Ramai yang tertarik dengan “headline” Berita Lembah Pantai. Dah “corner” macam Ahli PKR ke?
Gila ke beb. Sebenarnya wartawan di Berita Lembah Pantai terbaca cerita ini dalam akhbar The Star hari ini dan jugak dalam NST. Rupa-rupanya loji kumbahan depan PPR Cempaka yang selama berpuluh tahun membuat rakyat kat sana termasuk Pantai Ria hidup dengan bau-bauan yang meloyakan bakal menjalani penambahbaikan yang maksimum!
Memang susah nak cari penyelesaian untuk isu besar macam ni. Tapi BN tak pernah putus asa untuk memberi yang terbaik untuk rakyat. Lebih dari itu, di Lembah Pantai ini tempat dimana Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Bawah Tanah Pantai 2 yang pertama di negara ini dengan menerapkan aplikasi teknologi hijau sepenuhnya akan dilaksanakan. Pertama beb, gila ke apa? memang bangga!
Wartawan Berita Lembah Pantai calling-calling member kat PPR Cempaka untuk mendapat maklumbalas orang di sana, dan rata rata memang menyambut baik Projek ini. Mana tak, hilang bau-bauan beb. Tapi bukan itu sahaja, Loji ada kat bawah tanah, atas mesti ada kondominium ke, rumah mewah ke kan kat atas tanah? Kerajaan BN la katakan.
Tak jugak sebenarnya. Rupa-rupanya akan ada taman rekreasi atas Loji tu. Ada pulak dewan serbaguna untuk kegunaan rakyat setempat, ada poulak gelanggang tenis, ada gelanggang futsal, ada trek jogging. Takde lansung pembangunan lain. Hanya kawasan hijau dan rekreasi. Lihat perbandingan gambar sekarang dan akan datang ni.
Sekarang..
Akan datang
Bertuah beb. Kami dengar, dulu orang Lembah Pantai sikit punya susah nak pindah kat PPR Cempaka. Sekarang semua orang berebut-rebut. Tahun 2017 nanti kami jangka harga PPR kat sana naik sekurang-kurangnya 4 kali ganda. Durian runtuh beb!
Rakyat seronok. Wakil Rakyat mesti seronok jugak kan?. Silap beb. Rupanya dalam senyap, dia berkali kali cuba halang Projek ini dari dilaksanakan. Baca kat sini dan sini. Menteri Dato Peter Chin dah jawab, dia tolak bulat-bulat, masih nak pastikan Projek tersebut tak berjalan.
Dia kata dia nak halang sebab takde tender. Gila ke apa. Cuba bukak google tengok berapa syarikat pernah buat loji bawah tanah. Ingat macam potong rumput ke beb?. Lepas tu petik kos sepatutnya RM500 juta dari langit. Macamana Peter Chin nak jawab. Gila ke apa Nurul. Kalau wartawan Lembah Pantai tengok mahligai YB dekat Segambut tu kita pon bukak calculator, tekan-tekan sikit lepas tu anggar kos RM20, rasa-rasa papa sanggup jual?
Buat lawak beb. Lagipun ini projek G to G atau Government to Government, memang ada satu syarikat je kat China yang boleh buat.
Wartawan Lembah Pantai tak berpeluang dapat PPR kat Cempaka tu, tapi kalau kami antara yang duduk sana, memang kami akan boikot si Nurul ni sehabis-habisnya. Apa pasal?. Simple je beb. Pernah ke wakil rakyat marah sebab Kerajaan nak belanja duit untuk laksanakan Projek yang rakyat idamkan kat kawasan sendiri? Pernahke wakil rakyat marah sebab Kerajaan nak selesaikan masalah berpuluh tahun yang bakal menelan belanja ratusan juta ringgit. Gila ke apa?
Tapi dia tak berani buat protes depan loji kat Cempaka macam kat Lynas tu, sebab nanti kena baling dengan isi kandungan loji tu pulak. Jadi dia buat stail biasa la, tulis dalam online, dengan harapan orang kat Bangsar, Bukit Damansara, Segambut yang kaya raya macam dia akan marah. Politik murahan beb.Ni kami kat Berita Lembah Pantai nak dedah system politik pecah dan perintah Nurul yang dah kuno. Zaman papa boleh la buat…
Sebab tu lah, kami di Berita Lembah Pantai mulai hari ini nak gelar Nurul MP paling power dalam dunia sebab dalam dunia ni, dia sorang je wakil rakyat yang tolak, halang dan cuba hentikan pembangunan yang rakyat nak dalam kawasan sendiri.
Orang-orang di PPR Cempaka dan kawasan yang sewaktu dengannya, renung-renungkanlah perangai wakil rakyat anda. Nilai-nilai lah. Nak tengok dengan mata sendiri kena tunggu waktu kempen Pilihanraya sebab sekarang dia sibuk menjelajah seantaro dunia. Jadi baca lah nukilan kat atas ni. Power beb.
Apa2 kerajaan buat, PR akan bantah. Politik Malaysia mcm tu la. If I could see pr complimenting anything good tht govt. is doing. But politicians are politicians.
ReplyDelete