Monday, July 18, 2011

Sah KORUPSI Politik Wang dalam Parti Keadilan! Pengakuan bekas TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan!

Sebelum masuk Parti Keadilan semasa zaman reformasi dulu, nama Chandra Muzaffar dihormati segenap rakyat kerana beliau orang akademik yang hebat.

Lepas tu join Anwar, separuh rakyat menyampah, sebelum akhirnya dia keluar lalu dimaki pula oleh penyokong-penyokong Anwar.

Takpalah, kurang-kurang dah keluar, walaupun nama dah busuk juge lah.



Di bawah wawancara AIDC dgn Chandra, di mana Chandra akui Parti Keadilan memang main politik wang. Kita dah lama tahu, tapi ni dr mulut Timbalan Presiden sendiri, so lebih umpph dan jadi bukti. Apa kata penyokong Pakatan? Main duit tu BERSIH ka? Ptuiiii!

Pada orang-orang Lembah Pantai yang masih sokong PKR ni, sudah-sudah la. Baca sendiri la apa Bekas Timbalan Presiden parti awak sendiri kata.

Wawancara AIDC bersama Chandra Muzaffar

Q: Pengalaman Prof mengenali Anwar iaitu ketika beliau dipecat dari UMNO dan semasa Prof menyertai Keadilan. Adakah Anwar yang sama Prof kenali?

Bagus soalan itu ya. Beginilah. Saya mengenali Anwar sebagai individu yang pada satu masa dulu ketika sama-sama memperjuangkan isu-isu seperti akta pertubuhan. Kita menentang bersama-sama.

Pada masa itu, dia sebagai Presiden ABIM, saya sebagai Presiden ALIRAN. Dan ada beberapa isu lain tentang masyarakat, hak asasi manusia, kita juga bekerjasama.

Itulah hubungan saya dengan Anwar sebelum dia masuk UMNO.

Q: Sekitar tahun 1970-an?

Tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sebelum dia masuk UMNO.

Pada tahun 1982 dia masuk UMNO, hubungan saya pada masa itu lebih mirip kepada isu-isu hak asasi manusia.

Ketaatan dia kepada perjuangan itu tidak dapat dipersoalkan. Dia memang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu itu. Kita sokongnya dan dia sokong perjuangan kita.

Selepas dia masuk UMNO, sebenarnya saya tidak ada interaksi dengannya, lama. Mungkin sepuluh tahun tak ada interaksi langsung dengannya.

Tidak bermakna kita jadi musuh. Tetapi tidak ada interaksi. Jadi, saya tidak terlibat dalam kepartian.

Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan konsep dialog antara peradaban. Oleh kerana ini adalah satu tema yang rapat dengan hadiri, melalui kawan-kawan tertentu di Pulau Pinang, kita berbincang dan mengaturkan beberapa persidangan.

Apabila Anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, masa itu, saya menganggap diri saya adalah sebagai kawannya. Hubungan kita pun bagus sebagai kawan. Dan saya pun berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Berinteraksi dengannya dan sebagainya.

Soal persahabatan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong saya mengambil stand tertentu sokong dia. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang saya anggap pada masa itu adalah sebagai kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

Dia dibelasah di penjara dan matanya ditumbuk oleh IGP dan sebagainya. Itu yang menjadi isu besar pada masa itu.

Saya bersama-sama dengan Dr. Wan Azizah, tubuhkan NGO ADIL. ADIL sebelum parti KeADILan.

Itulah pada mulanya saya memperjuangkan isu Anwar.

Selepas dua tahun dalam parti itu, saya sudah nampak stail politiknya. Kekotoran politiknya. Cara dia melakukannya benda-benda tertentu yang saya tidak boleh terima. Sebab itulah saya undur.

Isu yang membimbangkan saya tentangnya, saya secara terus-terang membangkitkan kepadanya. Setiap kali dia memberi jawapan tertentu, beri alasan. Termasuk isu moral dan peribadi.

Q: Ada penjelasan?

Ada.

Q: Prof berhujah dengan dia tentang soal moral ini termasuk liwat?

Ya..ya.. Saya terus-terang dengan dia. Saya berhujah dengan dia.

Bila saya dengar isu-isu ini sebelum dibahas di khalayak ramai, saya sudah bincangkan isu-isu ini dengannya. Dia ada dia punya jawapan.

Dia kata, ini memang rekaan, ada musuh-musuh dia nak kenakan dia. Tapi, selepas tiga..empat kali, orang pun mula berfikir. Ini benar ke tidak?

Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.

Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu.

Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia ada jawapannya.

Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku. Walhal, artikel itu atas namanya.

Q: Prof membangkitkan artikel tersebut?

Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa pendiriannya di Times Magazine.

Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya. Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (Zionis).

Juga tentang politik tempatan. Dia selalu berhujah tentang rasuah, politik wang dan sebagainya. Tapi, saya sendiri tahu apa yang berlaku dalam Parti Keadilan. Itulah sebabnya saya membuat keputusan ini. Keluar parti. Saya tahu dalam Parti Keadilan itu ada politik wang. Wujud politik wang.

Dan saya juga tahu dalam soal-soal tertentu tentang perkauman. Kita sebagai Parti Keadilan pada masa itu kritik BN kerana perkauman. Tetapi perkauman juga berlaku dalam parti kita, yang saya maksudkan, cara kita mempermainkan isu-isu perkauman.

Dalam Pilihan Raya Kecil Lunas umpamanya. Keadilan mempermainkan sentimen kaum untuk menang pilihan raya. Jadi, saya nampak Anwar banyak kontrakdiksi.

Itu sebab saya menarik diri.

Baca Wawancara Penuh di AIDC.

No comments:

Post a Comment