Saturday, September 18, 2010

Sampai hati Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah mempersendakan kaum sendiri!

Apa perasaan anda jika ada seorang bukan Islam bukan Melayu mempersendakan dan memperli bahawa elok saja nama Malaysia ini ditukar kepada Malaysaja?

Sudah tentu kalau tak banyak, sedikit pun terguris juga.

Ini kerana tak lain orang yang mempermainkan nama negara dan nama bangsa Melayu itu ("Malay") bertujuan untuk memperli seolah-olah di Malaysia ini semuanya diberi kepada orang Melayu sahaja.

Bagaimana jika orang Melayu sendiri yang buat kenyataan begitu?

Sudah tentu kita rasa mungkin si Melayu itu ialah salah seorang dari budak-budak muda lupa diri yang pakaian, pikiran dan gaya hidupnya tak ubah seperti Mat Saleh yang banyak berkeliaran di dalam kawasan Lembah Pantai ini sendiri, iaitu di Bangsar.

Tapi fakta nya?!

Pembuat kenyataan ini memang orang Melayu.

Pembuat kenyataan ini memang berkeliaran di Lembah Pantai.

Malangnya dia bukan budak biasa.

Dia budak yang dipilih dan diberi kepercayaan oleh beribu-ribu orang Melayu di Lembah Pantai ini untuk menjaga kepentingan mereka di Parlimen.

Tak lain tak bukan pembuat kenyataan itu ialah NURUL IZZAH wakil rakyat Lembah Pantai !


Malangnya, kepercayaan orang Melayu Lembah Pantai ini dibalas tuba; dia kini menjadi pemangkin atau ketua pula dalam gerakan mengkaji semula hak Melayu dengan cara mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan.

Budak perempuan ini, yang lahir dalam keluarga Melayu kaya dan bapanya Timbalan Perdana Menteri, yang tinggal di banglo besar di Bukit Damansara dan kemudiannya di banglo besar Bukit Segambut, bercita-cita memadamkan hak yang kini dimiliki orang Melayu.


Dia yang tak ada sangkut-paut dari kecilnya di Lembah Pantai sebelum diparachutkan di sini kini menjadi poster child menjadi "poster child" atau simbol perjuangan kaum-kaum lain termasuk lah Majlis Peguam yang ingin kajian semula dibuat terhadap Hak Melayu dalam Perlembagaan.

Kata Izzah,

"nowhere in the written constitution is it mentioned specifically of the existence of the term ‘Malay rights’. Instead the only term spelled out is the ‘Special Position’ of the Malays in Article 153."

terjemahannya

"tidak ada dalam perlembagaan bertulis dinyatakan secara khusus kewujudan terma ""hak Melayu"". Yang ada hanyalah terma "kedudukan Istimewa" orang Melayu dalam Artikel 153."


Begitu dahsyat penulisannya terhadap orang Melayu sehingga ia disiarkan semula dalam blog Setiausaha Agung DAP yang sudah berpuluh tahun menegakkan perjuangan yang sama, iaitu si Lim Kit Siang. Begitu juga beratus-ratus blog yang mempertikaikan Hak Melayu menyiarkan semula tulisan Izzah. Dalam ruangan-ruangan komen ratusan blog tersebut, sudah ada beribu-ribu tulisan yang menyokong si Izzah. Banyak antaranya terguris dan terbakar hati membacanya.

Ini semua ialah akibat minyak yang dituang Izzah.

Hebat Izzah.

Bangga Lembah Pantai?


Muka nampak baik, tapi macam lawyer pembunuh Hindu kes Sosilawati juga lah, muka nampak baik, tapi pembunuh kejam mengelar dan membakar orang Islam dalam bulan Puasa, entah sempat entah tidak mereka berbuka. Sama lah dalam kes ini, muka Nurul Izzah memang baik, tapi dalam baik dia tergamak buat begini pada orang Melayu Lembah Pantai yang percayakan dia.

Hai MP Lembah Pantai. Hai Nurul Izzah. Melayu yang undi kau, sampai hati kau sendiri yang bersatu dengan puak-puak jahat lain menjahanamkan Melayu.

6 comments:

  1. Anak dengan bapa sama saja, ...pandai menjahanamkan dan menjual bangsa melayu. Syabassss!!!!

    ReplyDelete
  2. takde aku nak undi dia ni...takleh percaya betul budak politik zaman sekarang. Ada je nak sodok sarang tebuan. kalau marah kat umno pun jgnlah marah orang sebangsa. kau tengoklah nanti orang melayu macam eselerak sekarang ( tak disusun teratur), masih bingung dan leka, tapi maikin hari makin banyakminyak gas di simbah kat org kita. apa perlu kita semua tunduk pada globilasasi, apa singapura terletak dlm ekonomi terbesar di dunia, yg bisa mempengaruhi kewangan kita atau dunia? adakah rakyat singapura dihormati lebih dari rakyat kita dimata dunia?
    budak ni belajar banyak dapat sijil pun banyak, tahukah kamu sampai sekarang manusia masih mencari model ekonomi dan sosio politik tersempurna? adakah hanya demokrasi dan komunis yg diciptakan oleh pencipta kita sebagai panduan hidup dengan kawan dan musuh.?

    ReplyDelete
  3. Webmaster Berita Lembah Pantai, Sebenarnya tujuan Nurul mengambil position seperti dalam artikel tuan ialah tak lain tak bukan ialah untuk kepentingan politik peribadi sempit di Lembah Pantai, dalam pemilihan Ketua Cabang PKR.

    Nurul Izzah risau beliau mungkin tewas di Kerinchi kerana Kerinchi kubu Zaman Tasi, sementara imej Nurul di kawasan Melayu lemah kerana tak turun padang. Jadi mungkin dia akan dimalukan, kalau pun tak kalah. Jadi dia nak pukul habis 100% undi dari Bangsar, Brickfields dan Sentosa. Sebab tu lah setiap minggu dia menempek kat Pasar Sentosa, dan sekarang dah pasang kaki anak Chua Jui Meng lobi undi di Sentosa.

    ReplyDelete
  4. Why o why are you still obsessed with race? PKR is not about race, there is no "kawasan Melayu" factor, PKR is for all. Come join us to see the truth.

    As for the current Ketua Pemuda (Mat Zaman) and his followers, everyone in PKR Lembah Pantai knows that he doesn't like helping YB Nurul, him and his gang never shos up their face in YB's program. In Kerinchi and Pantai Dalam, the ones helping YB Nurul in her programs are the PAS people. Not Mat Zaman and his followers.

    ReplyDelete
  5. apalah YB Nurul nak buat ni? apakah yang diperjuangkan sebenarnya? siapa penyokong2 YB? apa yang nak ditegakkan? benang yang basah? adakah YB nak jadi petualang bangsa? jangan ulangi kesilapan raja-raja kita sewaktu hampir menggadai negara dalam kes Malayan Union, wahai YB ku. kuasa di tangan rakyat, wahai YB Nurul. jangan hampakan kami. jika mau terus mewakili kami, perjuangkanlah nasib kami. fikirkanlah masa depan kami. jangan undi kami dipersiakan...

    ReplyDelete
  6. Salam,
    bagi saya pernyataan izzah tepat selaras bahasa perundangan yang digunakan utk artikel 153 Perlembagaan Malaysia.keistimewaan kedudukan tu untuk org Melayu dan Bumiputera.Klu ikut bahasa undang2 hak org melayu dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Malaysia memang jauh maksudnya.Perlembagaan Malaysia sapa yang tulis??Yang pasti bukan Izzah...:P

    Artikel/Perkara 153

    Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

    ReplyDelete