Sunday, January 29, 2012

Rakyat Lembah Pantai marah tak terhingga pada Nurul Izzah!

Ribut yang bermula jam 6 petang pada Rabu 25 Januari baru-baru ini antara yang paling dahsyat pernah melanda Lembah Pantai. Bayangkan, bumbung PPR Seri Cempaka boleh tercabut lalu diterbangkan angin dan landing kat atas kereta yang parking kat PPR Kg Limau! Bayangkan sikit punya jauh! Kalau la bumbung tu jatuh atas orang, memang boleh ajal! Syukur Alhamdulillah tak ada kemalangan jiwa.

Petang ribut, malam bantuan tiba. Siapa bagi bantuan? Antaranya tak lain ialah Raja Nong Chik, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Malam nya Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai ini yang sibuk dengan tugas sebagai Menteri Kabinet tanpa buang masa terus turun lihat mangsa dan hulur bantuan.





Bukan setakat Raja Nong Chik, boleh kata seluruh jentera UMNO termasuk Pemuda dan Puteri turun padang serta-merta bersama jentera Kerajaan seperti Bomba, DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Habis mana wakil rakyat Nurul Izzah dan orang-orang Pakatan yang selalu menyalak-nyalak kebajikan sini-sana? Seperti dalam banyak kes yang dilaporkan sebelum ini, baik semasa kebakaran di Pantai Dalam (baca sini - Edisi Siasat! Siri Putarbelit dan Main Wayang Nurul Izzah MP Lembah Pantai.. Dengan bukti bergambar!) dan sini (baca - Ketika rakyatnya derita terbakar rumah, Ahli Parlimen Lembah Pantai kecoh menyibuk di Sarawak) , mahupun semasa masalah air di Kondo Rakyat (ni dalam blog orang PKR LP sendiri) , Nurul Izzah langsung tidak nampak muka sehingga kes dah basi dan bantuan sudah diberikan.

Dan dalam banyak kes di atas seperti yang kami laporkan dalam EDISI SIASAT KHAS di sini, Nurul akan mengambil kredit dari usaha UMNO dengan cara mewar-warkan dgn twitter apa bantuan yg penduduk/mangsa sudah dapat (dari UMNO) seolah-olah itu bantuan dia. Sebijik macam perangai Anwar Ibrahim.

Apapun, penduduk Lembah Pantai sendiri ada mata dan ramai yang dulu mengundi Nurul Izzah kini akan mengundi UMNO. Nampak gayanya memang dalam pilihanraya akan datang Nurul Izzah akan bungkus di Lembah Pantai.

Apa ni Nurul Izzah? Mengapa sudah 5 hari penduduk yang memilih anda jadi wakil ditimpa bencana, muka anda masih tak nampak? Apa fungsi pegawai-pegawai anda? Mengapa mereka juga tak nampak muka? Ini kah corak pentadbiran kebajikan Pakatan Rakyat? Yang stail jaga rakyat begini ada dalam Buku Jingga juga ke?


No comments:

Post a Comment