Seminggu lagi berlalu di Lembah Pantai, seminggu lagi kelibat wakil rakyat tidak kelihatan di dalam kawasan. Namun apabila kita di Berita Lembah Pantai kaji fenomena “tinggalkan rakyat” ini, bukan lah fenomena aneh untuk ahli Parlimen dari PKR atau Parti Kelentong Rakyat ini.
Tak perlu lihat jauh, jika kita lihat di Wilayah Persekutuan ini, pada tahun 2008, tiga ahli politik PKR telah dipilih untuk menjadi Wakli Rakyat. Satu, malangnya di Lembah Pantai ini, satu di Bandar Tun Razak dan satu di Wangsa Maju.
Pertama di Bandar Tun Razak. Khalid Gagap, seorang pemimpin kanan tersebut seolah-olah hilang punca, mungkin disebabkan asakan oleh seorang lagi pemimpin kanan PKR, Azmin Ali. Apa pun, kita lihat sahaja keluhan hati pengundi di Bandar Tun Razak di sini
Kedua di Wangsa Maju. Ni lagi best, terus keluar dari PKR kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Baca rintihan hati bekas ahli PKR tersebut di sini. Ingat senang ke nak keluar parti bila dah jadi MP? Mesti dah bengang tahap gaban sampai sanggup blah.
Dan sudah tentunya, yang ketiga Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dikatakan bakal menjadi pemimipin Agung PKR kelak. Baru setahun jagung dalam politik dah ada cita-cita besar nak ganti mak dengan pak dia. Parti Keluarga Rakus lah katakan. Tapi dia dah silap besar sebab Abang Azmin Ali ingat nak bagi free-free je ke dia atau proksinya, Zaid Ibrahim jadi Presiden. Abang Azmin tu dah lama main sepak terajang politik. Itu kita akan kupas dalam edisi siasah akan datang, bagaimana Nurul sedang giat berusaha untuk menjatuhkan Azmin.
Apa pun, Nurul ni memang fail bab-bab politik. Dia ingat dia dah sama level dengan bapak dia yang boleh ke hulu ke hilir dan masih menang besar kat Permatang Pauh. Anwar tu bukan sepenggal kat Permatang Pauh, dah lama. Minggu ini, seperti juga minggu-minggu lepas Nurul pergi mencari glamour di Kuantan. Ni gambar dia, macam nak pergi berkelah kan?
Wartawan di Berita Lembah Pantai ni ada juga dengar-dengar, jurukamera Malaysiakini dan Malaysian Insider memang kena cari gambar Nurul, kalau tak, potong gaji. Tapi silap beb, sekarang satu Lembah Pantai dah tahu apsal kenduri kahwin dia takleh pergi, orang meninggal di tak boleh ziarah, orang buat program tak dapat turun – rupanya pergi berkelah ke negeri orang, dan cari glamour.
Tapi dah nama pun Parti Kelentong Rakyat, jangan buat-buat terkejut pulak.
memang gila glamor habis anak beranak!!! kerja tak buat, semua masalah kawasan mrk kerajaan plak kena tanggung, kamu anak bernak main ikut suka sj nak melancong mana2 & cakap apa sj !!! mcm ni ka nak jadi wakil rakyat? pembongak nombor wahid!! mak si izzah ni buat apa sekarang ni? jd model pekasam sepat ka??
ReplyDeleteJika seseorang pepimpin menipu rakyat, semoga rakyat dibuka mata dgn terang.
ReplyDelete