Tuesday, April 24, 2012


VIDEO NURUL IZZAH ANWAR DIMAKI OLEH PENDUDUK LEMBAH PANTAI KERANA MENIPU!

Renungilah dan tatapilah gambar abang Rafee dari Flat Sri Pahang ini. Lihat raut wajah beliau yang menggambarkan seribu rahsia dan sejuta makna. 



Luka kesedihan dan keperitan beliau merelakan pemergian arwah isterinya hari ini berdarah kembali apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden PKR menghantar surat memutarbelit fakta sehingga menghantar jemputan untuk BERSIH 3.0 kepada arwah isteri beliau.


Abang Rafee merupakan seorang penduduk di Flat Sri Pahang, dan pada hari ini boleh dikategorikan sebagai seorang lagi mangsa politik rakus dan tidak bermoral Nurul Izzah Anwar. 

Abang Rafee menceritakan bagaimana anak beliau yang menggigil datang meberi surat dari Ahli Parlimen tersebut kepadanya. Menggigil kerana kesedihan yang tidak terkira meningkatkan arwah ibu yang tercinta.

Dengarlah penjelasan Abang Rafee sendiri dalam video ini:  

Dengarlah pula pesanan Abang Rafee kepada Nurul Izzah Anwar: 





PERSOALAN BLP ialah,

Oleh kerana Nurul Izzah Anwar begitu rakus untuk mempromosikan BERSIH 3.0 serta ingin membuktikan bahawa SPR itu salah apa hak beliau dalam kes yang pertama menipu dan melakukan helah kepada rakyat? dan dalam kes kedua menganggu emosi sebuah keluarga yang tidak berdosa?

Abang Rafee ada bertanya kepada wartawan BLP yang hadir, waris sudah menyerah surat mati kepada agensi yang berkenaan, dan SPR telah melakukan tugas dengan baik dengan mengeluarkan nama arwah isterinya yang tercinta daripada daftar pemilih, kenapa perlu Nurul Izzah Anwar, SETELAH EMPAT TAHUN PEMERGIAN ARWAH perlu menulis surat mengatakan bahawa SPR tidak telus, mengajak arwah menyertai BERSIH?

Penduduk yang hadir bersama abang Rafee juga merakamkan rasa kecewa yang tidak terhingga dengan tingkah laku Nurul Izzah Anwar yang hanya bermotifkan politik. 

Seorang daripada mereka ada berkata “Mana pernah dia jenguk nasib kami di Flat Sri Pahang ini?, mana beliau turun ketika penduduk dihadapi masalah? Ketika kita memerlukan batang hidung pon tak pernah Nampak. Kini bila dekat PIlihanraya dia menghantar surat yang bukan-bukan!. Percayalah kali ini penduduk Flat Sri Pahang akan menolak habis-habisan Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai ini”.
Desas desus mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar akan mengadakan sidang akhbar esok bagi menerangkan tingkah laku berniat jahat beliau ini. 

Warga Lembah Pantai dan SPR menunggu dengan penuh harapan agar Nurul Izzah Anwar meminta maaf atas segala tuduhan, penipuan, fitnah yang pernah dia lemparkan. 


Monday, April 23, 2012

HANGAT MENYENGAT!! NURUL IZZAH KANTOI MENIPU!!


Malam semalam lebih kurang jam 11 malam, wartawan BLP menerima panggilan daripada beberapa rakan dari Flat Sri Pahang. Mereka dalam perjalanan ke Balai Polis Travers untuk membuat laporan polis. Apa yang memeranjatkan ialah mereka membuat laporan polis menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai cuba untuk MENIPU pengundi di Lembah Pantai!.

Wartawan kami pergi untuk mendapatkan berita yang lebih terperinci namun, mereka meminta agar kami bersabar dan hadir sekali untuk sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 11.30 pagi tadi.

