggu di Lembah Pantai, sedangkan ramai yang bukan penduduk Lembah Pantai.
Bagaimana dengan belasan ribu penduduk Kerinchi yang terpaksa menanggung trafik jem dek kerana pengunjung Pasar Malam yang parking merata-rata di tepi jalan? Tidakkan selama ini Pasar Malam ini zalim pada mereka? Bagaimana dengan hal-ehwal mereka? Bagaimana dengan hak mereka?
Bagaimana pula dengan penduduk Flat 17 Tingkat yg susah nak parking dan balik rumah setiap Isnin dan Jumaat kerana trafik jem. Apa hak penjaja mengambil parking mereka, sedangkan penjaja bukannya duduk di situ pun? Penduduk Flat 17 Tingkat tiada hak? Tak apa menzalimi Penduduk 17 Tingkat tapi perlu bela nasib penjaja yang datang dari luar?
Sumber: KLManifesto.com
No comments:
Post a Comment