Tuesday, July 24, 2012

Pegawai SPR Lembah Pantai kata dia berseloroh dgn Nurul Izzah, tapi Nurul besar-besarkan untuk politik.



Sekonyong-konyong Nurul Izzah menyalak lah sekali lagi tentang SPR, kali ini dia mengadu bahawa Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 iatu Encik Mohd Najib Mohd, telah mengatakan kepada Nurul bahawa kalau pegawai itu dipilih sekali lagi jadi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lembah Pantai, maka dia akan pastikan Nurul Izzah tak menang.

Aduan Nurul Izzah disiarkan portal-portal Pakatan Rakyat, terutama Malaysiakini dan diulang-ulang blog-blog najis Pakatan Rakyat.

Tapi apa yang sebenarnya terjadi?

Sebenarnya, semasa kejadian, Pegawai tersebut hanya berseloroh sahaja dengan Nurul Izzah.

Kejadian berlaku dalam Majlis Perjumpaan bekas Datuk Bandar KL, Datuk Mohd Fuad yang akan meninggalkan jawatannya, dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Keseluruhan majlis berlangsung dalam suasana ringan, selamba dan berseloroh.

Hinggakan Ahli-Ahli Parlimen PR boleh cakap kat Datuk Mohd Fuad supaya masuk PR dan jadi calon PR dalam Pilihanraya.

Dalam suasana santai dan selamba inilah Pegawai bernama Najib itu berseloroh dengan Nurul Izzah tentang hal-hal berkaitan Pilihanraya. Semua kenyataan adalah selamba dan "joking" sahaja.

Tup-tup Nurul gunakan sesi "joking" ini sebagai modal politik!

Sila baca kenyataan akhbar Najib.

KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi".

Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam.

Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu.

Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau.

Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja.

Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat.

Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan.

Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya.

Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini.

MOHD NAJIB MOHD

Kami di Berita Lembah Pantai ingin menegur secara baik YB Nurul Izzah dan menggesa beliau mengamalkan politik yang lebih bertanggungjawab. Jangan gunakan kakitangan kerajaan sebagai modal politik anda.

No comments:

Post a Comment