Semua persoalan terjawab apabila Setiausaha BN Lembah Pantai, Y Bhg Dato’ Sazali Kamilan menerangkan bahawa pada hari Isnin 23hb April 2012 pihak beliau telah menerima puluhan panggilan dan ada juga yang datang ke pejabat dengan membawa surat dengan letterhead dan ditandatangani oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai atau diberi nama MP Zombie oleh Penduduk Flat Sri Pahang di sini



Antara lain, kandungan surat ini:

Memulakan dengan menyatakan KERAGUAN terhadap Daftar Pemilih SPR dan mempromosikan Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012

2.     Memaklumkan penerima surat samaada mereka a) dibuang dari daftar pemilih, b) dipindahkan ke kawasan Parlimen lain c) disenaraikan sbg pengundi di laman web SPR tetapi tiada dalam daftar pemilih SPR

Justeru – penerima tidak lagi LAYAK mengundi di Lembah Pantai

Namun yang demikian, penerima surat pertama yang disemak oleh Persatuan Penduduk iaitu Encik Kamarudin Bin Dali melalui laman web SPR DAN melalui daftar pemilih SPR menunjukkan beliau masih mengundi di Lembah Pantai, di kawasan yang SAMA seperti sebelum ini.

Lihat gambar dibawah ini menunjukkan nama Kamarudin Bin Dali masih tersenarai sebagai pengundi Lembah Pantai. Mungkin beratus atau mungkin beribu surat yang telah diedarkan oleh Nurul Izzah.


Surat yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah Anwar kepada En Kamarudin 


Semakan daftar SPR bertarikh 23 April menunjukkan Kamarudin masih pengundi di Lembah Pantai 

Semakan ini telah menaikkan kerisauan penduduk tentang tujuan dan matlamat surat ini dikeluarkan. Ketika ditanya Sdr Kamarudin merayu kepada Nurul Izzah agar menghentikan perbuatan jahat yang mengelirukan rakyat seperti ini. Ini merupakan satu PENIPUAN dan cubaan MENGELIRUKAN rakyat yang dilakukan oleh PKR dan secara khususnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

BLP boleh merumuskan, TUJUAN DAN MATLAMAT PENIPUAN ini:

·   Provokasi dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap SPR agar mereka turun beramai-ramai untuk BERSIH 3.0 – ini antara sebab perenggan permulaan surat ini mempromosikan BERSIH 3.0 ini.

·   Mengelirukan pengundi terutama di kawasan kubu kuat Barisan Nasional agar mereka tidak keluar mengundi(BN menang di Peti Undi Bukit Bangsar walaupun Tsunami melanda di Lembah Pantai)

·   Menaikkan kemarahan rakyat agar mereka tidak keluar mengundi pada PRU 13 yang akan datang ini. Puluhan surat yang ditunjukkan kepada kami merupakan dari Bangsa Melayu di kubu kuat Barisan Nasional.

·   Kaedah yang sama telah digunakan oleh Nurul Izzah Anwar ketika pertandingan cabang di Lembah Pantai iaitu dengan mengelirukan penyokong-penyokong lawannya

Akibat dari PENIPUAN YANG TERANG LAGI BERSULUH ini dan memandangkan ini bukan kali pertama ahli politik PKR ini cuba menipu rakyat dengan dakyah yang tidak berasas Nurul Izzah Anwar perlu bertanggungjawab –

·   Menarik balik semua surat tersebut dan menghantar surat memohon maaf kepada setiap penerima surat tersebut serta setiap pengundi di Lembah Pantai dan seterusnya seluruh rakyat Malaysia yang sayang kepada demokrasi, kebenaran dan ketelusan

·   Memohon maaf kepada SPR kerana selama ini menuduh SPR bukan sahaja tanpa asas tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini

·   Memohon maaf kepada semua penjawat awam terutama yang bekerja di SPR kerana selama ini menuduh SPR tanpa asas, mengaibkan penjawat awam sebagai dalang penipuan dan pecah amanah tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini dan kakitangan agensi ini

·   Memohon maaf kepada penganjur BERSIH kerana akibat penipuan yang dirancang dan dicanang oleh beliau telah mencetuskan kekeliruan dan ketidakpuas hatian segelintir rakyat

·   Membatalkan perhimpunan BERSIH 3.0 kerana terbukti segala tuduhan yang dilemparkan kepada SPR sebenarnya bertunjangkan penipuan dan KEPENTINGAN POLITIK JUMUD Pakatan Rakyat semata-mata.

·   Meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR kerana telah didapati menipu rakyat di dalam kawasan beliau sendiri, menidakkan hak demokrasi rakyat dengan penipuan, demi kepentingan politik.

