Saturday, April 16, 2011

Ketika rakyatnya derita terbakar rumah, Ahli Parlimen Lembah Pantai kecoh menyibuk di Sarawak

Semalam di Lembah Pantai sebanyak 14 rumah setinggan terbakar di Jalan Kubur, Jalan Pantai Dalam.

Kebakaran bermula sekitar jam 5.00 petang. Bomba tiba jam 5.20 dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 6.45 petang. Terimakasih Bomba kerana berjaya menyelamatkan rumah-rumah lain yg berdekatan.



Dari siasatan wartawan Berita Lembah Pantai, rumah-rumah ini ialah rumah setinggan, ada yang didiami warganegara dan ada yang didiami bukan Warganegara, orang Indonesia.

Sebaik mendapat tahu tentang kejadian, UMNO Lembah Pantai termasuk Ketua UMNO Bahagian merangkap Menteri Wilayah Persekutuan telah turun melawat mangsa dan menguruskan bantuan kecemasan. Turut turun sama ialah pegawai-pegawai Yayasan Wilayah Persekutuan dan DBKL. Tahniah kepada mereka ini yang turun tanpa mengira masa.



Raja Nong Chik melawat mangsa di malam kebakaran


Bantuan paling segera sudah tentu tentang di mana mangsa mahu tidur semalaman memandangkan kejadian berlaku sudah menjelang malam. UMNO Lembah Pantai segera menawarkan tempat tinggal dan bermalam sementara di Dewan UMNO Simpang 3, Jalan Kubur. Mesyuarat UMNO Cawangan yg dijadualkan hari Sabtu ditunda.

Sepanjang malam, UMNO Lembah Pantai bertungkus-lumus menguruskan bantuan.


Raja Nong Chik 2 kali turun lawat mangsa, malam kebakaran dan pagi Sabtu


Pagi-pagi Sabtu, Ketua Bahagian Raja Nong Chik turun lagi bersama-sama Yayasan Wilayah Persekutuan, DBKL dan para pegawai dan ahli UMNO Bahagian untuk menyampaikan sumbangan. Setiap keluarga mendapat bantuan-bantuan masing-masing dari UMNO Lembah Pantai dan Yayasan Wilayah Persekutuan. Bantuan Perumahan dalam bentuk rumah di PPR akan menyusul.

Tahniah Raja Nong Chik sebagai Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Pengerusi BN Lembah Pantai yang cekap menguruskan bantuan.

Kemusykilannya, mana anak Anwar Ibrahim, iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai?

Oh, rupa-rupanya seperti biasa, dia tiada di kawasan Lembah Pantai.

Dia sedang syok-sendiri perasan berkempen dengan DAP di Sarawak. Kalau ikut twitternya, kata dia "Nurul Izzah charms Sarawak". Lebihkurang macam "menggoda" maksudnya.



Ini lah kerja nya wakil rakyat Lembah Pantai. Kerja dia hanya melemparkan senyum, buat muka baik untuk menang undi. Rakyat kawasan dia meninggal dunia, rumah terbakar, begitu banyak majlis nikahkahwin, semuanya dia tinggalkan demi kuasa di Sarawak.

Kalau macam tu, kita cadangkan Nurul Izzah duduk saja lah di Sarawak, mungkin boleh lepak sekali dengan sahabat baik bapanya yang kuat memfitnah Malaysia si Peter John Jaban.





Kalau dah suka sangat, sampai berkali-kali sebut dalam twitter bodohnya "I'm smitted with Kuching" lah, apa lah, duduk saja kat Sarawak sana. Pilihanraya esok bertanding je lah kat Kuching, tipu orang kat sana pulak. Tak payah balik dah Lembah Pantai ni.

1 comment:

  1. Terimakasih Melayu Cindia, Wayne! Tuan-tuan sudah dilink.

    Harap Wangsa Maju kali ini calon UMNO! Kami akan turut perjuangkan!

    ReplyDelete