Ini merupakan PENYELEWENGAN proses DEMOKRASI secara terbuka yang tidak dapat dimaafkan. PKR telah cuba untuk memanupulasi hak dan suara rakyat dengan penipuan. Nurul Izzah Anwar HARUS BERTANGGUNGJAWAB terhadap tindakan beliau menghancurkan proses demokrasi yang kita perjuangkan selama ini!


Ikuti lagi pendedahan penuh emosi seorang lagi pengundi yang menceritakan bagaimana Nurul Izzah mempolitikkan arwah isterinya akan datang!

Jika Nurul Izzah Anwar tidak mahu menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan melakukan perkara diatas, BLP akan terus membongkar perbuatan jahat Nurul Izzah Anwar kepada setiap rakyat Malaysia demi KEADILAN dan KETELUSAN!



Wednesday, April 4, 2012

Nurul Izzah, Anda MP Luar Biasa

Ratu Kapal Selam dan Ratu Putar Alam, Nurul Izzah sekali lagi membuktikan jasa dan pengorbanannya khas untuk penduduk Lembah Pantai. Semalam, BLP telah membongkar bagaimana MP paling glamer ini memperalatkan segelintir penduduk Flat 4 Tingkat demi kepentingan politik jumud beliau.

Hari ini BLP akan menghuraikan lebih mendalam bagaimana kerakusan berpolitik Nurul Izzah telah menyebabkan kerugian yang tidak terhingga buat Penduduk yang termakan umpan racun beliau.

Pertama sekali, mereka telah hidup dalam kedaifan selama dua tahun. Sedangkan rakan-rakan mereka sudah lama berpindah ke rumah-rumah PPR yang jauh lebih selesa  berbanding dengan Flat 4 Tingkat, mereka terpaksa hidup dalam keadaan seperti ini:

 Gambar: Menunjukkan saiz dan keadaan Flat 4 Tingkat

Gambar: Menunjukkan keadaan di luar Flat 4 Tingkat

Gambar: Menunjukkan keadaan di Flat 4 Tingkat


Sedangkan mereka boleh tinggal di dalam rumah PPR berjiran dengan rakan-rakan dan jiran-jiran mereka seperti ini:



Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain dalam dunia ni yang bila penduduk di kawasan sendiri ditawarkan untuk tinggal rumah 3 bilik berbanding dengan rumah 1 bilik atau TIADA BILIK di Flat 4 Tingkat yang hanya 380 kaki persegi akan mengaburi mata mereka dan menidakkan hak mereka! Gila ke beb?

Kedua, mereka yang telah bersetuju akan mendapat rumah bernilai RM250 ribu dalam pasaran sekarang (mungkin RM400 ribu apabila siap dalam 3 tahun ini anggaran konservatif), atau mendapat pampasan tunai sebanyak RM 143 ribu serta merta beserta dengan beberapa insentif lain termasuk sewa yang dibayar, semua kos pengangkutan ditanggung dan lain-lain.

Oleh kerana Nurul Izzah telah menghasut segelintir mereka untuk membantah pembangunan, dan mengheret mereka ke makhamah, mereka hanya akan mendapat pampasan sebanyak RM 73 ribu sahaja. RUGI RM 327 ribu beb!! Itu kalau harga pasaran 3 tahun lagi RM400 ribu. Kalau pemaju letak harga macam UOA di bangsar South? Hampir RM1 juta untuk kondominium yang sama saiz. Padahal Bangsar South lagi masuk ke dalam! 4 Tingkat yang paling depan. Kalau gunakan itu, setiap penduduk RUGI RM 927 ribu! gila ke beb!



Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain yang bila penduduk ditawarkan potensi nilai sebanyak RM400 ribu  atau RM1 juta atau tunai sebanyak RM143 ribu, bantah dan memperjuangkan hanya RM73 ribu! Mana keadilan perjuangan ini? Gila ke beb?


Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa. Setiap kali tiup seruling ajak penyokong jatuh dalam gaung. Patutlah ramai dah sedar dan tinggalkan. Harapan wartawan-wartawan BLP, orang Kelana Jaya juga akan membaca “budi” dan “bakti” yang selalu ditabur oleh MP Luar Biasa ini. Nak lari mana beb?

Kenapa Orang Luar Nurul Izzah?



Persoalan kenapa Nurul Izzah, MP terpower dalam cerekawala membawa orang luar menceroboh masuk Flat 4 Tingkat semalam terjawab juga akhirnya pada jam 230 petang tadi.


Gambar: Hadirin yang datang untuk mengambil kunci PPR mereka

Sehari selepas “pertempuran berdarah” di perkarangan Flat 4 Tingkat Kerinchi, mereka yang dikatakan tidak bersetuju pindah telah menyerah balik surat dan mengambil kunci PPR masing-masing. Wartawan BLP yang turut diundang oleh penduduk setempat melihat sendiri bagaimana 24 dari 34 penduduk yang tertipu oleh Nurul Izzah datang untuk mengambil kunci masing-masing. Selebihnya sudah menandakan persetujuan tetapi tidak berkesempatan untuk hadir bersama disebabkan hal masing-masing pada waktu tersebut. Pihak BLP akan memberi pengemaskinian jumlah dari masa ke semasa.

Apapun, dari raut wajah mereka yang hadir petang tadi, wartawan BLP melihat dengan sendiri kesedihan mereka kerana terperangkap dalam permainan politik Nurul Izzah. Bukan sahaja mereka dipulau oleh rakan-rakan rapat, tertindas, tinggal dalam kedaifan selama dua tahun, mereka juga kerugian ratusan ribu ringgit dan pelbagai kemudahan yang lain. Semua akibat janji-janji yang ditabur dan tidak ditunaikan oleh Nurul Izzah.

Kami mendengar keluhan sesetengah dari mereka yang hadir petang tadi, akan bagaimana Nurul Izzah telah menjanjikan bulan dan bintang namun tidak dapat menunaikan satu pun janji kepada mereka. Mereka menanamkan rasa kesal kerana termakan helah dan sandiwara politik Nurul Izzah. Wartawan BLP juga sebak melihat kelibat Hj Hashim Selit yang sebelum ini begitu lantang hadir untuk mengambil kunci PPR beliau. Wajah Hj Hashim menunjukkan seribu makna.
Gambar: Haji Hashim meluahkan perasaan

Justeru persoalan yang membara pada hari ini ialah, Nurul Izzah hadir semalam bagi pihak SIAPA? Jika hari ini mereka bersetuju untuk ambik kunci, dia memperjuangkan SIAPA?

Jawapannya ialah beliau hadir semalam hanya kerana sandiwara politik dan disebabkan itulah Nurul Izzah terpaksa mengharapkan sokongan NGO Bukan Melayu dan Kumpulan Siswa dari luar. Kita perlu ibaratkan sandiwara politik semalam seperti kita sudah bersetuju untuk menjual motosikal dengan harga RM250 kepada bengkel tetapi Nurul Izzah datang dan mengatakan harga tersebut tidak adil, kita patut dapat RM350 kerana motosikal sudah bikin, ekzos baru tukar. Dia menjanjikan yang dia akan memperjuangkan agar kita mendapat RM350 untuk motosikal tersebut.

Tetapi setelah dua tahun, tanpa apa-apa usaha dari pihak beliau, motosikal kita makin rosak. Bengkel yang sama hanya mahu beli dengan harga RM150, itu pun untuk dijadikan besi buruk. Sedangkan rakan-rakn kita yang lain sudah menjual dengan harga lebih dari pasaran RM250 pada dua tahun lepas. Tak bebulu ke beb?. RM350 yang dijanjikan oleh beliau tinggal kenangan dan janji manis. Adakah kita akan berdiri sebelah Nurul Izzah? Sudah tentu tidak. Disebabkan itulah Nurul terpaksa memanggil orang luar untuk meramaikan Majlis beliau. Dan sebab itu jugalah BERLAKUNYA PERKARA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI di bumi Lembah Pantai ini.
Gambar: Tidak lagi tertipu!

Apa yang terang lagi bersuluh yang sebenarnya bukan sahaja Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mana-mana penduduk Flat 4 Tingkat malah beliau bertindak untuk MENIDAKKAN nikmat yang bakal diterima oleh penduduk setempat di situ. Ikuti pendedahan BLP seterusnya bagaimana kumpulan 34 rugi sebanyak RM177 ribu di dalam entry seterusnya…